CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8660|Reply: 29

Lexus RX350 SUV

[Copy link]
Post time 17-3-2009 11:28 PM | Show all posts |Read mode
RX350 SUV mewah, berprestasi hebat

Oleh Mohd Razlan Salleh










PELANCARAN model kenderaan sport utiliti (SUV) terbaru Lexus, RX350 menepati ciri sebuah pacuan empat roda lengkap termasuk sentuhan ruang kabin lebih mewah dan berprestij.

Model yang dikenali sebagai Harrier suatu masa dahulu kini diberi nafas baru dengan pengenalan beberapa teknologi terkini yang memudahkan pemandu dan penumpang menikmati perjalanan selesa.

Lexus RX350 yang menggunakan enjin 3.5 liter V6 dengan sistem injap Toyota Dual Cariable Valve Timing with Intelligence (Dual VVTi) digabungkan dengan sistem Acoustic Control Induction System (ACIS) bagi melancarkan pengeluaran tenaga baik dari RPM rendah mahupun tinggi.

Model terbaru itu turut didatangkan dengan Electronic Throttle Control System-intelligent (ETCS-i) terkini daripada Toyota.

Sistem transmisi enam kelajuan automatik dengan Multi-Mode serba baru menjadikan setiap pertukaran gear menjadi seperti tidak terasa selain menjimatkan minyak.

Malah, sistem Torque-converter yang digunakan juga dipertingkatkan sehingga peka kepada kehendak pemandu yang mahukan kuasa ketika memerlukan.

Pacuan empat roda All-Wheel Drive (AWD) digabungkan bersama Active Torque Control pula membolehkan agihan tenaga dari roda depan sepenuhnya atau ke semua empat roda sekiranya keadaan memerlukan.

RX350 dilengkapi sistem double-wishbone yang menggantikan unit multi-strut untuk suspensi belakang yang lebih efektif selain memberikan ruang kargo yang lebih luas di bahagian but.

Daripada sudut luaran, lampu hadapan RX350 lebih memanjang berbanding bentuk kotak pada model sebelumnya.

Lampu belakang juga diberi nafas baru lebih segar berbanding model sebelumnya berbentuk bulat.

SUV berkenaan menawarkan 10 beg udara sebagai alatan standard serta VDIM (Vehicle Dynamics Inegrated Management), ABS, Brake Assist (BA), Vehicle Stability Control (VSC) dan Traction Control (TRAC) sebagai ciri keselamatan standard.

Berharga RM377,000 seunit, orang ramai boleh memilih sembilan warna baru seperti White Pearl, Dark Grey Mica, Silver Mica, Black, Red Mica, Beige Metalic, Sable Mica, Dark Blue Mica dan Silvery Blue.





lexus.....lexus... keta pojaan hati ku...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-3-2009 11:31 PM | Show all posts

Balas #1 amazed\ catat

mcm harrier jer..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 11:42 PM | Show all posts

Reply #2 KIM.mafia's post

mmg sama pon.....lbh kurang ja....

tambah tu tmabh ni ubah tu ubah ni.....

kan lexus = toyota.....kan? ke aku yg salah...hukhuk
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2009 11:49 PM | Show all posts
Originally posted by blue_blur at 17-3-2009 23:42
mmg sama pon.....lbh kurang ja....

tambah tu tmabh ni ubah tu ubah ni.....

kan lexus = toyota.....kan? ke aku yg salah...hukhuk


salah 2...LEXUS dgn TOYOTA mana ade sama?ko ni x blaja ke ape?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 12:08 AM | Show all posts
Lexus ni subdivision toyota, diorang buat brand lexus nak penetrate market kereta mewah (luxury) kat US. beza ngan toyota tak la banyak sangat. dari segi enjin, GB, chasis same jer.

cuma beza lebih pada body kit, interior (seat kulit and etc), suspension, electronic gadget and etc

dari segi kualiti lexus mmg bagus, kat US, lain-lain kereta mewah akan dicompare ngan brand lexus, sbb lexus ni dah jadi quality benchmarking utk luxury car kat sana.
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 06:23 AM | Show all posts

Balas #1 amazed\ catat

"ELANCARAN model kenderaan sport utiliti (SUV) terbaru Lexus, RX350 menepati ciri sebuah pacuan empat roda lengkap termasuk sentuhan ruang kabin lebih mewah dan berprestij."





ni model lama...

