CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 11643|Reply: 65

luahan rasa doktor yang penat

[Copy link]
Post time 3-5-2009 01:48 AM | Show all posts |Read mode
SAYA merupakan salah seorang pegawai perubatan di salah sebuahhospital di ibu negara. Buat pengetahuan umum, malam semalam sayapulang ke rumah pukul 9 malam setelah keluar bertugas mulai pukul 7pagi pada hari sebelumnya. Saya pulang setelah habis menjalankan tugas on-call.Cuba bayangkan bekerja selama 36 jam tanpa henti. Mungkin dapat tidursejam dua (lebih baik tidak tidur langsung). Pulang ke rumah denganharapan dapat bermesra dengan anak dan isteri, tetapi ternyata sayaterlalu penat.


Biar saya jelaskan bagaimana tugas seorang doktor secara kasarnya.Kami akan memulakan kerja seawal pukul tujuh pagi dengan berada di wadbagi menyiapkan data pesakit di wad bagi tujuan ward round bersama doktor pakar. Secara amnya, ward round akan tamat sekitar pukul 10 hingga 11 pagi. Ini mengambil kira purata 30 orang pesakit di dalam wad.
Selepas itu, kami mesti bergegas ke klinik untuk merawat pesakitluar. Ini menjawab rungutan pembaca yang mempertikaikan mengapa merekaperlu tunggu lama di klinik pesakit luar. Secara purata kami memeriksadalam 100 - 200 pesakit luar setiap hari. Secara puratanya juga akanterdapat lima hingga tujuh orang doktor di klinik. Jadi seorang doktorakan memeriksa antara 20 hingga 30 orang pesakit.

Harus diingat kami mesti kembali ke wad selepas itu untuk melihatperkembangan pesakit yang lebih tenat di dalam wad. Maka secarakebiasaannya kami akan tamat merawat pesakit dalam pukul 6 hingga 7petang. Tugas itu disambung oleh doktor on call. Maka andainya saya merupakan doktor on call(yang perlu menjaga seluruh hospital, bukan sekadar wadnya) pada haritersebut, saya akan menyambung tugas saya dari pukul 7 malam itu hingga7 malam keesokan harinya di wad dan klinik seperti biasa.


Maka, wahai pesakit hospital kerajaan Malaysia, renungkan danfikirkanlah. Seandainya anda ternampak kami berbual, makan atau membacasurat khabar, sebenarnya kami hanya ingin 'mencuri' sesaat dalam 36 jamitu untuk merasai kehidupan manusia biasa.
DOKTOR HOSPITAL KERAJAAN
Kuala Lumpur

sumber-Utusan Malaysia

[ Last edited by  tines at 2-5-2009 17:49 ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-5-2009 02:24 AM | Show all posts

Reply #1 tines's post

oja sgt salut ngan doktor2 dan misi2! :flower: :flower: :flower:
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2009 02:46 AM | Show all posts
mmg penat keje doktor ni..malaysia masih kekurangan doktor
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2009 12:26 PM | Show all posts

Balas #1 tines\ catat

Ku tarik balik stetmen ku tadi....

[ Last edited by  seri_air at 5-5-2009 13:51 ]
Reply

Use magic Report

Post time 3-5-2009 01:21 PM | Show all posts

Reply #1 tines's post

ahkak aku selalu citekan citer sama camni... mlm semalam dia keguguran... ahkak aku yg sorang lagi marahkn dia kata keja kuat sangat...

jadi doktor mmg memenatkan...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 10:19 AM | Show all posts
sume keje penat doc....
kami memang memahami bukan sume doc yg hampeh...
tp keje doc x la berat sgt...yg jd berat sbb melibatkan nyawa...tu je...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-5-2009 01:20 PM | Show all posts
Oleh AZMAN ANUAR
[email protected]

PENDEDAHAN berhubung isu penemuan dua doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) 'mencuri tulang' oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk M. Saravanan sedangkan lebih 20 orang pesakit masih menunggu dalam kesakitan - memang menghangat.

Susulannya, pelbagai pihak lain turut mendedahkan versi pengalaman dengan doktor di hospital kerajaan. Semua doktor hospital kerajaan telah dicemuh oleh masyarakat.

Tetapi akhirnya lain pula cerita sebenarnya. Dua doktor yang dituduh curi tulang itu sebenarnya doktor pelatih yang baru habis bertugas sejak hari sebelumnya. Bilangan pesakit yang menunggu hanya lapan orang (selebihnya ahli keluarga yang menunggu).

