CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 25208|Reply: 335

Kahwin. Untuk Apa?

[Copy link]
Post time 20-5-2009 11:54 PM | Show all posts |Read mode
Aku terjumpa blog ni sat tadi.

Aku tepek ye. Rajin2 bacalah & bincangkan.

Nak2 ni dah nak masuk musim orang kawen ni.

*********************************************************************************************

Sebagai seorang lelaki,akan tiba satu masa detik ini akan tiba.Dan vibe kahwin ni sudah mula dirasai oleh aku setelah kawan-kawan yang sunat bersama-sama dengan aku sudah mula serius berbincang tentang perkara paling serius yang lelaki akan berbincang,jauh lebih serius daripada Manchester United menentang Barcelona pada final Champions League,jauh lebih serius dari politik Najib Tun Razak dan Anwar Ibrahim mahupun situasi semasa di Perak,bahkan jauh lebih serius dari ancaman selsema babi.

Kahwin.

Sebagai manusia yang berusia suku abad,dan dalam wallet cuma tinggal RM20.00,ini adalah tekanan.Ini adalah satu perkara yang amat memeningkan kepala.Ini sangat serius,lebih serius dan tekanan lagi apabila kawan-kawan seracing basikal dahulu sudah mula membawa anak dan menunjuk-nunjuk ke muka aku sambil berkata "tu Uncle Nami..salam..salam..",ditambah pula member-member bercerita tentang khusus kahwin dan hotel mana nak dibooking menjelang hari bahagia.

Satu soalan paling kontroversi:Kenapa kita perlu berkahwin?

Jawapannya:Untuk memenuhi fitrah manusia yang mahukan seks.Ini hakikat.Sigmund Freud mengatakan ini dalam istilah saintifik dipanggil sebagai 'libido',iaitu kemahuan paling dalam dan tersembunyi dalam diri manusia yang dipanggil 'id'.Pemikiran manusia secara dasarnya dibahagi kepada tigad,ego dan super-ego.

Id adalah kehendak yang paling asas seperti makan,minum,pergi jumpa Encik Tan untuk pelaburan*(ini ke tandas),dan seks juga tidak terkecuali.Seks adalah satu aktiviti pembiakan kalau dalam bahasa saintifik,untuk terus mengekalkan speisis untuk terus berkembang.Dalam kes kita,homo-sapiens.

Ego adalah peraturan yang kita sendiri cipta untuk mengawal kemahuan id kita.Ini seperti prinsip hidup dan kepercayaan diri sendiri.Manakala super-ego adalah undang-undang yang dicipta oleh negara atau agama atau adat untuk mengawal kemahuan id kita.

Jadi dalam kes seks,itu adalah id kita,dan super-ego(agama) melarang kita melakukan seks kecuali apabila berkahwin.Manakala ego kita pula ialah kita malu kalau masyarakat tahu yang kita lakukan seks sebelum kahwin.

Jadi,cuba kita lihat realiti kita disekeliling:kenapa orang suka buat seks sebelum berkahwin?

Golongan agama dan moralis akan terus membuka mulut dan mengkritik,macam biasalah,ayat-ayat KBSM seperti "kerana tidak mampu menahan hawa nafsu sendiri" "kerana pengaruh Barat dan kawan-kawan" dan sebagainya.

Tapi,hakikatnya sekarang adalah KAHWIN ITU SESUATU YANG PRIVILAGE.KAHWIN SEKARANG ADALAH MAHAL.Kadang-kadang orang berkahwin untuk menunjuk-nunjuk yang dia ada harta.Satu perkara yang menakutkan,terutamanya lelaki adalah HANTARAN KAHWIN.Menurut kata rakan aku hantaran harga terlatest adalah lebih kurang RM12,000.Bagi mat rempit dan penganggur,mana nak cekau RM12,000 untuk kahwin?Tapi semua manusia ada nafsu kan?

Jadi,mereka pergilah ke tepi semak atau hotel Ah Cheong untuk memuaskan kehendak libido.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-5-2009 11:55 PM | Show all posts
sambung....

