View: 10116|Reply: 47
|
Yahudi @ Pulau Pinang
[Copy link]
|
|
Pendedahan kehadiran Yahudi di Pulau PinangOleh ZULKARNAIN ZAKARIA
[email protected]
KOMUNITI Yahudi di Malaysia? Benarkah wujud komuniti itu di negaraini? Tentu ramai daripada kita yang tidak tahu bahawa komuniti Yahudipernah hidup dan bertapak di Pulau Pinang suatu ketika dahulu.
Kawasan perkuburan Yahudi di Jalan Sultan Zainal Abidin diGeorgetown adalah bukti mereka pernah mendiami bumi Malaysia ini.Terdapat lebih 100 kubur di situ yang dibina dalam pelbagai bentuk.
Pada kubur-kubur itu juga terdapat simbol-simbol keyahudian, antaranya termasuk bintang berbucu enam (Star of David) dan piramid bermata (Eyes of God). Di samping itu, terdapat rumah ibadat Yahudi (Synagogue) di kawasan berhampiran.
Perkuburan ini sentiasa bersih. Kemudian, seorang lelaki Yahudi akandatang ke situ dua kali setahun dan membayar upah kepada penjaganyabagi memastikan perkuburan tersebut sentiasa terpelihara.
Siapakah lelaki Yahudi itu? Dan lebih penting lagi, di manakahwarga-warga Yahudi yang lainnya? Apakah mereka tidak gusar menjadiYahudi di negara ini?
Rejim Zionis Yahudi di Israel sering kali melakukan kekejamanterhadap jiran-jirannya di Asia Barat, terutama sekali Palestin danLebanon. Timbul pertanyaan, adakah warga-warga Yahudi di Pulau Pinangini juga mempunyai pendirian yang sama dengan Zionis di Israel?
Warga Yahudi ini hidup aman damai dan bebas mengamalkan agamamereka. Malah, rabai Yahudi juga pernah 'menikahkan' seorang wanitaMelayu dengan seorang lelaki Hindu. Mereka mempunyai tujuh anak danmenjalani kehidupan yang menimbulkan pelbagai tanda tanya.
Anda terkejut? Pendedahan menarik ini adalah salah satu daripada artikel yang dipaparkan dalam majalah Al Islam keluaran Mac 2009.
Selain usaha wartawan Al Islam menjejaki komuniti Yahudi diPulau Pinang, artikel-artikel lain yang turut disiarkan ialah tentangsiapa dalang sebenar penubuhan Suruhanjaya Antara Kepercayaan (IFC),rayuan imam Masjid Nabawi kepada umat Islam, taktik baru ah longmemerangkap orang Islam, kedudukan Islam selepas setahun tsunamipolitik serta pandangan ahli agama tentang fenomena cerai-berai danmemburuk-burukkan pasangan yang semakin menjadi-jadi dewasa ini. |
|
|
|
|
|
|
|
maksud hang la ni ada conspiracy theory ? |
|
|
|
|
|
|
|
Dulu2 zaman tanah melayu mmg ada yahudi esp kt penang, melaka.
Dorang semua dah lari ke singapore la. Pas Malaysia x iktiraf Israel taun 60-an dulu.
Xtaula kalo ade saki baki yg tertinggal kt sini. |
|
|
|
|
|
|
|
Eh, thread ni bkn dah ade ker? |
|
|
|
|
|
|
|
hanya terdapat 14 juta yahudi kat dunia nie.
setiap 1 yahudi terdapat 1000 org Islam. Nisbah 1:1000 |
|
|
|
|
|
|
|
macam pernah terbaca pasal yahudi ni kat mastika....
