View: 8454|Reply: 32
|
FRANCE: Air France crashed; update: operasi cari AIR FRANCE tamat!!
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by amazed at 28-6-2009 06:50
Pesawat Air France lapor litar pintas1 Jun 2009
PARIS: Air France berkata sebuah pesawatnya yang hilang dalam perjalanan dari Brazil ke Paris menghantar mesej pada 0214 GMT untuk melaporkan litar pintas selepas terbang melalui kawasan ribut.
Penerbangan AF 447 dari Rio de Janeiro ke Paris itu hilang bersama 228 penumpang dan anak kapal.
Ia berlepas dari Rio de Janeiro pada 7 malam Ahad (2200 GMT) dan dijadualkan tiba di lapangan Terbang Charles de Gaulle di Paris pada 11.15 pagi hari ini (0915 GMT). - Reuters
[ Last edited by amazed at 10-6-2009 19:00 ] |
|
|
|
|
|
|
|
Serpihan ditemui di laluan pesawat Air France
BRASILIA, Brazil: Juruterbang tentera Brazil ternampak kerusi kapal terbang, jaket keselamatan, serpihan logam dan kesan minyak di tengah Lautan Atlantik ketika mereka mencari pesawat Air France dengan 228 penumpang dan anak kapal yang hilang semalam.
Jurucakap Tentera Udara Brazil, Jorge Amaral, berkata juruterbang terbabit juga ternampak dua kawasan di mana terdapat serpihan yang timbul, kira-kira 60 kilometers dari pulau Fernando de Noronha, iaitu hampir di laluan Penerbangan AF477 dari Rio de Janeiro ke Paris.
"Lokasi objek berkenaan ditemui adalah ke arah kanan di mana isyarat terakhir pesawat berkenaan dihantar. Ini menunjukkan ia cuba berpatah balik, mungkin untuk kembali ke Fernando de Noronha, tetapi ini hanyalah hipotesis," katanya.
Amaral berkata, pihak berkuasa tidak dapat mengesahkan serpihan itu adalah daripada pesawat Air France terbabit sehingga ia dapat mengambil sebahagian daripadanya untuk pengecaman.
Kapal tentera Brazil hanya akan tiba di situ esok.
Penemuan itu berlaku selepas lebih 24 jam pesawat berkenaan hilang dengan semua yang menaikinya dikhuatiri maut.
Anggota pasukan penyelamat masih memeriksa kawasan lautan yang luas dari timur laut Brazil ke perairan Afrika Barat.
Pesawat berusia empat tahun itu berhubung untuk kali terakhir pada 0214 GMT Isnin.
Jika tiada mangsa yang selamat dtemui, ia akan menjadi nahas udara terburuk dunia sejak 2001. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
Brazil temui serpihan Air France
RIO DE JANEIRO: Pesawat tentera Brazil menemui serpihan bangkai pesawat Air France yang terhempas di Lautan Atlantik dengan 228 penumpang dan anak kapal, iaitu nahas terburuk dalam sejarah 75 tahun syarikat penerbangan itu.
Menteri Pertahanan Brazil, Nelson Jobim, berkata "tiada sangsi" lagi bahawa jalur serpihan sepanjang lima kilometer di lautan itu adalah daripada Airbus A330 itu yang hilang dalam cuaca ribut awal Isnin lalu.
Pakar amat pasti semua di dalam pesawat itu terbunuh.
揝erpihan itu adalah daripada pesawat Air France," kata Jobim pada sidang media di Rio de Janeiro, tempat pesawat terbabit berlepas ke Paris malam Ahad lalu.
Kerusi kapal terbang, boya jingga, pendawaian, serpihan logam dan kesan minyak dikesan juruterbang tentera udara Brazil kira-kira 1,2000 kilometer ke timur laut bandar pesisiran Recife.
Sehingga kini tiada mayat dikesan dan kerja menarik keluar serpihan itu hanya akan bermula selepas kapal tentera laut dengan penyelam tiba lewat hari ini.
Adalah amat sukar untuk menemui kotak hitam pesawat berkenaan kerana ia mungkin berada di dasar lautan pada kedalaman 2,000 hingga 3,000 meter. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Usaha mencari bangkai pesawat Air France diteruskan
PARIS/RIO DE JANEIRO: Pesawat dan kapal meredah keluasan Lautan Atlantik mencari bangkai pesawat Ai France yang hilang semasa ribut dengan 228 penumpang dan anak kapal semalam.
