CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3959|Reply: 7

Litar lumba motor RM1j di Kuala Pilah

[Copy link]
Post time 7-7-2009 07:53 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by Syd at 7-7-2009 07:54

Litar lumba motor RM1j di Kuala Pilah

KUALA PILAH 6 Julai - Sebuah litar lumba untuk sukan pemotoran bernilai kira-kira RM1 juta akan dibina di Kuala Pilah sebagai usaha meningkatkan minat golongan belia terhadap sukan itu.

Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Modal Insan, Belia dan Sukan negeri, Abd. Samad Ibrahim berkata, sebuah kawasan seluas 20 hektar telah dikenal pasti untuk dimajukan sebagai litar pelbagai guna itu.

''Kawasan ini terletak di sekitar Seri Menanti dan kita menjangkakan ia bakal menjadi lokasi terbaru kepada pengunjung yang meminati aktiviti sukan pemotoran.

''Pada masa sama, kita juga sedang merancang untuk membangunkanl ebih banyak litar lumba di setiap daerah bagi membolehkan peminat sukan ini menyertai perlumbaan," katanya ketika ditemui di sini hariini.

Samad menjelaskan, pembinaan litar itu adalah salah satu projek di bawah peruntukan Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9).

Jelas beliau, pembinaan litar seperti itu bukan sahaja dapat melahirkan jaguh-jaguh dalam dunia pemotoran, malah ia juga dapat mengurangkan kadar jenayah seperti merempit di negeri ini.

''Kita yakin dapat mengembangkan minat golongan belia dalam sukan ini dan wajarlah sebuah litar baru dibina untuk memenuhi permintaan yang tinggi di kalangan peminatnya," ujar beliau.

Pada masa yang sama jelasnya, kerajaan negeri juga dapat memastikan peminat sukan itu dapat menunggang dengan lebih selamat.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-7-2009 09:25 AM | Show all posts
make sure lepas circuit ni siap, aktiviti rempit pun kurang...

kalau tak, alasan "takde track utk berlumba" memang alasan yg tak logik dan race track ni bukan solution merempit. ..
Reply

Use magic Report

Post time 7-7-2009 02:53 PM | Show all posts
Wohoo... abih la ... momokak yo la kojo eh nanti.. kok dibuek eh racing malam-malam, riuh la tompek tu...

P/S: MAcam tak de keje lain..
Reply

Use magic Report

Post time 8-7-2009 10:08 PM | Show all posts
abih la laid back life style kek snanti tu  jap laie ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-7-2009 09:56 AM | Show all posts
makin paghah la lopeh ni bdk2 pilah..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-7-2009 11:33 AM | Show all posts
lahir la sorang bintang permotoran dari pilah kelak

menggenggam donia katanya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-7-2009 05:48 PM | Show all posts
pilah ni series bonar ko masalah rempit eh..raso den xdo la series bonar..kok senawang ngan somban tu sungguh la.pemes seantaro malaya..
Reply

Use magic Report

Post time 28-1-2010 10:26 PM | Show all posts
dah 2010 dah....xnmpk apo2 pon
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 12:53 PM GMT+8 , Processed in 0.048161 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list