|
Post Last Edit by Syd at 13-11-2009 10:46
Tambang Bas T529 Di Shah Alam Guna Hanya Touch 'n Go Mulai Esok
KUALA LUMPUR, 30 Jun (Bernama) -- Bas RapidKL T529 yang beroperasi di laluan Hentian Bandar Shah Alam-Stesen Komuter Seksyen 19 Shah Alam, akan menggunakan sistem bayaran tambang secara elektronik Touch 'n Go mulai esok sehingga 31 Julai.
Syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) dalam satu kenyataan hari ini berkata pembayaran secara elektronik itu hanya untuk tempoh percubaan bagi menilai keberkesanan sistem itu dania masih belum dikuatkuasakan untuk semua bas miliknya.
Menurut RapidKL penggunaan sistem elektronik itu bertujuan memudahkan penumpang menaiki bas kerana transaksi lebih cepat dapat dilakukan berbanding melalui bayaran secara tunai.
Menurut kenyataan itu penumpang yang ingin membeli atau menambah nilai kad Touch 'n Go di atas bas hanya boleh menggunakan wang nota RM5, RM10 atau RM50 bagi setiap transaksi.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
kalau pakai touch n go, maksudnya..
contoh: tambang RM1
so tiap kali naik RM1
rapidkl kan selama ari nih dok guna kaedah sistem satu tiket guna tuk satu hari (ikut zon)?
tak berbaloi kot kekdahnya... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
- kenyataan hari ini berkata pembayaran secara elektronik itu hanya untuk tempoh percubaan bag
Copy the Code
dlm tempoh percubaan ni, jom pakat2 boikot je. pastu komplen masuk tv dan harian metro |
|
|
|
|
|
|
|
aku tgh mengira kerugian nih
kalau pakai touch n go
hehe |
|
|
|
|
|
|
|
rapidkL nih, luar je lawa. dlm dia seat tanggal, patah riuk pun ada.
lagi dajal kalo ekon rosak tapi driver wat bodo tak bukak pintu, tapi bukak tingkap belah dia je. |
|
|
|
|
|
|
|
kopak le duet aku kalo sume bus rapid kl die bt g2.. |
|
|
|
|
|
|
|
rapidkL nih, luar je lawa. dlm dia seat tanggal, patah riuk pun ada.
lagi dajal kalo ekon rosak tapi driver wat bodo tak bukak pintu, tapi bukak tingkap belah dia je.
bzzts Post at 1-7-2009 10:27
lg best time ujan..
bocor abis... |
|
|
|
|
|
|
|
eh pakai Tn G sama la mcm byr tiket.. pi touch balik touch lagi sekali tp dia x tolak duit yang balik tu..
aku dh pernh try laaa.... x pon ko kol Rapid untuk kepastian...
dia x tolak la |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
8# rienafaiz
ye ke?aku dok pikir gak mcmana sistem touch n go diaplikasikan pd tambang bas rapid nie...sebab evertime nek kene touch...so...mcmana ek....mcm aku dok guna bas Utama n Tempatan..pegi balik...so....macamana dia kire ek? |
|
|
|
|
|
|
|
RapidKL hapus sistem tiket bas harian
30/07/2009 1:21pm
SUBANG 30 Julai – Syarikat Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) akan menghapuskan sistem tiket bas harian dan digantikan dengan sistem tiket mengikut perjalanan berkuat kuasa 1 September ini.
Ketua Pegawai Eksekutifnya, Suffian Baharuddin berkata, ia sejajar dengan keputusan kerajaan menaikkan kadar tambang bas dan teksi seperti mana yang diumumkan baru-baru ini. - Utusan |
|
|
|
|
|
|
|
RapidKL naik tambang bas mulai 1 September
KUALA LUMPUR: RapidKL mengumumkan mulai 1 September ini tambang perkhidmatan basnya akan dinaikkan dengan kadar baru tambang harian naik sehingga 100 peratus.
