View: 7816|Reply: 38
|
Bodykit trend masa kini
[Copy link]
|
|
Bodykit trend masa kini
Penggunaan bodykit hakikatnya bukan sekadar sebagai kosmetik kereta, ia juga menambah prestasi kenderaan terutama dari segi aerodinamik.
MODIFIKASI kenderaan semakin mendapat sambutan peminat kereta.
MODIFIKASI kenderaan khususnya kereta semakin berkembang pesat di Malaysia. Kelibat kereta modifikasi sama ada yang ringkas atau ekstrem semakin banyak di jalan raya.
Pengaruh dari negara-negara pengeluar kereta terkenal dunia seperti Jepun sangat kuat di kalangan pemilik kenderaan empat roda itu. Ia bukan sahaja menjadi obses orang muda malah golongan veteran.
Apatah lagi kebelakangan ini kereta-kereta retro seperti Datsun, Nissan dan Toyota yang juga semakin mendapat tempat di kalangan peminat automobil.
Semakin ramai mekanik berkebolehan mengubahsuai kereta-kereta 'tua' menjadi 'muda' semula, selain disokong industri alat ganti alternatif yang murah.
Satu aspek yang kini dititikberatkan oleh peminat kereta ialah kit kenderaan atau bodykit. Dalam dunia automotif, industri ini mula berkembang pesat pada akhir tahun 1990-an.
Bodykit bukan sahaja didapati secara meluas di pasaran selepas jualan atau kedai aksesori, malah ia juga kini menjadi pilihan industri sebagai keperluan pengeluar kelengkapan asal (OEM).
Kit kenderaan ialah koleksi modifikasi luaran kereta yang biasanya melibatkan komponen seperti spoiler bumbung belakang, skirting sisi dan lips (ada yang menggelarnya spoiler) depan serta belakang. Ini ditambah komponen lain seperti diffuser, skup bonet dan lain-lain.
Kebiasaannya kit seperti itu dipadankan dengan rekaan secara teliti dari depan sehingga belakang kenderaan supaya ia aerodinamik, terkini, menarik, tidak selekeh dan sepadan.
Satu ketika dahulu bodykit OEM amat jarang ditemui setiap kali kita membeli kereta baru tetapi trend masa kini adalah sebaliknya.
Dengan pelbagai reka bentuk, ada pengeluar menggunakan tuner bebas yang tersohor termasuk Impul, AMG, Wald dan Brabus.
Di Malaysia terdapat beberapa syarikat yang menghasilkan kit kenderaan sama ada OEM atau selepas jualan. Antaranya Air Master Trading Sdn. Bhd. (Air Master) dengan kilang pengeluarannya di Sri Damansara, Kuala Lumpur.
Menurut Pengurus Perniagaan Air Master, Hong Soo Hoe, bodykit bukan sesuatu yang diada-adakan untuk tujuan kosmetik tetapi ia banyak melibatkan fakta saintifik yang dapat membantu kelancaran kereta terutama ketika memecut pada kelajuan tinggi.
Katanya, setiap kenderaan dibina dengan bahagian bawahnya berbeza dikenali sebagai kesan permukaan iaitu bahagian yang dibina bagi merapatkan ruang antara lantai dengan permukaan tanah.
SOO HOE menunjukkan pelbagai produk bodykit di kilangnya di Sri Damansara.
Tambahnya, kebanyakan kenderaan keluaran kilang kedudukannya agak tinggi. Ia mengakibatkan kereta tidak stabil ketika dipandu laju, seolah-olah terapung yang boleh mengakibatkan hilang kawalan.
"Bodykit yang lengkap dipasang sebagai kesan permukaan bagi mengurangkan aliran angin bawah kenderaan dengan mengalihkannya ke tepi sekali gus dapat mengurangkan kesan apungan tadi," katanya kepada Kosmo! baru-baru ini.
Terdapat pelbagai bahan yang digunakan oleh pengeluar untuk menghasilkan kit kenderaan daripada yang paling murah sehinggalah kepada bahan mentah mewah seperti gentian kaca, polyurethane (PU), acrylonitrile butadiene styrene (ABS) dan gentian karbon yang paling popular dan ringan tetapi sangat mahal.
PU menjadi pilihan bagi bodykit kerana ia lebih tahan lasak selain tidak retak dalam apa cuaca sekali pun.
Namun bagi Air Master, material yang menjadi pilihan bagi mengeluarkan produknya ialah plastik bertetulang gentian (FRP).
"Kami gunakan FRP kerana ia lebih kukuh dan fleksibel selain mudah dibentuk," jelas So Hoe.
Tambahnya, syarikat itu mengeluarkan bodykit untuk sebahagian besar jenama besar popular termasuk kenderaan mewah seperti Honda, Toyota, Nissan dan Mitsubishi.
"Kami juga mengeksport bodykit ke Amerika Syarikat, Eropah, Rusia, Asia Barat, Australia dan rantau Asia dengan rekaan terkini yang dinamik dan sporty," ujarnya. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
bodykit memang masyuk....duit pon masyuk jugakkk |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #1 mycos79's post
boley ler aku letak TRD bodykittt satuppp |
|
|
|
|
|
|
|
bodykit apa yg mantop utk persona ar?... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by zzcbr at 7-3-2009 12:49
Kumik.......Modellista punya bodykit la...lebih cun maa...nak cun lagi belanja aku teh tarik wunikkkk
tapi aku suke body-kit matsubara ayako lagikk.... dia kerja kat shinjuku |
|
|
|
|
|
|
|
aku ni jenis against bodikit OEM...
sebab harga cekik darah.
cth, bodikit Glivina , kalu amik OEM, harga dia mencecah rm2500 (????)
kalau beli kat kedai Ah Yie semambu, baru rm400 siap pasang... same material ....
dalam idup aku, keta oren aku ni lah yg aku psang spoiler... tu pun ada org sponsor masa autokhana kecil kecilan dulu....
walaubagaimanapun, design bodikit sekarang dah banyak yg cantik cantik. dulu nampak macam keta ah beng hong kong je.... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #8 geng_tx's post
memang aku sokong ko...jimat beb..dr beli yg bodykit ori...mahai....pastu sama dgn org lain...tak best... |
|
|
|
|
|
|
|
....bakal nak isi bodykit....mungkinkah EXORA.ku? |
|
|
|
|
|
|
|
aku tak mau pasang bodykit sbb nak bg keta jinjang....... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by k_rul at 7-3-2009 13:00
bodykit apa yg mantop utk persona ar?...
tgk gambar atas.......yg cina tunjuk tuh...... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #15 princebrunei's post
baik perabih kat makanan...kann??? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #16 nanie's post
ko tak tau...kadang2 rela tak makan kerana nak bg keter lawa... |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #17 mycos79's post
apelah komer ning, duit utk bodykit kalu guna utk travel kan best
balik travel, dpt angin kuskus |
|
|
|
|
|
|
|
aku dah muak modified keta......keta dulu pun dah abis dekat rm9k kalau campur2....last2 jual lak keta tuh.......
kalau la aku simpan duit tuh mesti aku dah gi jalan2 seluruh Sabah nih........ |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #19 cikguranggi's post
itulah cikgu, citarasa manusia berbeza2...kalu dah minat, maner boleh halang
ape2 hal, layan lah sket2 bodykit ni
err, kalu tampal emblem Ahli VVIP GGH kira bodykit gak ke Cikgu
[ Last edited by maxxsa at 8-3-2009 00:13 ] |
|
|
|
|
|
|
| |
|