CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 15991|Reply: 129

Senjata Api : Self-Defense ?

[Copy link]
Post time 7-5-2009 05:26 PM | Show all posts |Read mode
Salam semua kawan-kawan...

Aku rasa terpanggil akhir-akhir ini, dengan kenaikan indeks jenayah berat yang melampau-lampau, tugas polis yang sudah terlebih beban, mat rempit yang semakin ganas, jenayah samun, rompak, buli --> aku dah jadi pening kepala dengan semua yang berlaku ni...

Sampai satu tahap, aku rasa sudah sampai masanya kita (sebagai individu) BERHAK untuk mempertahankan diri kita : dengan senjata api.

Sebagaimana yang dipraktikkan di Amerika, berpegang kepada prinsip SETIAP INDIVIDU BERHAK UNTUK MEMPERTAHANKAN DIRI, rakyatnya dibenarkan mempunyai/membawa senjata api (dengan permit/lesen). Walaupun ada kritikan bahawa dengan lambakan senjata api dipasaran akan menyemarakkan lagi jenayah, tidak dapat tidak, sekurang-kurangnya kita mampu mempertahankan diri kita daripada menjadi mangsa 'katak'...

Jadi kat sini, aku rasa topik ini sesuai aku utarakan sebab rata-rata forumers disini MATANG dan mampu memberikan pendapat secara jujur tanpa ada selitan politik atau sindiran, korang tahu bod yang aku maksudkan itu...

Jadi kawan-kawan, apa pendapat korang berkenaan ini?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2009 05:56 PM | Show all posts
aku kalau millionaire pun sanggup amik lesen senjata api... tapi sekadar tembak ke langit sebagai warning...

tapi aku risau sikit... apa kata kalau pistol tu dirampas oleh anak2 setan nih bila kita tgh bergelut... silap2 kita yg ditembak..
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 05:58 PM | Show all posts
how about stun gun??

pepper spray??



aku simpan sheltox kat bawah carpet kereta aku...  kalau ada org nak rompak aku, aku sembur sheltox kat muka dia sambil petik lighter...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 06:19 PM | Show all posts
Originally posted by BSundayB at 7-5-2009 17:58
how about stun gun??

pepper spray??



aku simpan sheltox kat bawah carpet kereta aku...  kalau ada org nak rompak aku, aku sembur sheltox kat muka dia sambil petik lighter...



aku rasa stun gun n pepper spray tu pn dh mencukupi,
utk mengelakkn kematian,
serta utk keselamatan pemilik senjata api t'sebut..

[ Last edited by  z3t_ex at 7-5-2009 18:34 ]
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 06:41 PM | Show all posts
aku pun ada terpikir nak ambik senjata api...macam mana cara dia ek?lesen tu memang la kena ambik...maksd aku...payah tak eh?kalau smuggle dari negara jiran?bleh tak?
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 07:30 PM | Show all posts

Reply #5 putratropika's post

lesen menembak mmg boleh apply..

tapi nak dpt permit to own a gun takes ages.... diaorg tgk record applicant dulu.. kenapa dia perlukan senjata...  kalau kaya macam anak tokei kayu balak ataupun genting tu, mmg boleh kot??
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-5-2009 08:40 PM | Show all posts
aku pn rsa dh smpi msa dh org awm blh bwk snjata..
tp ye lh..
mmg x dinafikan..
takut nnti mmbahayakn tuan pnya snjata tu lak..

lg pn..
kalau org baik blh dptkn snjata..
org jhat pn blh la jgk dptkn snjata..
hmm...
Reply

Use magic Report

Post time 7-5-2009 09:23 PM | Show all posts
nie idea serampang mata dua.........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-5-2009 09:42 PM | Show all posts

Reply #7 hazak's post

betul...betul...betul....

dulu org jual pepper spray utk elak kena ragut, culik, samun.... tp skarang penjenayah pakai benda tu plak nak buat jahat.
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 08:05 AM | Show all posts
payah betul pada kita yang baik2 ni eh......kalau takat nak pencak, baru buka bunga dah mati kena tembak.....

