View: 6857|Reply: 6
|
Awas Jalan Maut di Jalan Sg. Buaya, Batang Kali -
[Copy link]
|
|
Awas! Laluan maut Sg. Buaya
Oleh ROSLAH OTHMAN
JALAN Sungai Buaya ke Bukit Sentosa, Batang Kali sering kali
menyaksikan kemalangan pada waktu malam.
BATANG KALI 7 Jun - Bukit Beruntung dan Bukit Sentosa, dekat sini, terletak jauh di luar bandar. Kira-kira satu jam perjalanan jika berkenderaan dari Kuala Lumpur, tetapi ia bukan bermakna masyarakatnya dapat hidup bebas daripada sebarang masalah dan hiruk pikuk yang menjadi asam garam hidup di kota.
Benar, pergerakan kehidupan penduduk di situ juga tidak sepantas warga kota, kos kehidupan juga jauh lebih rendah, tetapi ada satu masalah yang membimbangkan masyarakat di situ iaitu kemalangan jalan raya.
Kami difahamkan, kemalangan kerap berlaku di jalan utama dari simpang Sungai Buaya ke Bukit Sentosa, tambahan pula laluan di situ adalah pilihan utama kepada penduduk sekitar untuk ke Kuala Lumpur melalui Rawang, bagi mengelakkan tol.
Difahamkan, jalan utama ini sudah banyak meragut nyawa terutama pada waktu malam. Bukan seorang dua tetapi lebih lima nyawa dalam tempoh tiga bulan.
Akibatnya, ada yang memberi jolokan 'laluan maut' dengan kebanyakan kes kemalangan berlaku pada waktu malam.
Semua ini gara-gara ketiadaan lampu jalan di sepanjang jalan sepanjang kira-kira tiga kilometer itu.
Mangsa kebanyakannya terdiri daripada penunggang dan pembonceng motosikal yang baru sahaja pulang daripada bekerja shift malam di kilang-kilang berhampiran.
Difahamkan paling banyak menjadi mangsa adalah para pekerja Perusahaan Otomobil Kedua (Perodua) dan Tan Chong yang menempatkan kilang dan ibu pejabatnya di Sungai Choh.
Lebih memilukan mangsa adalah anak-anak muda yang baru sahaja datang dari kampung mencari rezeki di sini.
Kini kebimbangan mereka semakin memuncak berikutan kemalangan lebih kerap berlaku di kawasan berkenaan, terutama pada waktu puncak memandangkan hari demi hari jumlah pengguna yang melalui jalan berkenaan meningkat.
Utusan Malaysia difahamkan, peningkatan kenderaan menggunakan jalan tersebut banyak dipengaruhi jumlah penduduk yang semakin meningkat berikutan beberapa projek pembangunan sedang dimajukan di kawasan berhampiran.
Selain kilang, pembukaan Gudang Tesco di Bukit Beruntung juga mempengaruhi peningkatan jumlah penduduk.
Penduduk, terutama pengguna jalan tersebut mendakwa pernah membuat aduan serta permohonan kepada pihak Majlis Daerah Hulu Selangor (MDHS), namun sehingga kini tiada maklum balas diterima.
Hasil tinjauan kami ke lokasi mendapati keadaan jalan yang berselekoh juga memaksa pengguna menanggung risiko ditimpa kemalangan dan kerosakan pada kenderaan setiap kali melalui jalan itu terutama pada waktu malam.
Selain di kiri dan kanannya adalah hutan tebal, jalan satu lorong sehala itu juga didapati agak sempit dan mendedahkan pengguna kepada kecelakaan.
Batu penanda bahu jalan didakwa tidak banyak membantu.
Sementara itu, MDHS ketika memberi maklum balas terhadap aduan berkenaan mengakui pihak majlis telah menerima banyak permohonan lampu jalan di jalan utama dari simpang Sungai Buaya ke Bukit Sentosa.
Menurut Penolong Pengawai Penerangannya, Junainah Abdullah, berdasarkan siasatan, penyediaan lampu jalan di laluan itu adalah di bawah tanggungjawab Jabatan Kerja Raya (JKR) kerana ia melibatkan jalan utama.
"Pihak MDHS sendiri sedia maklum dengan aduan dan rungutan penduduk dan telah pun merujukkan perkara ini kepada JKR.
"Buat masa ini aduan tersebut masih dalam tindakan JKR," ujarnya.
Sehubungan dengan itu, penduduk diminta agar dapat terus berhubung dengan pihak MDHS atau JKR sekiranya terdapat sebarang kesulitan bagi memastikan keselesaan penduduk.
