CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2826|Reply: 4

MEXICO: 27 kanak2 maut dlm kebakaran di childcare!!

[Copy link]
Post time 6-6-2009 03:43 PM | Show all posts |Read mode
27 kanak-kanak maut kebakaran di Mexico


BADARAYA MEXCIO: Sekurang-kurangnya 27 kanak-kanak maut apabila terperangkap dalam kebakaran di sebuah pusat jagaan di Sanora, di barat daya Mexico, awal hari ini.

揌ingga kini 27 kanak-kanak maut, kata jurucakap daerah Hermosillo, Jose Larrinaga.

Larrinaga memberitahu beberapa lagi mayat ditemui dan ia dipercayai mengambil masa untuk mengenali identiti mangsa.


Laporan menyebut sekurang-kurangnya 176 kanak-kanak berada dalam pusat jagaan yang dikendalikan kerajaan ketika kebakaran berlaku.

Daripada jumlah itu, 12 orang sudah dikejarkan ke hospital daerah itu untuk rawatan lanjut.

Kebakaran itu berpunca daripada sebuah kilang tayar yang berhampiran pusat jagaan kanak-kanak itu. - AFP




sedey nyer baca pasai nih..... kalu dah kilang tayar tu... harapan tu mmg tipis ler nak selamat.... cepat ajer nak terbakar bila deal ngan rubber nih.....  

aku bajet ... lebey dari 27 budak... nanti ada lagi news aku update ler...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2009 05:31 PM | Show all posts
huhu.........
Reply

Use magic Report

Post time 6-6-2009 08:38 PM | Show all posts
sedihnyerrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr
Reply

Use magic Report

Post time 7-6-2009 07:17 AM | Show all posts
Pusat jagaan terbakar



PASUKAN paramedik mengusung seorang bayi ke bilik kecemasan
hospital selepas diselamatkan daripada kebakaran di pusat penjagaan
harian di Hermosilo, Mexico kelmarin, yang turut mengorbankan
31 bayi dan kanak-kanak. - REUTERS


MEXICO CITY 6 Jun - Sekurang-kurangnya 31 bayi dan kanak-kanak terbunuh, manakala berpuluh-puluh yang lain cedera ketika guru-guru dan jiran tetangga bertungkus lumus menyelamatkan penghuni di sebuah pusat penjagaan harian yang terbakar di utara Mexico, semalam.

Jurucakap penyiasat Negeri Sonora, Jose Larrinaga berkata, kebakaran itu dipercayai bermula apabila sebuah depot menyimpan kereta dan tayar terbakar petang semalam sehingga merebak ke pusat penjagaan harian ABC di bandar Hermosillo.

Ketika kejadian, kira-kira 100 bayi dan kanak-kanak berada di pusat jagaan tersebut.

Larrinaga berkata, kebakaran itu berjaya dikawal dua jam kemudian dan kebanyakan bayi dan kanak-kanak terbabit dipercayai mati disebabkan sesak nafas.

''Kami masih menyiasat punca kejadian kebakaran itu dan di mana ia bermula,'' katanya.

Penyelaras Penyelamat Palang Merah, Guadalupe berkata, kanak-kanak yang terbunuh itu berusia antara 6 bulan hingga 5 tahun.

''Para penyelamat terpaksa membuat lubang pada dinding untuk mengeluarkan mangsa,'' katanya.

Jiran-jiran di sekitar pusat jagaan sebelum itu, turut membantu bagi menyelamat bayi dan kanak-kanak serta guru-guru yang menjerit ketika asap tebal memenuhi dalam pusat jagaan tersebut, menurut akhbar Reforma.

Sementara itu, akhbar Hermosillo El di laman webnya memaparkan gambar-gambar ibu bapa kanak-kanak mangsa kebakaran yang terlibat menangis dan tergesa-gesa ke hospital selepas pusat penjagaan harian kanak-kanak itu terbakar di laman webnya, sehingga mencetuskan kekecewaan berhubung laporan berita itu.

Mangsa-mangsa yang cedera telah dikejarkan sekurang-kurang di lima buah hospital. - AP
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-6-2009 10:53 PM | Show all posts
Angka kematian kanak-kanak meningkat 38 orang

MEXICO CITY: Angka kematian berikutan satu kebakaran di sebuah pusat penjagaan kanak-kanak di utara Mexico meningkat kepada 38 orang dengan 23 lagi kanak-kanak dimasukkan ke hospital yang kebanyakan mereka mengalami kecederaan teruk.

Presiden Mexico Felipe Calderon mengarahkan satu siasatan terhadap kebakaran Jumaat lalu di pusat jagaan ABC di tengah bandar utara Hermosillo untuk mengenal pasti mereka yang bersalah sebelum melawat mangsa di hospital.

Tiga lagi kanak-kanak dilaporkan mati dan lebih ramai mangsa yang melecur teruk dirawat di hospital, kata Menteri Kesihatan, Raymundo Lopez kepada pemberita.


揗alang sekali 15 daripada mereka dalam keadaan bahaya dan meninggal dunia beberapa jam selepas itu,
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:31 PM GMT+8 , Processed in 0.049317 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list