CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 35397|Reply: 16

khmer rouge pol pot; update - killing field torturer on trial in cambodia!!

[Copy link]
Post time 24-2-2009 06:26 AM | Show all posts |Read mode
Keadilan tahanan Khmer Rouge
Mangsa-mangsa jenayah perang era Pol Pot yang terselamat menuntut pembelaan di atas kekejaman dan kematian keluarga mereka ke muka pengadilan.



GAMBAR-gambar tersebut adalah bukti bahawa Chum
Manh dan rakan-rakannya pernah berada di muzium
pemusnahan bangsa manusia secara sengaja di Phnom Penh.



TIGA dekad selepas kejatuhan rejim Killing Fields Kemboja, Chum Manh, 78, akhirnya dapat melihat penderanya dibawa ke muka pengadilan.
Hampir setiap keluarga di Kemboja telah kehilangan insan-insan tersayang semasa era pemerintahan Khmer Rouge antara 1975 hingga 1979 yang melibatkan anggaran korban 1.7 juta nyawa.

Di sebalik peranan mereka dalam salah satu episod paling gelap pada kurun ke-20, tidak ada seorang pun penyokong Pol Pot yang pernah dibicarakan, sehinggalah sekarang.

Tribunal Khmer Rouge oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) membuka perbicaraan pertamanya baru-baru ini apabila Duch, 66, juga dikenali sebagai Kaing Guek Eav, berdepan dengan pertuduhan jenayah perang. Selain itu, Duch juga dihadap dengan tuduhan melakukan jenayah menentang kemanusiaan, dera dan meracun semasa mengendalikan pusat deraan S-21.

"Saya mahu tanya kepadanya mengapa dia membunuh orang sebangsanya dan kenapa orang-orangnya mendera saya?" kata Chum Manh kepada Reuters semasa satu kunjungan ke bekas penjara S-21 di Phnom Penh yang amat terkenal dengan kekejaman semasa rejim pimpinan Pol Pot itu.

Chum Manh merupakan antara 14 individu yang berjaya melepaskan diri dari penjara tersebut, dengan 16,000 tahanan didera sebelum dibelasah dengan belantan sampai mati dalam Cheoung Ek Killing Fields di luar ibu kota.

"Apa yang mendorong mereka untuk melakukan jenayah sekejam itu?" soal Chum Manh sambil memantau penjara lama itu.
Kini, penjara itu dipelihara dan dijadikan Muzium Tuol Sleng.

Ketika era rejim berkenaan, sesiapa yang berkaca mata, berbahasa asing dan bertangan lembut akan dilabelkan berpendidikan atau burjois, maka menjadi musuh kepada revolusi pertanian Pol Pot.

Chum Manh yang pernah menjadi mekanik telah didakwa menjadi mata-mata bagi Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA).



CHUM MANH menunjukkan bagaimana dia dirantai ketika di penjara Cheoung Ek Killing Fields.




Dia kemudian dihumban ke dalam satu penjara kecil yang berkeluasan satu katil saiz untuk seorang, dipasangkan belenggu di kakinya dan didera hampir setiap hari.

"Pernah sekali mereka cucuh saya dengan wayar kabel elektrik 200 kali kerana mereka mendengar besi yang membelenggu saya bergerak," katanya. Suaranya terhenti apabila air mata menggenangi kelopak matanya.
"Mereka bunuh isteri dan anak lelaki saya. Mereka juga tergamak membunuh kanak-kanak yang hanya berusia beberapa bulan," kata Chum Manh.
Hampir enam tahun selepas Kemboja dan Amerika Syarikat (AS) bersetuju untuk menubuhkan usahasama tribunal, para pendakwa berkata, mereka boleh menampilkan keterangan dokumen dan foto serta testimoni saksi dalam perbicaraan Duch.
"Terdapat satu gambar yang agak jelas tentang apa yang berlaku di S-21," kata Timbalan Pendakwa Raya bersama, William Smith, sebelum menambah bahawa beban pembuktian tidaklah sukar.

Sebutan kes yang berlaku baru-baru ini lebih kepada permulaan simbolik perbicaraan apabila hal-hal prosedur dilakukan sehingga dua hari. Perbicaraan sebenar akan bermula Mac ini.

