CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5416|Reply: 24

Kes ragut di KL naik 100 peratus!

[Copy link]
Post time 17-4-2009 07:25 AM | Show all posts |Read mode
Kes ragut di KL naik 100 peratus!Oleh TAN MING WAI
[email protected]


KUALA LUMPUR 16 April

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-4-2009 07:39 AM | Show all posts
tak boleh bayang
tak lama lagi...

orang nak puasa la
nak raya laa

lagi laa kot
naik peratusan orang mencopet ni segala

kekdahnya naik peratusan ni
sbb ramai orang dah tak de keje lagi laa kot
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 07:42 AM | Show all posts
women,

choose wallet over purse yang besar gedabak..

lelaki x pandang sikit pon beg anda lawa ke x
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 07:43 AM | Show all posts
so??keputusan caner???x bagi moto masuk KL ker??ataupon pompuan2 yg keje KL dilarang membawa purse yg besar gedabak??
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 07:58 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 08:06 AM | Show all posts
agaknye kesan dr pembuangan pekerja kot
utk kesinambungan idup katanye...

thanx goodness la aku x duduk kt kl dh    
aku pernah la gak kena masa kt puduraya
phobia tul bila pegi puduraya
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 17-4-2009 08:32 AM | Show all posts
tu baru report tang kl

ni yang dok shah alam kelang semua tu

bandar2 besar...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 11:05 AM | Show all posts
Awal tahun ni je, dari office aku pernah nampak 4 kes ragut di sekitar lrt bangsar.. sekali tu x silap aku tokoh terkenal, a samad said x silap.. kesian..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-4-2009 11:06 AM | Show all posts

Reply #7 Syd's post

Klang ni kat bukit tinggi banyak betul kes, depan bank, petrol station.. depan mata 3 kali dah, tapi sampai selepas kejadian berlaku lagi banyak kali..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 11:40 AM | Show all posts
pendatang yang buat ke org tempatan...???

kekadang aku tgk peragut ni indon2 tu...

tapi entah la...
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 11:41 AM | Show all posts

Reply #10 muffins's post

Ramainya budak2 sebangsa kita, memang perangai cam hampeh.. ramainya mat2 rempit dan mangsa ramainya orang2 keta cantik dan pendatang2 asing ni lah..
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 11:44 AM | Show all posts

Reply #11 p_4_n_9_3_r_4_n's post

hum tu la... mak pak pong x amik kesah pasal anak2 kat luar buat apa...

hidup bersosial 24 jam... teruk sangat dah sosial nyer...:@ :@ :@
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 06:31 PM | Show all posts
Hilang selera nak berhenbeg camni.  ikutkan time2 cenggini kita2 dah patut leh agak benda2 ni akan banyak terjadi.
Reply

Use magic Report

Post time 17-4-2009 06:33 PM | Show all posts
Barang kemas pun takyah ler pakai...membahayakan diri ajek.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 18-4-2009 06:43 AM | Show all posts
Keluar malam: Jangan terkejut ditahan polis

KUALA LUMPUR 17 April - Bagi individu di sekitar ibu kota yang suka keluar malam hingga awal pagi, jangan terkejut sekiranya ditahan dan diperiksa oleh anggota polis.

Tindakan polis itu merupakan sebahagian dari operasi pencegahan yang dilakukan bagi mengurangkan peningkatan kes jenayah terutama kes samun dan ragut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah berkata, Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur (IPPKL) mula melancarkan operasi pencegahan jenayah itu semalam di beberapa lokasi panas yang sering menjadi tumpuan penjenayah.

"Operasi ini diadakan berikutan kadar kes jenayah seperti samun bersenjata dan ragut semakin bertambah di sekitar Lembah Klang," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, dalam operasi yang diadakan semalam, seramai 1,837 orang diperiksa dan daripada jumlah itu, 37 orang ditahan atas kesalahan menyamun dan menagih dadah.

"Empat lelaki ditahan di Brickfields kerana disyaki terbabit dengan samun bersenjata manakala empat orang lagi ditahan di Sentul atas kesalahan yang sama.

"Kita turut membuat pemeriksaan terhadap 1,089 kenderaan, membabitkan 722 motosikal, 333 kereta, 34 van dan lori manakala tiga buah motosikal telah dirampas kerana disyaki dicuri," katanya.

Beliau berkata operasi bersepadu itu akan diteruskan sehingga kadar kes jenayah dapat diturunkan ke tahap yang membanggakan.

"Kita harap operasi ini dapat menggerakkan satu inisiatif supaya orang ramai akan turut serta dalam membanteras jenayah," katanya. - BERNAMA

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 18-4-2009 07:26 AM | Show all posts

Reply #15 Syd's post

Adoi jem lah kl malam2 camnih.. aku ni dah la balik lewat slalu, stay keje sampai jam 9pm camtu.. kalau cam tu baik aku balik awal, malas nak berjem2 time malam plak.. baik balik awal, sebab balik lewat2 pon jem gak x de gunanya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-4-2009 10:05 AM | Show all posts
skrg ni org asing yg bertindak berleluasa kt negara kite sampai kite sendiri pn takut ngan negara kiter... Kalo dulu, org mesia sendiri bebas nk jejalan memalam skrg ni nk jalan siang pn org takut...huhuhuhuhhu .. Apalah nk jadi wahai mesia ku...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2009 07:22 AM | Show all posts
Jenayah ragut di KL membimbangkan



BEG tangan yang dibawa wanita seringkali menjadi tumpuan peragut. - GAMBAR HIASAN

KUALA LUMPUR 6 Mei - Polis Kuala Lumpur baru-baru ini mendedahkan bahawa jenayah ragut di ibu kota meningkat 99 peratus dan ia merupakan satu fenomena yang perlu dipandang serius oleh masyarakat di negara ini.

