View: 2421|Reply: 0
|
Tonga: feri karam; update: 93 maut
[Copy link]
|
|
Mangsa feri Tonga karam kini 93 orang
NUKU'ALOFA, Tonga 9 Ogos - Jumlah mangsa yang hilang dan dikhuatiri mati dalam kejadian feri dekat Tonga minggu lepas, meningkat seramai 93 orang hari ini, semasa para penyelam terus berusaha dan mencari kapal yang karam di lautan kepulauan Pasifik itu.
Ketua Polis, Inspektor Sokopeti To'ia memberitahu AP, kiraan terkini jumlah penumpang telah meningkat menjadi 149 orang berbanding kiraan awal 141 orang.
Daripada jumlah itu, 54 orang telah diselamatkan dan dua mayat telah ditemui, menjadikan jumlah yang hilang ialah 93 orang.
Mereka yang disahkan mati ialah seorang lelaki Britain yang menetap di New Zealand dan seorang wanita Polynesia.
To'ia berkata, jumlah mereka yang hilang mungkin boleh meningkat atau mengurang memandangkan pihak polis masih cuba mendapatkan jumlah sebenar penumpang Princess Ashika yang karam tengah malam Rabu lepas semasa dalam perjalanan dari ibu negara Nuku'alofa ke kepulauan utara.
'' Penyelam tentera laut dari Australia dan New Zealand tiba semalam untuk membantu mengeluarkan mayat yang terperangkap, tetapi gagal mengesan bangkai feri itu dalam cubaan pertama mereka,'' katanya.
Walaupun kejernihan air adalah baik, dasar laut lokasi karam feri itu tidak rata dan mempunyai kedalaman sehingga 100 meter di tempat-tempat tertentu yang menyukarkan operasi, ujarnya.
"Kami tetap berfikiran positif untuk menerima berita baik, tetapi peluang kita semakin menipis setiap hari.
"Bagaimanapun kita tidak berputus asa," ujar To'ia.
Menurut Komander Polis, Cris Kelley, lima orang warga asing iaitu dua warga Perancis, dua warga jerman dan seorang Jepun adalah antara yang hilang.
Seramai 10 orang kanak-kanak dan 33 wanita juga masih tidak dapat dikesan. - AP |
|
|
|
|
|
|
| |
|