***************************************************************************

Isu kat sini sangat serius.Inflasi harga untuk berkahwin ialah satu penafian hak kepada si miskin untuk nafsu libidonya.Hantaran atau bahasa PPSMInya 'dowry' adalah undang-undang adat yang menafikan hak si miskin untuk berkahwin.Ya,mungkin akan keluar statement dari golongan pemikiran konservatif "kalau tak diberi hantaran macam mana nak yakin untuk bagi anak dara orang kat dia",tapi kalau macam tu,dah namanya orang muda,mana ada duit?Kecualilah kalau dia boleh bermain bola seperti Cristiano Ronaldo,atau dia anak Tan Sri atau Dato' seperti cerita Samarinda,atau dia merompak bank.

Persediaan kahwin bukanlah senang.Tapi kalaulah manusia diajar adat dengan harta benda,tak ke manusia itu akan bersifat materialistik,salah satu unsur penguntungan kapitalisme?

Now,hantaran ini menakut-nakutkan orang muda untuk berkahwin.Ini hakikat.Semua orang mahu berpacaran atau bercinta-cintaan,sebab ini naluri manusia.Homo-sapiens bukan speisis aseks yang boleh membiak sendiri macam micro-organisma.Ini naluri manusia.

Tapi apabila naluri manusia pun nak diniagakan,nak dikapitaliskan,apa yang tinggal lagi untuk manusia?

Jadi pihak JAKIM atau badan berkanun agama menambah-menyusahkan lagi orang muda untuk berkahwin.Untuk berkahwin kena pergi kursus kahwin,alasannya untuk mengajar lelaki dan perempuan bagaimana untuk menjadi suami isteri yang bahagia dan mithali.Poodah,ini business kontraktor kelas F.Semua kursus kahwin adalah milik syarikat persendirian atau penswastaan.Takat baca buku agama 2-3 ketul,nko nak bukak business.Satu kursus kahwin berharga RM80(sumber didapati di Zura's Akademik),ada berapa juta manusia yang nak berkahwin sekarang?Bak kata member aku,jemputan kahwin member-member dia seminggu ni je ada 6 orang.Maknanya ramai la nak kahwin.

Jadi apabila kursus kahwin pun diswasta-kapitaliskan,lepas tu hantaran adat yang dah memang materialistik-kapitalis,dah memang bersifat materialistik,nko ingat budak baru grade macam aku ni mana nak cekau RM12,000 untuk hantaran?Mana nak cekau lagi RM20,000 untuk jamuan?Nak cari rumah baru,kereta baru(sebab kalau pakai kereta lama mak mentua tak yakin),lepas tu mana nak beli perabot baru?

Biasa orang grade umur 23-25 tahun.Standard kahwin 27-30 tahun(ini standard lelaki).Jadi 5 tahun,dengan baru grade,terkedek-kedek nak cari yang stable,gaji standard RM1,800.Setahun RM21,600.Tapi takkan bodoh-bodoh RM21,600 menyimpan.Nak bayar sewa.Nak bayar kereta,tol,minyak,makan,minum,belanja tunang tengok wayang,lepas tu pulak kot-kot kereta rosak,sewa rumah.

Agak-agak berapa duit yang kita tinggal?

Ada member aku lagi best.Solutionnya pinjam duit kat bank untuk kahwin.Pada aku baik nko pinjam kat ah long sebab bank ni ah long berneck-tie dan beroffice.Bank ini ah long yang disokong kerajaan kapitalis.

Sebab tu bila dah habis study,terus jadi hamba kapitalis.Kerja-kerja lepas tu bayar gedebak-gedebuk,nak kahwin pun susah.

Jadi,apa purpose hantaran kahwin ni?Nak suruh si lelaki serius jaga si perempuan?Satu impressi yang anak perempuan takkan makan pasir?Makcik Bedah,sebab nak hantar hantaran lah si lelaki berhutang bank,keliling pinggang.Si isteri pulak baru nampak baju fesyen Diana Danielle atau Rozita Che Wan yang terlatest,nak beli.Kalau tak "abang tido luar".Suami sayangkan isteri terpaksalah cari duit.Kalau ada sijil takpe,yang takat SPM tu takkan tak kahwin pulak?

Kerja overtime la.Tapi bila balik lambat,si isteri kata ada skandal,ada pasang lain.Mana lelaki tak tension,dah la penat,lepas tu kerja macam nak mati,tengah jalan si kapitalis tol dah rompak,kapitalis minyak petrol dah rompak,sampai bil air bil elektrik kena bayar.Bini nak baju Diana Danielle.Lepas tu kerja overtime nak bayar semua,bini kata ada skandal.