itu kalau kat umah atau kat public area laa...kalau bab kena rompak atas motor?takkan nak pencak atas motor plak eh?

haduii....makin dah ujung2 ni...makin pening nak pikirkan keselamatan diri..anak2, keluarga, orang tersayang...hish...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 09:55 AM | Show all posts
ramai orang berfikir seronok kalau dapat lesen senjata api tapi tak ramai berfikir kepayahan memilikinya...walaupun aku tak ada, tapi family members aku ada yang ada (ada sampai 2 tiga) dan seronok gaklah aku dulu2 bila balik aja boleh main tembak2 kat dalam kebun...

tapi itupun kena ambik precaution..nak tembak kena ada pokok, tebing ke apa kat belakang target nak serap stray bullet, kalau idak tembak ke langit takut tertembak orang..

lepas tu senjata kalau accidental discharge boleh jadi kes polis wooo...

tapi yang paling boring aku tengok famili members yang ada senjata ni time nak jalan o/station ke oberc ke..pening nak pikir mana nak simpan, karang bawak sekali karang kena cekup waktu roadblock pulak fasal bawak luar kawasan, kalau kena pecah masuk kat keter ke rumah ke dan hilang kena curi, lagi besar masalah...

tu fasal bagi aku kalau nak ada senjata ni kena fikir sikit, kalau kita sempat guna tak apa..tapi kalau time pecah masuk tu penjahat dapat ke, atau macam aku cakap discharge waktu gelut ke macamana..

so bagi aku pepper spray/high pitch whistle bagi bini aku waktu dia jalan dah cukup, dan dalam bilik tidur aku simpan parang kontot aja..ini semua sebagai pertahanan dan bukan senjata..fasal kalau penjahat lebih capable dari segi senjata atau kebolehan yang mengancam kita, baik menyerah dari cari pasal...kita cuma berusaha dan bukan nak jadi hero..macam ada pepatah mat salleh pernah aku baca, there are no heroes, only brave dead men
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 10:25 AM | Show all posts
Originally posted by putratropika at 8-5-2009 08:05
payah betul pada kita yang baik2 ni eh......kalau takat nak pencak, baru buka bunga dah mati kena tembak.....

itu kalau kat umah atau kat public area laa...kalau bab kena rompak atas motor? ...


baik yg mcm ne tu?...kita hidup ne kene berharap n berlindung ngan yg Maha Berkuasa....hanya Dia yg bole Melindungi kita dari mcm2 kecelakaan...doa kene bnyak2, solat jgn tinggal, jgn mengambil hak org lain n amalkan ayat pelindung, itu yg lebih afdal...

cara ko ckp mcm org x pernah ber'pencak' jer....org yg mahir & cukup 'ilmu pencak' ne x yah buka2 bunga pun klau berhadapan ngan penjenayah yg berpistol...

kene rompak atas moto?...hahahaaaaa, jgn atas moto, bwah moto pun bole hadapi perompak tu.....blajo ler 'ilmu pencak' tu smpai tamat....klau x tau jgn bg komen yg mcm memperlekeh ilmu warisan nenek moyang sendiri. salahkan jer dri sendri...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 10:42 AM | Show all posts
Originally posted by BlackScorpian at 8-5-2009 10:25


baik yg mcm ne tu?...kita hidup ne kene berharap n berlindung ngan yg Maha Berkuasa....hanya Dia yg bole Melindungi kita dari mcm2 kecelakaan...doa kene bnyak2, solat jgn tinggal, jgn mengamb ...


bawah motor?tak paham..kalau ikut logik..lagi tak masuk akal...
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 12:36 PM | Show all posts

Reply #13 putratropika's post

bwah moto tu klau tgh betulkan moto ler....
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 12:44 PM | Show all posts
Originally posted by BlackScorpian at 8-5-2009 12:36
bwah moto tu klau tgh betulkan moto ler....


