CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 14003|Reply: 47

Hak anak tiri

[Copy link]
Post time 11-6-2009 04:38 PM | Show all posts |Read mode
Salam,

Nak tanya sesapa yg tahu mengenai pembahagian harta. Hubby pernah berkawin sebelum ni dan mempunyai seorang anak lelaki dgn bekas isteri. Saya ada sedikit kemusykilan ttg pembahagian harta. Sewaktu perkahwinannya yg terdahulu, mereka tidak menpunyai rumah, sekadar menyewa. Ada dua kereta, dua2 hubby yg bayar. Tetapi slps bercerai, kereta bekas isteri ditarik sbb dia tak buat bayaran. Kereta yg dipakai suami pula hilang dicuri.

Kami berkahwin slpas bbrp thn hubby bercerai. Dlm tempoh hubby menduda, dia ada beli sebuah apartment. Dua kereta yg kami miliki skrg, kedua2 nya dibwh nama saya. Kami bercadang utk membeli rumah tidak lama lg dan meletakkan kedua2 nama kami atas rumah tersebut. Saya ingin tahu, adakah anak tiri berhak keatas rumah yg kami beli, sedangkan ia adalah harta sepencarian kami berdua. Mcm mana nak buat, spy anak2 saya yg mendapat hak sepenuhnya ke atas rumah tersebut sekiranya berlaku apa2 kepd hubby. Tambah2 lg, anak2 kami semuanya perempuan.

Harta lain saya tak kisah sgt sbb saya sendiri mempunyai byk tanah. Dan yg pastinya anak tiri tidak mempunyai hak ke atas harta saya. Saya hanya musykil ttg harta yg mempunyai nama hubby, memandangkan anak pastinya mempunyai hak ke atas harta ayahnya. Saya ingin melindungi hak anak2 saya dan harta penah lelah saya yg dikongsikan bersama suami.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-6-2009 04:44 PM | Show all posts
erm, rasenye nie persoalan bab agame yer
hmm, cube buka zaharuddin.net kalau2 dh ade bncg kt sane psl topik nie
xpon bukak thread kt persoalan agama sana
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2009 04:59 PM | Show all posts

Balas #2 syaiful\ catat

thank u sbb bg link tu. Saya dah tgk, tak der la.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 05:11 PM | Show all posts
seorang anak leh tuntut harte bapaknyer..
so harte bapaknyer kene bagi secare faraid...

kalo tak ikot hukum yg ditetapkan.. menafikan hak anak tersebut... makan ler bende haram
heheheheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-6-2009 05:32 PM | Show all posts

Balas #4 muor76\ catat

saya tak menafikan hak anak tersebut. Harta yg sememangnya atas nama suami saya sememangnya dia berhak tuntut dan saya wajib memberikannya.

Apa yg saya musykil adalah harta sepencarian saya dgn suami. Maksud harta spt rumah yg saya juga turut menyumbang/bayar dr hasil titik peluh saya. Saya rasa sblm nak nak kata org mkn bende haram, tgk2 la dulu. Saya bertanya spy benda sebegini tak berlaku. Saya pon tahu pasal halal haram ni.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 05:39 PM | Show all posts

Balas #5 roadwindy\ catat

harte sepencarian kalo tak silap aku kene bagi ikot faraid gak...
bahaye ooooo kalo tak ikot faraid...

jadik cam sedare aku... dinafikan hak orang lain... keluarge skang tunggang langgang...

tapi beter ko gi pejabat agame ler tanye hal nih... dorang lagi tau...
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 11-6-2009 05:51 PM | Show all posts

Balas #6 muor76\ catat

Mmg dlm islam pembahagian harta akan ikut sistem faraid. Tp, skrg kita ada pilihan.  kalau ada wasiat, sistem tersebut tidak digunakan.

Masalahnya skrg bukan harta sepencarian mak dia ngan hubby aku (ayahnya), tp harta sepencarian aku ngan ayahnya. So, aku musykil la, sama ada budak tu berhak atau tidak atas harta sepencarian aku ngan suami. Aku perlu tahu kerana ni adalah titik peluh aku gak, dan utk memastikan hak anak2 aku jg tak dinafikan.