Pesawat Airbus A330 itu hilang ketika penerbangan dari Rio de Janeiro ke Paris pagi semalam.
Selepas 24 jam kejadian, peluang menemui mereka yang terselamat hampir tiada dan pihak berkuasa menganggap senarai penumpang sebagai angka kematian.
Perancis dan Brazil mengerah pesawat dan kapal tentera untuk cuba mengesan kedudukan bangkai pesawat itu di antara Brazil dan Afrika Barat.
Syarikat penerbangan Brazili, TAM, berkata seorang anak kapal pesawatnya ternampak "tompok terang" di permukaan lautan, berkemungkinan bangkai pesawat yang sedang terbakar semalam.
Namun, Tentera Udara Brazil berkata sebuah kapal di kawasan itu menyatakan serpihan bangkai pesawat tidak kelihatan.
Pesawat Air France itu dilaporkan terbang melalui kawasan ribut empat jam selepas berlepas dari Rio dan 15 kemudian menghantar mesej automatik melaporkan kerosakan elektrikal.
Tiada isyarat kecemasan diterima dan pakar pengangkutan udara berkata mereka tidak mempunyai cukup maklumat untuk memahami bagaimana penerbangan AF 447 boleh hilang tanpa sebarang petunjuk. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Pesawat Air France belum ditemui
PARIS/RIO DE JANEIRO: Perancis dan Brazil mengerah kapal terbang tentera untuk mencari pesawat Air France dengan 228 penunpang dan anak kapal yang hilang di Lautan Atlantik semalam.
Namun, harapan untuk mereka dalam pesawat Airbus A330 yang dianggap terhempas itu ditemui selamat, adalah amat tipis.
"Ia adalah nahas yang tragik. Harapan untuk menemui mereka yang selamat adalah tipis," kata Presiden Perancis, Nicolas Sarkozy, di Lapangan Terbang Charles de Gaulle selepas menemui keluarga penumpang.
Jika tiada penumpang yang selamat, ia adalah nahas dengan kehilangan nyawa terburuk membabitkan pesawat Air France dalam 75 tahun sejarahnya.
Belum ada Airbus A330 terhempas ketika penerbangan komersial dan amat luar biasa untuk pesawat itu dijatuhkan ribut.
Pesawat itu membawa 216 penumpang dengan 32 kewarganegaraan termasuk tujuh kanak-kanak dan seorang bayi. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Pesawat Air France terhempas di Atlantik
PARIS: Sebuah pesawat Air France membawa 228 penumpang dari Rio de Janeiro ke Paris, dipercayai terhempas di Lautan Atlantik semalam selepas dilanda ribut kencang dan disambar petir menyebabkan sistemnya tidak berfungsi dan memutuskan komunikasi dengan pengawal trafik udara.
Juruterbang pesawat Airbus 330-200 Flight AF 447 menghantar mesej automatik melaporkan masalah elektrikal sejurus menghadapi cuaca buruk tidak lama berlepas dari lapangan terbang Rio de Janeiro, kata ketua jurucakap Air France, Francois Brousse.
"Mungkin ada beberapa keadaan yang menyebabkan nahas," katanya lagi. Tentera udara Brazil berkata, pesawat itu berada jauh di tengah laut apabila dilaporkan hilang.
Pesawat tentera udara Brazil melancarkan usaha mencari dan menyelamat dekat kepulauan Fernando de Noronha, kira-kira 300 kilometer ke timur laut bandar Natal yang terletak kira-kira 2,414 kilometer dari Rio de Janeiro.
Pesawat itu berlepas dari Rio de Janeiro pada jam 7 malam waktu tempatan kelmarin dan dijadual mendarat di lapangan terbang Roissy Charles de Gaulle, Paris, pada 11.15 pagi, semalam.
Pesawat itu membawa 216 penumpang termasuk tujuh kanak-kanak dan seorang bayi serta 12 krew. Juruterbangnya amat berpengalaman, kata Air France. � Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Pesawat Air France dikhuatiri terhempas di Lautan Atlantik
SAO PAULO, Brazil: Pesawat Air France yang membawa 228 penumpang dan anak kapal dari Rio de Janeiro ke Paris putus hubungan dengan pengawal trafik udara di Lautan Atlantik.