aku nak cari blk majalah tue |
|
|
|
|
|
|
|
Cari la boleh letak kat sini. |
|
|
|
|
|
|
|
tanah perkuburan tu lah mempunyai nilai hartanah yg paling tinggi kat Penang. |
|
|
|
|
|
|
|
Yahudi Malaysia
Dari Wikipedia
Yahudi Malaysia adalah istilah yang merujuk kepada Yahudi yang tinggal di Malaysia, atau yang berasal dari negara ini. Mereka khususnya tinggal di negeri Pulau Pinang, tetapi juga boleh dijumpai di tempat-tempat yang lain di negara, terutamanya di Kuala Lumpur dan Melaka. Yahudi Malaysia terdiri terutamanya daripada orang Yahudi Timur (khususnya orang Yahudi Baghdad), dan Yahudi Eropah (Yahudi Ashkenazi). Terdapat juga sebilangan orang Yahudi Cina dari Kaifeng, China. Orang Yahudi Kaifeng melarikan diri dari tanah air mereka di China, khususnya semasa pihak Komunis anti-agama mengambil alih tanah besar China daripada Kuomintang, kerajaan nasionalis China, pada tahun 1949.
Sejarah
Orang Yahudi yang pertama dikenali menduduki Malaysia adalah di Pulau Pinang. Dia dipercayai adalah Ezekiel Menasseh, yang berpindah dari Baghdad pada 1895, meskipun ramai percanggahan sejarawan' (berdasarkan pada tarikh yang diberikan pada Perkuburan Yahudi pada pulau ini) membuktikan yakni kewujudan komuniti Yahudi Pulau Pinang bertarikh pada 1805. Menasseh tinggal menjadi satu-satunya Yahudi di Malaysia selama 30 tahun, dan dia terus menyambut cuti Yahudi dan meneruskan dengan kashrut. Selepas Perang Dunia I, lebih ramai Yahudi mula menduduki Malaysia. Kemudian semasa Perang Dunia II, komuniti Yahudi telah dipindahkan ke Singapura, mengkhuatiri pemenjaraan dan layanan-buruk dari Jepun. Menjelang 1963, hanya 20 keluarga Yahudi yang tinggal di Malaysia. Satu-satunya laman web saumaah Pulau Pinang ditutup pada 1976 kerana, menurut pada laman web George Town, Malaysia - Asia Tenggara untuk Pelawat, saumaah ini "tidak lagi boleh kumpulkan yang diperlukan sepuluh lelaki atas umur 12 tahun yang diperlukan untuk mengerjakan upacara keagamaan." [1] Bak kata lain, ini mencadangkan bilangan semakin berkurangan Yahudi yang tinggal di Malaysia, berpunca dari pemindahan ke negara lain pada 1970an dan telah buatkan ia mustahil mengerjakan upacara Yahudi - seperti bar mitzvah. Tambahan pula, sejak konflik Arab-Israel, ramai Muslim Malaysia bersimpati dengan orang Palestin dan mengancam orang Israel, dan mengakibatkan ramai Yahudi yang kuathirkan penindasan dan bercadang berpindah ke tempat lain. Sebaliknya, Yahudi Pulau Pinang pergi ke Singapura sebagai perjalanan terdekat untuk memenuhi keperluan seumpama, dan hanya berkumpul di Pulau Pinang seperti menghadiri perkuburan Yahudi.
ahudi Pulau Pinang kini
Kini, terdapat sekitar 100 Yahudi menduduki Malaysia. Kebanyakan dari Yahudi yang tinggal di Malaysia adalah pelarian dari Rusia. Yahudi Pulau Pinang khususnya pendidik dan orang peniaga. Pada Pulau Pinang itu sendiri, terdapat dahulu perhimpunan Yahudi, tetapi ia dikatakan terdapat tiada lagi komuniti Yahudi yang tinggal di Pulau Pinang, kebanyakannya telah berpindah ke Singapura. Richard Chang [2] merupakan selebriti ****mporari Yahudi Malaysia popular, tetapi dia kini sedang tinggal di Bandaraya New York. Walaupun keturunan Yahudi Pulau Pinang khususnya didapati di Singapura, terdapat juga ramai dari mereka di Australia, Kanada, New Zealand, United Kingdom dan Amerika Syarikat (terutamanya di New York) tetapi bilangan mereka tidak diketahui. Walaupun orang Israel dilarang memasuki Malasia pada masa ini (selain dari jika mereka memberikan permit khas untuk memasuki Malaysia oleh kerajaan Malaysia c.t.h. jika ia orang sukan bermain untuk peristiwa sukan), Yahudi dari kewarganegaraan lain adalah dialu-alukan untuk memasuki bangsa ini. Maklumat lanjut boleh didapati dari laman web APRICOT2001: KUALA LUMPUR [3] atau dari majalah Penerbangan Malaysia. Walaupun ramai Muslim Malaysia bermusuhan terhadap Israel, orang Yahudi bebas mengamalkan agama mereka tanpa gangguan atau penganiayaan kerana perlembagaan Malaysia yang menjamin kebebasan beragama untuk semua.
