View: 16229|Reply: 52
|
Misteri ‘laluan tarik’ / kelintasan / jalan 'makan' orang
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 21-7-2009 11:53
Mangsa ‘laluan tarik’
Oleh Rashidi Karim
[email protected]
KANGAR: Ada benda tarik. Itu ungkapan biasa daripada pemandu yang kemalangan di Jalan Lencongan Barat Timah Tasoh di Kampung Guar Jentik dekat sini, apabila mendakwa stereng kenderaan mereka ditarik sesuatu sehingga menyebabkan terbabas dalam petak sawah di kawasan itu.
Dalam kemalangan terbaru di kawasan itu pada jam 11 pagi semalam, seorang penumpang parah di kepala selepas kereta Proton Saga dinaikinya terbabas ke dalam petak sawah manakala dua lagi termasuk pemandu,Azizan Darus, cedera ringan.
Setakat ini, 18 kemalangan dilaporkan tahun ini termasuk tiga kes sepanjang Julai di kawasan itu sehingga menyebabkan laluan itu digelar ‘laluan tarik’ berikutan dakwaan sebahagian besar mangsa, stereng kenderaan mereka seolah-olah ditarik sesuatu sehingga kemalangan.
Azizan, 39, dari Kampung Guar Syed Alwi di sini berkata, dia bersama rakannya, Ibrahim Ismail,47, dan bapa saudaranya dikenali Mahmud dalam perjalanan dari Kaki Bukit ke dusun di Sungai Batu Pahat di sini, untuk mengambil buah sebagai persiapan kenduri arwah bapanya.
“Apabila tiba di selekoh tajam ini, stereng kenderaan seolah-olah ditarik sesuatu ke sebelah kiri jalan. Saya cuba mengawalnya, tetapi tarikan semakin kuat hingga menyebabkan gagal mengawal kenderaan lalu terbabas ke dalam petak sawah.
“Kenderaan kami berpusing tiga kali dan saya tidak melepaskan stereng. Ketika itu, saya mendengar bapa saudara yang berada di tempat duduk belakang mengerang kesakitan dengan darah memenuhi mukanya.
“Orang ramai yang melihat kejadian itu mengeluarkan kami yang tersepit dalam kereta dan menghantar ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) Kangar, “katanya.
Ibrahim pula berkata, dia berasa seolah-olah kepalanya mencecah pokok padi walaupun berada dalam kereta ketika kenderaan itu berpusing tiga kali dalam sawah.
“Ketika kejadian, hujan baru berhenti dan secara tiba-tiba kereta dipandu Azizan terbabas ke kiri sebelum terjunam ke dalam petak sawah. Saya hanya mampu mengucap (dua kalimah syahadah) ketika kereta berguling-guling di dalam sawah,”katanya.
Tinjauan Harian Metro di kawasan itu mendapati beberapa kesan tompokan atau kawah dalam petak sawah berhampiran selekoh berkenaan berikutan kekerapan kemalangan.
Mei lalu,akhbar ini melaporkan penafian penduduk Kampung Guar Jentik mengenai dakwaan wujudnya mahkluk halus yang sering mengganggu pengguna jalanraya di situ, terutama selepas hujan hingga menyebabkan banyak kenderaan terbabas.
Peniaga, Dahli Saad, 36, berkata, sejak laluan itu dibuka kepada orang ramai kira-kira 10 tahun lalu, sudah banyak kemalangan berlaku di selekoh tajam di jalan lencongan berkenaan dengan tahun ini saja 18 kes termasuk kes terbaru semalam.
“Jelas ada sesuatu tidak kena dengan laluan ini,” katanya.
Minggu lalu, katanya, sebuah kenderaan Kia dipandu seorang lelaki yang baru pulang menghantar keluarga di kem Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) Tassoh, terbabas memasuki petak sawah ketika melalui selekoh berkenaan.