Biasala manusia ni, sape tak nak harta tanpa susah payah.
Reply

Use magic Report

Post time 11-6-2009 06:02 PM | Show all posts

Balas #7 roadwindy\ catat

wasiat kalo dah ade senang ler cite... tak yah susahkan diri...

tapi tu ler.. ko gi rujuk pejabat agame dulu ler..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-6-2009 01:23 PM | Show all posts
tuan umah...aku ade tengok kat WHI kesah wasiat nih....kate ahli panel tuh abgi harta secara hibah pun boleh...hibah nih hadiah la..kire kalau nak bg same byk harta antara anak laki dan pempuan bapak leh buat secara hibah...

aku ade no tepon ahli panel nih kalau ko nak pm aku yer...kang aku tempek kat cni marah polak puan mod ..cam aku polak ahli pemegang amanah harta

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 15-6-2009 01:37 PM | Show all posts

Reply #9 mammavoque's post

sharing is caring maaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 15-6-2009 03:54 PM | Show all posts

Reply #9 mammavoque's post

Dah dapatkan khidmat peguam pasal ni. Harta di atas nama aku, mmg terang2 aku boleh wariskan kpd anak2 aku, so anak tiri tiada hak la. Harta2 hubby akan dibahagikan kpd aku sbg isteri dan juga waris2nya (anak2 aku + anak tiri). Kalau suami tiada buat wasiat, maka sistem faraid akan digunakan dlm pembahagian harta sepencarian kami.

Sekiranya berlaku kematian suami, ikut sistem faraid, harta sepencarian...isteri akan dpt bahagiannya dan bahagian suami pula akan dibahagikan kepada waris2nya (anak2 aku + anak tiri).

Namun, ada cara utk memastikan titik peluh kita tidak senang2 dinikmati oleh org lain (kalau anak tiri jer tak per, ni bekas isteri dan keluarganya turut bersenang atas titik peluh aku, apa halnya...), ada kaedah yg boleh digunakan.   

Hibah digunakan iaitu harta sepencarian aku dan suami,  bahagian suami dihibahkan kpd aku. So, automatiknya, rumah yg kami beli or apa shj yg kami beli secara bersama akan dihibahkan kpd aku. jd, aku boleh wariskan dan bahagi2kan kpd anak2 aku. * Ini kerana semua harta yang telah dihibah akan terkeluar dari harta pusaka dan tidak akan diagih kepada waris mengikuh Hukum Faraid.

Mungkin ada yg kata kenapa buat mcm tu. Anak tiri pon anak hubby kita jg. Tp, bila kita ada anak2 of course kita akan mendahulukan anak2 kita. Lg pon dia berhak atas harta2 lain yg di atas nama suami. Bila bab harta sepencarian, kita juga berpenat lelah mengeluarkan duit dan tenaga tp ada org lain yg senang2 cuci tgn jer dpt menikmati susah payah kita. Kalau boleh, biarlah anak2 kami yg menikmatinya.

Bayangkanlah, rumah yg kita beli, hiasi dan duduki dgn suami tiba2 ada org lain mempunyai hak ke atasnya. Org lain yg senang2 menikmati jerih perih kita mengumpul harta. Oooo...tidak..Kalau kita yg pergi dulu, lain cerita. kalau kita yg ditinggalkan, kita yg nak bersusah payah memperjuangkan hak pd sst yg kita usahakan.

Andaikata kalau tak buat hibah, maka aku hanya dpt sebahagian dan sebahgian lg dibahagikan atr anak2 aku + tiri. kalau kami ingin memiliki sepenuhnya, maka kami perlu membayar nilai bahagian yg diwarisi oleh anak tiri tu. pjg la pulak ceritanya.Tp, aku tak boleh nak terima hakikat yg aku nak kena bayar2 la pulak nak dptkan apa yg aku usahakan..Berat mata memandang, lg berat bahu yg memikulnya. sapa2 yg ada anak, pasti korang nak kan anak korang mendapat yg terbaik. begitu jg ngan aku.

