CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 9889|Reply: 84

KELUHAN PENGGUNA AKLEH YG PAKAI KERETA!

[Copy link]
Post time 3-8-2009 11:35 AM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by takumi86 at 4-8-2009 12:28

PETIKAN DARI HARIAN METRO - e-mel anda: Tak wajar motor guna Akleh


TUJUAN utama kerajaan membina lebuh raya ialah memberi pilihan kepada pengguna dalam memilih laluan terbaik untuk sampai ke destinasi.

Lebuhraya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (Akleh) terbukti mencepatkan perjalanan saya untuk ke tempat kerja dari kediaman saya di Ampang. Kadar tol dikenakan agak berpatutan dengan penjimatan masa yang saya nikmati.

Malangnya lebih setahun lalu lebuh raya itu dibuka laluannya kepada penunggang motosikal. Difahamkan langkah membuka lebuh raya berkenaan kepada motosikal ialah kerana kenaikan harga minyak di pasaran.

Apa kaitannya antara dua faktor ini? Harga minyak tinggi dan membuka lebuh raya yang selama ini tidak pernah digunakan motosikal?


Setahun berlalu dan harga minyak juga sudah turun, malah turun lebih rendah sedikit berbanding sebelum kenaikan melampaunya. Namun pengguna motosikal masih boleh menggunakan Akleh secara percuma. Siapakah penyumbang terbesar kutipan tol di Akleh? Bukankah pemandu kenderaan beroda empat seperti kami?

Bagi saya ini keputusan yang amat tidak wajar. Kami pemandu yang biasa melalui Akleh, lebuh raya yang baik dan selamat kini berasa terancam dengan kehadiran motosikal yang begitu banyak terutamanya di waktu puncak.

Cara tunggangan mereka amat membahayakan pemandu kenderaan lain. Sikap gemar mencelah dan menunggang terlalu laju serta memberi respon yang tidak baik jika dihon adalah antara perkara yang sering dilihat di lebuh raya berkenaan.

Jika dilihat dari sudut fizikal, lebuh raya ini juga tidak begitu lebar bagi memungkinkan adanya laluan sikal seperti lebuh raya lain di Malaysia.

Kebelakangan ini, Menteri Kerjaraya, Datuk Shaziman Abu Mansor kerap melawat tempat di bawah seliaannya. Sikap ini memang satu perkembangan baik bagi menteri berkenaan yang ingin mendengar keluhan rakyat.

Saya menyeru beliau atau pegawai atasan di kementerian berkenaan supaya datanglah melawat Akleh dan saksikan sendiri bagaimana gelagat penunggang motosikal di lebuh raya ini.

Beliau atau pegawai kementeriannya boleh melihat sendiri faktor keselamatan Akleh yang terjejas dengan kehadiran penunggang motosikal dan dapat menyelami serta memahami keluhan kami yang terpaksa memendam rasa lebih setahun.

PENGGUNA AKLEH,

Ampang, Selangor.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2009 12:13 PM | Show all posts
mentang2 laa bawak kereta langsung kata penunggang motosikal menysahkan   ,ni mesti kes tak pernah bawak motor ni.even memang ada skalipun mamat rempit yg buat onar takan sebab nila setitik susu sebelangan nak di buang.

ingat dah dapat bawak keter ni ,kena bagi special attention ke.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 12:19 PM | Show all posts
baru bawak kete dh berlagak..
kalau bawak treler, tah apa pulak komplen dia nanti
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 12:31 PM | Show all posts
sombong,bongkak nye la pemandu keta itu....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 12:31 PM | Show all posts
err.. haku pong bawak moto gak.. cuma haku setuju bab nieh... rasa ca, bahaya jer 2 kenderaan nie biler ader atas tu..

dulu pernah haku experience, 3 motor saing borak-borak.. ampeh tol..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 12:49 PM | Show all posts
serba salah gak sebenarnya....nanti kene kutuk plak kalau aku setuju ngan keluhan pemandu kete tu....walaupun aku bawak kete dan motor....tp x dinafikan yg pd waktu puncak....terlalu banyak muto kat AKLEH ni dan mmg berikan masalah kepada kelancaran pemandu kereta ...tak spt sebelum ni....

Nak kata 1-2 penunggang muto yg buat onar aku tak setuju....malah terlalu ramai penunggang motor yg buat onar kat AKLEH ni...pantang kene hon...mulalah slowkan muto dan pembonceng belakang start bukak helmet nak pecahkan cermin kete....walhal penunggang muto tu sebenarnya yg salah..mmg terang2 salah...ini berdasarkan kpd pengalaman aku sendiri la...:kant:
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-8-2009 01:04 PM | Show all posts
baru bawak kete dh berlagak..
kalau bawak treler, tah apa pulak komplen dia nanti
fariepari Post at 3-8-2009 12:19