Bagaimanapun, RapidKL akan memberi potongan harga antara 60 dan 80 peratus kepada pengguna yang membeli pas bulanan. |
|
|
|
|
|
|
|
reramai laa sign petisyen tu |
|
|
|
|
|
|
|
RapidKL umum kadar tambang baru bas
30/07/2009 4:07pm
PETALING JAYA 30 Julai — Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) hari ini mengumumkan tambang baru bagi perkhidmatan bas mengikut zon yang akan berkuatkuasa mulai 1 Sept depan.
Ketua Pegawai Eksekutifnya Suffian Baharuddin berkata RapidKL akan memperkenalkan struktur tambang mengikut zon bagi kesemua 165 laluan bas sekaligus menggantikan tambang pas harian yang dilaksanakan RapidKL ketika ini.
“Kadar tambang baru itu membabitkan perubahan daripada konsep pas harian kepada tambang bagi setiap perjalanan mengikut zon yang direntasi, seperti yang diamalkan pengusaha bas henti-henti lain di Lembah Klang,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Suffian berkata penumpang bas Tempatan kini membayar RM1 secara pas harian, namun untuk kadar baru, RM1 hanya untuk sekali perjalanan sahaja.
“Struktur tambang baru bagi bas Bandar pula adalah RM1 untuk sekali perjalanan berbanding RM2 bagi pas harian sebelum ini,” katanya.
Katanya bagi bas Utama, penumpang akan dikenakan bayaran mengikut zon, iaitu RM1 bagi perjalanan satu zon, RM1.90 merentasi dua zon, RM2.50 merentasi tiga zon dan RM3 merentasi empat zon.
“Struktur tambang baru bagi bas Ekspres pula adalah RM3.80 untuk sekali perjalanan,” katanya.
Suffian berkata RapidKL juga akan menawarkan kadar diskaun 50 peratus melalui tiket konsesi bagi pelajar sekolah berpakaian seragam, warga emas dan golongan orang kurang upaya bagi semua perkhidmatan bas Tempatan, Utama, Bandar dan Ekspres.
Selaras dengan pelaksanaan struktur tambang bas mengikut zon itu, RapidKL memperkenalkan pas perjalanan Bulanan Bas yang boleh dinikmati penumpang dengan penjimatan sehingga 50 peratus.
“Penumpang yang kerap menggunakan perkhidmatan bas RapidKL digalakkan membeli pas bulanan yang memberikan penjimatan kos perjalanan berbanding dengan membeli tiket setiap kali menaiki bas RapidKL,” katanya.
Pas bulanan perkhidmatan bas Tempatan dijual pada harga RM40, pas bulanan bas untuk semua laluan bas Tempatan, Bandar dan Utama RM100, Pas Bulanan Integrasi untuk semua laluan bas Tempatan, Bandar dan Utama serta perkhidmatan LRT aliran Kelana Jaya dan Ampang berharga RM150.
“Bagi pas Bulanan Konsesi untuk semua laluan bas Tempatan, Utama dan Bandar pula berharga RM50,” katanya sambil menambah pas-pas bulanan tersebut akan mula dijual pada 20 Ogos.
— BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
waaaaaaaaaaaaa............hampeh la.....
mmg hrpkn rapidkl je nk g kls...dh jd mcm nih.....xkn nk hrpkn bas uitm yg 2x5 hampeh tuh....adushhh
kejam sgt kejam!!!!! |
|
|
|
|
|
|
|
RapidKL jual pas bulanan “Rapidpass” mulai esok
19/08/2009 11:49pm
PETALING JAYA 19 Ogos — Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn Bhd (RapidKL) akan menjual pas bulanan RapidPass dengan menawarkan 50 peratus diskaun mulai esok di 11 hab dan depot bas, serta di semua stesen Sistem Transit Aliran Ringan (LRT) Aliran Kelana Jaya dan Ampang.
Kesemua lima kategori pas bulanan itu boleh didapati di kaunter tiket dan informasi bas Jalan Sultan Mohamed, tujuh hab bas iaitu di Jalan Chow kit, Jalan Silang, Titiwangsa, Maluri, Warta Lama, Putrajaya Sentral, dan hab bas KL Sentral, kata Pengurus Besar Komunikasi, RapidKL Ebi Azly Abdullah dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Manakala depot yang akan menjual RapidPass adalah Depot Pandan, Jalan Klang lama serta Jalan Chow Lin, katanya.
