CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5479|Reply: 8

Rome: kota mitos

[Copy link]
Post time 1-7-2009 09:56 AM | Show all posts |Read mode
Rom kota mitos




Landskap purba jadi tarikan: Colosseum antara tujuh binaan dianggap ajaib di dunia menjadi ikon tersohor Rom

BERJARAK hanya kira-kira 35 kilometer, perjalanan menaiki bas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Leonardo da Vinci di Fiumicini yang berusia 48 tahun ke ibu kota Rom tidak mengambil masa yang panjang.

Semakin menghampiri pusat bandar raya, imej sebenar kota Rom kian terserlah dengan kiri dan kanan jalannya dipenuhi bangunan berciri silam dan reka bentuk nostalgia.

Sebagai kota warisan daripada peradaban Eropah yang masyhur, sememangnya Rom amat kaya dengan warisan sejarah, seni dan budaya, diisi bangunan yang menampilkan ciri dan reka bentuk bernilai estetika.

Rom adalah bandar raya terkenal di dunia dan tidak dapat dinafikan, menjadi impian kebanyakan orang untuk menjejakkan kaki di kota berlandskap bangunan purba ini.

Beberapa minggu lalu atau lebih tepat lagi pada 28 Mei 2009, ibu kota ini menjadi tumpuan jutaan manusia dari seluruh dunia, khususnya peminat bola sepak apabila dipilih menjadi gelanggang pertembungan kelab bola sepak gergasi dunia.

Stadium Olimpik Rom diisi puluhan ribu peminat, manakala jutaan yang lain pula terpaku di depan televisyen menyaksikan pertembungan klasik Manchester United dan Barcelona bagi merebut trofi Liga Juara-Juara Eropah.

Namun, ikon tersohor di bandar raya ini dan juga di seluruh Itali tentunya bangunan Colosseum, lokasi mesti dilawati setiap pelancong yang berkesempatan mengunjungi Rom.

Melihat bangunan ini dari dekat, fikiran pasti mengimbau kepada personaliti dan peristiwa silam yang sinonim dengannya seperti Julius Caesar, Nero dan pahlawan berani mati, Gladiator.

Bagi zaman pertengahan, Colosseum antara tujuh binaan dianggap ajaib di dunia selain Stonehenge di Amesbury, England; Makam Kom el Shoqafa di Iskandariah, Turki; Tembok Besar dan menara tanah liat Nanjing di China; Hagia Sophia di Turki dan menara Pisa di Itali.



Kota Rom dipenuhi bangunan bersejarah yang tidak ternilai.

Dengan membayar tiket berharga 8 Euro atau kira-kira RM39, peluang meninjau apa yang ada di dalam bangunan usang namun tampak masih utuh ini pasti menimbulkan rasa kagum dan bagi sesetengah orang, mungkin juga gerun.

Di tapak lapangan atau arena yang boleh memuatkan kira-kira 50,000 penonton inilah pelbagai bentuk kekejaman dan keganasan pernah berlaku pada zaman pemerintahan Empayar Rom kuno suatu ketika dulu.

Antara keunikan pada bangunan empat tingkat ini ialah ia dilengkapi bilik bawah tanah serta sistem mengangkat barang yang primitif.

Roman Forum atau Forum Romanum, satu lagi warisan Empayar Rom purba yang punya nilai sejarah tersendiri. Di kalangan pencinta sejarah, lokasi ini amat wajar dikunjungi.

Daripada kesan tinggalan yang ada, pengunjung akan dapat berimaginasi mengenai sistem pemerintahan termasuk undang-undang, keagamaan, sosial dan aktiviti ekonomi yang pernah wujud pada era Republik dan Senat di bawah Empayar Rom lampau.

Daya penarik lain ialah Pantheon, sebuah gereja purba yang kelihatan masih utuh walaupun usianya hampir 1900 tahun.

Bangunan ini menampilkan ciri seni bina amat mengagumkan dengan kubahnya yang besar dan cukup unik, sekali gus pasti mengundang rasa pegun terhadap kebijaksanaan dan teknologi masyarakat tempatan pada zaman lampau.