Bercerailah sebab banyak bergaduh.Lepas tu pulak,dah bercerai,dituduhlah lelaki tak bertanggungjawab lah,apa lah.

Jangan salahkan lelaki.Salahkan benda-benda mengarut macam hantaran dan kursus kahwin ni.Seks adalah hak manusia.Jadi kalau tak nak semua manusia lakukan perkara yang terlarang iaitu zina(seks sebelum berkahwin),ini patut dilakukan oleh seluruh masyarakat.

1.Hapuskan hantaran.Hantaran membuang duit dan menyusahkan.

2.Hapuskan kursus kahwin.Mereka ini menangguk di air keruh.Kalau nak kahwin kena bayar itu bayar ini,ini business.Mereka menjual agama untuk kekayaan mereka.Sejarah membuktikan orang zaman dulu tak payah pergi kursus kahwin tapi boleh hidup aman damai berbanding sekarang.Lagi banyak bercerai.Masih ingat lagi Norman Hakim dan Abby Abadi ke kursus kahwin,punyalah kecoh.Last-last apa jadi?

3.Kahwin itu adalah lesen untuk melakukan seks.Seks adalah hak manusia.Aku tak pulak kata sokong seks sebelum kahwin,tapi kalau kita kena kahwin untuk seks,kahwin itu hendaklah tidak membebankan.Orang kaya orang miskin pun boleh kahwin.

4.Tak perlu jamuan sampai RM20,000.Tak perlu tempah hotel.Kalau nak kahwin,jemput saudara dan member terdekat je.Tak perlu make-up artist dan photographer yang nak berbusiness dan berfikiran kapitalis ini.

5.Jangan advertisekan dalam Nona perkahwinan Dato' ini anak Tan Sri itu atau artis-artis.Ini akan menyebabkan orang mahu terikut-ikut,lalu membeli barangan yang mahal-mahal.

6.Simple.Jangan niagakan agama.Jangan niagakan libido.Jangan niagakan cinta.Ini yang paling penting.

Kalau tak,kita akan melihat lebih ramai lagi akan melakukan seks sebelum berkahwin.Kena terima hakikat ini adalah kehendak manusia.Orang miskin pun manusia jugak.Mat rempit pun manusia jugak.Piramid Maslow mengatakan seks termasuk dalam kehendak asas manusia(termasuk makan,minum,bernafas,tidur,membuang air kecil dan besar etc.),jadi kalau hak ini pun nak diniagakan,apa yang tinggal untuk manusia?

Sebab tu ada member aku pernah berkata:

"Buat apa kahwin?Menyusahkan badan je.Takat nak itu,pergi belakang Chow Kit boleh dapat."

Ada sesiapa nak bagi pendapat lain?
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 12:01 AM | Show all posts
pjg beno..letih membaca
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 12:06 AM | Show all posts
Originally posted by fatt at 21-5-2009 00:01
pjg beno..letih membaca



betul la.
aku agak...penulis blog nie..ada gf..tapi, parents gf tu mintak wang hantaran diluar kemampuan dia...
tu ler.. lom ada gaji, dah gatal nak bergf. nak seks. nak berbini.
cuba ler ikut perangai org cina..keje..keje..keje..keje.. dah stabil..baru berbini.

nasihat aku - cari gf lain, hoccay? takyah ler citer2 panjang2 lebar.. bunga bukan sekuntum.

[ Last edited by  Hana at 21-5-2009 00:08 ]
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2009 12:09 AM | Show all posts
Bergasaklah korang.

Aku nak tido.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 12:12 AM | Show all posts
Originally posted by seri_air at 20-5-2009 23:54
Aku terjumpa blog ni sat tadi.

Aku tepek ye. Rajin2 bacalah & bincangkan.

Nak2 ni dah nak masuk musim orang kawen ni.

******************************************************************* ...

utk "tut"
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 21-5-2009 12:13 AM | Show all posts
Eh, lupa lak, blog budak ni kat sini www.tehtarikgelasbesar.blogspot.com

Idok lerr budak neh jenih nak gebang pasai spoiler keta ka, pasai AF ka, pasai malam minggu ni nak rempit kat mana kaa... jalan jugak otak dia memberi kritikan sosial.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2009 12:14 AM | Show all posts
Originally posted by CEO's2001-2009 at 21-5-2009 00:12

utk "tut"



Ala...kat sini tak yah memalu.