Penerbangan Air France 447, iaitu pesawat Airbus A330, yang membawa 216 penumpang dan 12 anak kapal, dikhuatiri terhempas selepas tidak lagi dikesan radar tentera dan awam.
Ia berlepas dari Rio pada jam 7 malam Ahad waktu tempatan.
Jurucakap Tentera Udara Brazil berkata, pesawat berkenaan hilang kira-kira 300 kilometer ke timur laut bandar pesisir Brazil, Natal.
Pegawai agensi pengangkutan Perancis berkata hubungan dengan pesawat berkenaan terputus pada 0220 GMT.
Penerbangan itu dijadualkan tiba di Paris pada 0915 GMT.
Seorang menteri kanan Perancis berkata pesawat berkenaan sudah kehabisan bahan api pada masa ini.
"Kini ia sudah pasti melampaui simpanan kerosinnya dan malangnya kita perlu menjangkakan senario paling tragik," kata Jean-Louis Borloo, menteri kedua paling kanan dalam Kabinet Perancis.
Borloo memberi tahu radio France Info bahawa pesawat berkenaan lenyap dari skrin radar tentera dan awam. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
Pesawat Air France dianggap terhempas
PARIS: Pesawat Air France yang membawa 228 penumpang dan anak kapal dianggap terhempas ke Lautan Atlantik selepas melalui ruang udara bergelora ketika dalam penerbangan dari Rio de Janeiro ke Paris.
Air France berkata pesawat itu melalui kawasan ribut empat jam selepas berlepas dari bandar Brazil itu dan tidak lama kemudian menghantar mesej secara automatik melaporkan kerosakan elektrikal.
Jurucakap syarikat itu, Francois Brousse, berkata beberapa mekanisme pesawat berkenaan rosak dan menghalang ia daripada berhubung dengan pengawal trafik udara.
"Mungkin gabungan pelbagai keadaan itu menyebabkan ia terhempas," katanya sambil menambah pesawat berkenaan mungkin dipanah petir.
Tentera Udara Brazil berkata pesawat berkenaan berada jauh di ruang udara laut apabila ia hilang.
Pesawat tentera dari Brazil dan Afrika dikerah untuk mencari pesawat Air France itu.
Penerbangan AF 447 itu berlepas dari Rio de Janeiro pada 7 malam Ahad (2200 GMT) dan dijadualkan tiba di Lapangan Terbang Roissy Charles de Gaulle di Paris pada 11.15 pagi hari ini (0915 GMT).
Seramai 216 penumpang termasuk tujuh kanak-kanak dan seorang bayi serta 12 anak kapal berada dalam pesawat berkenaan.
Air France berkata juruterbang pesawat itu sangat berpengalaman. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Kotak hitam Air France mungkin tidak akan ditemui: Pakar
FERNANDO DE NORONHA, Brazil: Pesawat dan kapal tentera meredah angin kencang dan lautan bergelora mencari serpihan bangkai pesawat Air France di tengah Lautan Atlantik hari ini ketika seorang penyiasat berkata kotak hitam pesawat berkenaan mungkin tidak akan ditemui.
Bot penyelamat dari beberapa negara belayar menuju ke kawasan itu untuk mengumpul serpihan ketika pakar penerbangan cuba menrungkai punca pesawat yang membawa 228 penumpang dan anak kapal dari Rio de Janeiro ke Paris itu terhempas ke laut.
Kerusi kapal terbang, tumpahan minyak, jaket keselamatan jingga dan serpihan putih ditemui di kawasan kira-kira 640 kilometer di timur laut kepulauan Fernando de Noronha.
Serpihan terapung itu berselerak di dua kawasan yang terpisah kira-kira 60 kilometer dalam jalur laluan Penerbangan AF447 itu.
Menteri Pertahanan Brazil, Nelson Jobim, berkata tiada mayat ditemui sehingga kini dan tiada tanda-tanda ada mangsa yang terselamat.
Pakar penerbangan berkata, kotak hitam pesawat malang itu berada di dasar lautan yang kedalamannya mencecah sehingga lima kilometer dan tentera laut Brazil tidak mempunyai kapal selam kawalan jauh yang berupaya ke dasar untuk mengambilnya.