Timbalan Ketua Umno bahagian Padang Besar, Mohd NoorAziz, yang berada di tempat kejadian meminta kerajaan negeri segera memasang besi penghadang di sebelah kiri jalan bagi mengelak kenderaan terus terbabas memasuki petak sawah. |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
kat depan umah aku ada jalan 'spisis' mcm ni
dari aku kecik sampai dah bangka nih
harus jelah ada yang eksiden
naik basikal jatuh sendiri laa
ada laki bini naik motor, tiba2 motif ntah apa
jatuh tergolek2 meleret ke bawah
dah patah gigi bagai segala
yang satu lagi kronik nih..mmg aku ada masa tu
satu suami isteri nih..berdentum u ols
kuat sangat...famili aku ingat aku yang kena langgar sbb aku baru je meloncat atas motor nak p mana tah...
makcik tu parah
darah ngalir2
aku pangku makcik tu..
patah peha lagi
laki dia pung
kepala terbelah..darah mengalir2
ngeri laa |
|
|
|
|
|
|
|
mcm2 tul......tapi kalau kena tarik stereng tu memang bahayalah... |
|
|
|
|
|
|
|
semalam ada gambo
kat BH
tapi aku tak sempat nak save
jalan tu lurus jerk |
|
|
|
|
|
|
|
apa benda yg tarik tu ye? Mengganggu ketenteraman awam btul |
|
|
|
|
|
|
|
urmm.. kalo sampai membahayakan nyawa manusia.. better owg2 situ amek tindakan yg sewajarnya.. mcm nak "makan" orang je jalan tue.. |
|
|
|
|
|
|
|
sebut pasal jalan 'makan' orang nih
tu, kalu kat federal highway tu...
dari lam soon sampai laa ke nanyang siang pau tu
tu jalan makan orang. manjang eksiden. manjang mati.
kalu jalan motor ngadap shah alam / kl tu pun (batu 10), ada jerk..
depan aku sundiri ada sekali |
|
|
|
|
|
|
|
dah nama pun iblis. syaitan..mmg kuat mengacau pun |
|
|
|
|
|
|
|
Jalan lurus tak semestinya tak boleh accident. Kadang-kadang jalan tak rata, beralun-alun, tak put jalan terlalu licin.. keta tayar botak, bawak terlampau laju .. macam2 la lagi sebab dan kemungkinan..
Jangan terlampau superstitious.. |
|
|
|
|
|
|
|
18 kenderaan sudah jadi mangsa ketika lalui Lencongan Timah TasohKANGAR: Lencongan Timah Tasoh dekat Guar Jentik di sini, yang dikatakan menjadi laluan mistik, semalam sekali lagi 'menarik' mangsanya ke petak sawah, menjadikan jumlah kenderaan yang terbabas di lokasi itu sehingga kini kepada 18.
Terbaru, tiga sekeluarga yang sedang dalam perjalanan dari arah Kaki Bukit menghala Guar Jentik, menjadi mangsa selepas kereta Proton Saga dinaiki mereka secara tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas sebelum berpusing dan tersadai di petak sawah.
Keadaan itu menyebabkan seorang penumpang yang hanya dikenali sebagai Mahmud, 56, cedera parah di kepala dan dimasukkan ke Hospital Tuanku Fauziah (HTF) untuk rawatan kecemasan.
Sementara anak saudaranya, Azizan Darus, 39, yang memandu kereta itu dan seorang lagi penumpang, Ibrahim Ismail, 47, tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketika kejadian jam 11 pagi itu, tiga sekeluarga terbabit dalam perjalanan menuju dusun mereka di Sungai Batu Pahat di sini, untuk mendapatkan durian bagi majlis tahlil yang sepatutnya pada sebelah malam, berikutan kematian ahli keluarga mereka dua hari lalu.
Azizan berkata, ketika kejadian hujan lebat baru reda dan kenderaan mereka yang ketika itu dipandu perlahan secara tiba-tiba seolah-olah direntap 'sesuatu' ke sebelah kiri jalan.
“Saya cuba mengawal stereng bagaimanapun gagal, sebelum kenderaan berpusing dan terus terjunam ke petak sawah yang terletak bersebelahan laluan.
"Saya tidak pasti bagaimana ia berlaku kerana panik. Apa yang saya tahu, stereng gagal dikawal dan kami berpusing berkali-kali sebelum kereta berhenti di tengah sawah.
“Ketika itu, baru saya sedar bapa saudara yang duduk di tempat duduk belakang sudah lemah kerana kecederaan pada kepala. Dia dikejarkan ke hospital dengan bantuan pengguna jalan raya yang lain," katanya yang mengakui masih panik.
Lencongan Timah Tasih diklasifikasikan penduduk setempat sebagai laluan mistik selepas lebih 18 kes kenderaan terbabas di lokasi sama, sejak awal tahun lalu, termasuk tiga sepanjang Julai ini.