[ Last edited by  zzcbr at 18-3-2009 07:29 ]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 18-3-2009 06:28 AM | Show all posts
Originally posted by zzcbr at 18-3-2009 07:23 AM
ni model lama...


ni model baru...suratkhabar malaysia ni selalulah ketingalan shinkasen

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 09:12 AM | Show all posts
Originally posted by KIM.mafia at 17-3-2009 11:49 PM


salah 2...LEXUS dgn TOYOTA mana ade sama?ko ni x blaja ke ape?

Lexus ni subdivisiontoyota, diorang buat brand lexus nak penetrate market kereta mewah(luxury) kat US. beza ngan toyota tak la banyak sangat. dari segienjin, GB, chasis same jer.

cuma beza lebih pada body kit, interior (seat kulit and etc), suspension, electronic gadget and etc

dari segi kualiti lexus mmg bagus, kat US, lain-lain kereta mewah akandicompare ngan brand lexus, sbb lexus ni dah jadi quality benchmarkingutk luxury car kat sana.


nila maksud aku.... honda pon guna cara yg sama.... ntah apa nama honda guna kat sana, aku lupa...

aku ni blaja tak la setinggi ko
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-3-2009 09:20 AM | Show all posts
Originally posted by blue_blur at 18-3-2009 10:12 AM


nila maksud aku.... honda pon guna cara yg sama.... ntah apa nama honda guna kat sana, aku lupa...

aku ni blaja tak la setinggi ko


Toyota - luxury version dia Lexus (actually short form for Luxury Export to the US)
Honda - luxury version dia Acura (also for us market)
Nissan - luxury version dia Infinity (also for us market)
Mazda juga dulu ada luxury version dia, aku dah lupa la, since projek tu pun dah gagal




bang, Kim bergurau aje tu bang...dia saja nak buat lawak matematik TOYOTA = LEXUS tu aje

ikhlas

Abang Kim
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 10:19 AM | Show all posts

Reply #9 zzcbr's post

err...
proton xde luxury division ke?
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 10:36 AM | Show all posts

Reply #9 zzcbr's post

bung zek...

Mazda= Amati (dah nama pun mati.. sbb tu tak jalan projek ni)
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 11:49 AM | Show all posts

Reply #9 zzcbr's post

Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 02:29 PM | Show all posts

Balas #9 zzcbr\ catat

hi abg....maafla..kim masuk lewat ari ni..baru balik dr site..
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2009 03:38 PM | Show all posts
sampai pencen pun x mampu nak pakai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-3-2009 02:17 PM | Show all posts
SUV premium Toyota
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
[email protected]
RX350 ialah jawapan kepada pemandu yang inginkan sebuah jentera dengan kuasa dan gaya kontemporari.

LEXUS RX350 memiliki segala ciri sebuah SUV mewah
yang anda inginkan.



Model yang dinanti-nantikan kini sudah tiba. Lexus Malaysia baru-baru ini memperkenalkan model SUV mewahnya, RX350.

Dibina sepenuhnya di Jepun, RX350 telah melepasi standard global dan mendapat pengiktirafan daripada pihak Gold Plant Quality Award bagi rantau Asia Pasifik dan Kajian Kualiti JD Power pada tahun 2007.

Presiden Lexus Malaysia, UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Kuah Kok Heng memberitahu, segmen SUV mewah tempatan mengalami pertumbuhan yang agak memberangsangkan sejak dua tahun lalu.