Kotak hitam, iaitu perakam suara dan data penerbangan, direka untuk bertahan sehingga 30 hari di bawah air. - AP |
|
|
|
|
|
|
|
2009/06/02
MISSING AIR FRANCE PLANE: Pilots, crew very experienced + list of victims' nationalities
PARIS, Tues:
The pilots and cabin crew on board flight AF 447, which disappeared on Monday over the Atlantic, were a 搗ery experienced |
|
|
|
|
|
|
|
Originally posted by amazed at 3-6-2009 22:34
2009/06/02
MISSING AIR FRANCE PLANE: Pilots, crew very experienced + list of victims' nationalities
PARIS, Tues:
The pilots and cabin crew on board flight AF 447, which disappeared on Mon ...
MY DEEPEST CONDOLENCES TO ALL THE FAMILY n THE VICTIMS OF AF FLIGHT 447. Trust in God and ask him for strength, he will help you get through this. |
|
|
|
|
|
|
|
Air France sah terhempas
RIO DE JANEIRO 3 Jun - Brazil mengesahkan pelbagai serpihan dan komponen pesawat yang terapung di kawasan sepanjang lima kilometer di Lautan Atlantik merupakan lokasi terhempasnya sebuah jet penumpang Air France yang membawa 228 orang.
Menteri Pertahanan Brazil, Nelson Jobim memberitahu wartawan semalam (kira-kira 4 pagi ini waktu Malaysia), 'tidak syak lagi' sebuah tempat duduk, kabel, komponen pesawat dan tompokan bahan bakar jet adalah daripada pesawat Airbus A330 Air France yang dalam penerbangan dari Rio de Janeiro ke Paris apabila didapati hilang kelmarin.
Penemuan itu melenyapkan sebarang harapan untuk menemui mangsa yang selamat dan mengesahkan nahas udara paling buruk sejak 2001, apabila sebuah jet American Airlines terhempas di New York yang mengorbankan semua 260 orang di dalamnya.
Jobim berkata, kapal-kapal tentera laut Brazil akan mula tiba di zon serpihan yang terletak hampir 1,000 kilometer dari pantai timur laut Brazil itu untuk memulakan operasi menarik keluar serpihan itu dari laut.
Tiga kapal dagang iaitu dua milik Belanda dan satu Perancis, sudah pun berada di lokasi berkenaan, katanya.
Pada waktu sama, operasi mencari mayat akan diteruskan.
Jika ditemui, mayat mangsa akan dibawa dengan kapal sejauh 460 kilometer ke lapangan terbang terdekat di kepulauan Fernando de Noronha, sebelum diterbang keluar dengan pesawat tentera udara.
Lebih separuh daripada penumpang dan anak kapal dalam pesawat itu adalah rakyat Perancis atau Brazil, manakala selainnya berasal dari 30 negara, kebanyakannya Eropah.
Jet itu hilang empat jam selepas berlepas dari Rio De Janeiro ketika dalam kedudukan di luar jangkauan radar di tengah-tengah Lautan Atlantik di antara Amerika Selatan dan Afrika, di kawasan yang dikenali kerap dilanda ribut tropika.
Komunikasi terakhir dari pesawat itu terdiri daripada isyarat data automatik yang memberi amaran mengenai pelbagai kerosakan elektrik dan tekanan udara di dalam jet tersebut.
Juruterbangnya tidak menghantar sebarang isyarat kecemasan.
Air France membayangkan pesawat berusia empat tahun mungkin dipanah petir, situasi yang berbahaya jika digabungkan dengan masalah lain seperti pergolakan udara.
Teori lain yang dibangkitkan oleh pakar termasuk kesilapan juruterbang, kerosakan mekanikal atau kemungkinan juga keganasan.
"Tiada hipotesis yang menjadi pilihan buat masa ini," kata Perdana Menteri Perancis, Francois Fillon semalam.
Menurut beliau, perkara yang pasti ialah tiada isyarat kecemasan daripada kapal terbang itu, tetapi siri amaran automatik selama tiga minit menandakan kegagalan semua sistem.
Memandangkan punca nahas itu masih misteri, pencarian kotak hitam menjadi sangat penting.
