View: 37035|Reply: 24
|
Derma Kilat - Pendaki Yg Hilang - Memerlukan Sukarelawan SAR yang Layak
[Copy link]
|
|
Dari Gunungonline.com
Assalamualaikum & Salam Sejahtera.
Setelah berbincang dgn Jenal secara adhoc di multiply.
Kami decide nak buat 1 derma kilat bagi operasi tersebut. Duit ini akan digunakan untuk rakan2 mendaki yg akan bergerak ke sana nanti.
Duit tersebut boleh didermakan ke acc pgurlz_zam
Bank: MBB
Ac Number: 166010020118
Nama: Zamzuliana M Nasir
email : [email protected]
Duit itu akan disalurkan kepada rakan mendaki yg terlibat dlm usaha mencari melalui
1. Fendi - 012 2220450
2. Naza - 012-5631567
3 Matsaiko -012-3875897
4.Zam - 017-6814015
http://gunungonline.com/basecamp/viewtopic...f=18&t=2317
GUA MUSANG: Seorang lelaki yang menyertai ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap, berhampiran sempadan Kelantan dan Perak dekat Pos Brooke, di sini, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang petang Ahad lalu.
Ekspedisi disertai 13 orang itu sempat melancarkan gerakan mencari selama enam jam, namun menemui jalan buntu apabila gagal menemui mangsa, Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, 28.
Rombongan ekspedisi dari Kuala Lumpur itu melakukan gerakan mencari rakan mereka selepas menyedari mangsa hilang kira-kira jam 4.14 petang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja Cameron Highlands, Pahang, pagi kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, berkata rombongan ekspedisi itu bertolak jam 10 pagi dari Pos Brooke dan tiba di Kem Agas di pertengahan perjalanan itu kira-kira jam 2 petang dan bermalam di situ sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung jam 5.30 pagi Ahad.
Katanya, ketika tiba di puncak kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa dilihat masih bersama rombongan itu sementara menunggu masa bertolak pulang kira-kira jam 12.10 tengah hari.
揗angsa dilaporkan hilang sebaik rombongan terbabit tiba di Kem Agas pada jam 4.14 petang dan menyedari Mohamed Hassan Ayat tidak ada bersama menyebabkan rakan mangsa melancarkan gerakan mencarinya, |
|
|
|
|
|
|
|
Menjawab persoalan dari kengkawan di forum board lain. saya kongsi di sini agar dapat memberi jawapan kengkawan yang mempunyai persoalan yang sama. thanxs
[quote name='~SaTRiaBiRU~' post='4855831' date='Feb 21 2009, 03:04 AM']apa ke halnya sampai minta derma ni
mana pergi pasukan penyelamat yg dikhas utk tugas mcm ni?
kebiasaannya mereka ada saluran/dana2 tertentu
sampai minta2 derma ni.. lain mcm jer [/quote]
[quote name='tenuk_belang' post='4856958' date='Feb 23 2009, 07:17 AM']aku x faham tujuan minta derma nie [/quote]
Pasukan penyelamat memang ada turut serta di dalam search party tetapi atas dasar semangat setiakawan komuniti pendaki pendaki di dalam Malaysia ini juga turut datang memberi bantuan & memerah keringat merintis di dalam hutan mencari mangsa setelah mendapat green light dari pihak berkuasa. Tetapi janganlah kengkawan pikirkan yg search party ini mewah dgn sebarang limpahan bantuan dari pihak berkuasa oleh itu bantuan makanan/ration/kelengkapan komunikasi/bahan bakar/etc untuk kengkawan pendaki pendaki yang adalah sumbangan dari kengkawan yang ada. Kengkawan pendaki yang datang hampir pelusuk negeri datang tanpa memikirkan kos/masa/komitmen lain yang mereka telah korbankan untuk mencari sahabat yang hilang siang dan malam merintis resam duri yang ada dan ini semua adalah kerja amal yang wujud dari hati dgn iklas atas dasar semangat setiakawan.
Kengkawan pendaki datang menghulurkan bantuan dari segi tenaga jugak secara xlansung diharap dapat membantu dan memberi peluang yg lebih cerah untuk menjumpai mangsa ini adalah kerana terdapat tambahan bilangan search party & dikalangan pendaki ini ada yang arif dengan hutan sekitar Gunung Yong Yap ini. Senang citer lagi ramai lagi bagus kerana seluas luas hutan di kawasan sana lagi details boleh diselongkar. Selain dari kalangan sahabat sahabat pendaki/team team outdoor/team team 4x4 terima kasih jugak diucapakan pada Malaysian Amateur Radio Emergency Service Society (MARES) di mana turut sudi dalam kerja amal ini datang untuk membantu dengan kelengkapan yang lebih baik dapat diberikan.
Ini ari sahabat saya yang hilang, kengkawan outdoor datang menghulur tangan sesama mencari, esok lusa sahabat anda siapa yang tau?
