CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4754|Reply: 3

Flat Taman Dagang, Ampang Terabai -

[Copy link]
Post time 11-4-2009 07:43 AM | Show all posts |Read mode
Flat Taman Dagang terabai

Oleh NAZMIL.NASIRUDDIN



Pokok besar yang tidak dipangkas sehingga ranting
memasuki rumah penduduk Flat Taman Dagang, Ampang.


AMPANG 9 April - Ranting pohon tidak dipotong sehingga memasuki rumah, longkang tidak dibersihkan, tempat letak kereta berlubang dan dipenuhi air dan seribu satu macam masalah lagi.


Itulah gambaran keadaan yang berlaku di rumah pangsa Taman Dagang di sini berikutan kegagalan pihak pengurusan bangunan itu menyenggara kawasan perumahan tersebut.

Masalah yang tidak pernah selesai dan umpama tidak dipedulikan itu menyebabkan penduduk semakin tertekan.

Timbalan Pengerusi Persatuan Penduduk Flat Taman Dagang, Selvagurumurthi K. Veerana, 49, berkata, dalam pada masalah yang ada belum satu pun diselesaikan oleh pihak yang sepatutnya bertanggungjawab, satu persatu masalah baru timbul.

Baru-baru ini, katanya, berlaku pula pemotongan bekalan elektrik di kawasan tangga Blok H rumah pangsa itu.

Menurutnya, pemotongan bekalan elektrik di kawasan tangga itu dikatakan berpunca daripada keengganan penduduk membayar wang penyenggaraan sebanyak RM15 sebulan.

Katanya, ini menyebabkan kawasan tangga bergelap dan secara tidak langsung mengundang bahaya kepada penduduk.

"Saya risau kejadian yang tidak diingini akan berlaku seperti gejala ragut terutamanya di kawasan gelap kerana peragut melihatnya sebagai satu peluang keemasan buat mereka menjalankan aktiviti di situ.

"Bila keadaan gelap sebegini, macam-macam insiden malang lain boleh berlaku terutamanya boleh terjatuh ," katanya.

Selain itu, Murthi memberitahu, antara masalah lain yang membebankan penduduk adalah kehilangan penutup longkang yang hilang atau rosak tetapi tidak digantikan baru.

Katanya, lubang longkang dibiarkan terbuka dan jika ada tindakan pun ialah menutupnya dengan papan sahaja yang tentunya tidak kukuh.

"Keadaan ini mendatangkan bahaya kepada orang yang melalui kawasan tersebut tambah lagi dalam keadaan kawasan ini yang bergelap sekarang.

"Bayangkan sekiranya kanak-kanak, warga emas yang tidak menyedari kehadiran lubang tersebut, sudah pasti ada yang mendapat luka atau patah dan paling tidak pun terperosok ke dalam lubang ini," ujarnya.


*************************************************************************

it goes both ways... penduduk nak maintenance bagus.. kena juga keluarkan duit..
maintenance pula.. kena jalankan tanggungjawab -
ada few my friends tinggal kat taman dagang ni -- memang menghadapi masalah
keaddan flat yang deteriorated -- bangunan pun kebanyakan dah delapidated semua -

bila keadaan ini berlaku, ada orang2 yang tak bertanggungjawab ambil kesempatan -
kawasan jadi merbahaya -
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-4-2009 07:47 AM | Show all posts
Yuran mereka hendak tapi kerja tak buat - Penduduk



PENUTUP tangki pembentungan najis yang telah hilang masih
belum diganti sehingga mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak.


AMPANG 9 April - Penduduk Flat Taman Dagang sudah muak dengan pelbagai masalah yang mereka hadapi sejak menghuni kawasan perumahan itu tetapi terpaksa berdepan dengannya kerana itulah sahaja pilihan yang mereka ada.

Selain masalah yang boleh kelihatan pada mata kasar, penduduk berkata, mereka juga terpaksa bertahan dengan bau busuk yang meruap dari dalam longkang akibat kehadiran tikus dan sampah-sarap.