****************************************************************************************
..pernah lalu sekali aje kat jalan ni - masa pergi bukit sentosa -
tapi waktu siang - yang pasti jalan dia macam sempit sikit
- tak la banyak traffic sangat - except peak hours -
memang banyak kereta dipandu laju (prolly sebab tak banyak
kereta tu) -
..kalau betul tentang aduan ni - pihak JKR memang kena buat
something pronto - supaya keselamatan pengguna jalanraya
terjaga sikit - |
|
|
|
|
|
|
|
Rayu sediakan lampu jalan
BATANG KALI 7 Jun - Masalah kemalangan jalan raya yang kerap berlaku terutama pada waktu malam di jalan utama dari persimpangan Jalan Sungai Buaya ke Bukit Sentosa di sini yang disebabkan ketiadaan lampu jalan diharap diatasi segera.
Penduduk di kawasan perumahan berhampiran yang juga pengguna jalan berkenaan berkata, pihak berkenaan perlu menyegerakan penyediaan lampu jalan di kawasan itu bagi mengelak lebih banyak nyawa melayang kerana jalan sepanjang kira-kira tiga kilometer itu begitu gelap pada waktu malam.
Salah seorang penduduk, Rohani Isa, 45, mendakwa sesiapa yang kerap menggunakan jalan berkenaan sentiasa bimbang dengan keselamatan, terutama penunggang motosikal.
Katanya, keadaan jalan itu membahayakan keselamatan kerana pengguna perlu berhati-hati supaya tidak terlibat dalam kemalangan.
"Kami sentiasa berasa bimbang terutama pada waktu malam. Jalan ini bukan sahaja dilalui kenderaan biasa tetapi juga kenderaan berat seperti lori dan bas," ujarnya yang sudah menetap hampir lapan tahun di kawasan perumahan berhampiran.
Bagi Nur Hanis Nor Azalan, 18, keadaan jalan itu yang mempunyai selekoh tajam menambahkan lagi bahaya yang menanti pengguna.
Katanya, jika benar Jabatan Kerja Raya bertanggungjawab menyediakan kemudahan itu, harapannya agar masalah tersebut dapat segera diatasi.
"Saya berharap pihak yang bertanggungjawab dapat mengambil tindakan segera bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini terus berlaku," ujarnya.
Pendapat Nur Hanis dipersetujui Logeswaran Arumugan, 16, seorang pelajar tingkatan empat.
Katanya, menikmati kemudahan lampu jalan adalah hak rakyat dan seharusnya kerajaan menimbangkan permohonan tersebut demi keselesaan penduduk.
Seorang pesara kerajaan, Mohd. Taib Baba, 55, berpandangan sudah tiba masanya lampu disediakan di sepanjang jalan utama berkenaan.
Katanya, ini kerana semakin ramai yang menggunakan laluan tersebut sehingga menyebabkan ia sentiasa sesak terutama pada waktu puncak.
"Sebagai pengguna jalan utama berkenaan, saya sentiasa bimbang dengan keselamatan, terutama ketika melaluinya pada malam hari," ujarnya.
***************************************************************************************
..lampu kereta aje memang tak memadai bila drive waktu malam -
kena ada lampu jalan juga especially jalan2 kampung yang sempit
macam jalan kg sungai buaya ni -
|
|
|
|
|
|
|
|
akak ipar aku duduk kt sg buaya
hubby dia keje kt bkt beruntung..
mmg laluan dia la pegi balik keje
kalau time ujan, mmg bertakung laaaa air atas jalan
bahaya tul
aku selalu gak ikut jalan nih kalau nk balik slim river..ikut Rasa
dh la jln berlubang2...
sebelum pkr menang kat selangor lagi jalan dh mmg camtu
nk salahkan siapa?? |
|
|
|
|
|
|
|
mmg golap gulita
pernah lalu sekali je kat jalan ni |
|
|
|
|
|
|
|
biasa ar tur... aku 32thn duk kat area tur. dulu aku kerja Kat Tmn Bunga Raya... hari2 lalu kat situ. Pengalaman aku cuma cermin depan keta aku pecah coz kena batu.Lain2 yg tragis aku tak pernah hadapi lagi since aku kat situ. Xcident mmg ar... kerap berlaku. yg maut, yg cedera.... biasa ar. mangsa of coz bebudak perodua. majoriti! Bebudak muda bawak leaju tak dpt dinafikan. :@
Jln mmg ar gelap takde lampu since BN lg... so PKR dah amik alih pun camtur gak!!! nak buat camner... dah kata JKR punyer part... so kena tunggu jer. JKR pun satu... lagi l;amabt amik tindakan lg byk ar mkn nyawa kat situ.
Alhamdulillah skang aku dah jarang lalu situ dah. Sbb aku dah stay kat luar dr kawasan tur. kalu lalu pun just nak pergi pasar mlm or visit my sis. So kalu mlm lalu situ kena beware lah..... |
|
|
|
|
|
|
|
hari2 lalu kat sini..
pagi2..kol 6.30..jalan kat sini dah slow..dah byk keta..
polis pon suka wat roadblock pagi2 buta kat sini..
mmg hari2 ade accident...
kebanyakannya staff perodua n tan chong.. |
|
|
|
|
|
|
|
jalan situ keras banyak baby mengawan kt situ sebab tu org akciden duk langgar baby berasmara dana kat atas jalan raya |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|