View: 7829|Reply: 9
|
Taman Cabaran Presint 20 @ Putrajaya
[Copy link]
|
|
Sentral: Tembok tiruan tertinggi di dunia Oleh Mohd Hamizar Hamid
[email protected]
WAKIL media menunjukkan kebolehan mendaki.
| Taman Cabaran Presint 20 akan dibuka Jun
PUTRAJAYA:Tembok tiruan setinggi 20 meter, antara yang tertinggi di dunia, adalah antara tarikan baru di Taman Cabaran Presint 20 di sini yang hampirsiap untuk kegiatan sukan lasak di kawasan ini.
Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Taman, Jabatan Landskap dan Taman Perbadanan Putrajaya, Haslinda Khalid, berkata taman berkenaan yang membabitkan kos RM38 juta akan dibuka kepada umum mulai Jun ini dan bakal menarik minat penggiat sukan lasak.
Ia adalah taman rekreasi terbaru daripada 12taman pelbagai tema yang diwujudkan di Putrajaya yang dibangunkan diatas tapak seluas 36.4 hektar yang merangkumi Kompleks Sukan Lasak,lapangan sukan luncur dan trek basikal lasak.
"Taman ini sudah siap hampir 99 peratus dan kita hanya menunggu tarikh untuk diserahkan oleh kontraktor kepada perbadanan.
"Kami juga sedang berbincang untuk menetapkan kadar bayaran paling minimum kepada pengguna," katanya pada sesi taklimat mengenai Taman Cabaran di sini, kelmarin.
| KRESTEN STETS uji lapangan sukan basikal lasak.
|
Kumpulan media turut dibawa melawat sekitar taman berkenaan dan menyaksikan demonstrasi sukan memanjat tembok tiruan, papan luncurserta acara berbasikal lasak oleh kumpulan pakar.
Haslinda berkata, semua kemudahan sukan lasak di taman itu secara keseluruhannya direka mengikut piawaian antarabangsa manakala perancangannya dibuat dengan menerapkan ciri pengekalan tumbuhan sertake cerunan asal lereng.
"Pengekalan kawasan hijau di sekitar Taman Cabaran adalah untuk tujuan pendidikan bagi menerapkan semangat cintakan alam semulajadi di kalangan masyarakat
"Secara tidak langsung, ia juga mampu menggalakkan amalan gaya hidup sihat di kalangan mereka dengan bersukan," katanya.
Haslinda berkata, pihaknya juga berusaha memperkenalkan pusat sukanlasak yang sesuai untuk semua lapisan masyarakat bermula daripadaperingkat kanak-kanak sehingga kepada sukan berkeluarga.
"Ini selaras hasrat Perbadanan Putrajaya untuk menjadikanPutrajaya sebagai sebuah bandar raya yang bertenaga dengan menyediakanpelbagai aktiviti sesuai untuk segenap lapisan masyarakat," katanya.
[ Last edited by Syd at 13-3-2009 10:09 ] |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
cakap pasal precint 20 mesti ingat tempat perkuburan saja...... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 kasturina\ catat
Ya lah kas
akak teringat jek perkuburan DAT HENDON tu kan |
|
|
|
|
|
|
|
ala..
takpelah kubur ke apa
stadium bola sepak N9 tu ha
sebelah kubur gak
dorang berduyun2 gak datang nengok bola |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by Syd at 13-3-2009 10:17
ala..
takpelah kubur ke apa
stadium bola sepak N9 tu ha
sebelah kubur gak
dorang berduyun2 gak datang nengok bola
betul tu....kalau nak panjat tembok tu kena beringat sikit, jgn leka bila dah masuk waktu maghrib .... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #8 kasturina\ catat
Banyak2 ingatkan mati supaya kita tak terlalai... |
|
|
|
|
|
|
|
Mencabar diri di Putrajaya
Oleh SITI MAISARAH SHEIKH ABDUL RAHIM
[email protected]
HAFZAINIZAM Bokhari membuat demontrasi wall climbing sewaktu lawatan media ke Kompleks Taman Cabaran, Putrajaya, baru-baru ini. - UTUSAN/ SYEFRY MONIZ
PUTRAJAYA 2 April - Berita baik kepada penggemar aktiviti sukan lasak.