Inilah bahana apabila membuat tuduhan tanpa usul periksa. Tidak rasa sedih dan terhinakah doktor dituduh sedemikian. Sedangkan kita tahu mereka bertugas dengan dedikasi, merawat pesakit berbilang kaum tanpa jemu, bekerja siang mahupun malam tanpa hirau penat dan lesu - tiba-tiba dituduh secara melulu sedemikian!

Jika ada pun doktor yang bersikap 'curi tulang' jangan dibuat andaian semua doktor begitu. Tempias nama buruk terpalit kepada institusi hospital kerajaan.

Pada hakikatnya ramai doktor masih bertanggungjawab dalam menjalankan tugas.

Sebagai rakyat Malaysia, mungkin kita pernah menjadi pesakit di hospital mahupun di klinik-klinik kerajaan.

Soal menunggu lama adalah lumrah kerana kita maklum jumlah pesakit yang ramai. Cuma sikap sewaktu memeriksa pesakit perlu dilakukan dengan penuh dedikasi - bukan menunjukkan reaksi kurang selesa dan kurang berminat untuk merawat pesakit.

Pun begitu, kita percaya masih ramai doktor yang komited dengan tugas mereka. Mungkin hanya satu dua orang sahaja yang tidak beretika dan sanggup mencalitkan lumpur kepada nama baik hospital.

Doktor dan pembantunya, jururawat telah diberi kursus dalam membentuk etika yang baik sewaktu bertugas. Mereka tahu cara untuk berhadapan dengan jumlah pesakit yang terlalu ramai termasuk melayan pelbagai kerenah pesakit.

Petugas di hospital kerajaan harus memberi layanan terbaik kepada setiap orang tanpa mengira status dan kedudukan. Jangan kerana pesakit terdiri dari golongan kurang mampu dan ditempatkan di kelas kedua atau ketiga, mereka dilayan bagai orang yang tiada perasaan - diherdik dan ditengking sesuka hati.

Profesion doktor cukup mulia. Tetapi naluri manusia sentiasa mahu dilayan dengan cepat dan tidak sabar jika terpaksa menunggu lama.

Perkara ini dilalui oleh para doktor. Bilangan doktor tidak pernah bertambah. Seorang rakan yang memilih bidang ini pernah meluahkan 'tidak ada masa yang cukup' untuk mereka.

Ada masa mereka terlepas waktu makan tengah hari. Kalau mahu ke tandas pun perlu bergilir-gilir. Perkara-perkara seumpama itu adalah biasa bagi seseorang doktor.

Namun, kita belum lagi mendengar doktor menjerit marah kerana kepenatan. Belum pernah kita lihat mereka memberontak dan mogok tidak mahu merawat pesakit.

Kita pun tidak pernah melihat para doktor berpiket menuntut hak mereka. Tak dengar oun mereka meminta dihargai. Sebaliknya mereka terus bekerja penuh dedikasi siang dan malam tanpa jemu merawat pesakit.

Sebenarnya tidak ramai antara kita sedar bahawa waktu bila doktor bekerja. Mereka memulakan tugas sebelum pukul 8 pagi, dan jika on call kena bertugas hingga 36 jam.

Banyak masa mereka korbankan untuk pesakit daripada bersama di sisi ahli keluarga, ibu bapa dan anak-anak.

Mereka tidak pernah merungut tentang gaji. Tidak ada siapa antara kita yang serius memikirkan soal menjaga kebajikan doktor.

Sekarang, amat jarang pesakit atau waris pesakit yang mengucapkan 'terima kasih' kepada doktor. Sebaliknya ada pesakit yang berani menghentak fail ke atas kepala doktor semata-mata kerana tidak diberi cuti sakit.

Tetapi doktor hanya diam, senyum dan meneruskan kerja. Bukanlah bermakna mereka tiada perasaan. Sebaliknya mereka dididik dan dipesan untuk bersabar dengan semua kerenah pesakit.
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 01:34 PM | Show all posts
aku baru je tau pasal ni...bila baca geram sangat2.....betul2 kurang ajar sesapa yang tuduh macam tu....
even though aku tak kerja kat malaysia.....tapi aku sgt simpati kat doktor malaysia yang hidup tiap2 hari macam bangkai bernyawa....36 jam on call non -stop....tup2 orang dok cakap macam tu....apala punya tak guna orang2 macam tu....

geram sgt2...

aku ni nasib baik kejer kat UK....government impose european working time directive EWTD.....oncall paling panjang 15-jam....tu pun penat giler dah.....aku taktau macam mana doktor malaysia yang 36 jam on-call tu....mesti takde mood

aku pun tak paham kenapa UK dan negara2 eropah boleh impose EWTD ni.....sedangkan malaysia tak boleh....population UK lagi banyak dari malaysia....ratio doktor:patient lebih kurang malaysia dgn UK....

