CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 13986|Reply: 18

Istiadat Pelantikan & Pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan

[Copy link]
Post time 30-3-2009 09:24 PM | Show all posts |Read mode
Istiadat Pelantikan & Pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Pada 14 April


SEREMBAN, 30 Mac (Bernama) -- Istiadat pelantikan danpertabalan Tengku Aishah Rohani sebagai Tunku Ampuan Besar NegeriSembilan akan berlangsung di Balai Rong Seri, Istana Besar SeriMenanti, Kuala Pilah pada 14 April ini.

Pengerusi istiadat tersebut Tunku Imam Tunku Datuk Seri Mahmud TunkuBesar Burhanuddin berkata dengan pelantikan dan pertabalan itu, bagindaakan memakai gelaran Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan mulai daritarikh itu.

"Istiadat ini akan terpahat dalam sejarah diraja Negeri Sembilan. Kaliterakhir istiadat seperti ini pernah disaksikan apabila Tunku Najihahdilantik sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan pada 19 Julai1967," katanya kepada pemberita di sini, Isnin.

Istiadat pelantikan Tengku Aishah Rohani sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan akan dilakukan oleh Tuanku Muhriz.

Selepas itu, baginda akan meninggalkan Balai Rong Seri untukmembolehkan istiadat pertabalan dilakukan dengan upacara mengadap olehDatuk-Datuk Penghulu Luak Tanah Mengandung bersama tiang balaimasing-masing serta Datuk-Datuk Lembaga.

"Selepas istiadat itu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan TunkuAmpuan Besar Negeri Sembilan akan diraikan bersama tetamu jemputan diDewan Banquet Istana Besar Seri Menanti untuk majlis santapan tengahhari," katanya.

Tengku Aishah Rohani, 57, diputerikan di Batu Gajah, Perak, merupakankerabat diraja Terengganu iaitu puteri kepada Tengku Seri Utama Raja,Tengku Besar Mahmud ibni Sultan Zainal Abidin III dan Tok Puan ZainunMeriam Su Mahmud.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman,Terengganu dan kemudian di Sekolah Convent, Taiping dan Convent BukitNanas, Kuala Lumpur.

Tengku Aishah Rohani telah melangsungkan perkahwinan dengan TuankuMuhriz pada 25 April 1974 dan dikurniakan tiga putera iaitu Tunku AliRedhauddin, 32, Tunku Zain Al'Abidin, 27, dan Tunku Alif HusseinSaifuddin Al-Amin, 25.

Di samping mengurus keluarga, Tengku Aishah Rohani turut meluangkanmasa mengikuti program amal yang dianggotai baginda seperti Inner Wheelof Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur Speakers Club.

  -- BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-3-2009 09:44 PM | Show all posts
Congrats to the new Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2009 06:23 AM | Show all posts
Tengku Aishah Rohani berjiwa rakyat, disenangi semua masyarakat

SEREMBAN 30 Mac - Bakal Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud merupakan seorang permaisuri yang berjiwa rakyat dan disenangi semua peringkat masyarakat.

Baginda dilahirkan di Batu Gajah, Perak pada 19 Jun 1952 dan merupakan puteri kepada Tengku Seri Utama Raja, Tengku Besar Mahmud Sultan Zainal Abidin III dan Tok Puan Zainun Meriam Su Mahmud.

Tengku Aishah Rohani merupakan kerabat Diraja Terengganu dibesarkan di Perak, Pahang, Terengganu dan Kuala Lumpur.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman Terengganu dan kemudian menyambung pelajaran di Sekolah Convent Taiping dan Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

Tengku Aishah Rohani pernah bekerja di Citibank Kuala Lumpur dan pada ketika itulah baginda diperkenalkan dengan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ketika ini, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir.

Pertemuan manis itu dilanjutkan dengan ikatan pertunangan dan pada 25 April 1974, pasangan Diraja itu telah melangsungkan perkahwinan.

