|
Cruiser bercirikan Amerika
Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN
Selepas Jepun, Malaysia menjadi pasaran terbaru Kawasaki VNII yang menjadi lambang komitmen syarikat automotif itu bersaing di pentas antarabangsa.
SELEPAS berjaya menawan hati ramai peminat motosikal tempatan menerusi model dual purpose, ER6-N dan sportbike berkuasa sederhana iaitu Ninja 250, jenama motosikal terkemuka dari Jepun ini bersedia untuk menggempur pasaran sekali lagi.
Kali ini, pemilihan model yang dibuat dilihat cuba untuk memenuhi kehendak kelompok yang inginkan sebuah motosikal bagi tujuan santai pada hujung minggu.
Jika anda masih ingat, Kawasaki pernah menawarkan model Vulcan 500 (pesaing kepada model Yamaha Virago) dan Kawasaki Eliminator dengan kuasa enjin 250cc sekitar tahun 1990-an.
Kemudian, kedua-dua model itu tidak lagi dipasarkan. Sebaliknya, ia diganti dengan model lebih berkuasa, antaranya seperti Vulcan 900 yang diimport sepenuhnya dari Jepun.
Justeru, jentera yang diberi nama Kawasaki VNII ini tiba tepat pada masanya. Ia sekali gus membuktikan komitmen Kawasaki Motors (Malaysia) Sdn. Bhd. (KMM) dalam menjadi penyedia model dipasang tempatan (CKD) premium untuk pasaran Malaysia.
Pada asalnya, Kawasaki VNII merupakan model untuk pasaran domestik Jepun. Setelah tidak lagi dijual di sana, model itu akhirnya menemui pasaran baru sekali gus membuatkan Malaysia selaku satu-satunya negara yang menghasilkannya di luar Jepun.
Kod VN itu merujuk kepada perkataan Vulcan yang mula dihasilkan sejak tahun 1984 menerusi model Vulcan 750, sebuah cruiser bercirikan Amerika.
Dalam rangkaian model jentera dua roda Kawasaki, Vulcan mewakili segmen motosikal cruiser atau easy rider yang terdiri daripada banyak varian enjin. Bermula dari angka sekecil 125cc (Modenas Jaguh) sehinggalah sebesar 2,000cc.
Berbanding dua model sebelumnya (ER6-N dan Ninja 250), tanpa sebarang pelancaran rasmi, Kawasaki memperkenalkan model (CKD) menerusi satu sesi tunggang uji ke Melaka.
Sebanyak tujuh buah Kawasaki VNII disediakan untuk mengharung perjalanan melalui lebuh raya dan jalan kampung yang berbengkang-bengkok sebelum tiba di Banda Hilir, Melaka.
Sebelum itu, jangan tertipu dengan jumlah sesaran 249cc tersebut. Ini kerana fizikal Kawasaki VNII tidaklah sekecil yang anda sangkakan. Sekali pandang, ia seakan-akan menampung enjin sekurang-kurangnya bersesaran 500cc.
Apatah lagi unit yang dipandu uji ini dipasang dengan aksesori lengkap seperti cermin penampan angin, penyandar belakang, pelindung enjin dan tapak pengikat barang. Visual itu disempurnakan lagi dengan bentangan enjin krom berkilat, ekzos dan penggunaan tayar belakang tanpa tiub bersaiz 160/80-15M/C 74 S.
Cukup terkenal dengan aplikasi enjin dua silinder berkonfigurasi V atau V-Twin, model ini juga tidak terlepas daripada memiliki persamaan tersebut. Angka Roman II yang ada pada VNII sebenarnya menjadi petunjuk kepada jenis enjin V-Twin yang digunakannya.
Enjin V-Twin dengan rekaan 90 darjah serba baru ini sememangnya memberikan kuasa tork yang cukup baik. Malah, kuasa enjin tersebut dapat diekstrak dengan sempurna menerusi transmisi enam kelajuannya.
FIZIKAL Kawasaki VNII tidaklah sekecil seperti yang anda sangkakan.
Agihan kuasanya yang linear dapat dirasai sebaik pendikit minyak dipulas. Sistem penyejukan cecairnya membuatkan kuasa lebih lancar, tork yang ketara, biarpun enjin beroperasi pada julat putaran enjin (rpm) yang rendah dan sederhana.
Kelebihan ini boleh anda manfaatkan terutamanya ketika terpaksa menempuh kesesakan jalan raya. Tidak perlu terlalu kerap menukar gear rendah kerana kuasa yang ada padanya tidak membuatkan penunggang merasakan senggukan yang ketara.
Klac tangan dan tuil gearnya yang lembut menambahkan lagi keseronokan menunggang VNII. Tambah seronok apabila klac tangan tarik separuh dan merasai tujahan kuasanya.
Diletakkan pada setting paling lembut, sistem suspensi belakang dari jenis swingarm mampu memberikan tunggangan yang selesa. Bagi mereka yang mempunyai berat badan sedikit berlebihan, jangan bimbang kerana ia boleh dilaras mengikut kesesuaian.