Gereja lain yang terkenal ialah St Peter Basilica yang menjanjikan pengalaman unik kepada pengunjungnya. Gereja terbesar Katolik ini terletak dalam kedaulatan dan entiti berbeza dengan negara Itali, iaitu Vatican, negeri paling kecil di dunia.

Ia mempunyai corak hiasan yang cukup artistik lagi mengagumkan, tetapi tidak menghairankan kerana reka bentuk bangunan ini adalah hasil sentuhan seniman dan arkitek tersohor Itali, Michealangelo.

Sebelum dibenarkan masuk ke gereja ini, pengunjung dikehendaki beratur menjalani pemeriksaan sebagai langkah keselamatan.

Tempat suci penganut Roman Katolik di Kota Vatican ini menjadi destinasi yang cukup terkenal dan sentiasa menarik ramai pengunjung dari seluruh dunia.

Piazza Navona pula dataran paling terkemuka di kota Rom, terkenal dengan air pancutnya yang sentiasa menggamit pelancong untuk menikmati suasana santai sambil memenuhi kafe terbuka, restoran dan kelab hiburan di sekitarnya.

Suasana di dataran ini dimeriahkan dengan kehadiran seniman jalanan seperti pelukis, pemuzik dan pelbagai lagi.

Kota Rom juga begitu kaya dengan muzium dan galeri dengan yang paling menonjol tentunya Muzium Kebangsaan selain Palazzo Venezia, bangunan yang dibina pada pertengahan abad ke-16.

Di balkoni Palazzo Venezia inilah diktator terkemuka Itali, Benito Mussolini pernah berucap di hadapan puluhan ribu rakyatnya sewaktu Perang Dunia Kedua dan bangunan ini juga pernah dijadikan ibu pejabat kerajaan diktator itu.

Pada hari terakhir lawatan, penulis sempat berkunjung ke Trevi Fountain yang tidak kurang menarik dengan mitos tersendiri.

Mitosnya menyebut sesiapa yang mencampakkan objek berbentuk syiling ke kolam takungan di sini, dipercayai akan kembali lagi ke sini dan itu jugalah harapan penulis ketika kaki melangkah meninggalkan kota penuh bersejarah ini.




next year holiday aku... nak pegi ROME...giler bersejarah betul  ler tempat nih!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-7-2009 10:56 AM | Show all posts
1# amazed
mengenai campak duit syiling dlm air ni, memang tradisi atau kepercayaan org2 barat mcm tu. Bukan kat rome jek. Kalau pergi castle2 kat uk, ada je duit2 syiling dicampak dlm kolam2. Sebab they all ni pun percaya dgn tahyul. Konon kalau niat apa2 mcm nak cari jodoh etc, pastu campak duit syiling dlm air (kolam), nanti tercapai hasrat.

errr... rasa mcm nak pi kutip jek duit2 syiling tu. Boleh jugak buat belanja. Kat Melaka, kat perigi hang li po kalau x silap me pernah nampak ada duit2 syiling ni dicampak org.
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 03:06 PM | Show all posts
i pun sama ase mcm nk kutip je.. kasi kat org yg memerlukan... ade pekdah sket... huhuhu...
Reply

Use magic Report

Post time 1-7-2009 04:27 PM | Show all posts
salah satu kota yang menyimpan sejarah tamadun yang tidak ternilai..
Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 12:45 AM | Show all posts
hang tanak pegi kota mekah ka???

lagi bersejarah weiiii....

Reply

Use magic Report

Post time 3-7-2009 04:05 PM | Show all posts
ada gamba kota pompeii yg ditelan larva gunung berapi tu tak???
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 4-7-2009 01:56 AM | Show all posts
rom ....best..salah satu tamadun yan disebut dalam quran...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 4-7-2009 02:38 AM | Show all posts
hang tanak pegi kota mekah ka???

lagi bersejarah weiiii....


zaujahzauji Post at 3-7-2009 00:45



MOSTI nak pi..


rome rome jugak........mekah jangan lufe!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-7-2009 06:49 PM | Show all posts
bila laa dpt merasa peluang jejak kan kaki ke tempat2 bersejarah camnih..mesti best kan...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-12-2024 12:24 PM GMT+8 , Processed in 0.051033 second(s), 21 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list