Istiadat Perkahwinan Diraja itu telah diadakan di Istana Maziah Kuala Terengganu dan Istiadat Bertandang diadakan di Istana Lama Seri Menanti, Kuala Pilah dan juga Istana Munarah, Seremban di sini.

Genap tiga tahun satu hari berkahwin iaitu pada 26 April 1977, pasangan Diraja ini telah mendapat putera pertama mereka iaitu Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.

Putera baginda yang kedua ialah Tunku Zain Al-Abidin telah diputerakan pada 6 Julai 1982 dan putera yang bongsu, Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin diputerakan pada 3 September 1984.

Ketiga-tiga anakanda baginda diputerakan di Kuala Lumpur.

Di samping komited menguruskan keluarga, Tengku Aishah Rohani sering meluangkan masa mengikuti program amal yang dikendalikan oleh persatuan yang baginda sertai seperti Inner Wheel Of Kuala Lumpur.

Baginda juga merupakan ahli Kuala Lumpur Speakers Club dan sering mengadakan lawatan dan menyampaikan sumbangan ke rumah bakti dan kebajikan.

Berikutan pemasyhuran Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan serta setelah permuafakatan oleh Dato'-Dato' Penghulu Luak Tanah Mengandung serta mendapat perkenan Tuanku Muhriz, Tengku Aishah Rohani akan dilantik dan ditabalkan sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.

Sebaik istiadat pelantikan dan pertabalan itu selesai pada 14 April ini, gelaran Tengku Aishah Rohani sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan ialah Tuanku Aishah Rohani Almarhum Tunku Besar Mahmud.

Kedua-dua adat istiadat itu dibuat selepas berakhirnya tempoh berkabung keluarga Diraja selama 100 hari iaitu 6 April ini berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman pada 27 Disember tahun lalu.
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 11:32 AM | Show all posts

Balas #3 Syd\ catat

syd..do aktiviti menarik x kek senanati ari2 nti..?
org rmai leh dtg ko nengok?..
Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 11:58 AM | Show all posts
La..sibuk la laluan kg den nampaknya..macam2 la yg akan dipasang kek pintu gobang dopan kg den tu..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 31-3-2009 12:30 PM | Show all posts
waaaaaaaaa

masa muda2 cantik laaa

slim gitu


Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 31-3-2009 02:15 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report

Post time 31-3-2009 02:23 PM | Show all posts
What will happen to Tuanku Ampuan Najihah?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 31-3-2009 02:51 PM | Show all posts

Reply #8 duquesne's post

balik kampung la.
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 01:13 AM | Show all posts

Reply #8 duquesne's post

turun ler... takkan nak jadi bini Tunku Mukriz laks ekekekke sebab taknak ilang title ekekek
Reply

Use magic Report

Post time 1-4-2009 05:41 PM | Show all posts
Originally posted by kipas_y2k at 1-4-2009 01:13
turun ler... takkan nak jadi bini Tunku Mukriz laks ekekekke sebab taknak ilang title ekekek



terseemburrrrrr fresh oren aku
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 11:38 AM | Show all posts

Reply #10 kipas_y2k's post

tapi kan tengok Ampuan lama lawa lak masa Tunku Jeff mangkat tu...... siyesly wa slalu x lalu naktengok dia dah monopos tu tapi hari tu dia nampak begitu jelita tanpa mekap dan barang kemas sarat dia.....
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2009 11:36 PM | Show all posts
Originally posted by premierleague at 1-4-2009 17:41



terseemburrrrrr fresh oren aku


ekau ni...buek den tegolak dpn pc nia yo lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-4-2009 07:34 AM | Show all posts
Santapan rakyat sempena pertabalan Tunku Ampuan Besar NS


ANTARA 1,000 tetamu yang hadir pada majlis santapan bersama rakyat di pekarangan Istana Besar Seri Menanti, Kuala Pilah, semalam.

KUALA PILAH 12 April - Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir hari ini berangkat pada majlis santapan bersama rakyat yang dihadiri kira-kira 1,000 tetamu di Istana Besar Seri Menanti di sini.

