CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2519|Reply: 15

TAHNIAH LAGI DRP BOD PERAK

[Copy link]
Post time 3-4-2009 11:21 AM | Show all posts |Read mode
Kerana dilantik sebagai PM baru drp warga Perak.

Najib angkat sumpah Perdana Menteri keenam


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Razak hari ini mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang keenam menggantikan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi yang berundur selepas menerajui negara lebih lima tahun.

Najib, 55, mengangkat sumpah jawatan di hadapan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara.

Najib mengikut jejak allahyarham ayahandanya, Tun Abdul Razak Hussein, yang menerajui negara dari tahun 1970 sehingga 1976, apabila beliau meninggal dunia akibat leukemia.



Segak berbaju Melayu hitam, Najib tiba di Istana Negara pada 9.42 pagi diiringi isteri Datin Seri Rosmah Mansor.

Mereka berdua kemudian memasuki Balairong Seri pada 10 pagi diikuti Abdullah dan isteri Datin Seri Jeanne Abdullah.

Kenamaan lain yang turut hadir termasuklah anggota Kabinet, Menteri Besar dan Yang Dipertua Dewan Negara serta Speaker Dewan Rakyat.

Seramai 319 tetamu kehormat hadir pada majlis bersejarah itu termasuk bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali.

Acara penuh istiadat itu bermula apabila Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah berangkat memasuki Balairong Seri pada jam 10.05 pagi.

Upacara dimulakan dengan lagu Negaraku dimainkan oleh pancaragam Angkatan Tentera Malaysia.

Istiadat Pengurniaan Suratcara Pelantikan dan Istiadat Mengangkat Sumpah Jawatan dan Taat Setia serta Sumpah Menyimpan Rahsia oleh Najib sebagai Perdana Menteri dimulakan pada jam 10.10 pagi.

Najib kemudian membaca ikrar mengangkat sumpah taat setia serta menyimpan rahsia sebelum menandatangani keempat-empat Suratcara Pelantikan, diikuti dengan bacaan doa selamat.

Keempat-empat Suratcara Pelantikan itu kemudiannya ditandatangani oleh Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff sebagai saksi yang kemudiannya diserahkan kepada Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan. - Bernama


* Ada ucapan & pesanan drp korang ke
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2009 11:24 AM | Show all posts
err...
majulah sukan untuk negara...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 11:27 AM | Show all posts
harap msia tak menjadi pusat lambakan c4
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2009 11:28 AM | Show all posts

Reply #2 ana_una's post

Insyallah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-4-2009 11:30 AM | Show all posts

Reply #3 Pikir's post

Kita berfikir secara positif (walaupun aku x ahli AMNO)
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 11:31 AM | Show all posts
tahniah ...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-4-2009 11:43 AM | Show all posts
Originally posted by TUKANGKEBUN at 3-4-2009 11:30
Kita berfikir secara positif (walaupun aku x ahli AMNO)



btol!!

jdi lah org bermentaliti kelas pertama ( ak bkn ahli umno)
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 11:48 AM | Show all posts
semoga najib dapat melaksanakan tugasnya dengan penuh amanah dan jujur...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-4-2009 07:15 PM | Show all posts
mintak2 ISA tutup...
ai pn bukan org UMNO...
Reply

Use magic Report

Post time 3-4-2009 07:30 PM | Show all posts
lengkap lah sudah teori RAHMAN..
cuma tang A tu... udah ye ye jawatan PM tu memang hak anwar yang ketika itu adalah TPM.. Pada adatnya, dialah yang mewarisan jawatan tersebut
tapi inilah janji kita dgn Allah... kalau ianya bukan milik kita.. maka yang sudah berada didalam mulut tunggu masa utk ditelan pun boleh terjatuh keluar...
begitu jugalah Pak Lah yang pernah termimpi akan jadi PM... kerana sudah ditakdirkan dia akan menjadi PM maka terjadilah rentetan peristiwa2 sehingga membawa kepada perlantikan dia menjadi PM..
begitulah kehendak Allah..
manusia merancang.. Dia menentukan segala2nya....

tak mintak banyak pada najib... cuma jadilah PM yang lebih baik dari Pak Lah..
jangan lakukan kesilapan2 Pak Lah sehingga boleh membunuh karier politiknya...
lantiklah ahli2 kabinet yang bukan sahaja betul2 bersih malah berkebolehan... yang mampu membantu PM mengemudi bahtera bernama Malaysia ni keluar dari lambungan badai yang ganas sekarang ni...

akhir sekali... isteri YAB perlu sekali menukar imejnya yang agak tercalar dgn tuduhan .. tuduhan2 seperti sbg seorang perempuan kaki joli.. kalau berbelanja tak hengat donia..queen control...the real person behind the commission scandal...

perhaps... dgn memakai tudung utk menutupa aurat is a good start!
just my dua sen lah!
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2009 09:52 AM | Show all posts

Balas #10 Al Lebam\ catat

mak aiiii... yop dah kuarkan tanduk....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2009 09:55 AM | Show all posts


nampak swittt.... kak jay jay suker tgk org lelaki pakai baju melayu...
nampak segak dan kemas.. so ucapan dan pesanan kak jay jay...

berhati2lah dijalan raya agar tidak terkapai-kapai dilautan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2009 11:57 AM | Show all posts

Reply #10 Al Lebam's post

sebenarnya bnyk pihak sedang menunggu apakah REFORMASI POLITIK yg akan dibuat oleh NAJIB

sekdar membebaskan tahanan ISA dan permit akhbar disambung belum cukup untuk menguji popoluriti, cuma jangka masa pendek bolehlah, sprti apa yg berlaku pd tahun pertama PAK LAH yg menang besar election 2004

tapi lingkup besar juga pd election 2008 akibat janji yg x tertunai
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-4-2009 11:59 AM | Show all posts

Reply #11 ana_una's post

BRO LEBAM bukan keluarkan tanduk

tapi dari pengamatan jelas beliau mengenai SEPAK TERAJANG POLITIK selama ini

lebih2 lagi semasa dlm BOD LP bersama saya satu ketika dahulu
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2009 12:58 PM | Show all posts
apakah yang sejarah yang akan dicptakan oleh Najib laks??

Pak Lah - Islam Hadhari...
Tun Mahathir -  Putrajaya,KLCC,Cyberjaya

????....
Reply

Use magic Report

Post time 4-4-2009 04:19 PM | Show all posts
tahniah.....semoga berjaya menunaikan tugas.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 07:30 AM GMT+8 , Processed in 0.401316 second(s), 27 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list