CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 8742|Reply: 23

pakai minyak masak sebagai minyak enjin..buleh ke??

[Copy link]
Post time 23-4-2009 09:22 AM | Show all posts |Read mode
wa dpt email dari kawan wa ni...tak tau la betul ke tak? ada sapa2 nak advice?

  
Ada brani ke gune minyak nyiur


Subjek: Minyak SAJI.



SEREMBAN,(Bernama) -- PERCAYAKAH
anda bahawa minyak masak berasaskan minyak kelapa sawit boleh digunakan sebagai minyak pelincir untuk kenderaan anda?

Malahan sudah terdapat segelintir penduduk di Negeri Sembilan menggunakan minyak masak sebagai minyak pelincir atau minyak hitam untuk kereta mereka tanpa menghadapi sebarang masalah.

Pengurus Pemasaran Sekolah Golf Michael Ismail, Nik Safian Afzani Omar berkata, beliau telah menggunakan minyak masak yang dibeli pada harga RM2.50 sepaket untuk enjin kereta Kancilnya.

"Kancil saya menggunakan tiga liter minyak hitam. Jadi, saya tuang dua paket setengah minyak masak untuk menyamai kuantiti itu. Dahulu, kalau servis minyak hitam, saya berhabis sehingga RM130, tetapi sekarang kurang RM10," katanya.

Jika dahulu beliau menggunakan minyak hitam semi sentitik jenama Castrol, kini Nik Safian Afzani menggunakan 'minyak hitam' yang dibelinya dari sebuah pasar raya.

Menurutnya, selepas menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam, suhu enjinnya sangat rendah dan meter suhu tidak pernah lebih dari satu takuk.

Nik Safian berkata, ketika menghantar kereta ke sebuah bengkel kenderaan untuk ditukar penapis minyak, pekerja bengkel tersebut terkejut apabila mendapati keretanya menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam tetapi mengakui ini merupakan alternatif terbaik sebab harga minyak pelincir pada hari ini sudah naik.

Sementara itu, pencipta alat penjimat minyak kereta berasaskan gas hidrogen dan air, Hisham Abdullah, 43, turut menggunakan minyak masak sebagai minyak hitam untuk kereta Proton Iswaranya.

Beliau sudah menggunakan bahan itu setahun yang lepas dan mendapati tidak ada kesan negatif menimpa keretanya.

Bekas jurutera sebuah syarikat Jepun serta graduan dalam bidang ekonomi dan kejuruteraan dari Universiti Arkansas , Amerika Syarikat itu berkata: "Minyak kelapa sawit merupakan minyak paling sentitik, tetapi kita tidak tahu mengenainya."

Mekanik kereta, Mohd Tajuddin Jalil pula, mula mengetahui mengenai rahsia minyak masak sebagai ganti minyak hitam kira-kira dua tahun lalu selepas bertemu dengan seorang pakar minyak dari luar negara.

Sejak itu, beliau menggunakan minyak masak berasaskan kelapa sawit sebagai minyak hitam keretanya, malahan beliau mengenali 67 pengguna kereta di Negeri Sembilan yang menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta mereka.

"Hanya minyak masak berasaskan kelapa sawit sahaja boleh digunakan sebagai minyak hitam. Jangan pakai minyak masak berasaskan jagung, sayuran atau kacang kerana minyak ini pada suhu sejuk akan menjadi beku," katanya.

Katanya, harga minyak hitam keluaran pelbagai syarikat kini meningkat dengan sebotol empat liter minyak hitam semi sentitik kini berharga RM160 dan minyak sentitik sepenuhnya, mencecah RM200.

Bagaimanapun, beliau menasihatkan orang ramai supaya menukar gasket kereta mereka kepada jenama yang lebih baik sebelum menggunakan minyak masak sebagai pelincir enjin kereta.

