CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4224|Reply: 4

Jalan Seremban-Mantin ditutup

[Copy link]
Post time 4-3-2009 10:22 AM | Show all posts |Read mode
Jalan Seremban-Mantin ditutupOleh FARABI SHEIKH SAID AL-JABRI
[email protected]


SEREMBAN 3 Mac - Jalan utama Seremban-Mantin di Kilometer 53.8 dekatsini terpaksa ditutup berikutan tanah runtuh setelah hujan lebatmelanda kawasan tersebut petang ini.

Kejadian yang berlaku pada pukul 4 petang itu menyebabkankeseluruhan laluan tersebut diliputi runtuhan tanah dan pokok tumbangsekali gus menghalang semua kenderaan.

Pengarah JKR negeri, Ir. Dr. Roslan Taha yang berada di tempatkejadian memberitahu, tiada kenderaan melalui kawasan itu ketika tanahruntuh.

Beliau berkata, jalan tersebut merupakan alternatif penduduk dariKajang untuk ke bandar Seremban serta mereka yang mendiami kawasan disekitar Mantin, Lenggeng dan Broga di Selangor.

''Ini kejadian kedua runtuhan tanah di situ dan siasatan awal kitamendapati ia berpunca daripada sistem perparitan yang tidak sempurnamenyebabkan limpahan air sehingga berlaku pergerakan tanah," katanyakepada pemberita di sini petang ini.

Roslan menjelaskan, sehingga lewat petang ini, semua kenderaan masihlagi tidak dibenarkan melalui kawasan berkenaan kecuali motosikal.

Beliau berkata, kerja-kerja baik pulih jalan tersebut sedang giatdijalankan oleh kontraktor syarikat pembinaan Lebuh RayaKajang-Seremban (Lekas) dan kakitangan Perbadanan IJM Berhad.

Katanya, JKR negeri juga telah meminta syarikat terbabit menyediakan segera laporan berhubung kejadian tanah runtuh itu.

Beliau juga berharap semua kerja pembersihan di tempat kejadiandapat dilakukan segera dan laluan ini boleh diguna semula malam ini.

''JKR akan memantau segala laluan di negeri ini, terutamanya dikawasan berhampiran cerun bukit serta lokasi yang dikenal pastiberlakunya kejadian tanah runtuh," jelasnya.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia di tempat kejadianmendapati kesesakan berlaku apabila bilangan kenderaan mula meningkatpada sebelah petang dan pihak polis mengawal lalu lintas.

Beberapa batang pokok yang tumbang juga sudah dialih oleh pihakkontraktor dengan diawasi pegawai JKR, anggota Jabatan Pertahanan AwamMalaysia (JPAM) dan polis.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-3-2009 10:56 AM | Show all posts
dah jalan mantin somban lak... den bilo lalu jln tu nak poei somban raso sodih yo... mano tak ee... dulu lalu sinun ghodup yo... ngan pokok kiri kanan tapi skang ni paneh ngan togel sumo bukit2 kek c2..
den bukan nyer nak menentang pembangunan... tapi den raso jalan tu bukan runtuh dek sistem peparitan... itu beso la jawapan stended.... ado hutan lipur gallah kek c2 dh jadi togel gak... camno hutan tu leh togel... ontah la... memang la tak komersial na tompek tu bebanding air tojun kolo pilah ngan jolobu...  luahan ati den yooo....
Reply

Use magic Report

Post time 4-3-2009 11:28 AM | Show all posts
nampaknye bulan ni memang tak bole ke s'ban dan ke kuala pilah la..   
2 hari lepas baru je lalu kat area beranang ke mantin nih bukan tanah je runtuh ade beberapa rumah dah ditengelami air lumpur....  alahai rindu plak kek kampung den...
Reply

Use magic Report

Post time 28-6-2010 07:45 PM | Show all posts
selamat semua..............
Reply

Use magic Report

Post time 29-6-2010 01:26 PM | Show all posts
dah jalan mantin somban lak... den bilo lalu jln tu nak poei somban raso sodih yo... mano tak ee...  ...
sumas Post at 4-3-2009 10:56


tompek tu lamo2 sok..jadi taman perumahan la tu...ditarah eh bkt tu kasi ghato..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 07:51 AM GMT+8 , Processed in 0.409854 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list