Minggu lalu, satu keluarga yang sedang dalam perjalanan pulang dari Kem Pusat latihan Khidmat Negara (PLKN) Timah Tasoh menjadi mangsa, selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terbabas ketika melalui laluan sama.
Menariknya, semua mangsa ditemui selepas kejadian mengakui kenderaan mereka ditarik 'sesuatu' sebelum terbabas dan tersadai ke dalam petak sawah.
Sementara itu, Pegawai Turus Trafik negeri, Asisten Superintendan Rosli Yahaya, berkata walaupun tiada kemalangan jiwa dilaporkan berlaku, laluan itu memang berisiko terutama berhampiran selekoh tajam yang sering menjadi lokasi kemalangan. |
|
|
|
|
|
|
|
my FIL penah kene tarik stereng ketika FIL ngn MIL nk balik K'tan melalui jln Gua Musang.
Nasib sempat azan, jd kereta FIL terbelok sikit jelah..tp FIL sy ckp stereng tu memg ditarik ke kiri dgn cepat dn drastik menyebabkan my MIL terus kene serangan jntung sbb kereta tetiba belok (xtau cmner nk xplain kt korang suma)
SETAN betullah setan nih!
Sekian! |
|
|
|
|
|
|
|
slalunya kt jln2 yg slalu byk xcident ni mmg byk 'bnda' ni...mcm2 dorg buat....ada 1 jalan tu...dkt ngan kpg bone gk...pn cmtu gk...tp x de la msk sawah...dia msk kebun getah....jalan tu dia selekoh ke kanan...tp slalu org nampak dia jalan straight...sbb tu slalu x cident ctu...
klu rajin2 tu...bc doa bl naik kereta..abis kurang pn...bone akn bc bismillah...insyaallah akn ok...
br2 ni...jd kt bone sndr...tp jln lain...nasib baik bone x drive....bone mmg nampak jln tu straight....padahal kat tp jalan tu dh penuh dorg ltk signboard...lps abg bone ckp tpt tu mmg slalu xcident...br bone nampak suma signboard beso2 tu....menyesal x bc doa sblm stat perjalanan tu...huhuhu...xcited sgt... |
Rate
-
1
View Rating Log
-
|
|
|
|
|
|
|
betul tu, nak naik kete mesti baca doa, mulut kalu leh berzikir jgn dok nyanyi2 lagu je..
itu pesanan mak sy lah..
ada satu jln sg buloh, dahlah xda lampu, scary je..ramai plak tu xcident. termasuk kwn hubby kete terbalik....jln dari balai polis sg plong hingga bukit darah...ada selekoh (ada pokok besar kat c2) ngn kat tepi ada jual bantal kekabu...so scary...kalu nk balik umh PIL kt saujana utama memg elakkan balik mlm...penah jadi ada india melintas tetiba kt bkt darah tu, tp zup...cepat giler...(ni hubby citer, sy tdo kt sebelah)
sekian! |
|
|
|
|
|
|
|
seeloknya sebelum jalan baca doa naik kenderaan..mudah2an Allah berkati perjalanan.. |
|
|
|
|
|
|
|
Hi,
Saja nk share...saya pun pernah kena...bila bawak kete, stereng keta seperti ditarik2 ke seblah kiri...may be, tk sure sebab apa...sb bila skrg nie bila bwk keta...rasa gayat semacam...dulu2 ok ajer... |
|
|
|
|
|
|
|
depan umah aku dulu ada satu selekoh,selalu sgt org accident kat situ..sampai arr kes matiii..pastu ada jiran cina wat sembayang dia...baru arr ok..kalo tak dulu tiap mlm jer anjing jiran akan melolong sayu2..aku dgn positifnya alahh tido aja arrr bukan ada apa2 huhuuu.. |
|
|
|
|
|
|
|
aku ingat stereng kena tarik ni sbb jalan licin ker alignmentx betul ke..stereng tu mcm jalan sendiri |
|
|
|
|
|
|
|
18# stania83
Tapi sya ingat mmg stereng tarik mmg wujud...dlm kes sya, alignment keta ok ajer... |
|
|
|
|
|
|
|
kewujudan setan iblis mmg ada, mcm2 la cara dia nak jahanmkan org |
|
|
|
|
|
|
| |
|