Kata Smith: "Ia merupakan hari yang amat penting bagi mahkamah. Ia merupakan kali pertama seseorang dibawa ke muka pengadilan berhubung kekejaman Khmer Rouge."

Terdapat keraguan bahawa empat lagi kader kanan Pol Pot yang ditahan mahkamah itu tidak akan dibicara.

Mereka termasuklah, Brother Number Two, Nuon Chea, orang kanan Pol Pot yang mati pada tahun 1998, bekas ketua negeri Khmer Rouge, Khieu Samphan dan bekas Menteri Luar, Ieng Sary dan isterinya.

Tidak seperti Duch yang mengaku bersalah atas jenayahnya selepas menganut agama Kristian, selebihnya bertegas yang mereka tidak melakukan sesuatu yang salah. Bila mereka akan dibicarakan juga belum diketahui.

Pengkritik-pengkritik berkata, kredibiliti tribunal tersebut masih dalam persoalan selepas pendakwa raya asing mengesyorkan enam lagi suspek untuk disiasat.

Tambahan pula, masa yang diambil untuk keseluruhan perbicaraan pastinya panjang. Selepas sepuluh tahun dijajah tentera Vietnam, sekutu Khmer Rouge juga yang membantu menubuhkan sebuah kerajaan menerusi pilihan raya tajaan PBB pada tahun 1993.

Di sebalik usaha untuk menyiarkan prosiding mahkamah dan mendidik warga Kemboja tentang tribunal berkenaan, terdapat pandangan yang menyifatkan warga negara itu tidak cukup tahu mengenainya.

Satu kaji selidik yang dilakukan oleh Pusat Hak Asasi University of California, Berkeley mendapati, 85 peratus responden hanya tahu sedikit atau tidak tahu langsung tentang tribunal itu.

"Mahkamah tidak akan menjadi begitu berjaya, tidak kira walau bagaimana baiknya perjalanan perbicaraan, jika penduduk Kemboja sendiri tidak tahu dan tidak faham apa yang berlaku," kata Heather Ryan, pemantau tribunal bagi inisiatif Keadilan Masyarakat Terbuka.

Pengarah sebuah pusat kajian tajaan AS, Youk Chang yang sedang mengumpul bukti peristiwa Killing Fields sejak 1997 berkata, perbicaraan itu akan dapat membantu mendidik warga Kemboja yang lahir selepas kejatuhan rejim Pol Pot. Mereka mewakili separuh daripada populasi 14 juta Kemboja.

"Ia juga membawa satu mesej yang jelas bahawa apabila anda melakukan jenayah, anda boleh dihadapkan ke muka pengadilan walaupun tiga dekad kemudian," katanya.

Individu-individu yang terselamat daripada kekejaman di penjara S-21 berharap perbicaraan itu akan membawa era baru keamanan bagi mereka.

"Kalau ikut hati amarah, saya hendak Duch dihukum mati, tetapi hukuman seperti itu tidak sepatutnya diucapkan bagi penganut Buddha seperti saya," kata Chum Manh mengenangkan agama yang dianuti mengajar umatnya agar tidak membalas dendam. - Reuters.





pol pot pun baru ajer gak mampos...  tu pun setelah  nazak bertahun2... balasan tuhan sbb kejam nak mampos masa dia hidup dulu!!   aku pernah tengok citer killing fields..  best tul citer tu.... tu citer jaman tok kadok masa kecik2 dulu  tapi aku rasa one of the best pic aku penah tengok!!  yg berlakon tu dr apa ye...  dah mati pun kena tembak kat  amerikana  lama gak dah....

[ Last edited by  amazed at 30-3-2009 19:43 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-2-2009 06:33 AM | Show all posts

Balas #1 amazed\ catat

polpot mati sakit jantung je, mati plak kat hutan, mati mcm tu je, tak adil:@
-org2 kemboja yg lari kat kelantan tu memeng kaya2 mereka da emas utk rasuah, utk larikan diri
-tinggal la yg miskin2 je, mati di kemboja
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 08:21 AM | Show all posts
Tak tau la pasal orang Kemboja yang kat Kelantan tu....tapi apa yang saya tahu, bila Khmer Rouge dapat menguasai Kemboja, mangsa pertama mereka, selain anggota kerajaan Lon Nol ialah golongan kaya dan berpelajaran.
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 11:55 AM | Show all posts
oh...maknanya rejim pol pot ni anti org kaya & berpendidikan laa...abih tu pemimpin diorg tu bukan jugak berpendidikan kalu tak salah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-2-2009 05:11 PM | Show all posts
khmer rouge ni komunis la kan .?
cene erk kuasa pemerintahan blh jatuh kt diorang
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 12:26 AM | Show all posts