EWTD ni bertujuan untuk safety of the DOCTOR firstly and safety of the Patients secondly.....

cuba bayangkan dah 32 jam on call katala.....tak tido.....dok merawat pesakit...mata pun kuyu lebam, tangan menggeletar......tak ke bahaya tu???? tak bahaya kat doktor dgn pesakit???

kurang ajar betul orang yg dok tuduh doktor curi tulang bila dok nampak diorang minum kopi baca suratkhabar tu....

hmmmm.....aku sgt sgt kasihan kat doktor malaysia......tambah2 yang houseman....aku tau hidup diorang macam kuli batak....

hopefully orang2 malaysia, pesakit2...tolongla sedar benda nih......korang tidur atas katil empuk nyenyak2, bangun pagi breakfast, pegi klinik hospital kerajaan ....kena tunggu 2 jam, nampak doktor minum kopi.....tu pun nak bengang????....tau ke korang doktor tu tidur ke tak malam tu masa korang tgh tidor atas katil empuk korang tu??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 4-5-2009 01:40 PM | Show all posts
Originally posted by hepimoon at 4-5-2009 10:19
sume keje penat doc....
kami memang memahami bukan sume doc yg hampeh...
tp keje doc x la berat sgt...yg jd berat sbb melibatkan nyawa...tu je...


tak la berat sangat??? herm...kalau persepsi most malaysian macam ni...i know that our work will not be appreciated...
aku nekad i will work in the UK as long as possible...biar berkhidmat kat pesakit UK taper....diorang semua respective of doctors...

aku sanggup kejer A+E hari2 deal dgn org masuk sbb mabuk arak kat UK taper.....even though menyusahkan org....taper....sbb diorang bila dah baik....diorang cakap 'THANK YOU'
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 03:20 PM | Show all posts
doktor yg aku kenal kalau on call 24 jam je....siap bleh balik umah lagi time on call...pastu balik hospital balik...hurm...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 03:32 PM | Show all posts
nak tanya la kan...ada tak masa kat uni bakal2 especially masa year 1,bakal2 doc ni diexpose ttg beratnya bebanan keje sbg doc...
my cousin....muda belia lg...lepas masa matrix dpt 3.9 je..so apply local u for medic tak dpt...dpt pharmacy je...then lepas 4bln duk kat usm...tau2 makcik saya kata dah ke indon wat medic di sana...makcik saya ni mmg beria2 benor nak anak dia ni jd doc....tapi persoalannya adakah bakal2 doc ni didedahkan dgn keadaan sebenarnya...apa yg saya perasan sepupu saya ni nak jd doc sbb nak ikutkan kehendak makcik saya ni jenis yg nak cukupkan kuota anak2 dia yg accountant/ustazah/doc/engineer
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 03:54 PM | Show all posts

Reply #10 hepimoon's post

kalau siap balik umah tu i'm sure doktor tu umah dia dekat denmgan hospital ataupun dia tak carry 'cardiac arrest pager'....

kerja tiap2 hari ni ader time busy ader time surut......time surut tu la...bole la kejap nak balik rumah kalau rumah luar pagar hospital jer......ikut specialty la....

kalau A&E mmg tader masa nak balik2 rumah....kalau ENT ke aku percaya boleh balik rumah....sbbnyer bukan sepanjang masa orang dok datang berdarah hidung....

yang jadi isu sekarang adalah tuduh doctor A&E curi tulang....mmg zalim
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 04:28 PM | Show all posts
kesian gak keje doctor kat spital kerajaan , dedulu i beragan gak nak jd doctor sbb rasa macam glamour gitu... pakai baju putih sangkut steteskop(betoi ke eja?) kat tengkok ...tp nih stail kat klinik kerajaan jek) ... kat spital swasta tak pulak nampak cam tuh.

nak kaye kena la jadi dr pakar kat swasta... buat visit pesakit kat wad je charge RM ratus se kali visit. atau bukak klinik sendiri

Nasib ditakdirkan jadi Dr...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 07:34 PM | Show all posts

Balas #13 nalang\ catat

mmg la time kecik2 sume nk jadik doktor..org kata gleme yeh..tp once dah jejak kat university, hazab nyerr tak terkata..tp makin bertambah year mkin dah immune..nangis2 tuh toksah nak kire ah..klu exam lps dpt C pon jadik la..x sanggup nak supplement 3 bulan, klu gagal lagi hazab..ulang balik year, 1 tahunnnn!!!..urghh... dgr2 senior kata time keje esp kat mesia, lagik berlipat kali ganda hazab nyerr..ade arituh jumpe senior, dia hampir2 kena refer kat psychiatric department..any HO/MO here??, any tips during HO nanti?? takutt laahh..tp skrg final year dah rs jgk laahhh kehazaban nyerr..