Sebarang info boleh didapati dari sini:
http://gunungonline.com/basecamp/viewtopic...f=23&t=2308
http://mares.org.my/mambo/index.php?option...1&Itemid=57 |
|
|
|
|
|
|
|
Majlis Bacaan Yassin & Solat Hajat Untuk Saudara Hassan Ayat Bin Zainuddin, Kali ke-2
Tarikh : 25 februari 2009 (Rabu)
Masa : Selepas solat fardhu maghrib
Lokasi : Masjid Al-Ehsan, SS4A, Kelana Jaya, Selangor
*dijemput sekalian warga gunung beramai2 ke sana bagi berjemaah memohon petunjuk & keredhaannya..insyaallah |
|
|
|
|
|
|
|
yang staff RHB training bangi ni kan? |
|
|
|
|
|
|
|
ko kawan matded cekak hanafi kat serdang eik? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by tarabas1976 at 23-2-2009 07:16 PM
ko kawan matded cekak hanafi kat serdang eik?
erk? sapa? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by t@t at 23-2-2009 07:11 PM
yang staff RHB training bangi ni kan?
yup. dia lah tue yg hilang |
|
|
|
|
|
|
|
MAJLIS BACAAN YASIN DAN DOA SELAMAT
TARIKH : 25 februari 2009 / Rabu malam Khamis
MASA : slps solat maghrib
LOKASI : Masjid Al-Ehsan, SS4A, Kelana Jaya
note : ader jamuan disediakan...
**klu nak derma ration/bahan bakar/rokok/etc leh gaks derma kat cnie sbb ada diantara dewang akan gerak masuk malam esok. Harap Maklum
*p/s ada yang PM saya tanya apa itu ration. ration ialah barang barangan makanan. Jadi berapa kuantiti sumbangan anda tidak menjadi persoalan walaupun seketul tin sardin atau sebungkus rokok. Sebarang sumbangan rokok xkisah pepe jenama pom adalah amat dihargai. Pada hari Jumaat nanti akan ada satu group dari KL untuk menghantar bekalan logistik kepada kengkawan di sana. Pihak kami turut mempertimbangkan sekiranya perlu untuk mengambil sumbangan anda dari lokasi anda. Sila hubungi pihak kami untuk sebarang pertanyaan/pick up sumbangan anda. Terima kasih.
1. Fendi - 012 2220450
2. Naza - 012-5631567
3 Matsaiko -012-3875897
4.Zam - 017-6814015
rembau 0123358658 |
|
|
|
|
|
|
|
semoga asan dapat ditemui....
semoga asan dapat survive dalam utan... amin.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #9 narif's post
kan...
pandai merokok sj... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by narif at 26-2-2009 06:04 AM
derma rokok????
ya. derma rokok permintaan dari kengkawan search party di sana. Sebarang pro/con terima kasih di atas pandangan anda. Apa yang perlu dilakukan sekarang ialah mencari dan menyelemat dahulu. Lelain isu belakang kira coz benda dah jadi. Thanxs |
|
|
|
|
|
|
|
Uncle Pet ikut skali masa panjat gunung tu kan ?
nasib dia x hilang skali |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #14 muffins\ catat
dh cari..tapi masih blom dijumpai..dan usaha masih dijalankan.
sumber:harian metro
Peserta ekspedisi daki Gunung Yong Yap hilang
GUA MUSANG: Seorang lelaki yang menyertai ekspedisi mendaki Gunung Yong Yap, berhampiran sempadan Kelantan dan Perak dekat Pos Brooke, di sini, dilaporkan hilang ketika dalam perjalanan pulang petang Ahad lalu.
Ekspedisi disertai 13 orang itu sempat melancarkan gerakan mencari selama enam jam, namun menemui jalan buntu apabila gagal menemui mangsa, Mohamed Hassan Ayat Zainuddin, 28.
Rombongan ekspedisi dari Kuala Lumpur itu melakukan gerakan mencari rakan mereka selepas menyedari mangsa hilang kira-kira jam 4.14 petang sebelum membuat laporan polis di Balai Polis Kampung Raja Cameron Highlands, Pahang, pagi kelmarin.
Timbalan Ketua Polis Daerah, Deputi Superintendan Aziz Hassan, berkata rombongan ekspedisi itu bertolak jam 10 pagi dari Pos Brooke dan tiba di Kem Agas di pertengahan perjalanan itu kira-kira jam 2 petang dan bermalam di situ sebelum meneruskan pendakian ke puncak gunung jam 5.30 pagi Ahad.
Katanya, ketika tiba di puncak kira-kira jam 11.30 pagi, mangsa dilihat masih bersama rombongan itu sementara menunggu masa bertolak pulang kira-kira jam 12.10 tengah hari.
“Mangsa dilaporkan hilang sebaik rombongan terbabit tiba di Kem Agas pada jam 4.14 petang dan menyedari Mohamed Hassan Ayat tidak ada bersama menyebabkan rakan mangsa melancarkan gerakan mencarinya,” katanya.
dan lagi ..
Laluan kerani hilang di Gunung Yop Yap dikesan
21/02/2009 3:17pm
GUA MUSANG 21 Feb. — Pasukan mencari dan menyelamat seorang kerani bank yang hilang di Gunung Yop Yap sejak enam hari lalu, menemui jejak yang dipercayai dilaluinya.