Lima kategori pas bulanan itu terdiri daripada RapidPass Bas Tempatan, RapidPass Bas Semua, RapidPass Integrasi Bas dan LRT serta RapidPass konsesi yang terhad untuk pelajar sekolah berpakaian seragam, warga emas 60 tahun ke atas dan Orang Kurang Upaya (OKU). - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
dulu sy amik bas kat ampang ni g ke klcc RM2 2hala, skg RM2.50 sehala RM5 utk 2hala....cekik darah la |
|
|
|
|
|
|
|
tambang naek skali ganda..
dlu gi balik kerja bru 2 hengget
la ni 4 hengget..plg geram dari rumah to office
rm 1.90, balance skupang tak kasik, tros masuk tong bas..
hampeh!!
ptt naek harga, perbaiki la service..on time ke, byk kan bas, bas cantek dll
tq najib-rakyat mmg diutama kan |
|
|
|
|
|
|
|
last wek nek rapid-kl.perjlnan pegi,OK!nk blk,dgn cnfidentnye tunjuk tcket yg sama kt driver,tup tap dia kata bnd 2 just sehala jek..teros kalut cri duet rm1.. |
|
|
|
|
|
|
|
Laluan RapidKL disusun semula
Oleh ARDYHANSAH AMAT
[email protected]
PETALING JAYA 12 Nov. – Bermula Isnin ini, Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Sdn. Bhd. (RapidKL) menyusun semula 45 laluan bagi perkhidmatan bas di sekitar ibu negara.
Ketua Pegawai Operasi (Bas) RapidKL, Datuk Mohamed Hazlan Mohamed Hussain berkata, laluan langkah itu bertujuan membolehkan pengguna menuju terus ke pusat bandar tanpa perlu menukar bas.
Menurutnya, langkah itu juga adalah susulan daripada aduan orang ramai yang terpaksa menukar bas untuk ke pusat bandar.
“Misalnya, penumpang dari Batu Caves yang ingin ke pusat bandar, terpaksa berhenti di Chow Kit (hentian akhir bas) dan mendapatkan bas lain,” katanya pada sidang akhbar bagi mengumumkan penyusunan semula laluan bas RapidKL di sini hari ini.
Penyusunan semula itu melibatkan 32 laluan yang dipanjangkan ke pusat bandar, laluan yang diubah (11) dan laluan baru (2).
Sembilan laluan yang sedia ada akan ditamatkan kerana didapati berlaku pertindihan.
Mohamed Hazlan berkata, apa yang menarik ialah penyusunan itu membolehkan orang ramai berjimat kerana tambang tidak dinaikkan walaupun jarak perjalanan bertambah.
Secara mudahnya, kadar tambang RM2.50 dari Batu Caves ke Chow Kit akan kekal walaupun penumpang turun di Lebuh Ampang.
Sebelum ini, mereka perlu menaiki bas lain dengan kadar tambang RM1 dari Chow Kit untuk ke Lebuh Ampang (pusat bandar).
Pada masa yang sama, katanya, RapidKL juga akan menambah bilangan bas daripada 184 buah ke 341 buah bas dalam usaha meningkatkan lagi kualiti perkhidmatan.
Ia meliputi perkhidmatan di 980 kawasan perumahan sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.
“Namun, kita memberi jaminan yang pertambahan bilangan bas ini tidak akan menyebabkan kesesakan lalu lintas di pusat bandar.
“Ini kerana terdapat pembahagian destinasi akhir bagi bas yang menuju ke pusat bandar iaitu di Lebuh Ampang, Medan Pasar, Bukit Bintang, Jalan Silang dan Pasar Seni.
“Apa yang penting, RapidKL hanya berhenti tidak melebihi sepuluh minit untuk tujuan menurunkan dan mengambil penumpang,” jelasnya.
Mohamed Hazlan berkata, matlamat RapidKL hanya satu iaitu memudahkan pengguna dengan menyediakan perkhidmatan yang lebih baik, kekerapan perkhidmatan bas yang lebih tinggi, waktu menunggu lebih pendek dan lebih nilai untuk tambang yang dibayar. |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|