klu bawak treler, terus lenyek ajela motor tuh
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 01:08 PM | Show all posts
HEmn.... aku pun serba salah macam medang.. .tapi bile dah banyak sangat sampai membahayakan pemanduan dan ada plak yang samseng-takleh-kena-hon-biarpun-bawak-motor-macam-shilake, payahlah....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2009 01:26 PM | Show all posts
issue penunggang motor kat AKLEH dh bnyk kali timbul n smpi sekarang takde tindakan. Bukannya belagak sebab bawak kete ke apa, tp highway akleh tidak mempunyai lane motosikal..bahaya kepada penunggang moto..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 02:17 PM | Show all posts
aku rasa yg gomen akan buat mcm dulu balik.,,,Penunggang Motor tidak dibenarkan menggunakan AKLEH. Tunggu dan lihat...{:3_84:}
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 02:25 PM | Show all posts
nie ader satu kes, haku tengah laju, tetiba mat moto nie masuk lane haku hingga mencicit cicit tayar haku membrake.. haku pong hon lar.. mamat nie tak puas ati, pandang haku sambil tunjuk isyarat jari tengah, agaknyer tuhan nak tunjukkan salah atau nak bagi balasan, tetiba kete depan dier brake ngejut, kedegang, terus tergolek dog mamat nie berlanggak sebab dok asik memandang haku sambil tunjuk isyarat tu..

haku guna AKLEH nie tiap ari, tak jauh lar, tol free punya, dari jln sultan ismail sampai exit jln tun razak jer, pong agak rimas sebab moto nie banyak sangat main masuk jer. jarak yg tak jauh tu pong haku dah terasa, so haku rasa korang yg guna lagi jauh, tentu lagi tension.. nie pengalaman den dan apo yg den raso jer. bukan nak berlagak sebab pakai keto ker aper sebab haku pong bawak moto gak, cuma guna gi kedai jer lar..
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 02:39 PM | Show all posts
AKLEH tu aku tengok mmg dicipta bukan untuk penunggang motosikal...nak melepasi tol tu dah satu siksaan....silap2 palang tol tu hentak kepala.. jalan tu mmg sesak bila waktu puncak...banyak sangat pengguna...so sabarlah la ...kita berkongsi
aku suka Maju Exspressway....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 02:43 PM | Show all posts
Betul tu, selalu kalau guna AKLEH tu kete boleh la pecut sikit ni dah ada moto semak sikit ler. dah tu  bawa moto cam org x syg nyawa. tapi kan bukan kat AKLEH jer depa bawa moto cam tu kat semua jalan ler.
lepas ni korang jgn kutuk aku tau, aku cakap yang benar.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 03:10 PM | Show all posts
AKLEH aje ke?

KESAS hiway, FEDERAL hiway tu lagi, smpai shah alam ada tol jugak, dah berkurun takde pun moto kena bayar tol? siap ada lorong khas lagi; LALUAN SIKAL. takmo komplen yg tu ke?

alang2 nk komplen, komplen la skali dgn PLUS hiway tuh. bodo.
aku pun ada kete gak la. takde pun jaki ngan org yg pakai motor. dah sah yg komplen tuh tak penah ado moto. kalo ado pun tak penah pakai utk gi tempat jauh2.
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 03:12 PM | Show all posts
tapi pengguna motor gak la yg silap. bawak moto duk lane tengah atau lane kanan.

kesangapan tu mmg aku perasan, sampai aku kena hon diorg suh dok tepi. apa la diorg pikir masa bawak moto.

harap2 ada memana suratkabar buat tajuk utama "penunggang motorsikal hanya dibenarkan guna lorong kiri jalanraya".
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 04:12 PM | Show all posts
Apakata lepas ni penunggang moto pun dikenakan bayaran? And then pemandu kereta laks diberi diskaun 35% ker.. huhu.. aci sama aci lah kan...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2009 04:16 PM | Show all posts
akleh ni kat mana eks?

nanti gi ikea bulan depan, aku pegi cari itu akleh...

nama hiway cam nama penyanyi utama kumpulan dikir barat jeee....
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 04:18 PM | Show all posts
ni la jenis pemandu yg berlagak..ingat penunggang motosikal tu takde hak ke??dorang pun bayar cukai gak!! contoh rakyat yg hampeh:@
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 04:21 PM | Show all posts
tapi pengguna motor gak la yg silap. bawak moto duk lane tengah atau lane kanan.

kesangapan tu mmg aku perasan, sampai aku kena hon diorg suh dok tepi. apa la diorg pikir masa bawak moto.

harap2 ...
bzzts Post at 3-8-2009 03:12 PM


yg bawak muto dok lane tgh atau kanan tu mungkin dia dah biasa bawak SBK....pehtu hari biasa bawak kapchai...tu yg dok ingat dia masih bawak SBK dgn kelajuan 200km/j...heheheheheh
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2009 04:23 PM | Show all posts
ni la jenis pemandu yg berlagak..ingat penunggang motosikal tu takde hak ke??dorang pun bayar cukai gak!! contoh rakyat yg hampeh:@
tebuanharimau Post at 3-8-2009 04:18 PM


pasal cukai jalan motor ni....yg ni jawapan yg selalu aku dgr...

HEK ELEH....BAYO CUKAI JALAN RM2 DAH NAK BERLAGAK MCM JALAN TU DERANg YG PUNYA...INILAH RAIDER MOTO TAK HENGAT DUNIA..."

Bklan aku yg cakap yek...sesetengah pemandu2 kete...hehehehehe
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:34 PM GMT+8 , Processed in 0.464355 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list