Aku tak nak anak2 aku susah nak dptkan hak yg sepatutnya mmg milik mereka.
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 01:26 AM | Show all posts
Saya ingin tahu, adakah anak tiri berhak keatas rumah yg kami beli, sedangkan ia adalah harta sepencarian kami berdua.


jawapan aku.
berhak if nama berdua atas rumah wp kategori harta sepencarian.
anak tiri tu kategori waris suami if suami puan meninggal.  
ikut Hukum Faraid.
untuk elak kan berhak tu.. nama tu kena tukar nama puan sorang. then, baru takder sapa2 berhak kecuali puan dan waris2 puan.

tapi, kena ingat, kena beli umah tu atas tanah freehole ye..
jgn beli or buat umah atas tanah ibu suami puan.

mm..susah jugak ek kalo kawen dgn duda ada anak nie ekk.. kena pikir pasal harta..pasal anak tiri..

sebaik baiknye...ape2 jua harta yg ada geran, kena letak nama sorang sahaja. baru terjamin dimasa hadapan.
nama nama bersama nie susah sket lah dimasa hadapan. bukan terhad pada duda ajek, suami yg bukan duda pun bahaya gak. sbb kita tak tahu ape akan berlaku dimasa hadapan..

[ Last edited by  Hana at 16-6-2009 01:29 ]
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 09:26 AM | Show all posts
Originally posted by Hana at 16-6-2009 01:26


jawapan aku.
berhak if nama berdua atas rumah wp kategori harta sepencarian.
anak tiri tu kategori waris suami if suami puan meninggal.  
ikut Hukum Faraid.
untuk elak kan berhak tu.. na ...


tapi bile baca thread nie rasa sedihlah plak..
anak2 baka ader mak tiri..
mak tiri plak insyallah akan ader baby x lama lagi..
adakah dia jugak pk mcm ibu tiri yg lain..wallahuamlam
tapi x pela.. harta dunia..
insyallah baka sendiri akan berikan yg terbaik utk diorang.
so x payahlah diorang sibuk kat reta bapak dia..
abis citer...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2009 10:52 AM | Show all posts

Reply #13 bakawali_04's post

semua org nak anak2nya dpt yg terbaik. harta yg kita cari bukan utk org lain tp utk anak2 kita. Apa yg nak ditakutkan, harta bapaknya tetap dia akan warisi, tp harta sepencarian ibu tiri dan bapaknya terpulang kpd budi bicara mereka, kalau guna sistem faraid dpt lah.

kalau semuanya atas nama ibu tiri @ dihibahkan kpd ibu tiri...itu hak mereka. Kita kena paham, ibu tiri juga menyumbang dlm harta tersebut. Di pihak saya, saya menyumbang wang ringgit hasil titik peluh sendiri, usaha, masa dan tenaga. Of course saya nak anak2 saya yg mewarisi dan menikmatinya. Dlm perkahwinan terdahulu pasti bapak dan ibu si anak tiri  juga ada harta sepencarian. Jd pikir2 kan lah...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 11:28 AM | Show all posts
mmg sebagai ibu...selalunya nak yang terbaik untuk anak-anak...tapi mengumpulkan harta untuk dia rang bukan la yang terbaik untuk dia rang...tapi mendidik dia rang agar dapat mengumpulkan harta sendiri lagi terbaik...

bak kata pepatah....jangan bagi ikan tetapi ajar dia memancing ikan...

roadwindy...jangan la terlalu obsess nak draw a line on what is yours and what is theirs...kalau terkurang...bersyukur dengan aper yang diperolehi...mungkin sebanyak itu jer rezeki yang diperuntukkan untuk kita...tak cukup...gunakan harta yang sedikit tu untuk dilipat gandakan menjadi lebih banyak...dari secupak menjadi segantang....

kalau terlebih dibagi pada orang lain atau dalam citer ni pada anak tiri tu...anggap jer sebagai sedekah...ikhlaskan jerk...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 16-6-2009 11:53 AM | Show all posts

Reply #15 cantthinkofany's post

Saya bukan mengumpul harta semata2 nak mewariskan kpd anak2. Tp, pd hari ini, rumah etc adalah keperluan yg kita cuba perolehi. Sudah pasti bila kita dah tiada, nak harta tersebut diwarisi oleh anak2 kita..  

Bukanlah nak berkira, tp nak memastikan nasib anak2  saya terbela  bila dah tiada. Perlu draw a line what should be their clearly before someone else take opportunity without any efforts.