mmg cita2 kecik2 kunun nak tulung org tp bile dah involve in this field br mata terbukak..ia x semudah yg di sangka,n tak se gleme mana pon.. yg pelik nyerr, HARI SETIAUSAHA boleh la ada, tp HARI DOKTOR takde plak..   bk nak ungkit,tp just pelik jerrr
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 08:20 PM | Show all posts
balak aku dulu doktor (ex la kira)...dia kata tak tau camana penatnya nak kata...kalo jadi doktor kat hosp esp cam hosp university tuh...nampak jer cam best...kalo tgk cara diorang jalan pon tau..bergegas sana sinun...ngn nak layan pesakit klinik...pesakit kat ward..kengkadang baru je nak labuh punggung bila smp umah...dapat on call plak...tu blom prepare nak tido kena on call lagik...atau tgh tido...kesian kan...hanya org yg paham je tau camana... ..pastu aku perasan dia nih pon ada sikit depression camtuh...kuat isap rokok lagi....

dia pon ada kata kat haku kengkadang nak jaga nyawa org nyawa sendri tak terjaga...ngn tak cukup tido/rehat...nasib tak baik lost concentration dan tersalah treat pesakit... no wonder ramai doktor upgrade gi private...dan aku percaya nurse hosp gomen pon penat gila gak...dpd kita yang majority duk kat opis ada ekon bagai siap leh surf internet lagik...
Reply

Use magic Report

Post time 4-5-2009 09:46 PM | Show all posts

Balas #15 kacang^soya\ catat

kan bagus klu semua org paham mcm nih..
apa2 pon,doktor2 mmg akan cuba bg yang terbaik..sbb we're dealing with NYAWA...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-5-2009 08:47 AM | Show all posts
Originally posted by Arissa_Sofea at 4-5-2009 05:20
Oleh AZMAN ANUAR
[email protected]

PENDEDAHAN berhubung isu penemuan dua doktor di Jabatan Kecemasan Hospital Kuala Lumpur (HKL) 'mencuri tulang' oleh Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan ...


sedih dowh bace article ni..nk wat caner..yg salah sume pon doktor kan..
hanya doktor je paham keje doktor ni..sapa2 bukan doktor mmg xpaham mcm mana keje doktor..explain la sampai berbuih2 mulut pon still xpaham....balik umah tido sok bgun g keje, pastu balik tido..life pon xde..weken je nk rehat, tu pon kalo x oncall.
senang2 je nak maki, nak tengking,nk tuduh curi tulang dan sebagainya..

i agree with dr arrissa, i'd rather treat patient with mabuk arak yg appreciate keje doktor than people yg xtau nk appreciate langsung keje susah doktor ni..doktor xmgharapkan ucapan terima kasih , tp klo patient say thank you tu , rsa happy,rsa hilang penat..sbb keje dihargai..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 08:54 AM | Show all posts

Reply #17 tines's post

kwn aku ramai doktor... sekor2 macam mereng pun ade... cakap sensorang, buat benda pelik2... mmbr aku cakap sbb tekanan...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-5-2009 08:59 AM | Show all posts
Originally posted by aku_dakbaik at 4-5-2009 11:34
mmg la time kecik2 sume nk jadik doktor..org kata gleme yeh..tp once dah jejak kat university, hazab nyerr tak terkata..tp makin bertambah year mkin dah immune..nangis2 tuh toksah nak kire ah..kl ...


xtau keje kt mesia mcm mana hazab dia..tp dgr2 citer, mmg hazab esp HO..tapi , what can i say, kt mn2 pon keje, take it easy, wapon its a really tough work..ikhlaskan hati nk tlg org, bykkan berdoa utk permudahkan kerja,insyallah  everything will be fine..anggaplah itu satu ujian buat kita para doktor ..
Reply

Use magic Report

Post time 5-5-2009 10:14 AM | Show all posts
disebabkan ramai doktor yg masuk topik ni, nak tanye la..

korang masa 1st time tgk darah ade x rasa mcm loya2 nk pitam, etc?

aku ni dlu penah la apply medic tp x dpt pon..  Aritu, aku gi anta mak aku buat minor surgery kt klinik swasta..pastu nampakla darah tu meleleh..terus rasa nk pitam n pening2 sket..

so korang ade x rasa mcm tu..

n camne korang hadapi pesakit2 yg berlumuran darah (mcm kes xcident contohnye..) sbb kan bau hanyir mcm tu..

tankyu Dr..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-1-2025 03:05 AM GMT+8 , Processed in 0.074648 second(s), 38 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list