Orang ramai juga boleh melayari laman web
http://www.nordicgroup.us/oil.htm The300 Mile Facts untuk maklumat yang sama. - Bernama
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2009 09:37 AM | Show all posts
keta buruk2 haku berani ler cuba......... keta baru kirim salam laaa.... biar org test dulu 5-6 tahun
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 09:43 AM | Show all posts
kalau kancil enjin turbo bleh guna minyak masak nih jugak tak ekkkk?
kang dibuatnye terus x bleh jalan kete aku kang..mampus aku    
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 11:46 AM | Show all posts
dulu ada kawan aku tarok minyak masak kat V100 dia.. ganti minyak 2T... asap dia nyer bau macam sate...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-4-2009 11:46 AM | Show all posts
aku takut lepas ni minyak tu dah panas...

nanti org masukkan ayam dlm enjin..jadi la deep fried chiken...KFC...he..he...

dlm gambar email wa, org tu pakai keta naza citra tau...
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 12:27 PM | Show all posts
boleh deep fry dalam enjin neh... boring cucuh sosej kat dalam wat lunch...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2009 12:45 PM | Show all posts
try bubuh kat ex5 atau c70
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 02:08 PM | Show all posts
a'ah la..aku baru teringat..
laki aku pernah citer dia pernah tuang minyak masak kat moto rxz dia ganti mintak 2t..
tp bau asapnye busuk la dia kata
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2009 02:33 PM | Show all posts
tak berani haku nak cuba....lingkup kekasih awal & akhir ku itu nnti....ehehehe!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 02:34 PM | Show all posts

Balas #8 fariepari\ catat

busuk ke? si forumer Z77 kata bau sate
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 02:36 PM | Show all posts
Originally posted by QAX at 23-4-2009 12:27
boleh deep fry dalam enjin neh... boring cucuh sosej kat dalam wat lunch...


tak payah bwk perkakasan memasak dah lps ni...cucuh dlm myk panas tu je lps travel...sediakan sosej/ayam dlmm utk buat deep fry....hahahaha!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 03:07 PM | Show all posts
dapat jimat duit la klu travel jejauh.. just bawak nugget jer.. berhenti terus goreng
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 03:13 PM | Show all posts

Balas #12 baby77\ catat

  jimat ler x payah berhenti beli makanan kat R&R lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 03:35 PM | Show all posts

Balas #10 220796\ catat

kejadian tu masa aku sekolah awal 90an dulu...aku memang bau sate pasal masa tu aku tgh lepak reramai datang kawan aku dgn suzuki V100nya... sekali bau sate le... kitaorang pandang  gak mana la tau dia beli sate kan..bole le pau... sekali dia cakap dia takde duit nak beli 2T so dia tuang je minyak masak kat rumah dia kat dlm tangki 2T...asap memang banyak... bau dia macam bau sate kena bakar....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 03:51 PM | Show all posts
bagus betul kekdah ni...tp blom terfikir nak menerai lg...korg try le dulu...pstu bg feedback kat sini....ehehehe!
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 03:53 PM | Show all posts
Kalau dgn motor kapcai lama terutama Honda (C70, EX5 ) aku berani la nak try.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-4-2009 04:17 PM | Show all posts
lepas ni berebut beli minyak masak ngan mak aku lak....
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 05:16 PM | Show all posts

Balas #17 True-X\ catat

ko bukan berebut nak beli minyak masak ngan mak nko tp mak pulak pelik minyak masak dia selalu hilang
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 05:20 PM | Show all posts
Originally posted by Z77 at 23-4-2009 03:35 PM
kejadian tu masa aku sekolah awal 90an dulu...aku memang bau sate pasal masa tu aku tgh lepak reramai datang kawan aku dgn suzuki V100nya... sekali bau sate le... kitaorang pandang  gak mana la tau dia beli sate kan..bole le pau... sekali dia cakap dia takde duit nak beli 2T so dia tuang je minyak masak kat rumah dia kat dlm tangki 2T...asap memang banyak... bau dia macam bau sate kena bakar....



mesti lapar masa tu kan bau sate..nyum..nyum..
Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2009 09:52 PM | Show all posts
pernah guna sebagai ganti 2t masa main motocross di lawan kuda perak. motor terbalik, ntah macam mana, tangki 2t pecah. so tampal tangki 2t pakai botol mineral water yg di bakar. dalam tangki tu, amik minyak masak dari rumah india tepi lombong. siap campur dalam tangki minyak petrol....

utk minyak enjin/ a k a minyak itam.... aku no komen.... kelikatan minyak kelapa sawit tak cukup utk enjin.... mungkin enjin yg kecik seperti enjin motor, mesin rumput 4t , dsb, boleh pakai.
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 10:50 AM GMT+8 , Processed in 0.268640 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list