Sebuah kapal Perancis dalam perjalanan ke lokasi kejadian dengan membawa dua kapal selam mini yang boleh beroperasi sedalam 6,000 meter yang juga paras maksimum kotak hitam boleh bertahan dan kira-kira kedalaman laut di kawasan berkenaan. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
Pakar tolak teori letupan dalam pesawat
SEBUAH kapal laut tentera Brazil, Gastao Motta yang ditugaskan
untuk mencari bangkai pesawat Air France di Lautan Atlantik.
FERNANDO DE NORONHA - Kumpulan misi mencari pesawat malang Air France penerbangan AF447 menjumpai sejumlah serpihan bertaburan sepanjang lebih 90 kilometer di laut.
Antara serpihan baru itu termasuk kesan tumpahan minyak bahan api pesawat sepanjang 20 kilometer dan pelbagai objek logam termasuk satu objek sepanjang tujuh meter.
Menteri Pertahanan Brazil, Nelson Jobim berkata, kewujudan tumpahan minyak bahan api pesawat dalam jumlah yang besar di laut turut menolak kemungkinan berlaku letupan pada pesawat disebabkan serangan bom.
"Jika terdapat tumpahan minyak bahan api bermakna tiada kebakaran atau letupan," katanya.
Seminggu lalu, Air France menerima satu panggilan misteri berhubung ancaman bom tetapi amaran berkenaan didapati palsu selepas pesawat berkenaan diperiksa.
Pakar-pakar memberitahu, gangguan angin kencang atau kehilangan tekanan dalam pesawat ketika ribut petir mungkin punca pesawat jenis Airbus A330-200 itu terhempas.
Ia berlepas dari ibu kota Brazil, Rio de Janeiro menuju Paris pada malam Ahad lepas sebelum dilaporkan hilang bersama-sama semua 216 penumpang dan 12 krew beberapa jam kemudian.
Dua kapal tentera laut Brazil tiba di lokasi penemuan serpihan baru itu, kira-kira 1,100 kilometer ke timur laut Brazil, tetapi masih belum berjaya mengambil sebarang serpihan.
Pegawai-pegawai Perancis menyatakan harapan untuk mengetahui punca nahas udara itu berlaku adalah tipis.
Ia berikutan data penerbangan dan pita-pita perakam suara mungkin hilang di dasar Lautan Antlantik yang amat dalam.
Bagaimanapun, Perancis telah menghantar sebuah kapal selam mini yang mampu menerokai dasar laut pada kedalaman enam kilometer bagi mencari pita rakaman dan data penerbangan itu.
Juruterbang-juruterbang tentera udara yang melakukan pencarian di lokasi tersebut melaporkan tidak terdapat tanda-tanda menunjukkan ada mangsa terselamat.
Para pegawai pula berkata, usaha mencari dan membawa pulang mayat-mayat mangsa nahas udara itu adalah amat sukar.
"Mayat-mayat itu tentunya tenggelam dan anda sedia maklum berhubung masalah lain di perairan wilayah Pernambuco," kata Jobim yang merujuk pada gangguan jerung.
Tambahnya, mayat-mayat itu mungkin mengambil masa beberapa hari sebelum terapung di permukaan laut.
Sementara itu di Paris, pesawat tersebut dipercayai terbang di atas Lautan Atlantik terlalu perlahan sebelum nahas berlaku, lapor akhbar Le Monde yang memetik seorang pakar penyiasat.
Akhbar itu menyatakan, Airbus dijangka mengeluarkan arahan kepada juruterbang A330 di seluruh dunia untuk menggunakan kelajuan optimum ketika bencana serupa berlaku.
Di Sepanyol, akhbar El Mundo melaporkan seorang juruterbang yang melalui kawasan sama menyaksikan cahaya terang ketika pesawat Air France tersebut dilaporkan hilang.
"Kami terlihat cahaya terang dari jarak jauh yang sedang menjunam dan ia hilang dalam tempoh enam saat," kata seorang juruterbang pesawat Air Comet dari Lima ke Madrid. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Serpihan bukan Air France
RIO DE JANEIRO 5 Jun - Tragedi pesawat Air France yang hilang di Lautan Atlantik pada Isnin lalu terus menimbulkan misteri hari ini selepas para pegawai Brazil melaporkan serpihan yang dikeluarkan dari laut dan disangkakan daripada jet Airbus itu sebenarnya adalah 'sampah' terapung.
