View: 2980|Reply: 5
|
MSC Malaysia Open Source Conference 2009
[Copy link]
|
|
MSC MalaysiaOpen Source Conference 2009 - speaker -Matt Olander dan Mike
Alhamdulillah;
mlm td saya dah berjaya securekan Matt Olander from FreeBSD/PCBSD/
iXSystem untuk dtg sini sebagai speaker. Dari email saya dan dia, apa
yg akan dipersembahkan:
1- speaker tentang tajuk keberkesanan BSD ketika kejatuhan ekonomi
2- workshop+installfes t PCBSD
3- Freebies! cd sticker dan lain2.. for sure BSD thingy la..
dia akan bawak juga "kaum" dia skali.. yg dah konfem Mike Owens,
pengarang buku SQLite.. so possibly mamat akan present pasal SQLite..
lain2 yg dicadangkan oleh matt:
Josh dr FreeBSD team dan Wilco Jansen, core team Joomla!
dah makin ramai speakers2 power yg nak join event ni..
anda bila lagi?
link ke web tentang acara ini:
http://www.mscoscon.my/
http://www.facebook.com/group.php?gid=78169245399 |
|
|
|
|
|
|
|
Linux pon tak khatam lagi bro
tunggu abis khatam baru try test BSD flavour. |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by farishaziqi at 11-4-2009 17:23
Linux pon tak khatam lagi bro
tunggu abis khatam baru try test BSD flavour.
takde hal bro..
event ni semua OSS punye mende, linux/BSD/joomla/SQLite dan mcm2 lagai.. ada workshop, ada installfest, ada demo, ada papers, ada pasal community/beginner level, ada yg expert level, ada yg business level..
semua org boleh dtg..
yg saya cerita pasal BSD ni sebahagian kecil je.. |
|
|
|
|
|
|
|
Semalam telah berlangsung satu press conference ( sidang akhbar ) tentang pelancaran MSC OSCONF 2009..
Saya mewakili kominiti OSS malaysia bersama MDEC, MAMPU telah bersama2 menjayakan rancangan ini.. ini adalah impian dan perjuangan keras group2 pengasas OSS sejak lebih dari 10 tahun lepas ( sejak 1997 ).. alhamudlillah..
disertakan petikan berita dan gambar2...
http://www.bernama.com/bernama/v5/bm/newsbusiness.php?id=406252
Semua Agensi Kerajaan Akan Laksana Perisian Sumber Terbuka
KUALA LUMPUR, 23 April (Bernama) -- Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (Mampu) menjangka semua agensi kerajaan akan melaksanakan perisian sumber terbuka (OSS) menjelang akhir tahun depan.
Sehingga kini sebanyak 462 agensi daripada 720 agensi telah melaksanakan OSS, yang berjaya memberikan penjimatan lebih RM47 juta, kata timbalan pengarah bahagian perancangan dan dasar ICT (teknologi maklumat dan komunikasi) Mampu, Tan King Ing.
"Kami telah memanfaatkan model pembangunan OSS untuk pembangunan pantas produk pada kos yang lebih rendah dengan menggunakan penyelesaian sedia ada," kata beliau pada taklimat media di sini Khamis.
Lapan produk OSS telah dibangunkan untuk kegunaan semua agensi sektor awam, katanya kepada pemberita.
Untuk terus menyumbang kepada industri, Mampu dan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDeC) akan menjadi tuan rumah kepada Persidangan Sumber Terbuka Malaysia MSC 2009 mulai 31 Mei hingg 3 Jun ini.
Persidangan yang disasarkan kepada eksekutif perniagaan, pembangun teknologi dan komuniti sumber terbuka, dijangka menarik kira-kira 1,000 peserta tempatan dan luar negara, kata naib presiden MDeC Saifol Shamlan.
Bertemakan "Open to Change", persidangan itu bertujuan untuk menyediakan pendedahan dan pengetahuan mengenai kepentingan sumber terbuka dalam meningkatkan daya saing dengan kos pemilikan yang lebih rendah, kata Saifol.
"Persidangan ini akan menyediakan platform untuk para peserta berinteraksi secara aktif, berkongsi dan bertukar-tukar pandangan mereka serta perkakasan mengenai trend serta isu terkini," katanya.
Antara penceramahnya ialah wakil dari Mozilla, Google, Microsoft, Linux, Red Hat, Sun Microsystems, Extol, Ubuntu-my, Krimmet, Hack In The Box dan Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).
Saifol berkata industri OSS menunjukkan trend positif dan kekal bingkas walaupun dalam krisis ekonomi global.
"Kami mahu industri berdaya maju dan berkembang," katanya, sambil menambah bahawa kira-kira empat peratus daripada syarikat Malaysia berstatus MSC kini dalam perniagaan OSS.
-- BERNAMA
http://malaysia.news.yahoo.com/bnm/20090423/tbs-mampu-oss-ceeeaba.html
http://www.themalaysianinsider.com/index.php/malaysia/24282-government-turns-open-source-on-it-solutions
gambar2:
http://picasaweb.google.com/impianproduction/2342009ONSCONFPreMediaBriefing#
pengarah MAMPU Tuan Hj Rosli
Redhuan Daniel Oon, "taiko" opensource luar negara, Dekan AeU, dan my colleagues from MDEC, Rafe
perbincangan antara saya, Haris OSCC dan boss Novell Asia |
|
|
|
|
|
|
|
official website!!
http://www.mscmalaysia.my/osconf |
|
|
|
|
|
|
|
macam pakai blazer pinjam je... |
|
|
|
|
|
|
| |
|