|
Telefon mewah Meridiist
Oleh WAN SHAHARA AHMAD GHAZALI
![](http://www.utusan.com.my/pix/2009/0404/Utusan_Malaysia/Megabait/me_01.1.jpg)
| TELEFON bercita rasa mewah ini boleh ditempah melalui Internet.
|
Tag Heuer, jenama peneraju jam dan kronograf paling berprestij sejak 1860 telah lama berada di dalam kelas tersendiri dalam penghasilan instrumen penyukat masa paling tepat dunia termasuk produk jam Swiss.
Terkini jenama itu telah mula mempertontonkan koleksi terkini telefon bimbit Meridiist, kepada umum melalui laman web rasminya.
Laman web rasmi telefon bimbit paling mewah berkualiti terbaik dunia dari jenama mewah jam Swiss itu menonjolkan reka bentuk kemewahan dan gaya maskulin luar biasa yang menjadi ciri utama telefon bimbit itu.
Koleksi Meridiist merangkumi tujuh model yang dibuat menggunakan keluli tahan karat 316L dan batu nilam dengan pelbagai pilihan warna.
Pilihan material iaitu kulit anak lembu, kulit buaya atau getah pada penutup belakang boleh dilakukan mengikut cita rasa pengguna.
Kulit buaya tulen menggunakan buaya yang dibiakkan di ladang secara eksklusif dan mempunyai potongan dan jahitan berkualiti tingi yang dilakukan oleh pakar-pakar seni halus terbaik.
Setiap jahitan dan ikatan pada hiasan kulit dan getah diberi sentuhan akhir terbaik serta telah diuji untuk ketahanan dan kelasakan.
Sebelum ini, koleksi Meridiist telah dilancarkan secara eksklusif tetapi hanya di rangkaian antarabangsa terpilih diaitu London, Paris, Geneva, New York, Los Angeles, Dubai, Hong Kong dan Singapura.
Telefon yang berharga daripada Euro3,400 (RM16,900) hingga Euro4,500 (RM21,732) kini boleh ditempah mengikut cita rasa di laman web www.tagheuer.com/meridiist dan akan dihantar ke butik Tag Heuer berhampiran.
rm17K???? holy smoke mate~!!~!! ![](static/image/smiley/default/funk.gif) |
|
|
|
|
|
|
|
tp bg pink tak lawa la rupernyer... ![](static/image/smiley/default/sweat.gif) |
|
|
|
|
|
|
| |
|