Saya tak nak di sbbkan oleh kejahilan saya ttg hak ini menyebabkan mereka yg ditinggalkan ditindas dan dinafikan haknya. Kena ingat, ramai org hr ni yg tak prihatin ttg wasiat dsbgnya. Kita ambil ringan...Biarlah, kalau org kata saya obses dan sebagainya.. Saya yg menghadapi, org lain hanya boleh berkata2.. hanya org yg melaluinya tahu..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 16-6-2009 12:46 PM | Show all posts
bukan aper babe...mmg la tujuan dan nawaitu lu tu murni....hanya kita lebih perlu memikirkan aper kesudahan kita di alam barzakh nanti...yang hidup tu masih banyak cara untuk memperbetulkan keshilapan mereka...tapi kita yang dah mati ni...hanya amalan kita di dunia jer yang dapat menolong kita...so kalau boleh biar terkurang jangan terlebih....

gua rasa lu tau...termakan harta anak yatim ni berat dosanya...

and to be more informed...definasi anak yatim tidaklah hanya menjurus kepada seseorang yang kematian ibu atau ayahnya.. "anak yatim adalah anak kehilangan ibu atau ayah ketika mereka masih kecil sehinggalah mereka mempunyai institusi keluarga tersendiri"..

gua minta maaf kalau lu tersinggung ngan ayat-ayat gua...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 01:08 PM | Show all posts
Originally posted by roadwindy at 16-6-2009 11:53
Saya bukan mengumpul harta semata2 nak mewariskan kpd anak2. Tp, pd hari ini, rumah etc adalah keperluan yg kita cuba perolehi. Sudah pasti bila kita dah tiada, nak harta tersebut diwarisi oleh a ...



saya faham bagaimana puan rasa insecure dgn harta anak2 puan dan bagaimana puan nak yang terbaik utk anak2 puan.. Tambahan pula anak2 puan semuanya perempuan... Saya tak arif sgt psl pembagahian harta pusaka, puan boleh rujuk website ini http://maths.usm.my/faraid/msl/default.html bagi pembagian faraid. Sekiranya suami Puan mati, bahagian anak2 perempuan puan mmg hanyalah separuh drpd bahagian anak lelaki suami puan sbb simati ada anak laki2 (walaupun bukan hasil perkahwiann dgn Puan) . Ini yg saya faham.. Saya rasa itulah yang Puan bimbangkan.

Tapi seandainya Puan risau hasil titik peluh Puan pergi pada org lain stlh suami Puan meninggal, bukan anak tiri puan saja yg pen harus tahu haknya.. ibubapa suami puan juga berhak jika mrk masih hidup.. malahan hak mrk keatas harta suami puan adalah lebih banyak drpd hak puan dan anak2 perempuan puan sendiri keatas harta ayah mrk... Tentu Puan pernah tengok iklan dlm TV dimana rumah dan harta isteri dan anak2 dimabil oleh keluarga suami yg telah meninggal sehingga mrk merempat.

Tentu Puan nampak mcm tak adil, bukan? Tapi Islam agama yang sempurna, tak dijadikan sesuatu hukum hakam itu untuk menyiksa hambanya.. Jalan keluarnya ttp ada cth spt yg telah Puan bincangkan dgn peguam puan...

Pendapat saya, ketika suami masih sihat sempurna, anak2 pun masih kecik dan boleh dididik, didiklah mrk umpama adik beradik sendiri tanpa wujud erti tiri dan sebaginya. Sesungguhnya abang tiri mrk itu juga akan menjadi wali mrk seandainya suami puan meninggal kelak.. Semoga puan lebih tenteram...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 01:09 PM | Show all posts
aku rs sbb utama ko nak selamatkn hak anak2 ko sbb ko ade anak tiri dan xwife laki ko tuh...kalau ko x der anak tiri x la ko beria duk kesah psl harta...abeh wat wasiat jek InsyaAllah hak anak2 kite terjamin...kalau nak gadoh pun belah PIL jek... nauzubillah

alah aku suh somi aku tuka pename EPF pun payah bagai nak kene g perang...tuko x letak name aku pun x kesah janji ade name anak2..idak ler esok ape2 jd sumer dpt kat MIL...bukan nak kate x berhak tp rsnye anak2 lebih berhak dapat la tuk sara hidup dan komitmen...MIL ramai anak2 lain aku somi sorang jek dan anak2 aku ayah pun sorang jek...susah senang ngan dia jek...so aku keraskn ati pujuk rayu joget goyang gerudi bagai suh somi aku tuka name.... dan op koz dia tuko walau duit epf x byk aku x kesah



so bg aku yg mane aku rs aku berhak dapat tuk anak2...aku akan buat cam ko jugek...cume biarlah berlandaskn hukum agama....x la esok2 jd beban polak dek TERambil hak anak2 yg lain...
Reply

Use magic Report

Post time 16-6-2009 01:13 PM | Show all posts
gua jumpa ni kat internet...maybe can be of help...agak lawak...tapi mungkin ader kebenarannya...