Sehubungan itu kerani berkenaan dipercayai dapat ditemui tidak lama.
Jejak itu menunjukkan Mohammed Hassan Ayat Zainuddin, 28, dari Bangi Selangor, menuju ke kawasan Kuala Mu, bersempadan dengan Perak.
“Pihak kita masih meneruskan pencarian di seluruh kawasan gunung berkenaan dan tumpuan lebih diberikan pada laluan menuju ke sempadan Perak yang dipercayai menjadi laluan mangsa yang hilang yang sedang mencari jalan keluar.
“Bagaimanapun sehingga kini masih tiada petanda lain dan pihak kita berharap dengan petanda awal arah laluan ini, memberi harapan positif untuk pihak kita menemui mangsa,” kata Ketua Polis Daerah Gua Musang, Ahmad Termizi Haq kepada Bernama.
Mohamed Hassan Ayat dipercayai hilang semasa menuruni gunung itu bersama rakan-rakanya yang lain Ahad lalu.
Ibunya, Norhayati Abd Razak, 56, berkata petanda awal berkenaan memberi sedikit kelegaan dan harapan kepada beliau dan suaminya, Zainuddin Shariff, 59, untuk menemui semula anak mereka. — Bernama
[ Last edited by liaolia at 26-2-2009 11:03 PM ] |
|
|
|
|
|
|
|
dan lagi berita ..
|
|
|
|
|
|
|
|
MAJLIS SOLAT HAJAT & DOA SELAMAT
Tarikh : 28/02/2009 - Sabtu
Masa : lepas solat Maghrib - solat Maghrib berjemaah
Tempat : SMK Kelana Jaya (bersebelahan LDP, berdekatan dgn GIANT Kelana Jaya)
Untuk makluman, nie la skolah Asan dulu dan pihak sekolah yang buat majlis nie. Organize oleh bekas guru Asan sndr, Pn Faridah (kelas 5 cekap ). Sesiapa mempunyai kelapangan, dijemput untuk sama2 meramaikan Majlis.
Sebarang soalan berkenaan majlis nie.. boleh call no 012 307 0427 - Fazly
Harap Maklum |
|
|
|
|
|
|
|
sedikit update dr RQ0
1. so far kita memerlukan para pendaki bersilih ganti bagi meneruskan SAR sampai mangsa dijumpai
2. buat masa ini, gerakan yang di buat oleh pendaki sehaluan dengan gerakkan oleh PGA
3. buat masa ini utk team SAR kita bekalkan makanan tempur askar dan bagi menjimatkan masa dan tenaga kadang kala kita mendapat bantuan heli untuk sampai ke kongsi.
4. kita kena teruskan komunikasi bubu dan agas
5. seperti yg saya maklumkan sebelum ini jika ingin mengikuti team SAR cari dalam kumpulan dan apa yang kami perlukan adalah bila kumpulan anda nak masuk dan sampai bila, apa kelengkapan yg anda ada contohnya gps dan radio, dan siapa guide yg anda ada untuk kesana?
6. klu yg kita ada buat masa ini tidak byk membantu kita punya operasi, walaubagaimanapun kita tidak ambil enteng akan klu yg ada. segala tenaga dikerahkan kearahnya dan tidak dilupakan juga akan lokasi lain.
7. kita perlukan byk lagi dana untuk SAR ini utk kebajikan kita punya team SAR
8. kita amat berterima kasih kepada team SAR terutama RQ1 (team dr boy n the geng), RQ2 ( team adik idan n the gang), RQ3 (Yon n the gang), RQ4 (Nadir n the gang), RQ5 (poncho n the geng), RQ6 (Mali n the geng) maaf tak tak ingat nama anda semua dan tak lupa pada Rob, hensem, PGA, bomba, pertahanan awam dan polis lojing. yang mana tak de nama tu nanti saya akan update semua nama penuh.
9. tak de kata lain kepada team SAR kita, anda semua KOMANDO
10. kepada yg menderma pada dana terima kasih. kepada yg berikhtiar dgn cara lain terima kasih juga saya ucapkan
11. AKHIR kata buat masa ini...... BANYAK LAGI LIPAT GANDA USAHA KITA PERLUKAN DARI ANDA SEMUA SEHINGGA HASSAN BERJAYA DITEMUI.
_________________
-- |
|
|
|
|
|
|
|
Malam ini pada jam 10 malam di terminal Putra Gombak (last station PUTRA LRT Gombak) kengkawan support bantuan akan berkumpul untuk menghimpunkan segala jenis bantuan yang berjaya dikumpulkan untuk dihantar ke Balai Polis Lojing (Base camp search n rescue). Jika ada kengkawan yang sudi untuk menghulurkan bantuan apa sahaja walaupun setin sardin atau sebungkus rokok/etc bolehlah berbuat demikan atau menghubungi terus di talian 013-2518731
Thanxs pada kengkawan yg membantu |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by an2toncit at 27-2-2009 03:04 PM
Uncle Pet ikut skali masa panjat gunung tu kan ?
nasib dia x hilang skali
Yup! dan dia masih di sana terlibat dgn SAR team. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|