Tulis jek, untuk seks.

Sume makcik2 je sini.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2009 12:16 AM | Show all posts
alamak...panjangnya...d luar kemampuan nak baca,,,
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2009 12:17 AM | Show all posts
Originally posted by kaki_ayam at 21-5-2009 00:16
alamak...panjangnya...d luar kemampuan nak baca,,,



Chet! Kan rakyat mesia kena menanam tabiat membaca?

Tak pe, tak pe...pelan2 kayuh.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 12:21 AM | Show all posts
Originally posted by seri_air at 21-5-2009 00:14



Ala...kat sini tak yah memalu.

Tulis jek, untuk seks.

Sume makcik2 je sini.

bukan la...ader lagi "tut".."tut"
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 12:23 AM | Show all posts
kl hantaran jadi halangan...... susah laaaa

tp kl keje bagus2.. takkan hantaran 7-8 k pon x mampu...

wat laa loan bank ke...

kl mat rempit.. jgn lah masuk meminang doktor.... huhuuhuhuh... pandangan aku lahhhh... tp kl mat rempit tuh mampu apesalahnyer kan..... sbb aku rase tak mak bapak doktor tuh nak letak anak dia 500 ringgit je ...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2009 12:25 AM | Show all posts
Ahkak ni jenih suka baca sesuatu yang buat ahkak berpikir....hehe

Banyak pro dan kontra nyer pasal kos kenduri kawen yang melambung-lambung sekarang ni, dari wang hantaran sampai kos jamuan.

Kadang2 mak bapak pon serba salah jugak dibuatnya.

Takkan nak bagi makan nasi goreng dengan kuih karipap je, kan?

Takkan nak jemput sedara terdekat je...abes tu, kawan2, kawan2 anak2 lagi, sedara mara yang tak berapa dekat?

Tapi siyesly, hantaran sampai RM12,000 tu wajar ka?

Terutama kalu burn habes masa kenduri.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 12:27 AM | Show all posts
Originally posted by seri_air at 21-5-2009 12:17 AM



Chet! Kan rakyat mesia kena menanam tabiat membaca?

Tak pe, tak pe...pelan2 kayuh.



yer2...aku tgh berusaha ni....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-5-2009 12:29 AM | Show all posts
Originally posted by CEO's2001-2009 at 21-5-2009 00:21

bukan la...ader lagi "tut".."tut"



Sekati ko lah berapa banyak tut pon.

Adeh...

Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 12:33 AM | Show all posts
Originally posted by seri_air at 21-5-2009 00:29



Sekati ko lah berapa banyak tut pon.

Adeh...


CEO lum abis "tut" "tut" "tut" lagi dah "tut" 'tut" plak dia...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-5-2009 12:37 AM | Show all posts
Originally posted by seri_air at 21-5-2009 00:14



Ala...kat sini tak yah memalu.

Tulis jek, untuk seks.

Sume makcik2 je sini.


saya lom taraf makcik lagi.
saya taraf kakak ajek.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 12:38 AM | Show all posts
Originally posted by Hana at 21-5-2009 00:37


saya lom taraf makcik lagi.
saya taraf kakak ajek.

seri_air sorang je makcik kat sini...CEO remaja lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 12:43 AM | Show all posts
Originally posted by seri_air at 21-5-2009 00:25
Ahkak ni jenih suka baca sesuatu yang buat ahkak berpikir....hehe

Banyak pro dan kontra nyer pasal kos kenduri kawen yang melambung-lambung sekarang ni, dari wang hantaran sa ...


dlm majalah pengantin, selalunye hantaran dah berbelas2 ribu.
coming soon, kawan aku..nak tunang..bincang2..hantaran dia rm20K..
pakwe dia anak omak. omaknye dah tau pasal rm20K tu. omaknye tiada bantahan menurut pakwenye.
Reply

Use magic Report

Post time 21-5-2009 12:44 AM | Show all posts
Originally posted by CEO's2001-2009 at 21-5-2009 00:38

seri_air sorang je makcik kat sini...CEO remaja lagi...


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 08:46 AM GMT+8 , Processed in 0.081280 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list