Berdasarkan statistik yang diperoleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kuala Lumpur, sebanyak 1,915 kes ragut dilaporkan bagi tempoh Januari hingga Mac tahun ini berbanding 1,058 kes sepanjang tempoh yang sama tahun lalu.

Terdapat beberapa daerah yang meningkat kadar jenayahnya. Antaranya Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, mencatatkan peningkatan sebanyak 170 kes kepada 269 pada tahun ini berbanding 99 kes pada tahun lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah IPK Kuala Lumpur, Datuk Ku Chin Wah memberitahu, IPD Brickfields turut menunjukkan peningkatan yang banyak iaitu 110 kes pada tahun lalu kepada 322 kes bagi tahun 2009.

Menurutnya peningkatan juga berlaku bagi IPD Cheras yang mencatatkan kenaikan 244 kes daripada 80 kes tahun lalu kepada 324 kes tahun ini.

Bagaimanapun, bagi IPD Sentul ia menunjukkan penurunan sebanyak 63 kes daripada 239 tahun lalu kepada 176 kes tahun 2009.

Walaupun berlaku penurunan di kawasan Sentul, secara keseluruhannya jenayah ragut di sekitar ibu kota dilihat kritikal dan perlu diberi perhatian serius oleh semua pihak.

"Orang awam terutamanya wanita dilihat mudah menjadi mangsa ragut berikutan sikap mereka yang gemar memberi peluang.

"Peningkatan kes ragut ini dipercayai disebabkan sikap ingin memperoleh wang dengan cepat dan mudah," katanya.

Pihak polis kini giat menjalankan operasi bersepadu khas bagi mencegah jenayah di ibu kota termasuk jenayah ragut.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2009 07:28 AM | Show all posts
Pengalaman tiga mangsa ragut

Diragut semasa tunggang motosikal

IDA Fatmawati Ghazali, 27, bekas pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM), rugi kira-kira RM3,000 selepas diragut ketika perjalanan pulang ke rumah sewanya di Pandan Indah dari sebuah syarikat pengiklanan di Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada 28 April dua tahun lalu.

Dalam kejadian pukul 12 tengah hari itu, mangsa menunggang motosikal sendirian untuk menuju ke rumah sewanya sebelum dihampiri dua lelaki menaiki motosikal lalu meragut beg tangan yang diletakkan di dalam bakul motosikalnya.

Dia yang terkejut dan panik dengan kejadian tersebut menceritakan insiden itu berlaku sekelip mata. Ida yang kehilangan beberapa dokumen dan barang peribadi termasuk telefon bimbit, wang tunai, kunci rumah dan kad pengenalan kemudian membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Ampang Jaya pada hari kejadian.

Dia menasihati penunggang motosikal khususnya golongan wanita agar tidak meletakkan beg tangan di dalam bakul sebaliknya menggalasnya di bahu ketika menaiki kenderaan tersebut.

Diragut semasa guna telefon bimbit

SEORANG pensyarah wanita di sebuah universiti tempatan, Dorothy Misir, 31, tidak menyangka tarikh 3 Mac 2005 menjadi pengalaman hitam dalam hidupnya apabila menjadi mangsa ragut sebaik sahaja keluar dari sebuah pasar raya di Shah Alam, Selangor.

Dalam kejadian pukul 5 petang itu, mangsa ditemani dua rakan wanitanya baru sahaja keluar dari kompleks membeli-belah terbabit dan sedang leka berbual dengan rakannya melalui telefon bimbit. Tiba-tiba beg tangannya diragut oleh seorang pembonceng motosikal.

Dorothy mengakui sejak kejadian itu, dia tidak lagi menggunakan telefon bimbit sambil berjalan dan sentiasa memerhati keadaan sekitar ketika keluar bersiar-siar.

Diragut ketika tunggu teksi

SITI Salwana Mohd. Ragam, 21, seorang suri rumah sehingga kini masih trauma selepas beg tangannya diragut dua lelaki bermotosikal ketika menunggu teksi di sebuah perhentian di hadapan Hospital Kuala Lumpur, penghujung April lalu.

Ketika kejadian pada pukul 3 petang itu, mangsa sedang mendukung anak lelakinya berusia setahun lima bulan.

Mangsa turut meluahkan rasa kecewanya dengan sikap orang ramai di tempat kejadian yang hanya 'membatu' dan melihat sahaja kejadian tersebut tanpa menghulurkan bantuan.

Dia menjerit meminta tolong ketika kejadian, malangnya usahanya itu hanya sia-sia apabila mereka yang berada di situ tidak mempedulikan dirinya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-5-2009 07:28 AM | Show all posts
Tips elak jadi mangsa ragut

# Jangan letak beg tangan dalam bakul terbuka di depan motosikal.

# Simpan beg tangan dalam ruang atau tempat simpan berpenutup pada motosikal.

# Bawa dompet yang boleh disimpan dalam kocek.

# Bawa payung untuk melindungi diri bila berdepan penjenayah.

# Berjalan bertentangan arus kenderaan supaya boleh nampak tindakan mencurigakan.

# Berhati-hati setiap masa dan tunjukkan kelakuan seolah-olah sangat cermat.

# Berwaspada mengeluarkan duit daripada mesin ATM atau ketika keluar masuk bank.

# Ketika berjalan, rapatkan beg tangan ke badan dan pegang erat dengan kedua-dua tangan.

# Jangan tinggalkan dompet atau beg tangan atas meja ketika makan di kedai.

# Jangan tunjukkan pamerkan kandungan dompet, terutama wang tunai atau barang kemas.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-1-2025 09:16 PM GMT+8 , Processed in 0.426945 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list