Turut berangkat permaisuri Tengku Aishah Rohani Almarhum Tengku Besar Mahmud serta Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz serta putera, Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz.

Majlis santapan yang berlangsung pukul 12 tengah hari itu diadakan sempena pelantikan dan pertabalan Tengku Aishah Rohani sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan pada Selasa ini di Balairung Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini.

Hadir sama pada majlis santapan itu Datuk-Datuk Luak Tanah Mengandung, Ulu Muar, Gunung Pasir, Johol, Inas dan Jempol; Datuk Penghulu Luak Gemencheh; Datuk Penghulu Luak Air Kuning serta Tiang-Tiang Balai; Datuk-Datuk Lembaga serta kerajat Diraja.

Terdahulu dalam titah ucapan Tunku Ali, baginda melahirkan rasa gembira dengan kehadiran kaum kerabat, saudara mara serta rakyat dalam majlis santapan yang disifatkannya dapat mengeratkan hubungan silatur rahim di antara satu sama lain.

''Saya mengalu-alukan kehadiran semua dan saya berasa amat terharu dan berbesar hati di atas kehadiran kaum kerabat serta saudara mara dari jauh dan dekat pada majlis ini iaitu dari Jelebu, Lubuk Cina, Kuala Pilah serta Kampung Tengah dan Seri Menanti sendiri," titah Tunku Ali.

Titah baginda lagi, sebagai menyempurnakan hasrat ayahanda, Tuanku Muhriz serta keluarga, kesempatan seperti ini amat sesuai untuk hadirin sekalian bertemu dengan ayahanda baginda secara mesra dan harmoni.

''Baginda (Tuanku Muhriz) juga berhasrat agar dapat berkenalan dengan lebih mesra dan merapatkan lagi hubungan kekeluargaan dan persaudaraan di samping memenuhi tuntutan agama iaitu mengeratkan hubungan silatur rahim sesama kita," titah Tunku Ali.

Majlis itu turut disertakan dengan tahlil dan bacaan doa sempena memperingati nenda Tunku Ali, Almarhum Tuanku Munawir yang mangkat pada 14 April 1967 dan Almarhumah Tunku Ampuan Durah pada 8 Ogos 1999.

Bacaan tahlil dan doa dibimbing oleh Imam 1 Masjid Diraja Tuanku Munawir, Abd. Rahman Ibrahim dan kemudiannya diserikan dengan persembahan nasyid oleh pelajar Institut Tahfiz al-Quran (Itqan), Gemencheh.
Reply

Use magic Report

Post time 13-4-2009 06:22 PM | Show all posts
tak sampai seribu pun yg datang... ramai org kampung maleh nak poie sbb takut x dapek nak masuk... nak masuk kono ado kad jemputan... yang masak orang kampung, tapi jemputan utk org kampung terhad sangat...

sok 25 haribulan nak kono masak laie... sempena birthday tunku ali n anniversary tuanku...

[ Last edited by  cicit_bador at 13-4-2009 18:27 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-4-2009 05:22 PM | Show all posts
Tengku Aishah Rohani ditabal Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan

KUALA PILAH: Tengku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud, hari ini dilantik dan ditabalkan sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan pada satu istiadat diraja Negeri Sembilan yang diadakan di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti di sini.

Selepas istiadat itu, Tengku Aishah Rohani akan memakai gelaran Duli Yang Maha Mulia Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.

Kali terakhir istiadat ini diadakan pada 19 Julai 1967 apabila Tunku Najihah Tunku Besar Burhanuddin dilantik sebagai Tunku Ampuan Negeri Sembilan.

Sebelum itu, bonda Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, Tunku Durah Tunku Besar Burhanuddin ditabalkan sebagai Tunku Ampuan Negeri Sembilan pada 14 April 1961.

Turut hadir pada istiadat hari ini ialah Putera Yang Empat dan Anak Raja Bergelar serta Menteri Besar, Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja, Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin.

Istiadat di Balairong Seri itu dimulakan pada jam 11.30 pagi dengan pelantikan Tengku Aishah Rohani sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan oleh Tuanku Muhriz sebelum baginda berangkat meninggalkan Balairong Seri bagi membolehkan istiadat pertabalan berlangsung.

