View: 6938|Reply: 6
|
Putrajaya Jadi Pilihan Lokasi Perkahwinan
[Copy link]
|
|
Putrajaya Jadi Pilihan Lokasi Perkahwinan
Oleh Normalazwa Jamaludin
PUTRAJAYA, 3 April (Bernama) -- Putrajaya selain menjadi pusatpentadbiran kerajaan persekutuan, kini turut menjadi pilihan bagilokasi perkahwinan kepada pasangan pengantin.
Kelebihan bandar pintar ini, yang mempunyai rekabentuk bangunanyang cantik dan unik selain kurangnya masalah kesesakan lalu lintas,mempengaruhi pasangan pengantin mengadakan majlis bersejarah ataumengabdikan kenangan dengan mengambil gambar berlatarbelakangkankeindahan tersebut.
Pengurus Besar Majlis Tindakan Pelancongan Putrajaya (MTPP) JunusSuhid yang mengesahkannya berkata bangunan pejabat Perdana Menteri,Palace of Justice, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) danpejabat kerajaan lain bukan sahaja menjadi daya tarikan kepadapelancong asing dan tempatan malahan pasangan pengantin baru sempenahari bersejarah mereka.
Begitu juga dengan keindahan prasarananya seperti jambatan dan jalan raya menjadi lokasi pilihan.
"Saya sendiri pernah terserempak dengan beberapa pasanganpengantin termasuk dari Singapura yang datang ke mari untuk mengambilgambar.
"Ini menunjukkan Putrajaya bukan sahaja menjadi tarikan kepadapelancong domestik tetapi juga dari negara jiran", katanya padapersidangan akhbar sempena Pesta Perkahwinan Putrajaya 2009 di sini,baru-baru ini.
LOKASI PERKAHWINAN DAN BULAN MADU
Menurut Junus, pelbagai tempat di Putrajaya seperti KompleksPerbadanan Putrajaya, PICC, Taman Warisan Pertanian dan dewan orangramai menyediakan lokasi dan kemudahan yang sesuai untuk majlisperkahwinan.
Pasangan pengantin juga mempunyai pilihan jika ingin mengadakanmajlis bersejarah mereka di hotel kerana terdapat beberapa hotel disini yang menyediakan pakej yang menarik.
"Banyak acara perkahwinan telah diadakan di Kompleks PerbadananPutrajaya. Tidak kurang juga di hotel seperti Hotel Pullman, Shangri-ladan dewan orang ramai.
"Terdapat banyak tempat yang sesuai untuk menganjurkan majlis perkahwinan", katanya.
Begitu juga Cruise Tasik Putrajaya, antara tarikan utama diPutrajaya yang menyediakan perkhidmatan feri dan perahu bagi menikmatipemandangan indah Putrajaya dari tasik, juga sesuai untuk majlisperkahwinan dan berbulan madu melalui pakej yang ditawarkan.
PESTA PERKAHWINAN PUTRAJAYA 2009
Junus berkata penganjuran pesta tersebut buat julung kalinyaadalah sebagai usaha mempromosikan Putrajaya sebagai destinasiperkahwinan dan bulan madu bukan sahaja di kalangan rakyat tempatanmalahan pelancong asing.
Katanya pesta anjuran MTPP selama dua hari baru-baru inimenampilkan aspek berkaitan majlis perkahwinan seperti katering, kad,kek, pelamin, busana, fotografi, hantaran dan pakej bulan madu.
Sebanyak 50 buah syarikat tempatan menyediakan perkhidmatan dan produk berkaitan perkahwinan menyertai pesta tersebut.
Katanya pameran perkahwinan kaum utama di Malaysia dan seminarberkaitan sajian, kesihatan keluarga serta perancangan perkahwinanturut diadakan selain menampilkan tukang masak terkenal, Chef Wan danperancang perkahwinan yang popular, Pak Abu bagi memberikan ceramahberkaitan bidang masing-masing.
SAMBUTAN LUAR JANGKAAN
Bagaimanapun, ketika ditemui Ahad lepas (hari terakhir pestaperkahwinan), Junus berkata, sambutannya adalah di luar jangkaanapabila hampir 40,000 pengunjung termasuk pelancong dari China, HongKong, Taiwan dan Perancis hadir pada pesta tersebut, yang melepasisasaran awal.
Katanya konsep pesta ini yang bertemakan pelancongan telah menarikminat orang ramai untuk mendapatkan pelbagai maklumat terkini dan pakejperkahwinan yang ditawarkan.
Pengisian yang menyeluruh juga daripada pelbagai aspek perkahwinanseperti busana, pelamin, katering, kad kahwin dan hantaran telahmemudahkan lagi pasangan pengantin untuk merancang dengan bijak sebagaipersediaan sebelum majlis perkahwinan mereka.
"Maklumbalas yang diterima daripada peserta pameran menggalakkanapabila banyak tempahan diterima seperti kad kahwin, katering dansebagainya. Mereka juga tidak menjangkakan sebegitu.
"Mungkin antara sebabnya ialah promosi yang dilakukan telah sampai kepada sasarannya", katanya.
Sehubungan itu, katanya pesta itu akan dijadikan program tahunan memandangkan sambutan yang di luar jangkaan.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
putrajaya buat tu untuk tarik org datang kat bandar ni...
iyerlah putrajaya ni kan bandar sepi |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #2 mummyqis\ catat
bandar sepi..tapi tenteram bagi aku..dari hiruk pikuk nun kat luar sana |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by fazyan at 3-4-2009 18:24
bandar sepi..tapi tenteram bagi aku..dari hiruk pikuk nun kat luar sana
betul2 i agree wif u.time weekend or cuti fuh lg aman |
|
|
|
|
|
|
|
mahal tak sewa dewan nak kawin kat putrajaya ni ekk? |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by lovelyrose at 5-4-2009 17:38
mahal tak sewa dewan nak kawin kat putrajaya ni ekk?
sila surf web ni http://www.ppj.gov.my
bnyk info kat situ...termasuk sewa dewan, ada borang serta permohnan melalui e-sewa
harap boleh membantu |
|
|
|
|
|
|
|
selalu nampak dorang ni shoot amek gambar kat atas jambatan .. selalu chinese arr
kdg2 waktu tghari aku nak balik umah dorang bleh bergambar panas2 terik tu
tp kdg2 bahaya arr sbb dorang parking keter tepi jalan mcm tu ajer .. suami aku bawak motor celah2 tau2 ajer ada keter benti depan .. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|