CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3290|Reply: 12

Sri Menanti lokasi pelancongan

[Copy link]
Post time 25-3-2009 07:33 AM | Show all posts |Read mode
Sri Menanti lokasi pelancongan

SEREMBAN 24 Mac – Kawasan sekitar Seri Menanti mampu menjadi salah satu destinasi pelancongan terbaik di Negeri Sembilan sekiranya ia dibangunkan secara tersusun selain memenuhi kehendak pelancong.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Menanti, Abd. Samad Ibrahim menjelaskan, kawasan Seri Menanti merupakan lokasi yang mempunyai potensi besar untuk dibangunkan terutamanya dalam sektor pelancongan.

Tambahnya, lokasi berkenaan juga dilihat mempunyai unsur sejarah unik yang terkenal seperti Istana Lama Seri Menanti dan kawasan rekreasi dan perkelahan di Ulu Bendul.

“Memang itu hasrat kita untuk membangunkan lagi sektor pelancongan di Seri Menanti tambahan pula banyak khazanah termasuk dari nilai sejarah yang dilihat boleh diketengahkan kepada umum.

“Oleh itu, pelbagai usaha telah dan sedang dijalankan bagi membolehkan Seri Menanti dijadikan sebagai ikon pelancongan di negeri ini selain merancakkan lagi pertumbuhan ekonomi setempat,” katanya.

Abd. Samad berkata demikian ketika ditemui selepas majlis bersama media sempena menandatangani perjanjian antara Kerajaan Negeri bersamaJK Holding Sdn. Bhd. untuk membangunkan Sri Menanti Resort di sini semalam.

[ Last edited by  Syd at 25-3-2009 07:43 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-3-2009 07:34 AM | Show all posts
selain dari istana lama dan ulu bendul tu, apa lagi yang ada kat SM?
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 08:34 AM | Show all posts
tak penah sampai sini... in fact n.9 aku lintas je nak balik ke melaka tu...
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 08:38 AM | Show all posts

Reply #2 Syd's post

Aku dulu masa study situ sllu gak gi seri menanti tu, gi istana dia, masuk2 kampung kat dalam nun.. cantik lah, kat dalam tu ada bukit2 dan panorama cantik kalau nak buat resort bnyk2 pon ok.. homestay pon kalau perbanyakkan lagi bagus..

P/S : Teringat zaman muda belia dulu ambik gambar kat seri menanti, atas bukit lagi.. siap terbaring feel2 macacm filem hindustan, time tu kan hindustan mania..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 08:39 AM | Show all posts
Originally posted by voizze at 25-3-2009 08:34 AM
tak penah sampai sini... in fact n.9 aku lintas je nak balik ke melaka tu...


Gi lah sesekali, ada muzium kat dalam tu.. best, kalau gi awal pagi sejuk je kawasan tu.. kalau buat ladang strawberry ke, ladang ostrich kan bagus.. leh tarik budak2 gi situ..
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 08:53 AM | Show all posts
teruja plak nak pegi...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-3-2009 09:54 AM | Show all posts
Banyak laie tak `booby trap' kat sinun? ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-3-2009 09:58 AM | Show all posts
heheheh

tingat waktu dok hostel dulu


katanya seri menanti salah satu tarikan pelancong, tayik lombu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 25-3-2009 10:00 AM | Show all posts
da lame tak g sri menanti
Reply

Use magic Report

Post time 25-3-2009 10:11 AM | Show all posts
Kat Ulu Bendul tu, rasanya kena la ada lebih banyak tempat penginapan.
Penah cuba nak booking chalet kat situ, call la Jab Hutan yg manage chalet2 tu, dorang bgtau kono tompah cecopek. Next onam bulan dah ponoh.
Aiyo lah ...
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 11:52 AM | Show all posts
selalu lalu jerk...x penah masuk pung.......nanti nak pi lah..
Reply

Use magic Report

Post time 27-3-2009 04:58 PM | Show all posts
den tak ponah poie pon
Reply

Use magic Report

Post time 30-3-2009 05:21 PM | Show all posts
Sobolah kg den tu...muak dah den round2 kek Sri Menanti tu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 10:16 AM GMT+8 , Processed in 0.221624 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list