"Kami telah membuat kajian dan mendapati permintaan pasaran adalah baik biarpun di sebalik ketidaktentuan ekonomi global. Justeru, dengan harga yang kompetitif, Lexus yakin generasi ketiga RX iaitu model RX350 ini akan diterima baik oleh orang ramai," katanya.

Turut hadir pada majlis pelancaran itu ialah Ketua Jurutera Toyota Motor Corporation, Takayuki Katsuda dan Pengarah Eksekutif UMW Toyota Motor Sdn. Bhd., Aminar Rasyid Salleh.

Untuk makluman, Lexus merintis segmen kenderaan crossover pada tahun 1998. Kenderaan ini menggabungkan nilai fleksibiliti, praktikal, kemampuan pengendalian di laluan off-road, prestasi dan keselesaan premium. Sejak itu, Lexus menerajui kelas tersebut dengan jualan melebihi satu juta unit di seluruh dunia.

RX350 menampilkan falsafah reka bentuk L-finesse yang menjadi hala tuju kepada semua model Lexus. Mengambil inspirasi model konsep LX-Fh, RX350 menampilkan fizikal yang maskular, elegan dan pintar.

Tidak dilupakan juga dari segi aerodinamik yang memberi kestabilan ketika dipandu laju, penjimatan bahan api dan mengurangkan kebisingan di dalam kabin.

Berbanding dengan model sebelumnya, saiz RX350 kelihatan sama, tetapi sebenarnya ia telah menerima penambahan saiz di hampir setiap sudutnya.

Bahagian dalaman RX350 pula menawarkan ambien serba mewah. Dilengkapi dengan pelbagai ciri termaju, SUV mewah ini tidak mengabaikan aspek argonomik dan fungsi kepada pemandu dan setiap penumpangnya.

Mereka yang gemarkan muzik pasti gembira dengan sistem audio tercanggih, di samping susun atur pembesar suara yang baru. Hasilnya, kualiti bunyi yang jelas dan memuaskan hati.

RX350 dijana oleh unit enjin petrol yang sama dengan model sebelumnya, 2GR-FE berkapasiti 3.5 liter. Enjin enam silinder itu disifatkan sebagai paling ekonomikal dan berkuasa dalam kelasnya. Banyak penambahbaikan telah dilaksanakan ke atas enjin V6 24 injap bagi meningkatkan lagi kelancaran operasinya.

Model itu juga membawa standard keselamatan aktif dan pasif ke satu tahap yang baru. Untuk itu, sebanyak 233 ujian pelanggaran telah dibuat bagi menghasilkan sebuah kenderaan yang benar-benar selamat apabila digunakan di atas jalan raya sebenar.

Lexus yakin sebanyak 105 unit model itu dapat dijual pada tahun ini. Berminat? Lexus RX350 ditawarkan pada harga RM377,000 seunit (tidak termasuk insurans).
Reply

Use magic Report

Post time 28-3-2009 03:55 PM | Show all posts

Reply #17 amazed's post

Stim pulak aku tgk awek pakai baju kaler coklat tuh....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-3-2009 05:04 PM | Show all posts
Kenapa takmo bawak masuk RX350H. atleast pakai teknologi hybrid.
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 03:30 AM | Show all posts

Reply #19 batu_bergolek's post

AP hybrid ni tak banyak... gomen still nak rakyat gunakan petrol.... bayar roadtax engine petrol.. more income for the gomen..

[ Last edited by  BSundayB at 30-3-2009 03:32 ]
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 06:11 AM | Show all posts
Originally posted by BSundayB at 30-3-2009 04:30 AM
AP hybrid ni tak banyak... gomen still nak rakyat gunakan petrol.... bayar roadtax engine petrol.. more income for the gomen..


kerajaan tengah galakkan penggunaan kenderaan hybrid....tahun ni dengan tahun depan (selama 2 tahun) cukai import bagi kenderaan hybrid diberi potongan 50%
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 08:24 AM | Show all posts
tah, mcm tak nak bawak masuk jer, prius pun aku tak pernah nampak kat KL
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:31 PM GMT+8 , Processed in 0.147135 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list