Seorang penghuni, Pathmanathan Govindan, 47, berkata, masalah demi masalah yang tidak diambil tindakan itu menyebabkan sebahagian penduduk mencadangkan agar tindakan mengurus perumahan itu dilakukan sendiri oleh mereka.

"Yuran dibayar setiap bulan tetapi masih tiada tindakan pembaikan mahupun penyenggaraan oleh pihak pengurusan.

"Apa yang ada hanyalah wakil mereka melawat untuk mengutip hutang yuran penyenggaraan." katanya.

Beliau mendakwa, penduduk juga tidak berpuas hati dengan tindak-tanduk wakil pihak pengurusan ketika datang menuntut yuran.

"Tidak beradab dengan mengetuk pintu tanpa tatasusila. Mereka juga nampak seperti bukan orang tempatan," ujarnya
.

Selain itu, katanya, penduduk juga tidak berpuas hati dengan cara jawapan yang diberikan oleh pihak pengurusan.

"Pihak pengurusan memberikan jawapan bahawa sebahagian kerja penyenggaraan adalah di luar tanggungjawab mereka.

"Sebaliknya wakil pihak pengurusan itu menegaskan bahawa kerja-kerja termasuk pembersihan adalah di bawah tugas Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) dan beberapa jabatan yang berkaitan.

"Jawapan sedemikian memang tidak dapat diterima penduduk," ujarnya.

Bagi seorang ibu, Banu Sinasamy, 31, keadaan gelap di kawasan itu terutamanya di kawasan tangga membuatkan dia sangat risau.

"Pernah sekali anak saya yang berumur 6 tahun hampir terjatuh ke dalam lubang tersebut ketika saya hendak menghantarnya ke Tadika. Nasib baik saya sempat memegang dia.

"Saya mohon pihak yang bertanggungjawab supaya meneliti tahap keselamatan akibat masalah gelap ini. Bahaya, terutamanya kepada kanak-kanak dan warga tua yang tidak berupaya," katanya.

Shukdev Singh, 51, pula berkata, masalah longkang yang tidak dibersihkan oleh pihak pengurusan mendatangkan ketidakselesaan kepada penduduk selain terdapat benteng longkang yang sudah pecah yang tidak dibaiki.

"Longkang ini tidak berfungsi sebagai longkang kerana aliran air tersekat oleh kehadiran sampah-sarap yang tidak dibersihkan," ujarnya.

Sementara itu, menurut jurucakap pemaju, terdapat kekeliruan terhadap tugas pengurusan penyenggaraan di perumahan itu.

Katanya, ini kerana tiga pihak yang terbabit dalam penubuhan jawatankuasa pengurusan bersama iaitu penduduk, pemaju dan syarikat penyenggaraan masih di peringkat perbincangan mengenai beberapa hal.

"Kami masih berbincang untuk mengatasi kekeliruan dalam beberapa perkara termasuk mengenai tanggungjawab melakukan penyenggaraan," jelasnya.

********************************************************************************

yang paling penting penduduk di sana kena bersatu padu untuk
improve kan condition tempat tinggal mereka --
kena ada co operation sesama mereka dahulu... lepas tu baru boleh
bawa perkara ni ke pihak pengurusan.. - banyak management yang
tak bertanggungjawab... tapi bila ada penyatuan dari penduduk...
insyaallah.. masalah dapat diatasi juga --  hafta be firm and consistent -
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 08:56 AM | Show all posts
aku pon dok flat gak..
maintenance sbln RM70 lbh..
tp ok la..bersih je..
Reply

Use magic Report

Post time 11-4-2009 09:51 AM | Show all posts
aku rs kalau ada maintainance fees tuh..wajibla dorang jaga.xde mangement office ker?lagi satu,kalau nak mudah,apa kata dorang buat petisyen agar pengurusan flat tuh dibahagikan antara pemaju dan rukun tetangga flat tuh.senang nak manage.sebab ade sesetengah tempat buat mcm tu.so kalau ade pape,lebih mudah nak berurusan dgn pemaju yg tegar nih.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

6-1-2025 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.180774 second(s), 15 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list