CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 5361|Reply: 21

Plet Kenderaan Palsu

[Copy link]
Post time 12-5-2009 08:18 AM | Show all posts |Read mode
Pemilik kenderaan kesal WGK 3763 turut diguna pemandu lain


G. SUBRAMANIAM menunjukkan gambar kenderaan lain yang menggunakan nombor pendaftaran sama dengan keretanya di Kuala Lumpur, semalam.

KUALA LUMPUR 11 Mei - Nombor pendaftaran sama yang dikesan pada dua buah kenderaan telah mendatangkan masalah kepada pemilik sebenar nombor tersebut.

Seorang pemandu teksi di Lembah Klang mendakwa, nombor pendaftaran kenderaan miliknya turut digunakan oleh individu yang tidak dikenali di Kelantan sejak tiga tahun lalu.

G. Subramaniam, 56, mendakwa, dia kesal kerana pihak yang tidak bertanggungjawab itu menggunakan nombor pendaftaran sama seperti yang digunakan kereta jenis Proton Iswara miliknya iaitu WGK 3763.

Disebabkan kewujudan nombor pendaftaran yang sama itu, Subramaniam telah menerima tujuh notis saman yang dikirimkan melalui pos oleh Polis Trafik di negeri Pantai Timur itu sejak tiga tahun lalu.

Apa yang menghairankan dia ialah, notis saman yang dikirim kepadanya itu dikesan berlaku di Kelantan, sedangkan dia tidak pernah menjejakkan kaki ke negeri itu.

''Saya hairan bagaimana pemilik kereta jenis yang sama (Proton Iswara) di Kelantan itu menggunakan nombor yang sama dengan kenderaan saya.

''Kekeliruan yang timbul sejak tiga tahun lalu ini menimbulkan masalah kepada saya kerana semua surat saman dihantar kepada saya selaku pemilik sebenar nombor pendaftaran itu,'' katanya ketika datang ke pejabat Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Subramaniam, kewujudan kereta menggunakan nombor pendaftaran yang sama di Kelantan itu disedarinya setelah dia menerima notis saman pada tahun 2006 dari Polis Trafik negeri itu.

Berdasarkan saman itu, kenderaan di Kelantan itu dikesan melakukan kesalahan lalu lintas di Bachok.

Katanya, dia yang musykil dengan notis saman itu kerana tidak pernah pergi ke negeri itu membuat aduan di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang pada tahun 2006.

Namun, katanya, dia kecewa kerana sehingga kini permasalahan itu belum dapat diatasi, dan sehingga kini individu tersebut masih bebas menggunakan nombor pendaftaran keretanya.

Berikutan notis saman yang diterimanya itu, Subramaniam yang menetap di Cheras berkata, dia kini tidak dapat memperbaharui cukai jalan keretanya di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) baru-baru ini.

Malah, dia juga enggan menjelaskan kesemua tujuh saman itu yang menyebabkan namanya disenaraihitamkan kerana kesalahan itu tidak dilakukannya.

Sehubungan itu, dia merayu kepada pihak polis agar segera mengambil tindakan terhadap individu tersebut yang kini bebas di jalan raya menggunakan nombor pendaftaran kereta miliknya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2009 08:18 AM | Show all posts
Ituhari pernah jugak berlaku ke atas sebuah kereta Iswara




http://kisahmalaysia.blogspot.com/2007/05/iswara-kembar.html


kredit to http://kisahmalaysia.blogspot.com

[ Last edited by  t@t at 12-5-2009 08:21 ]
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 08:25 AM | Show all posts
banyak kes.. antara kantoi ngan tidak jer..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2009 08:37 AM | Show all posts
Msia bila nak buat plet pendaftran kenderaan ala2 negara Maju?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 08:52 AM | Show all posts

Reply #4 t@t's post

Ini soalan berharga jutaan ringgit ni.

