CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 47352|Reply: 255

[MERGED]Kisah Misteri UKM~ by Syd & cik.panda

[Copy link]
Post time 24-6-2009 10:11 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by BabeYSHa at 6-11-2010 08:42

Siswi UKM maut  dikejar  'lembaga'   
Oleh Petah Wazzan Iskandar Mokhtar
[email protected]

               

TEMPAT kejadian Wan Siti Farihan yang terjatuh dari tingkat empat  asrama Kolej Pendeta Za'ba, UKM, Bangi.

                  
KAJANG: Seorang siswi sarjana sains kimia Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)di sini, ditemui mati di kawasan letak kenderaan Blok C, Kolej Kediaman Pendeta Za'ba awal pagi semalam, dipercayai terjatuh dari tingkap biliknya di tingkat empat bangunan itu selepas dikatakan dikejar satu lembaga.

Mayat Wan Siti Farihan Mohamed Hassan, 23, yang lengkap berpakaian kemeja T kuning dan berkain batik ditemui oleh seorang tukang sapu di depan pintu laluan utama kolej itu, dalam keadaan mengiring dan muka lebam serta mulut berdarah, kira-kira jam 7 pagi.

Sehingga kini, polis masih menyiasat punca kejadian, tetapic erita mengenai gangguan lembaga itu kini tersebar dan menjadi perbualan ramai pelajar di kolej berkenaan.
        
Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Shakaruddin Che Mood, bagaimanapun berkata tiada bukti atau saksi yang boleh mengesahkan mangsa terjatuh selepas dikejar lembaga itu.

"Beberapa pelajar di kolej itu, termasuk rakan sebilik mangsa yang disoal siasat polis mengaku tidak mengetahui mengenai kejadian itu kerana mereka tidur.

"Bagaimanapun, kita akan meneruskan siasatan daripada pelbagai sudut, termasuk kemungkinan mangsa menghadapi tekanan,"katanya ketika dihubungi.

Shakaruddin berkata, sepasukan anggota polis bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan mengenai penemuan mayat pelajar tahun satu itu.

Mangsa yang bekerja sambilan sebagai pembantu penyelidik di UKM, dipercayai terjatuh dari tingkap biliknya beberapa jam sebelum ditemui berdasarkan keadaan mayatnya yang masih berdarah.

Mayatnya dihantar ke Pusat Perubatan UKM (PPUKM) untuk dibedah siasat sebelum dituntut keluarganya untuk dikebumikan dikampungnya di Jalan Long Yunus, Padang Bongor, Pangkalan Chepa,Kelantan.

Shakaruddin berkata, hasil bedah siasat mendapati tulang rusuk kiri mangsa patah dan menyebabkan pendarahan dalaman.

Timbalan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah ketika meluangkan masa setengah jam menemui keluarga mangsa di PPUKM, berkata pihaknya bersimpati dengan kejadian itu.

"Kita akan melihat hasil bedah siasat sebelum sebarang keputusan dapat dilakukan," katanya.

Sementara itu, seorang rakan mangsa yang enggan dikenali berkata, beberapa hari sebelum kejadian itu, Wan Siti Farihan berkelakuan pelik, termasuk mengikuti kelas agama di Serdang dan sering mengaji, berzikir serta melakukan solat sunat.

"Farihan juga selalu berjaga malam kerana mendakwa tidak dapat tidur. Saya yang kenal dengan dia sejak zaman sekolah rendah,percaya ia tiada kaitan dengan percintaan kerana dia tidak mempunyai teman lelaki.

"Tiga jam sebelum kejadian, Farihan bangun dan memaklumkan ingin ke tandas. Saya tidak syak sesuatu yang dan terus tidur sebelum terkejut apabila dimaklumkan Farihan ditemui terbaring di kawasan letak kenderaan ketika hendak menunaikan solat subuh," katanya.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2009 10:21 AM | Show all posts
syd.. instinct aku kata ko ex ukm. betul ke?

kiz ke?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 10:22 AM | Show all posts
cm pelik cm mana dia oleh terjatuh
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 10:26 AM | Show all posts
al-fatihah...
takziah pd family
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 10:32 AM | Show all posts
lembaga hapeh agak2nye ek????
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2009 10:47 AM | Show all posts
itu aku nak tahu gak neh
meh laa share citer

apa kah jenis hantu yang wujud kat UKM tu?

green lady ado tak? hehe
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-6-2009 11:27 AM | Show all posts
Cerita tak jelas. Mana datang cerita dikejar lembaga tu. Ada orang nampak ke? Otherwise, takkan la arwah bangun cerita kat orang cemana dia boleh mati.