HIDUP SESUDAH MATI DAN MATI SESUDAH HIDUP. Apabila disebut Wasiat!! Ramai yang beranggapan, ahh ni untuk orang yang nak mati. Aku muda lagi. Macamlah kita boleh tahu bila nak mati. Tup Tup kita dengar kawan baik kita, meninggal dunia pagi tadi. Baru malam tadi solat Isyak berjemaah, sembang-sembang, tiada penyakit apa pun, sihat. Dah kembali. Macam tak percaya.

Buah kelapa pun ada tak sempat tua dah gugur. Orang Melaka panggil Potek Kelapa.

Tapi itulah hakikat kehidupan. Yang bermula pasti berakhir. Yang hidup pasti mati.

Dah mati kita anggap beres dah. Yang tinggal hang pa punya pasailah. Nak buat macam mana pun pandai-pandailah. Betoi ke lagu tu!!

Tak !!

Ini kronologinya.

Bila kita mati. Waris kita pun pi buat report balai polis. Polis pun mai ke rumah sahkan betoi ke tidak ? Komdian panggil doktor pula nak sahkan. Komdian panggil orang surau. Sehingga selesai talkin.

Malam tu pula ada kenduri. Kita pun pergi buat tahlil. Adatak kita tanya kenduri ni duit sapa ? Kalau bukan duit simati selamat kita semua. Kalau duit simati !!! Naya kita. Termasuk Pak Imam ke Ustaz ke ? Baca doa berbuih-buih tapi tak tahu dah termakan harta anak yatim.

Pasai apa? Sebab harta simati belum disucikan lagi.

Eh saya tak tahu tak pe kot ? Sama aje hukumnya dengan solat. Kalau tak tahu kena buat ape? Ngajilahkan. Tuhan tak terima alasan tak tahu.

Selesai kenduri esoknya waris pun pi lah ke pejabat ASB, KWSP, Tabung Haji, Bank-bank dll, nak keluar duit simati. Tengok semua tak boleh... Dah kena beku. Eh cepatnya? Siapa punya koje ni?

Ingat tak, bila waris pi buat report polis? Dari balai polis dia on-line ke Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Dari JPN on-line ke Amanah Raya (ARB). Amanah Raya akan hantar arahan membekukan semua harta, KWSP, ASB, Simpanan dan lain-lain lagi berkaitan.

Nak buat macam ni. Waris terpinga-pinga. Tanyalah saudara mara atau jiran kampong yang pernah alami kes macam ni.

Mula le le kena mohon surat kuasa mentadbir.
Kena lantik Kuasa Pentadbir. Peguamlah ape lagi. Nak jumpa peguam puluslah. Takde pulus kena pinjamlah dulu. Bayo ajelah keje kita. Tak bayo tak jalan.
Kena kumpul semua maklumat harta menda simati. Satu hal lagi mana nak cari dokumen-dokumen ni. Aduh poning kepala.
Kumpul semua waris-waris. Salinan kad pengenalan waris. Ni yang tension ni. Kalau semua satu kepala tak pe. Ada sorang pulak yang angin ? Mapuh kantoi bertahun-tahunlah jawapnya Ada pula yang tak ngam ? macam-macam yang kita dengar.
Kalau dah settle kumpul waris, kena pula cari 2 penjamin.
Buat permohonan surat kuasa mentadbir ( LA )
Lunaskan hutang-hutang simati.
Pembahagian harta sepencarian.
Barulah bagi harta ikut faraid.
Makan masa bertahun-tahun lamanya. Tengok Kg. Baru cukuplah. Sampai hari tak leh nak selesai. Nilai harta tanah berbillion-billion. Tapi tak leh nak buat apa. Beku sana beku sini. Harta pusaka sebelum perang Jepun ada tersangkut lagi. Bertindan-tindan, berlapis-lapis tuntutan harta pusaka. Tanah pusaka dari pecah 2 sampai pecah beratus-ratus pun ada.

Ikut faraid ni yang ramai tak ikut. Sebab apa ? Kebanyakan kita bila penama tu nama isteri. Maka isteri dapatlah duit tu 100%.

Ramai yang tak perasan dibawah borang penama tu ada sebut. Penama ini hanyalah sebagai pemegang amanah atau wasi, untuk dibahagi-bahagikan secara faraid.