''Sehingga kini, belum ada satu pun serpihan yang diperoleh daripada kapal terbang itu,'' kata pengarah kawalan lalu lintas udara Brazil, Brigedier Jeneral Ramon Cardosa kepada wartawan di bandar Recife, timur laut negara ini lewat semalam.
Sebelum itu, beliau sendiri menyatakan, beberapa objek seperti landas kargo dan dua boya yang ditarik keluar dari laut awal semalam adalah daripada pesawat Air France penerbangan AF 447. Bagaimanapun, benda-benda itu didapati dari sumber lain, kemungkinan besar sebuah kapal laut.
''Kami mengesahkan landas kargo itu bukan serpihan daripada pesawat. Ia ditemui di kawasan nahas, tetapi dianggap sebagai sampah,'' kata Cardosa.
Landas tersebut daripada kayu, tetapi pesawat Airbus A330 itu tidak membawa sebarang landas kayu.
Beliau juga berkata, tompokan besar minyak yang mulanya disangka daripada jet itu dipercayai datang daripada sebuah kapal yang lalu di zon nahas, 1,000 kilometer dari pantai timur laut Brazil.
Walaupun timbul kesilapan tersebut, tentera laut Brazil dipercayai berada di kawasan yang betul di mana pesawat Air France itu dipercayai terhempas.
Pesawat tentera udara pada Selasa dan kelmarin mengesan beberapa serpihan dan komponen terapung di laut, termasuk satu tempat duduk pesawat dan kepingan logam sepanjang tujuh meter dipercayai sebahagian badan pesawat.
Menteri Pertahanan Brazil, Nelson Jobim berkata, serpihan itu tidak syak lagi adalah daripada jet Perancis tersebut.
Jobim kelmarin menolak kemungkinan pesawat itu meletup atau terbakar, berdasarkan tompokan minyak yang ditemui.
Bagaimanapun, hipotesis itu kini boleh dipertikaikan setelah tompokan minyak terbesar yang ditemui disahkan daripada sebuah kapal.
Kelmarin juga, seorang juruterbang Sepanyol yang terbang pada altitud tinggi tidak berapa jauh di belakang pesawat Air France itu mendakwa beliau melihat 'cahaya putih yang terang benderang.' - AFP
***************************************************************************************
...la beria-ia kata serpihan air france - rupanya 'sampah' -
kiranya masih tak jumpa la air france ni --- ada besar kemungkinan
dah masuk ke bermuda triangle dah -- hilang begitu saja - |
|
|
|
|
|
|
|
Bukan serpihan Air France
Bahan bukti diambil di laut didedahkan sebagai sampah
FERNANDO DE NORONHA: Misteri kemalangan pesawat Air France di luar pantai Brazil semakin rumit semalam selepas pihak berkuasa Brazil berkata serpihan yang dikutip bukan daripada pesawat Airbus berkenaan.
Operasi mencari bangkai pesawat AF 477 milik Air France yang menjunam awal Isnin lalu ketika terbang dari Rio de Janeiro ke Paris bersama 228 orang diteruskan di sebuah zon yang disahkan lokasi serpihan jet ditemui awal minggu ini.
"Sehingga kini, tiada barangan dari pesawat ditemui," kata Brigadier Ramon Cardosa, pengarah kawalan trafik udara Brazil, kepada pemberita di Recife, lewat semalam.
Ia bertentangan dengan satu kenyataan yang dibuat Cardoso sendiri sebelum itu apabila beliau berkata, satu rak kayu dan dua pelampung yang ditemui di Atlantik oleh sepasukan tentera laut adalah bahan bukti pertama daripada kemalangan pesawat Air France berkenaan.
Bagaimanapun, Cardoso selepas itu mengakui bahawa semua itu hanyalah 'sampah laut' termasuk kesan minyak yang pada awalnya dikatakan daripada pesawat Perancis itu sebenarnya mungkin daripada sebuah kapal lain.
Beberapa kapal tentera laut Brazil turut mencari serpihan pesawat termasuk sebuah kerusi dan satu serpihan besar badan pesawat yang dilihat oleh sebuah pesawat tentera udara pada Selasa dan Rabu lalu.