Tipikal bagi sebuah cruiser, meter kelajuan analognya disimpan dalam satu perumah bulat yang dilekatkan di atas tangki minyak. Saiznya yang besar dengan jarum dan angka berwarna putih memudahkan penunggang mengetahui takat kelajuan sewaktu menunggang.
SEBAHAGIAN daripada wakil media yang diberi peluang menunggang
Kawasaki NVII dalam satu sesi tunggang uji ke Melaka.
Melayani selekoh sewaktu menyusuri jalan-jalan kampung di Sepang, Linggi, Masjid Tanah dan Kelabang tetap memuaskan, walaupun cuacanya panas serta awan kelabu akibat jerebu.
Biarpun didera dengan deruan angin yang keras, diacah dengan kenderaan besar di lebuh raya, Kawasaki VNII masih boleh memecut. Mungkin disebabkan oleh faktor berat badan, saya mampu mencecah kelajuan maksimum 160 kilometer sejam, sebelum tangan yang semakin lenguh memegang kejap hendal memaksa kelajuan itu dikurangkan kepada had laju sewajarnya.
Biarpun penat, perjalanan yang agak jauh ini dirasakan cukup berbaloi. Apatah lagi kerana dapat menikmati pengalaman mengendalikan VNII secara personal.
Ditawarkan pada harga RM25,989 dan tambahan RM1,000 untuk semua aksesori, Kawasaki VNII mungkin tidak berdepan masalah mencapai sasaran peningkatan jualan sebanyak lima peratus yang telah ditetapkan oleh KMM menjelang akhir tahun ini.
waduh..bestnyer kalu aku dapat kawasaki ni sebijik...bley balik johor ride a bike no hal.... |
|
|
|
|
|
|
|
bump....ini muto... |
|
|
|
|
|
|
|
overprice fro 250cc bike... |
|
|
|
|
|
|
|
aku target beli motor ni biler umuq aku 50 tahun nanti..
kuar epf, beli cash!.. hihihihi |
|
|
|
|
|
|
|
ko dah 50 nanti tak nak nyer ko dgn moto ni...
paling lekeh pun fatboy maaaaaaa... hehehe |
|
|
|
|
|
|
|
tak nak la fatboy tu.. sebab aku kurus-boy laa.. tak sesueiii |
|
|
|
|
|
|
|
Nak pronounce VN Two atau VN Eleven?
Kalau tak baca artikel, maka ingatkan VN Eleven (1,100cc)
Model ni nak replace Eliminator kot.
(Masa test lesen B dulu guna VN750) |
|
|
|
|
|
|
|
macam2 boleh panggil
VN ai-ai
VN dua
VN sebelas |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanye korang.
apa ek pengalaman bawa motor cruiser nih,
ape kelebihan dan kesesuaiannya?
berminat gak la kalau dah khoje nak beli satu..
takpon kawasaki ninja 250 CC..
insyaAllah.. |
|
|
|
|
|
|
|
nak tanye korang.
apa ek pengalaman bawa motor cruiser nih,
ape kelebihan dan kesesuaiannya?
berminat gak la kalau dah khoje nak beli satu..
takpon kawasaki ninja 250 CC..
insyaAllah..
dune1989 Post at 16-8-2009 10:29
motor cruiser atau lebih tepat lagi easyrider, sesuai untuk orang yg suka ride dalam keadaan tenang & rileks sambil enjoy the ride...speed is something else...kalau nak speed, bawak superbike....
easyrider ni, walaupon ada yg boleh reach dekat2 200km/j, tapi sedap ditunggang dalam kelajuan santai 120-140km/j...
ko kena tanya diri ko, minat ko apa? sebab tak semua orang suka bawak santai2 gini...ada yg nak laju tahap naga gaban...kalau yg suka laju ni, elok ambik superbike...
kalau yg nak laju sikit, tapi tak laju sangat & suka pada ruang simpan barang, ambik sport touring cam ST, GTR, FJR dll....
kalau yg nak ride comfort tahap menteri, ambik motor touring cam Goldwing, Voyager & Electra Glide... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kat jepun n malaysia aja moto ni. negara lain takde lagi. |
|
|
|
|
|
|
|
me minat superbike........ |
|
|
|
|
|
|
|
overprice la. mahal sebab byk krom, ke apa. |
|
|
|
|
|
|
|
overprice la. mahal sebab byk krom, ke apa.
Kilokahn Post at 8-9-2009 11:50
haah... baik aku buat bayar deposit amik KTM... kehkehkeh... |
|
|
|
|
|
|
|
haah... baik aku buat bayar deposit amik KTM... kehkehkeh...
ryo_takahashi1 Post at 8-9-2009 01:44 PM
KTM?
Keretapi Tanah Melayu |
|
|
|
|
|
|
| |
|