View: 2963|Reply: 9
|
Anggota PGA Mati Kena Tembakan di Pdg Besar
[Copy link]
|
|
http://www.bernama.com/bernama/v3/bm/news_lite.php?id=409314
Bernama.com
--------------------------------------------------------------------------------
Am 06 Mei, 2009 23:03 PM
Anggota PGA Ditemui Mati Dengan Kesan Tembakan
PADANG BESAR, 6 Mei (Bernama) -- Seorang anggota Pasukan Gerakan Am (PGA) ditemui mati dengan kesan tembakan di sebuah pos kawalan sempadan Malaysia-Thailand di Bukit Kwan Chu dekat sini hari ini.
Mayat L/Kpl Ngah Nordin Abu, 49, yang berasal dari Perak ditemui rakan setugasnya berlumuran darah dalam keadaan terlentang di lantai pos kawalan itu pada pukul 11.30 pagi.
Ketua Polis Daerah Padang Besar Supt Che Man Md Dros berkata anggota Batalion 3 PGA yang berpangkalan di Bidor, Perak itu baru tiba di tempat tugasannya semalam dan semasa kejadian, beliau berseorangan di pos itu.
Katanya mayat Ngah sudah dihantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk bedah siasat dan menurutnya sementara menunggu keputusan bedah siasat, kes itu diklasifikasikan sebagai kematian mengejut.
Beliau berkata turut ditemui di sebelah mayat Ngah ialah senjata api jenis M-16, namun menurutnya sehingga ini masih belum dapat sekiranya tembakan itu berpunca daripada senjata berkenaan.
-- BERNAMA
Anyone got any info don't mind to share with us here, pls? Thanks. |
|
|
|
|
|
|
|
uih... anggota senoi praaq ni... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #1 braderjoni\ catat
aku pelik la....macamana boleh dok sorang2 dalam pos? takkan takde orang dengar bunyi tembakan? |
|
|
|
|
|
|
|
Diorg tembak pakai silencer kot , papepun takhziahlah, kesian family dia |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #3 tangopapa's post
Pelik? Pelik sebab kita tak tau kejadian sebenarnya. Sebab banyak cover-up. Masing-masing nak jaga bontot sendiri.
Laporan media kata kena tembak. Siapa tembak? Dia sendiri? Anggota PGA sendiri? Askar Siam? Komunis? PULO? Gangster Siam? Pengedar dadah Siam? Siapa tembak? |
|
|
|
|
|
|
|
sniper atas bukit kat sempadan tu |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #5 braderjoni\ catat
memanglah kita tak tau kejadian sebenarnya sebab tu wa pelik...
Takkan pukul 1130 pagi baru nak tukar shift? Apa cerita sebenarnya? |
|
|
|
|
|
|
|
Reply #7 tangopapa's post
Aku pon tak tau, tak ada contact yg kerja PGA. |
|
|
|
|
|
|
|
bukan dulu dah ade ke kes macam ni? rasa mcm kata area2 utara ni gak (border siam).. askar ke ape tah |
|
|
|
|
|
|
|
tak ada pun dlm paper hal ni? the star pun tadak... |
|
|
|
|
|
|
| |
|