Menteri Pertahanan Brazil, Nelson Jobim berkata tidak diragukan lagi bahawa serpihan yang dilihat dari udara itu milik pesawat AF 477 dan mereka menandakan kawasan itu berhampiran dengan tempat pesawat itu terhempas.
Kerajaan Perancis yang mengetuai siasatan nahas itu menghantar penyiasat ke Brazil untuk memeriksa sebarang serpihan yang mungkin boleh ditemui dari zon terbabit iaitu kira-kira 1,000 kilometer dari kawasan pantai dan membawanya pulang ke Perancis. - AFP |
|
|
|
|
|
|
|
kat news pagi ni - beritahu mayat penumpang dan serpihan Air France
dah dijumpai -
nanti ada update lagi, boleh la update kan - |
|
|
|
|
|
|
|
Dua mayat penumpang Air France ditemui
RECIFE, Brazil 6 Jun - Pasukan mencari menemui dua mayat pertama penumpang pesawat Air France yang terhempas di Lautan Atlantik Isnin lalu, kata jurucakap tentera udara Brazil.
Mayat dua lelaki itu ditemui bersama dengan serpihan pesawat malang tersebut, menurut jurucakap Jorge Amaral kepada wartawan di timur laut bandar Recife.
"Hari ini pada pukul 8.14 pagi waktu tempatan, kami mengesahkan mayat dan serpihan terbabit daripada pesawat Air France," kata Amaral.
Antara serpihan kapal yang ditemui ialah kerusi yang mempunyai nombor bersiri yang serupa dengan pesawat yang hilang itu, beg sandar dan sebuah beg yang di dalamnya terdapat tiket penerbangan Air France, kata seorang pegawai penyelamat.
Tentera udara Brazil telah menjalankan operasi mencari di sekitar Lautan Atlantik, kira-kira 1,100 kilometer dari pantai timur laut negara sejak nahas yang membunuh semua 228 penumpang itu berlaku.
Beberapa kapal-kapal tentera laut Brazil turut berada di kawasan nahas, tetapi mereka bimbang mayat-mayat penumpang pesawat berkenaan mungkin telah tenggelam atau dimakan ikan jerung.
Sementara itu, Perancis semalam telah menghantar sebuah kapal selam nuklear untuk membantu operasi mencari selepas usaha pencarian yang dijalankan selama berhari-hari tidak menemui hasil.
Menurut pegawai, kapal selam tersebut kini sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian, kira-kira 1,000 kilometer dari pantai timur laut Brazil.
Ia digunakan bagi membantu mengesan kotak hitam daripada pesawat AF447 itu yang hilang dari radar ketika dalam perjalanan dari Rio de Janeiro ke Paris bersama 228 penumpang dan anak kapal. - Reuters
Menteri Pertahanan Perancis, Herve Morin berkata, kapal selam tersebut dilengkapi kelengkapan sonar yang boleh membantu mengesan kota hitam pesawat berkenaan. - Reuters |
|
|
|
|
|
|
|
Penumpang Airbus mungkin tak ditemui
GAMBAR fail menunjukkan kapal selam Nautileat dari Institut Marin Ifremer, Perancis, digunakan bagi mengesan Air France.
|
Peluang jumpa serpihan Air France makin pudar
PARIS: Harapan untuk menemui mayat penumpang pesawat Airbus 447 milik Air France terus pudar ketika penyiasat mengesahkan bahawa kesilapan alat bacaan menjadi punca kepada kemalangan di Atlantik yang membunuh semua 228 orang di dalamnya.
Seorang menteri kanan Perancis menyuarakan kekecewaan selepas pasukan Brazil berkata mereka tersilap mengenal pasti objek terapung yang dikutip dari lautan adalah milik Airbus A330 yang hilang dalam satu kejadian ribut Isnin lalu ketika dalam perjalanan dari Rio de Janeiro ke Paris.
Mereka juga memberitahu tersalah tafsir kesan minyak yang ditemui di permukaan lautan itu.
"Kita tidak dapat lawan masa. Kita perlu melakukan apa yang boleh untuk mencari rekod pesawat dan pastinya meluaskan zon pencarian," kata kata Domonique Bussereau, Menteri Pengangkutan Perancis.