Reply #5 316's post

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2009 08:30 AM | Show all posts

Reply #4 liyamariska's post

Tu yang pelik kan? Pol Pot dan Ieng Sary lepasan Universiti Sorbonne, Paris.

Saya teringat buku 'The Killing Fields' dimana penulis, Dith Pran, yang menjadi pembantu pemberita ketika perang. menggosok pasir di tangan bagi menjadikan kulitnya kasar - tanda orang susah dan mengelak dari menjawab soalan yang diajukan gerila Khmer Rouge dalam bahasa Perancis walaupun dia fasih.
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 06:23 PM | Show all posts

Syd

tq 4 da link ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-2-2009 06:59 PM | Show all posts
Ieng Thirith terlalu lemah hadapi bicara



Ieng Thirith


PHNOM PENH: Bekas wanita pertama Khmer Rouge berkata, beliau terlalu lemah untuk hadir perbicaraan di tribunal penghapusan kaum Kemboja semalam selepas suaminya dirawat di hospital.

Ieng Thirith, 76, berhadapan dakwaan jenayah kemanusiaan memberitahu mahkamah, peguam pembela akan mewakili beliau bagi rayuan terhadap penahanannya.

Sebagai seorang bekas Menteri Hal Ehwal Sosial regim terbabit, beliau adalah antara lima orang yang berhadapan dengan dakwaan di tribunal jenayah perang Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) berikutan pembunuhan beramai-ramai ketika pemerintahan Khmer Rouge 1975-1979.

Kesihatan suspek berusia itu sejak sekian lama membimbangkan. Suami Ieng Thirith, bekas Menteri Luar Khmer Rouge, Ieng Sary dimasukkan ke hospital Isnin lalu kerana pendarahan air kencing, kata jurucakap mahkamah, Reach Sambath.

Ia adalah kali kesembilan Ieng Sary, 83, dikejarkan ke hospital sejak pasangan itu ditahan mahkamah pada November 2007.

Dalam dokumen dibacakan di mahkamah semalam, hakim menjelaskan adalah perlu bagi memenjarakan Ieng Thirith bagi melindungi keselamatan dan ketenteraman awam, selain memastikan beliau tidak melarikan diri daripada perbicaraan. - AFP




dulu bunuh worang tak hengat... skrg dah lemah...  tak tau ler  sedaq diri ker idak tuh...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 25-2-2009 08:14 PM | Show all posts

Reply #7 alphawolf's post

teori kita kan,rasanyer pemimpin2 khmer rouge ni bengang dgn org kaya & berpendidikan mungkin sbb diorg ni tak mau support diorg...tu target memula kt golongan2 nih...pastu baru gi kt rakyat2 yg menentang diorg nih...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2009 08:25 AM | Show all posts

Reply #10 liyamariska's post

Ia dipanggil class vengeance. Juga cubaan Khmer Rouge untuk menghasilkan masyarakat petani utopia.
Reply

Use magic Report

Post time 3-3-2009 01:08 PM | Show all posts
Originally posted by alphawolf at 24-2-2009 07:21 AM
Tak tau la pasal orang Kemboja yang kat Kelantan tu....tapi apa yang saya tahu, bila Khmer Rouge dapat menguasai Kemboja, mangsa pertama mereka, selain anggota kerajaan Lon Nol ialah golongan kay ...

Ramai   gak  org  kemboja   kat  kelantan   ......   cth penjual   kat   padang bas  KB  dulu  kebanyakannya   org  kemboja   ler
kebanyakan dok   kat  area  Masjid  Muhammadi  tu
kat   Pasir  Mas   pun   ada   gak  org  kemboja   ........
Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2009 11:15 AM | Show all posts
kalau nak baca buku2 berkenaan ni tajuk2nya
untuk menambah pengetahuan bersama..