Anda mungkin tidak perlu lagi beraksi di tepi jalan atau di kaki lima bangunan bagi menunjukkan aksi kehebatan masing-masing dengan meluncur atau berkasut roda.
Kini, sebuah pusat sukan lasak bertaraf dunia, Taman Cabaran, bakal dinikmati oleh penggemar aktiviti lasak negara ini apabila ia akan dibuka kepada orang ramai mulai Jun ini.
Taman Cabaran yang bernilai RM38 juta di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) itu dibina bagi menyahut seruan kerajaan demi memperkenalkan aktiviti sukan lasak dan rekreasi kepada penduduk sekitar Putrajaya dengan mengekalkan tumbuhan hijau di sekelilingnya.
Dengan keluasan 46.7 hektar, taman yang terletak di Presint 5 dan 20 itu dilengkapi dengan kemudahan sukan memanjat dinding (wall climbing), aktiviti papan selaju (skateboarding) dan sukan basikal bukit (mountain bike).
Menurut Timbalan Pengarah Bahagian Pembangunan Taman, Perbadanan Putrajaya, Haslinda Khalid, di samping memberi pendidikan dan kesedaran kepada pengunjung untuk menghargai flora, pembinaan taman ini dapat mendidik rakyat untuk menjalani gaya hidup sihat.
"Taman ini dibina dengan menerapkan pengekalan landskap dan tumbuhan hijau tanpa menjejaskan kontur asal lereng bukit.
"Pelbagai aktiviti beriadah termasuk berkelah boleh dilakukan di sini bersama ahli keluarga dan teman yang menjanjikan 1001 keseronokan," katanya ketika ditemui baru-baru ini.
Jelas Haslinda, demi merealisasikan sukan bertaraf dunia itu, perunding, kontraktor dan arkitek dari negara luar dilantik demi menubuhkan sebuah pusat sukan antara yang terbesar di dunia.
"Salah satu tarikan para pengunjung adalah wall climbing. Aktiviti ini boleh dicuba oleh peminat pelbagai peringkat umur kerana ia dibina mengikut kategori seperti kanak-kanak, peringkat permulaan sehingga ke peringkat profesional," katanya.
Dengan reka bentuk terkini, climbing wall yang dibina di dalam kompleks wall climbing yang berkeluasan 2,100 meter persegi itu mempunyai kemudahan asas bangunan yang lengkap serta climbing wall yang bertaraf dunia sebagai medan yang dapat menganjurkan sukan mendaki di peringkat kebangsaan dan antarabangsa.
Menurut salah seorang jurulatih wall climbing, Patrick Andrey, keseronokan memanjat dinding tidak dapat digambarkan selagi seseorang itu tidak mencubanya.
"Memanjat dinding ini sebenarnya mudah dan tidak memerlukan stamina yang terlalu tinggi, hanya semangat dan keyakinan tinggi untuk berada di puncak," ujar pendaki yang berada dalam kelompok sepuluh terbaik dunia itu.
Selain wall climbing, satu lagi tarikan khususnya di kalangan para remaja yang gemarkan aktiviti luncur, di sinilah tempat yang patut dipilih oleh mereka.
Dibina mengikut cita rasa remaja, ciri-ciri laluan pejalan kaki, ruang legar bangunan serta tangga diwujudkan bagi menggambarkan identiti sebenar sukan itu.
"Komponen utama dalam kompleks ini ialah arena luncur yang berkeluasan 2,600 meter persegi yang direka bentuk dengan unsur-unsur aktiviti meluncur seperti bowl, steps, railing, mini vert ramp dan sebagainya," jelas Haslinda.
Bagi aktiviti berbasikal pula, terdapat dua lapangan sukan basikal lasak dibina iaitu untuk basikal bukit dan litar BMX.
Kawasan litar untuk basikal bukit sepanjang 9.1 kilometer itu dibina di dalam kawasan hutan semula jadi seperti ladang getah dan kelapa sawit bagi menguji kehebatan sebenar pengguna beraksi di trek semula jadi. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|