chait!!busuk punya olang!
Reply

Use magic Report

Post time 8-5-2009 06:00 PM | Show all posts
wa rasa tak perlu la bagi hak self defence pakai pistol nih kat semua orang, nanti jadi macam amerika,tembak sana-sini macam koboi, macam tarak hal jer....berpuluh2 orang tak kira laki pompuan, tua muda boleh jadi mangsa bila ada yg mengamuk, dah la kat malaysia pon ramai yg suka mengamuk, tuh belum bagi pakai sepetol lagi tuh, ada parang pon dah boleh buat kacau....
ajar jer la orang2 tersayang dan diri sendiri kaedah2 self defence yg perlu utk tumbangkan sangak... kalu rasa tak leh, buat la passive defence, ikut jer, tapi kalu rasa macam diri dan keluarga dah terancam....alang2 menyeluk pekasam...banzai jer la labu...

[ Last edited by  windof at 8-5-2009 18:02 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-5-2009 12:53 AM | Show all posts
Kalo dapat lesen senjata ni, kene disiplin tinggi, tanggungjawab pun lebih, kadang-kadang boleh jadi menyusah pun ader, bayangkan nak pergi sembahyang jumaat ? takkan nak tinggal dalam kereta kan, pastu kalo pakai baju melayu dan kain pelikat nak sangkut mana holster takkan nak ikat kat peha lak ?

nak naik flight pun leceh, domestic flight takleh pakai airasia atau firefly, setakat ni MAS jer yg sedia perkhidmatan bawa senjata, itu pun kene datang awal serah senjata kat bilik senjata baru  boleh check in.

training pun kene rajin, ader gun owner tu tak cukup training, setiap kali tembak, mata mesti pejam secara reflect, kalo mcm tu bahaya tak kira lagi isu tunnel vision.

bab accidental discharge pun kene jaga, ader kes kat Malaysia, mamat ni tengah drive ntah mcm mana pistol dia terdischarge kene peha sendiri, dengar kata tempang sbb peluru kena tulang

bottomline nyer kalo individu jenis takde disiplin, selalu cicir barang, panas baran takyah la, beli jer paper spray. senang hidup
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 09:29 AM | Show all posts
Bagi aku, memang patut rakyat Malaysia lebih senang untuk dapat senjata api. Awal tahun ni rumah ibu bapa aku kat Kelantan kena rompak. Mak aku telefon polis masa perompak tengah nak pecahkan pintu, polis cakap dia orang tak de kereta peronda nak datang, suruh mak aku datang balai pagi besok buat repot. Nasib baik ayah aku ada senapang patah, dia lepas satu das kat pintu, cabut lari semua perompak. Kalau nak harapkan polis, entah apa nasib mereka. Nasib baik ada shotgun, kalau nak harapkan tenaga, bapa aku dah umur lebih 70.

Aku menetap kat US, rumah aku memang banyak senjata api. Aku sekeluarga berlatih menembak sekali semnggu. Tiap malam bawah katil aku ada ar15 dan mossberg 500. Memang tak pernah runsing pasal perompak.

Kalau kat sini memang jarang rumah ada palang kat tingkap, memang jarang kes rompakan sebab hampir setiap rumah ada senjata api. Kes shooting memang ada once in a while tapi yang selalu tak direpot, beratus2 kes rakyat US mempertahankan diri dengan senjata api. Overall, guns in the US saves lives. Ini pendapat aku.
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 11:21 AM | Show all posts
Hehe ni macam penyokong Charlton Heston ajer....macam dah overgunned pulak sebab pakai AR15....
Reply

Use magic Report

Post time 10-5-2009 12:40 PM | Show all posts
AR15 tu dh adik beradik assault rifle tu..terlebih overkill for home defense..layak to arm small militia force..Kalau MY ni dibenarkan memiliki senjata mahu hari2 bertembak kat highway dan jalan raya..korang taulah perangai driver Mesia semua short fuse, pantang kena highbeam mahu diamuk seluruh negeri MElaka..kalu kena tembakan amaran mahu perang konfrontasi..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-11-2024 07:12 AM GMT+8 , Processed in 0.061062 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list