1.  Beyond The Killing Fields - Welaratna
2.  Cambodian Odyssey/The Survisal of The Killing Fields - Haing S.Ngor
3.  Stay Alive My Son - Pin Yathay
4.  When Broken Glass Floats - Chanrithy Sim
5.  First They Kill My Father - Luong Ong
6.  The Price We Paid - Vatey Seng
7.  The Stones Cry Out - Molyda Skymuziak
8.  Voices of S-21 - Ben Kiernan
9.  Tears of my soul - Sokreaksa Him (yang ini da ilang)
10.
just to name a few..

kak tim beli dari abebooks.com..second hand and rare books..
dapat harga murah..
cuma bayar lebih untuk harga pos saja..
lagi pun cari kat MPH ke Koni ke, Berjaya Times ke tak jumpa punya..
sebab kebanyakkannya buku yang dipublish lama dah..

nak pinjam boleh..sebab kak tim bukan suka ilmu @ pengetahuan yang tak dikongsi..tapi hantar balik le.. sebab buku2 ni harganya tak ternilai bagi kak tim..

baca2 lah..sure nangis sgt2 (pinjam kata2 ziana2006)
how the suffer during those time..
rasanya zaman jepun kat malaya pun tak seteruk itu..
even cacing kat dalam tanah pun boleh dikorek makan..
pucuk2 kayu kalau yang boleh dimakan, derang makan..
teras pisang tu biasa..adik beradik boleh berbunuhan kerana berebut makan..
gula manisan dah dikira barang luxury..
yang sakit masuk hospital boleh dikira dihantar ke kem maut le..
siapa2 yang kerja kerajaan, professional ke..memang kena bunuh sebab dilabel imperialis..bagi jimatkan peluru, khmer rouge ini bunuh orang pakai cangkul atau batang kayu hentak dikepala saja saje..and dihumban dalam lubang ramai2..

cuba lihat youtube..under khmer rouge..tengok le betapa dasyat
bencana perang 1975 -1979 ini kepada rakyat cambodia..
rumah yang didiami hanyalah seperti wakaf menunggu bas (atau lebih teruk dari itu) yang tidak berdinding, samada hanya ditutupi kanvas atau dibiarkan terbuka..
kelahiran amat jarang sebab orang dah tak bernafsu lagi nak bercopulating
sebab dalam minda mereka hanya memikirkan bagaimana nak cari makan
untuk mengisi perut mereka sahaja..kalau ada yang lahir pun samada mak
yang mati atau anak yang mati sebab anak dan mak tak cukup zat..
anak2 kecil dibiarkan mati di katil hospital tanpa sebarang rawatan..
mati kerana kekurangan makanan dan cirit birit..
mata mereka yang kosong..bayangkan peristiwa macam tu jadi pada kita..
pada anak2 kita nanti..belajar dari sejarah orang..
perang tu pun akibat dari orang2 yang gila kuasa..
mangsa? rakyat marhain jua..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-3-2009 07:45 PM | Show all posts
30 Mac, 2009

  
Killing Fields Torturer On Trial In Cambodia


Chief Khmer Rouge torturer Kaing Guek Eav, also known as Duch, attends his trial on the outskirts of Phnom Penh March 30, 2009. REUTERS/Mak Remissa/Pool


PHNOM PENH (Reuters) - The chief Khmer Rouge torturer faced trial for crimes against humanity on Monday, the first involving a senior Pol Pot cadre 30 years after the end of a regime blamed for 1.7 million deaths.

After years of delays and procedural wrangling, prosecutors for the joint U.N.-Cambodian tribunal will lay out their case against Duch, the former chief of the S-21 prison, where 14,000 "enemies" of the 1975-79 revolution were tortured and killed.

"I never thought that this day would come," said 64-year-old Svay Simon, one of hundreds of Khmer Rouge victims gathered at the specially built court on the outskirts of Phnom Penh.

Duch's trial, which formally began with procedural hearings last month, marks a turning-point for the strife-torn country, where nearly every family lost someone during the Khmer Rouge era, one of the darkest chapters of the 20th century.

"The Cambodian people will finally see one of the most notorious Khmer Rouge leaders face trial. But many more need to face the court to really deliver justice to the millions of victims of these horrific crimes," said Brittis Edman, a Cambodia researcher for rights group Amnesty International.

