CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4398|Reply: 15

Pasar Tani

[Copy link]
Post time 15-3-2009 06:20 PM | Show all posts |Read mode
Fama Tawar Potongan 40 Peratus Harga Barangan Keperluan

SHAH ALAM, 15 Mac (Bernama) -- Lembaga PemasaranPertanian Persekutuan Malaysia (Fama) Selangor menawarkan potongansehingga 40 peratus ke atas barangan keperluan harian dari kilangsempena Kempen Harga Patut di Pasar Tani Mega Stadium Shah Alam bermulahari ini.

Timbalan Pengarah Fama Negeri Selangor (Pembangunan Operasi) MohdAzrul Abdul Aziz berkata kempen itu yang dianjurkan bersama AnggotaJawatankuasa Pasar Tani Seksyen 13 di sini bertujuan membantu penggunamendapatkan barangan pada harga yang berpatutan dalam keadaan ekonomiyang tidak stabil pada masa kini.

Beliau berkata antara barangan keperluan harian itu termasuklahpelbagai sos, beras, kicap, tepung, buah-buahan, sayur-sayuran danmakanan sampingan seperti biskut.

"Antara peserta yang membuat jualan terus dari kilang ialahHalagel (M) Sdn Bhd, Jalen Sdn Bhd, Kilang Kopi Fama, Kilang TepungFama, Noraini Marketing Sdn Bhd, Polen (M) Sdn Bhd dan PadiberasNasional Berhad (Bernas)," katanya kepada pemberita selepas merasmikankempen turun harga barang pasar tani di sini hari ini.

Mohd Azrul berkata Pusat Operasi Fama Wilayah Persekutuan turutmenyertai jualan itu dengan menjual sayur-sayuran terpilih sepertitomato yang dijual dengan harga RM2.20 sekilogram berbanding harga asaliaitu RM3.80.

"Program ini akan diadakan secara berterusan kerana penyertaanpeniaga-peniaga pasar tani dan kilang berkenaan dalam kempen ini telahmenarik ramai pengguna berbelanja di pasar tani. Secara tidak langsungia dapat menjana dan menggalakkan pertumbuhan ekonomi negara denganlebih pesat lagi," katanya.

-- BERNAMA
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-3-2009 07:34 PM | Show all posts

Reply #1 Syd's post

best...leh la slalo pegi pasni
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 07:44 PM | Show all posts

Balas #1 Syd\ catat

Aku sokong sgt dgn idea nih...sekurang2 dpt jimat berbelanja dlm membeli barang keperluan harian...
Reply

Use magic Report

Post time 15-3-2009 10:02 PM | Show all posts
bestnyeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 06:54 AM | Show all posts
Kat shah alam je ke, area klang x buat ke..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 08:14 AM | Show all posts

Reply #5 princebrunei's post

ntahnye... nak gi sana, kena bayar minyak, tol lagi... jalan jem, masa + tenaga... baik beli dekat umah je. :kant:
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 16-3-2009 11:16 AM | Show all posts
tapi mmg hari ahad
depan stadium tu

mmg penuh ramai tul orang

mcm datang sure heboh je kaedahnya
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2009 01:56 PM | Show all posts
Stadium Shah Alam        
7.00 pagi - 12.00 tgh        
Ahad        
Tempat Letak Kereta Stadium



Taman Melawati        
7.00 pagi - 12.00 tgh        
Sabtu        
Tapak Letak Kereta Taman Melawati


Putrajaya        
7.00 pagi - 12.00 tgh        
Jumaat        
Presint 2, Putrajaya


Seksyen 17, PJ        
7.00 pagi - 12.00 tgh        
Khamis        
Jalan 17/1A, Seksyen 17 Petaling Jaya


Setiawangsa        
7.00 pagi - 12.00 tgh        
Sabtu        
Berhampiran Giant Supermarket



Prima Saujana        
7.00 pagi - 12.00 tgh        
Sabtu        
Taman Prima Saujana Kajang
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-3-2009 02:01 PM | Show all posts
jauh sanagat nak pegi....

sampai umah ... sayur pong dah layu...

Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 04:30 PM | Show all posts

Reply #8 Syd's post

Kan betul klang x de dalam list, aku tengok kat klang ni mahal bebeno argenye, padahal kos sara hidup x le setinggi kat area shah alam tu, saje je kan semua nak kaya cepat..
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 09:10 PM | Show all posts

Reply #8 Syd's post

kg.pandan takde ke? bawah fly over tu...
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 09:15 PM | Show all posts

Reply #6 bzzts's post

bzzts dok kat klang ke ???
Reply

Use magic Report

Post time 16-3-2009 09:20 PM | Show all posts

Reply #12 nanie's post

kg.pandan ler... desa pandan... dekat2 ampang... pandan jaya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-3-2009 10:00 PM | Show all posts
yang aku paste tu

yang ala mega punye pasar tani
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-4-2009 07:41 PM | Show all posts
Pasar tani bergerak menjelang 2015
25/04/2009 6:58pm

SERDANG 25 April
Reply

Use magic Report

Post time 27-4-2009 01:51 PM | Show all posts
di pasar muhibbah kota damansara..(uptown)
pun ada...

pagi ahad
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 06:42 AM GMT+8 , Processed in 0.054536 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list