Brazil mengakui bahawa tidak ada lagi sebarang kemungkinan di kawasan sekitar 800 batu di timur laut Brazil itu yang sebelum ini dipercayai menjadi tempat pesawat AF447 itu terjunam.
Malah, pesawat Perancis juga tidak menemui sebarang serpihan sejak mereka tiba di tempat kejadian itu lewat Isnin lalu.
"Sejak beberapa hari lalu kami mengatakan kami amat berhati-hati. Kapal dan pesawat kami tidak melihat apa-apa," kata Bussereau.
Untuk mencari perakam kotak hitam yang mungkin terjatuh 12,000 kaki dari permukaan, pasukan mencari perlu menurunkan penerima sonar jauh ke dasar laut. Mereka juga perlu mempunyai kedudukan yang tepat untuk mengesan di mana perakam itu berada.
Jika kehilangan data lengkap dari perakam terbabit, penyiasat hanya dapat bergantung pada alat penggera mesej yang dipindahkan secara automatik oleh pesawat selama empat minit kepada pangkalan penyelenggaraan Air France pada saat akhir sebelum pesawat hilang. - Agensi |
|
|
|
|
|
|
|
2009/06/07
Bodies, debris from Air France plane recovered
FERNANDO DE NORONHA, Brazil, Sat:
Brazilian search aircraft late Saturday spotted seats and part of a plane wing in the Atlantic where an Air France jet went down nearly a week ago, officials said after two bodies and other items were recovered from the area.
[table=200][/table]
揂s well as the bodies there are various remains of the aircraft, |
|
|
|
|
|
|
|
5 mangsa nahas pesawat Air France 447 ditemui
BANGKAI pesawat Air France ditemui pasukan penyelamat Brazil di Lautan Atlantik, kelmarin.
RECIFE: Tiga lagi mayat ditemui di lokasi dipercayai tempat nahas pesawat Air France 447 seminggu lalu menjadikan lima mangsa kesemuanya, kata pihak berkuasa Brazil, semalam.
Juruterbang pesawat yang melakukan operasi mencari dan menyelamat juga melihat beberapa mayat lagi dari udara dan sudah meminta bantuan kapal mengambilnya, kata Kapten Giucemar Tabosa Cardoso.
Pesawat Airbus Flight 447 hilang dalam cuaca buruk pada 31 Mei lalu ketika dalam perjalanan dari Rio de Janeiro ke Paris membawa 228 penumpang yang kini dianggap terkorban.
Siasatan semakin tertumpu kepada persoalan sama ada peralatan luaran pesawat terlalu sejuk hingga mengelirukan pengimbas menyebabkan komputer meningkatkan kelajuan atau memperlahankan kelajuan, satu faktor yang boleh membawa padah.
Agensi Perancis, BEA yang menyiasat bencana itu berkata, alat kelajuan di udara pada pesawat terbabit tidak digantikan mengikut saranan pengeluar.
Tetapi, ia juga menekankan masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan sejauh mana perkara itu menyumbang kepada nahas.
BEA berkata, pesawat itu mencatat bacaan kelajuan tidak konsisten daripada beberapa peralatan ketika Airbus berkenaan berada dalam cuaca buruk.
Di Brazil, pegawai kanan tentera udara, Kolonel Henry Munhoz, berkata beliau tidak dapat memberi maklumat segera berapa banyak mayat dilihat dari udara.
Cardoso berkata, kapal yang menuju ke lokasi akan membawa mayat itu beberapa jam lagi meskipun keadaan hujan dan jarak penglihatan tidak begitu baik.
Mayat yang ditemui semalam tidak mempunyai dokumen pengenalan dan pihak berkuasa tidak menetapkan jantina mereka. Dua mayat yang ditemui awalnya adalah lelaki.
Tiga mayat yang kemudian ditemui 70 kilometer daripada penemuan pertama apabila Airbus itu memberi beberapa mesej menyatakan ia menghadapi masalah elektrik dan hilang tekanan kabin.
Pegawai enggan memberitahu keadaan mayat atas alasan ia akan memberi masalah emosi kepada sanak saudara mangsa.
Pihak berkuasa juga mengumumkan pasukan pengesan nampak dua kerusi pesawat dan sampah lain dengan lambang pesawat selain mendapat serpihan sayap enjin dan serpihan lain dengan logo Air France. |
|
|
|
|
|
|
| |
|