Pengurniaan gelaran itu dilakukan dengan Tunku Muhriz memakaikan tiara pada Tengku Aishah Rohani dengan disusuli tembakan meriam lapan das.

Kemudian istiadat pertabalan pula bermula dengan upacara menghadap dan menjunjung duli oleh Datuk-Datuk Penghulu Luak Tanah Mengandung yang terdiri daripada Luak Ulu Muar, Luak Terachi, Luak Gunung Pasir, Luak Gemencheh dan Luak Air Kuning serta Tiang Balai masing-masing.

Luak Tanah Mengandung adalah di bawah naungan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.

Pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan dilakukan oleh Datuk-Datuk Penghulu Luak Tanah Mengandung.

Selepas istiadat itu, Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan berkenan berangkat meraikan bersama tetamu jemputan di majlis santapan tengah hari di Dewan Banquet Istana Besar Seri Menanti.

Penamaan Tengku Aishah Rohani sebagai calon Tuanku Ampuan Besar Negeri Sembilan dibuat oleh Datuk-Datuk Penghulu Luak Tanah Mengandung yang terdiri daripada Luak Ulu Muar, Luak Gunung Pasir, Luak Inas, Luak Terachi dan Luak Jempol yang sudah bermesyuarat dengan Orang Empat Istana pada 21 Januari lalu.

Selepas mendapat kebulatan dan permuafakatan, mereka menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan dan memohon perkenan baginda supaya permaisuri baginda yang dipilih itu dilantik dan ditabalkan sebagai Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.

Selepas mendapat perkenan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, tarikh hari ini dipilih sebagai hari istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan.

Istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan ini diadakan lebih awal daripada istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan bagi membolehkan Tengku Aishah Rohani bersemayam bersama Tuanku Muhriz sewaktu pertabalan baginda secara rasmi yang dijangka Oktober depan.

Tengku Aishah Rohani, 57, diputerikan di Batu Gajah, Perak, adalah kerabat diraja Terengganu iaitu puteri kepada Almarhum Tengku Seri Utama Raja, Tengku Besar Mahmud ibni Sultan Zainal Abidin III dan Almarhum Tok Puan Zainun Meriam Su Mahmud.

Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu dan kemudian di Sekolah Convent, Taiping dan Convent Bukit Nanas, Kuala Lumpur.

Baginda pernah berkhidmat di sebuah bank di Kuala Lumpur dan di situ baginda diperkenalkan dengan Tuanku Muhriz dalam satu majlis keramaian.

Pertemuan manis itu dilanjutkan dengan ikatan pertunangan.

Tengku Aishah Rohani melangsungkan perkahwinan dengan Tuanku Muhriz pada 25 April 1974 dan dikurniakan tiga putera iaitu Tunku Ali Redhauddin, 32, Tunku Zain Al'Abidin, 27, dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin, 25.

Di samping mengurus keluarga, Tengku Aishah Rohani turut meluangkan masa mengikuti program amal yang dianggotai baginda seperti Inner Wheel of Kuala Lumpur dan Kuala Lumpur Speakers Club.

Dalam bidang yang lain, baginda pernah ke Amerika Syarikat untuk mengikuti dan mendalami kursus penjagaan kanak-kanak istimewa, khususnya dalam bidang perkembangan minda kanak-kanak yang dianjurkan 'Institutes for the Achievement of Human Potential' di Philadelphia, Pennsylvania.

Dengan pengetahuan yang mendalam dalam bidang ini, baginda sering memberi nasihat dan tunjuk ajar serta pertolongan kepada mereka yang memerlukan. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 14-4-2009 05:24 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 14-4-2009 05:45 PM | Show all posts
syd, ramai gile merembes kat dua putera yg bertuah tu

[ Last edited by  premierleague at 14-4-2009 17:46 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-4-2009 08:07 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 10:12 AM GMT+8 , Processed in 0.072017 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list