Heran betul la.... bagaimana nombor pendaftaran kenderaan boleh dibuat oleh sesiapa saja dan di mana sahaja.

Bayangkan kalau kad pengenalan atau surat beranak boleh dibuat oleh sesiapa saja dan di mana saja...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 08:58 AM | Show all posts
HUH BAHAYA NEH...ORG LEN BULE SALAH GUNA NOMBOR PLATE..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-5-2009 09:05 AM | Show all posts
byk dah kan berlaku perkara yang mcm nih..
mcm mana pihak berkuasa neh???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2009 09:12 AM | Show all posts

Reply #7 pinkylicious's post

apabila terkena kat derang/keluarga derang @ btg idung sendiri.......baru ada action

[ Last edited by  t@t at 12-5-2009 09:13 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2009 09:15 AM | Show all posts
Originally posted by t@t at 12-5-2009 09:37 AM
Msia bila nak buat plet pendaftran kenderaan ala2 negara Maju?



buat pendaftaran atas pemilik bukannya atas kenderaan...kalu pemilik jual kete, maka kena serah semula no pendaftaran utk dibatalkan, dan di masa yg sama hanya JPJ sahaja yg boleh keluarkan no plat kenderaan, nak canggih lagi buatlah plat number yg siap ada chip
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2009 09:22 AM | Show all posts

Reply #9 zzcbr's post

tak kisah la mana2 pun bro zek....asalkan pengguna lain tak teraniaya mcm ni sudahhh
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 09:28 AM | Show all posts
Originally posted by t@t at 12-5-2009 10:22 AM
tak kisah la mana2 pun bro zek....asalkan pengguna lain tak teraniaya mcm ni sudahhh


aku pun tak kisah mana2 pun abg tat...janji aku dari petang semalam sampai ke saat ni asyik tersenyum aje..
tak sangka ya keputusan mahkamah tinggi bole buat org tersenyum
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2009 09:33 AM | Show all posts

Reply #11 zzcbr's post

Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 09:36 AM | Show all posts
Originally posted by zzcbr at 12-5-2009 09:28


aku pun tak kisah mana2 pun abg tat...janji aku dari petang semalam sampai ke saat ni asyik tersenyum aje..
tak sangka ya keputusan mahkamah tinggi bole buat org tersenyum



AHAHAHHAHAHAHHAHAH
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-5-2009 05:56 PM | Show all posts
Originally posted by zzcbr at 12-5-2009 09:28


aku pun tak kisah mana2 pun abg tat...janji aku dari petang semalam sampai ke saat ni asyik tersenyum aje..
tak sangka ya keputusan mahkamah tinggi bole buat org tersenyum


ptg ni dah jadi lain plak bang zack....bang zack senyum lg ke?
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 06:30 PM | Show all posts

Reply #14 t@t's post

Teringat iklan Teh Halia tukar jadi Sarbat Tea Patani di Radio Sinar ... (radio orang2 tua)
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 06:52 PM | Show all posts
Originally posted by t@t at 12-5-2009 06:56 PM


ptg ni dah jadi lain plak bang zack....bang zack senyum lg ke?


masih tersenyum lebih baik jadi mb sehari tapi sah, dari jadi mb sedekad tapi  haram

[ Last edited by  zzcbr at 12-5-2009 19:54 ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-5-2009 07:11 PM | Show all posts

Reply #16 zzcbr's post

yup btol tu bang zack....
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 09:18 PM | Show all posts
err..
ape aku nak komen ye...
x per la..janji aku reply...
Reply

Use magic Report

Post time 12-5-2009 09:39 PM | Show all posts
err...err..
t@t ngan zzcbr..
ko disabit kesalahan sbb cite hal politik kat sini..

erm..nk bwat rayuan x?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-5-2009 10:35 AM | Show all posts

Balas #19 rock_star\ catat

ampunkan kami penungu gua.....ampunkan kami
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 12:40 PM GMT+8 , Processed in 0.064442 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list