Kat sini ramai yang sangkut. Ibu makan harta anak sendiri yang dikira sebagai harta anak yatim.

Yang simati dalam kubur tu boleh aman damai ke ? Kalau warisnya tak laksanakan harta pusakanya secara Faraid.

EH aku dah mati. Tak de kena mengena lagi. Kalau isteri aku tak ikut faraid dialah yang tanggung. Boleh ke beri jawapan macam tu kat Tuhan? Lu PK lah sendiri kata Nabil Raja Lawak Malaysia.

Ok kita tengok apa kita boleh buat. Bagi memudahkan kerja susah jadi senang.

Mula-mula kita jadilah Rakan Wasiat Amanah Raya Berhad ( ARB) Rakan Wasiat akan diberi sekeping Kad.
Lantik ARB sebagai pemegang wasi kita.
Buat wasiat. Kumpulkan dokumen segala harta benda kita termasuk segala simpanan.
Permohonan Geran Probet.
Waris Cuma tunjukkan Kad Rakan Wasiat.
ARB akan bacakan wasiat simati dan laksanakan.
Bayar kos pengurusan jenazah. Kalau dalam negeri tak pe. Kalau simati luar negeri? Bukan sikit belanjanya ooi.
Selesaikan dulu, jika ada hutang agama seperti haji, Zakat, Nazar, Fidyah, kafarah dll.
Selesaikan hutang dengan manusia - orang peseorangan atau institusi. Terutama yang ada pemegang kad kredit. Ada yang kena Caveat (kewek) pun ada. Hutang 5 ke 6 ribu tapi dia kewek semua harta simati.
Membahagikan harta sepencarian. Kalau tak buat siap-siap Anak ibunya hidup lagi. Ugut pagi petang siang malam nak duit yang abah tinggalkan. Mak dah tahan bagi aje.
Menunaikan wasiat simati contoh seperti :-
Wakaf sebahagian untuk surau, masjid, rumah anak yatim dll.
Wasiat untuk waris terdinding seperti anak tiri atau cucu kematian bapa. Dan anak angkat. Golongan ini bukan waris. Jika tak buat wasiat siap-siap, kesian 1 sen pun mereka tak dapat nanti.
Dan selesai laksanakan wasiat barulah harta pusaka bersih diagih-agihkan kepada waris mengkut faraid. Yang canggih Yang Berbahgia Ustaz Safri telah mencipta " KALKULATOR FARAID MUKMIN" yang pertama didunia. Bagi memudahkan pembahagian harta secara mudah, cepat, pantas dan bersistematik. Isi nama simati otomatik kita tahu Isteri dapat berapa? anak lelaki dapat berapa? Anak perempuan dapat berapa? Bapa dapat berapa? Ibu dapat berapa?
KESIMPULANNYA. Jika kita sudah merancang dari awal-awal lagi. Tidaklah kita menyusahkan anak isteri kita. Tunjuk aje kad Rakan Wasiat pada ARB, semua beres. Sebab apa semua info dah ada. Cuma nak jalankan aje wasiat tersebut.

Yang canggihnya hanya dengan sekeping Surat dari ARB waris kita dah boleh pi ambil duit ASB ke Tabung Haji ke? Bank ke? Power!!!!

Peguam pun tak leh buat lagu tu.

PROMOSI PROMOSI PROMOSI sehingga 30/7/2008.

Sesiapa yang berhajat untuk membuat wasiat? Disediakan Skim Bayaran Mudah secara ansuran.

Bayaran pendaftaran RM 150.00. Ansuran RM 50.00 untuk 5 kali bayar.

Bagi mereka yang membuat bayaran tunai hanya RM 350.00 sahaja untuk orang Islam.

Untuk bukan Islam RM 500.00 sahaja.

Kenapa orang bukan Islam mahal pulak?

Keranda Depa yang paling murah pun RM 10,000.00.

Jangan lupa layarilah http://wasiatmukmin.blog.com atau

www.warisanmukmin.blog.com untuk dapatkan info lanjut berkenaan

WASIAT dan menjadi RAKAN WASIAT.

Jom jadi rakan wasiat PERCUMA tiada dikenakan sebarang bayaran.

WALLAH HU ALAM Tok Siak

Jika ingin info lanjut sila hubungi :-
019-2535755/03-61930012
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 09:13 AM GMT+8 , Processed in 0.066744 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list