Duch, whose real name is Kaing Guek Eav, faces charges of crimes against humanity, war crimes, torture and homicide.

The silver-haired former school teacher is the first of five ageing senior cadres charged for their role in Pol Pot's "Year Zero" revolution to achieve an agrarian utopia.

He is expected to be a key witness in the future trials of "Brother Number Two" Nuon Chea, the regime's ex-president Khieu Samphan and Ieng Sary, its foreign minister, and his wife.

The four others have denied knowledge of any atrocities by the Khmer Rouge during its rule, which began by driving everyone out of the cities with whatever they could carry.

There is no death penalty in Cambodia and the five could get life sentences if convicted by the panel of five Cambodian and international judges.

Advocates hope the tribunal -- formally known as the Extraordinary Chambers in the Courts of Cambodia (ECCC) -- will serve as a model of professionalism for the country's erratic and politicised judiciary.

Critics say the tribunal's integrity is threatened by allegations of corruption and political interference, particularly on the issue of pursuing other Khmer Rouge suspects.

A bid to go after other suspects was brushed aside in January by the tribunal's Cambodian co-prosecutor, who said it would not help national reconciliation. The government has denied any meddling in the court, but rights groups are concerned.

"The Extraordinary Chambers must urgently expand its prosecution strategy to investigate and prosecute more cases before it is too late," Edman said.

Survivors, former guards and Khmer Rouge experts are expected to testify against Duch, a born-again Christian who has asked forgiveness for the S-21 victims, who included women and children.

Most of them were tortured and forced to confess to a variety of crimes -- mainly being CIA spies -- before being bludgeoned to death in a field on the outskirts of the city.

Duch's lawyers argue he was only following orders and should not be made a scapegoat for the Khmer Rouge era.

Pol Pot's death in 1998 was followed by a formal Khmer Rouge surrender which helped to usher in a decade of peace and stability, threatened now by the global economic downturn.



-- REUTERS


aku ingat pol pot baru ajer mati... tak ler baru tapi 1998??? bukan baru few years back ker... yikesss.... tapi mmg torturers tu patut kena torture pulak... tapi sumer pun tua nak mampos dah pun!!
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 06:56 AM | Show all posts
Ketua penjara Khmer Rouge minta maaf



GUEK EAV membaca kenyataan dalam perbicaraannya
di sebuah mahkamah di Phnom Penh, Kemboja semalam.


PHNOM PENH - Bekas ketua penjara rejim Khmer Rouge, Kaing Guek Eav semalam memohon maaf kepada semua mangsa kekejamannya ketika mengurus penjara Tuol Sleng yang menyaksikan lebih dua juta rakyat Kemboja terbunuh, tiga dekad lalu.


Guek Eav yang turut dikenali sebagai Duch memberitahu mahkamah yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bahawa dia adalah kambing hitam anggota kanan pergerakan pelampau komunis.

Bekas guru berumur 66 tahun itu memberitahu, dia hanya mengikut arahan pegawai atasannya kerana mahu melindungi keluarganya sendiri.

Penjara Tuol Sleng yang turut dikenali sebagai S21 menjadi lokasi lebih 15,000 penduduk Kemboja dibunuh antara tahun 1975 hingga 1979 dalam era komunis.

"Saya bertanggungjawab terhadap semua jenayah di S21 terutama penyeksaan dan pembunuhan. Biarlah saya memohon maaf kepada tahanan yang masih hidup dan keluarga mangsa yang terbunuh," katanya.

Menurut Guek Eav, ketika itu, keluarganya adalah lebih penting berbanding tahanan-tahanan di S21.

Guek Eav berhadapan hukuman penjara seumur hidup jika didapati bersalah.

Dia merupakan seorang daripada lima anggota kanan Khmer Rouge yang ditahan pihak mahkamah.

Antara penderaan yang dibuat di S21 ialah kuku kaki dan tangan tahanan dicabut dan renjatan elektrik terhadap bahagian sulit tahanan, kata pendakwa raya bersama antarabangsa, Robert Petit. - AFP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-4-2009 10:35 PM | Show all posts
Dasar AS punca Khmer Rouge bangkit

PHNOM PENH: Ketua unit penyeksaan Khmer Rouge memberitahu tribunal pembunuhan beramai-ramai semalam dasar Amerika Syarikat pada 1970-an menyumbang kepada kebangkitan rejim komunis itu.