Majoriti Yahudi Malaysia bertutur bahasa Melayu dan Inggeris, manakala yang lain bertutur bahasa Yiddish, Parsi, Ibrani dan kemungkinan bahasa Arab. |
|
|
|
|
|
|
|
Yahudi Malaysia yang terkenal
* Charles Ephraim - ketua komuniti Yahudi Pulau Pinang.
* Richard Chang - pelakon Yahudi Malaysia yang kini tinggal di New York.
* Ezekiel Menasseh - penduduk Yahudi tertua di Pulau Pinang. |
|
|
|
|
|
|
|
xmengapa ke diorg ni duk di Malaysia... xmembawa bencana ke nnt... pasti ke semua dh p spore? skrg diorg ada lg x? |
|
|
|
|
|
|
|
salah ke yahudi dok mesia??yg kita ptot musuhi ialah yahudi yg berpegang kepada konsep zionis..
ni lar org mesia x phm apa itu zionis..dgr je nama zionis terus cop sume yahudi berpegang konsep zionis..itu sudah racist namanya |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by ^^langkasuka^^ at 28-2-2009 03:33 PM
xmengapa ke diorg ni duk di Malaysia... xmembawa bencana ke nnt... pasti ke semua dh p spore? skrg diorg ada lg x?
Tak semua orang Yahudi itu jahat! Begitu juga dengan orang Islam - tak semua orang Islam itu baik!
Secara umumnya, masyarakat Yahudi di dunia terbahagi kepada 2 kumpulan - kumpulan yang menyokong Zionisme dan kumpulan yang tidak menyokong Zionisme.
Orang Yahudi yang menyokong Zionisme inilah yang patut kita kecam kerana golongan inilah yang menindas masyarakat Palestin dan penduduk Islam di seluruh dunia dengan menjadikan Amerika Syarikat sebagai boneka mereka.
Ada juga orang Yahudi yang tidak menyokong Zionisme. Mereka ini adalah pencinta kedamaian dan percaya bahawa kedamaian di dalam kemelut krisis Israel-Palestin hanya akan dicapai sekiranya tanah Palestin diserahkan kembali kepada penduduk Palestin. Golongan ini terdapat di seluruh dunia termasuk di Israel sendiri.
Rata-rata orang Islam sendiri keliru. Mereka anggap Zionisme itu Yahudi dan sebaliknya. Itu salah! |
|
|
|
|
|
|
|
sila baca elok2 artikel di bawah wahai rakyat mesiaku yg sensitif tahap gaban
Ketika saya menulis ini masih ramai lagi warga di negara kita ini kurang faham tentang apakah itu Zionisme.
Zionisme ini adalah satu pandangan politik. Zionisme bukan Orang Yahudi tetapi pengasas Zionisme memang orang Yahudi. Hari ini Zionisma bukan lagi milik eklsusif orang Yahudi sebaliknya juga didukung hebat oleh individu dan kumpulan yang bukan Yahudi.
Agama orang Yahudi ialah Judaism. Kitab suci agama ini adalah Taurah. Rumah sembahyang penganut agama ini dipanggil synagogue. Kepala agama mereka di panggil rabbai. Ini mungkin semua telah diketahui umum.