Bila ada speculation camni yang kureng syok.. sebab jadik fitnah..

Anyway, aku doakan semoga roh arwah ni dirahmati Allah. Takziah kepada keluarga dia..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 11:28 AM | Show all posts
err..yg aku taw ada kat tmpt² tertentu tu mmg tmpt mainan dia..
mak aku la cite dr zaman dia stadi taun 70an dulu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-6-2009 11:41 AM | Show all posts
8# pakupayung21

kaw bhantu?
kat ukm tu ker?
area mana?
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 12:07 PM | Show all posts
alamk haku pun pernah jugak dok zaaba nih, blok yang sama..masa tu aku jd guest researcher ada collaborate with UKM nih..then aku n my frend dipindahkan ke blok guest..satu blok besar tuh just me n my frens dok kat ctu (6 mth dok ctu)..seramm siott, especially masa nak bgn solat subuh..tp so far Alhamdulillah x nampak n jumpa apa2..huhu..dengar bunyik2 tu adelah..monyet2 n babi hutan pun byk berkeliaran kt blakang blok...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 12:22 PM | Show all posts
itu aku nak tahu gak neh
meh laa share citer

apa kah jenis hantu yang wujud kat UKM tu?

green lady ado tak? hehe
Syd Post at 24-6-2009 10:47 AM

heheh... green lady ada kat asrama sekolah ajo kot, mana2 sekolah yg ada kolam takungan yg dah berlumut ... hehehe... cth mrsm kt
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 12:26 PM | Show all posts
byk tempat yg dikatakan berhantu kat ukm neh, tapi alhamdulillah ku tak pernah sekali pun terkena atau yg sewaktu dgnnya ...

Lagipun mana leh nk pk2 sgt benda nih, dah ler dok kat kolej (dulu kamsis) ibu zain, mlm2 ada kelas english, sorang2 lak tu huhuhu... kuatkan iman, panjat tangga ibu zain yg kat depan FSKK sorang2 lepas kelas kul 10 mlm.
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 12:34 PM | Show all posts
7# duquesne

tu la...baru nak tanya...mcmana leh kuar citer dia jatuh bangunan sebab nampak lembaga....sedangkan dia dh meninggal...speku aje ke...hanya dia je tau kenapa dia terjun dr tingkat tu kan...Wallahualam...

apapun...takziah pd keluarga arwah...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 12:43 PM | Show all posts
mod...sorry..terdabel lak
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 12:45 PM | Show all posts
tetiba mcm tak betul je.....
siapa pulak yg beritahu dia kena kejar hantu...
kalau mcm tu mesti ada org lain yg berada bersama dia...
tak lah dia ditemui oleh tukang sapu...
tak logik sungguh...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 01:00 PM | Show all posts
a'ah kan.. cne dorg taw arwah kne kejau ngan lembaga x bernama tuu... x logik tul..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-6-2009 01:27 PM | Show all posts
sape yg kate dia dikejar lembaga... karut je la...
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 01:28 PM | Show all posts
a'ah kan.. cne dorg taw arwah kne kejau ngan lembaga x bernama tuu... x logik tul..
nemo0309 Post at 24-6-2009 13:00


kannn...sbb die jew yg ader watu tuh..incase..kalu ader orng len yg tau..
napow kene tggu cleaner yg jmpe mayat arwah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-6-2009 01:42 PM | Show all posts
member aku bg tau pasal ni time aq dh on da way balik umah, seb baik....member aq dgr cite dr bdak2 blok tu kate ade yang dengar org menjerit2 time kol 4-6 pagi tu,pastu trus senyap, drg igt takde paper la, skg ni tak tau lg ape sbnr cite nye wallahualam...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-6-2009 01:46 PM | Show all posts
tekanan perasaan kot
tu yang mcm ala2 menjerit tu

mungkin nak start jadik histeria ke apa
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-2-2025 10:56 AM GMT+8 , Processed in 0.094590 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list