Kaing Guek Eav, yang lebih dikenali sebagai Duch, membuat kenyataan itu sebagai sebahagian daripada keterangan terperinci mengenai perjalanan peribadinya ke arah revolusi.

Katanya, dia sedar aktiviti Khmer Rouge akan berakhir dengan 'bencana.'


Duch bercakap ketika tribunal itu memasuki minggu kedua perbicaraannya kerana melakukan jenayah perang dan jenayah kemanusiaan, selain membunuh dan menyeksa.

Duch, kini 66 tahun, menjadi ketua penjara S-21 di Phnom Penh, juga dikenali sebagai Tuol Sleng, ketika Khmer Rouge berkuasa daripada 1975 hingga 1979. Seramai 16,000 lelaki, wanita dan kanak-kanak dipercayai diseksa di situ sebelum dibunuh.

Minggu lalu, dia memohon maaf dan menyatakan kekesalan tetapi semalam memulakan keterangan sebenarnya, yang menyaksikan Duch menunjukkan ingatan luar biasa, menyebut nama mangsa tanpa nota dan tarikh sebenar aktiviti yang berlaku empat dekad lalu.

Diminta oleh hakim menyatakan ceritanya dalam konteks sejarah, Duch berkata � tanpa sebarang niat mewajarkan tindakannya � bahawa dia percaya Khmer Rouge sepatutnya berkubur pada 1970 jika Amerika tidak menyokong kerajaan diketuai tentera di Kemboja berikutan rampasan kuasa pada 1970 yang menyingkirkan Putera Norodom Sihanouk daripada kuasa. � Agensi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 13-8-2009 01:01 PM | Show all posts
Ketua penjara Khmer Rouge sanggup direjam



Kaing Guek Eav

PHNOM PENH: Ketua penjara Khmer Rouge, Kaing Guek Eav merayu kepada tribunal yang sedang membicarakannya atas tuduhan jenayah terhadap kemanusiaan agar menjatuhkan hukuman 'seberat-beratnya' terhadapnya.

Tertuduh yang juga dikenali sebagai Duch berkata, beliau sanggup 'direjam dengan batu sehingga mati' atas kesalahannya terhadap rakyat Kemboja.

Duch dibicara oleh tribunal yang disokong Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di atas tuduhan mengawal selia seksaan dan pembunuhan kira-kira 15,000 orang di pusat tahanan Tuol Sleng ketika pemerintahan Khmer Rouge sekitar lewat 1970-an.


Tertuduh berusia 66 tahun itu memberitahu tribunal berkenaan negaranya boleh menjatuhkan hukuman paling dahsyat terhadapnya jika disabit kesalahan.

"Jika ada tradisi Kemboja seperti masa silam di mana Nabi Isa direjam dengan batu sehingga mati, rakyat Kemboja juga boleh melakukannya terhadap saya. Saya sanggup menerimanya," kata Duch memeluk agama Kristian pada 1990-an.

Duch sebelum ini mengakui bertanggung jawab terhadap peranannya mengawal selia pusat tahanan itu dan memohon ampun bagi jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan yang dilakukannya.

Bagaimanapun, dia menafikan tuduhan pendakwa memainkan peranan utama dalam rejim Khmer Rouge dan berkata dia secara sendiri tidak pernah membunuh orang ketika rejim itu memerintah dari 1975 hingga 1979.

"Saya akan terima tanpa bantahan sebarang keputusan dibuat oleh tribunal ini. Keputusan terhadap peranan saya sebagai pengerusi S-21 (Tuol Sleng) dan semua jenayah yang dilakukan di sini," katanya.

"Nyawa saya yang satu ini tidak boleh dibandingkan dengan mereka yang terbunuh ketika itu," katanya.

Khmer Rouge yang dipimpin Pol Pot yang meninggal dunia pada 1998, mengosongkan bandar Kemboja dalam usahanya membentuk masyarakat yang lebih sempurna tetapi langkahnya itu menyebabkan kematian sehingga dua juta orang akibat kelaparan, kelihatan dan penyeksaan. - AFP
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 10:42 AM GMT+8 , Processed in 0.845157 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list