Wajib juga di ketahui bahawa ramai orang Yahudi sendiri yang menentang Zionismae. Di Isreal sendiri ada kumpulan penganut agama Judaisma yang menentang keras fahaman Zionisme.
Kumpulan ini bernama Neturei Karta – mereka ini pada tahun 2006 telah datang ke Iran atas jemputan Ahmadinejad Presiden Iran. Neturei Karta bersama rakyat dunia telah mengutuk negara yang dipanggil Israel. Neturei Karta adalah kumpulan Yahudi yang menyokong perjuangan adil rakyat Palestine. Mereka juga menentang Zionisme bermatian-matian.
Ini adalah satu bukti bahawa Zionisme bukan ajaran agama Judaism. Zionisme adalah falsafah yang menggunakan agama sebagai jubah untuk mengabui mata penganut agama Judaism.
Ramai pemikir dan intelektual Yahudi yang unggul dalam ilmu pengetahuan dan falsafah juga menentang fahaman Zionisme. Noam Chomsky adalah salah seorang darinya. Susuk intelektual ini adalah suara Yahudi yang paling lantang menentang keganasan Israel. Albert Einstein ahli sains yang menemui teori e=mc2 adalah seorang Yahudi yang anti-Zionis.
Di Israel sendiri ramai orang Yahudi-Israel yang menentang fahaman Zionis. Mordechai Vanunu adalah contoh terbaik warga Isreal yang menentang Zionis. Susuk ini telah membocorkan kepada dunia tentang senjata nukler Israel yang kini tersimpan secara rashia di padang pasir Negev. Vanunu diperangkap dan culik dari London untuk di bawa pulang ke Israel.
Semua ini adalah bukti bahawa bukan semua Yahudi ialah Zionis. Bukan semua Yahudi menyokong Israel.
Saya mengulangi ini kerana saya perhatikan terlalu ramai warga di Malaysia ini menganggap konflik Palestine/Israel ialah konflik agama. Terutama dikalangan orang Melayu. Ini satu pandangan yang salah. Konflik di Palestine ialah konflik hak milik bumi tanah Palestine. Konflik ini lahir kerana bumi tanah Palestine telah di rampas oleh penganut fahaman Zionis untuk mendirikan apa yang di panggil Israel.
Konflik di Gaza, Tebing Barat, Jenin, Hebron – konflik Arab/Israel – bukan konflik diantara penganut agama Islam dengan penganut agama Yahudi.
Wajib di ketahui ada hampir 10% warga Palestine beragama Kristian. Hanan Ashrawi perempuan yang pada tahun 1980'an dahulu sering kita dengar namanya kerana memulakan rundingan damai Palestine/Israel ialah seorang Kristian. Arwah Edward Said intelektual pemikir bertaraf dunia itu adalah seorang Kristian. Arwah George Habaash pemimpin Popular Front for Liberation of Palestine beragama Kristian. Kristian di Palestine adalah Kristian yang berasal usul dari susur galur pengikut Nabi Isa. Ini kerana Nabi Isa dilahirkan di Nazareth – di Palestine. |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #4 indah_iman\ catat
amboi racistnye pemikiran ko..weh mngkin lam quran yg maksudkan suruh memerangi yahudi adalah memerangi zionis..kan ada maksud di sebalik tuh...thats not fair for other innocent jews..
abes tuh kalu ko jupe kanak2 yahudi,org tua yahudi yg x berpegang kpd zionisma,ko nk terus bunuh ke mereka? |
|
|
|
|
|
|
|
Zionisma - satu falsafah
Judaism - satu agama |
|
|
|
|
|
|
|
dalam cARI Ada sorang budak jews tu.... apa nama ntah...lama dah tak dengar crita.. |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 geng_tx's post
migdal sthing kan?
adik aku peminat posting2 dia...heheh
|
|
|
|
|
|
|
| |
|