View: 7367|Reply: 75
|
Aduh Saliha dapat heroin baru
[Copy link]
|
|
Soseh Soseh: Aduh Saliha dapat heroin baru
Rap
| KALAU tak salah SS, dah hampir dua tahun filem Aduh Saliha terperap. Penulis skrip filem itu, Loloq pun dah lama pergi meninggalkan kita. Hanya tinggal lagu yang lirik diilhamkannya menjadi kenangan buat kita semua.
| Pelbagai kontroversi melanda filem itu, ada yang kata pasal masalah kewangan dan entah apa-apa lagi sehingga penggambaran terhenti separuh jalan. Filem itu memulakan penggambaran ketika Mawi yang diangkat menjadi hero filem itu bujang lagi. Sekarang Mawi pun dah berkahwin dan berbahagia dengan isteri tercinta, Ekin.
Selepas lama tak mendengar cerita mengenai filem itu, khabarnya filem itu akan disambung semula dengan mengekalkan Mawi sebagai pelakon utamanya. Tetapi SS difahamkan heroin asal filem itu, Puteri Sarah akan digantikan dengan orang lain, tak lain dan tak bukan, Ekin.
Oleh kerana sudahbertukar heroin, filem itu akan dibuat semula. Memang begitulah selayaknya kerana takkan awal cerita muka heroin orang lain dan pada pertengahan cerita keluar muka orang lain pula.
SS yakin jika benar berita disampaikan itu, pasti ramai tidak sabar untuk melihat gandingan suami isteri popular itu dalam Aduh Saliha versi baru. SS juga dengar ramai memuji lakonan Mawi dalam filem Jin Noti dan jika projek Aduh Saliha diteruskan, Mawi yang sudah ada pengalaman berlakon tentu dapat menunjukkan mutu lakonan yang lebih baik lagi.
Mawi juga tentu tambah bersemangat kerana dapat berlakon dengan isteri sendiri. Tiada lagi halangan untuk membawa watak sebagai kekasih dan tiada yang marah jika Mawi terpaksa melakukan adegan intim dengan heroinnya.
Tetapi biarlah berpada-pada kerana mesti ramai penonton kecil hendak tengok sama. Nanti timbul banyak pula kemusykilan di hati mereka. Biarpun sudah menjadi suami isteri, jika perlu melakukan adegan romantik, mesti ada batas dan sempadannya.
Semoga pembikinan semula filem itu menjadi kenyataan. Seperkara lagimungkin pengarah filem itu akan bertukar, tetapi SS belum sempat merisik siapakah orangnya dan syarikat mana pula yang akan mengambil alih menerbitkan filem itu.
[ Last edited by Syd at 11-5-2009 11:01 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Pandai diorang bodek Mawi, hari tu Mawi kata macam tak berminat dah kan
|
|
|
|
|
|
|
|
selamat berjaya
<sebenarnya aku tak tau nak komen apa > |
|
|
|
|
|
|
|
khuatir filem tu tak laku je..... |
|
|
|
|
|
|
|
membazir je...xyah buat la pilem ni.. |
|
|
|
|
|
|
|
kompem x laku...ada ke ptt abik heroin cam mak lampir... |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by cewekbopot at 11-5-2009 11:13
membazir je...xyah buat la pilem ni..
kalau ganti ngan heliza kan elok.... |
|
|
|
|
|
|
|
Balas #16 niy\ catat
kikin miming jer |
|
|
|
|
|
|
| |
|