CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3971|Reply: 6

S E L A M A T_ M E N U N A I K A N_ I B A D A H_ P U A S A

[Copy link]
Post time 21-8-2009 01:05 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by cmf_holmes at 21-8-2009 13:07

  



khas buat semua poremer CARI yang berugama Islam
khususnya buat warga Bod Brunei - Singapura
semoga semua mendapat rahmat dari Allah swt di bulan Ramadan yg mulia ini


Tanpa Disedari

11 bulan
banyak kata sudah diucapkan dan dilontarkan
tak semua menyejukkan,

11 bulan
banyak perilaku yang sudah dibuat dan diciptakan
tak semua menyenangkan,

11 bulan
banyak keluhan, kebencian, kebohongan
menjadi bagian dari diri,

saatnya istirahat dalam 'perjalanan dunia'
saatnya membersihkan jiwa yang berjelaga,
saatnya menikmati indahnya kemurahanNya
saatnya memahami makna pensucian diri

Selamat menunaikan Ibadah Puasa
bersama kita leburkan kekhilafan,

Semoga dengan puasa mempertemukan kita
dengan Keagungan Lailatul Qadar
dan kita semua menjadi pilihanNya
untuk dikabulkan do'a - do'a
dan kembali menjadi fitrah
'Selamat Berpuasa kepada semua'...




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2009 01:32 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2009 08:51 AM | Show all posts
Marhaban Ya Ramadhan...

Selamat Menunaikan Ibadat Puasa Di bulan Ramadhan Yang Mulia Ini...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2009 08:56 AM | Show all posts
SELAMAT BERPUASA V UCAPKAN KEPADA SEMUA
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2009 11:30 AM | Show all posts
Selamat Berpuasa kepada semua....

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2009 05:45 PM | Show all posts
selamat menunaikan ibadah puasa kepada semua forummers di sini, ikhlas dari sk~
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 22-8-2009 09:52 PM | Show all posts
Menghayati Ramadan
http://www.brunet.bn/news/pelita/04okt/menuju.htm

Sekarang kita berada pada bulan Ramadan yang berkat dan merupakan bulan ujian bagi setiap orang mukmin. Dari itu sebagai orang mukmin kita hendaklah meraih seberapa banyak pahala dan perlu menempuh ujian di sepanjang bulan ini. Kita tidak perlu gusar kerana bila kita berjaya menyempurnakan setiap amal ibadat di sepanjang bulan Ramadan ini, makanya kita pasti akan mendapat anugerah daripada Allah subhanahu wata'ala.

Setiap tahun kita menantikan kedatangan bulan Ramadan dengan harapan agar dapat mengerjakan segala perintah-Nya sambil dapat menikmati kurniaan-Nya yang tiada terdapat di bulan-bulan yang lain seperti antaranya; sembahyang Tarawih, malam Lailatul Qadar, malam yang paling bersejarah dalam bulan Ramadan iaitu Nuzul al-Qur'an (memperingati al-Qur'an diturunkan) dan zakat fitrah.

Dengan berpuasa boleh membentuk setiap mukmin berlaku taat terhadap segala perintah Allah subhanahu wata'ala. Bahkan dengan melaksanakan ibadah puasa banyak malah berlipat ganda kebaikan yang boleh diperolehi sebagaimana hadis Rasulullah sallallahu Alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh Muslim At-Targhib 12 yang bermaksud:

"Telah bersabda Rasulullah sallallahu alaihi wasallam: Segala amalan anak Adam dilipat-gandakan kebaikannya itu sepuluh kali seumpamanya sampai tujuh ratus kali, telah berfirman Allah subhanahu wata'ala kecuali puasa, maka sesungguhnya puasa itu untuk-Ku dan Akulah yang akan membalasnya kepada orang yang melakukannya itu. Iaitu puasa orang yang dapat menahan syahwatnya dan makanannya (di siang hari) kerana takut akan Aku. Bagi orang yang puasa itu dua kegembiraan; kegembiraan pertamanya waktu berbukanya, dan kegembiraan yang kedua di waktu menemui Tuhannya. Dan sesungguhnya mulut orang yang berpuasa sangat harum di sisi Allah dari bau kasturi."

Selain itu, Rasulullah sallallahu alaihi wasallam dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi yang bermaksud:

"Puasa itu seperdua daripada sabar."

Melalui hadis tersebut ternyata bahawa ibadat puasa itu mengandungi pahala yang tiada terhingga dan tidak dapat dihitung-hitung banyaknya. Dari sebab itu perlulah kita sama-sama ingat-mengingati untuk tidak melepaskan peluang yang baik untuk beribadat kerana Allah subhanahu wata'ala dengan penuh iklas, jujur dan mendisiplin diri kita ke arah kesempurnaan beribadat kerana-Nya jua.

Sememangnya banyak perkara bermanfaat dan semuanya melimpahkan pahala yang patut kita lakukan di sepanjang bulan Ramadan ini. Umpamanya dalam mengerjakan puasa biasanya sebelum di siang hari kita berpuasa, pada waktu malam selain menunaikan sembahyang fardu kita juga melaksanakan sembahyang sunat tarawih dan witir, bertadarus, bangun tengah malam mengerjakan sembahyang-sembahyang sunat, seperti Tahajjud, hajat, tasbih dan seumpamanya, di samping bangun untuk bersahur.

Antara perkara yang amat menggembirakan kita di waktu bulan Ramadan adalah bersyahur dan waktu berbuka. Apatah lagi perkara ini hanya biasa kita lakukan setiap tahun pada sebulan Ramadan. Umpamanya sewaktu bersyahur sama ada bagi yang berkeluarga mahu pun secara persendirian memang akan merasakan kenikmatan bersahur itu walaupun hanya secara ala kadar. Nikmat pada malam sahur itu tidak dapat kita bayangkan akan tetapi dapat kita rasakan betapa rahmat mentasdikkan niat di dalam hati dan seronoknya kita menikmati hidangan bersahur. Selain itu Rasulullah salllalahu alaihi wasallam juga mengesyorkan antara makanan yang terbaik ketika bersahur melalui hadis baginda yang diriwayatkan oleh Ibnu Hibban dan Baihaqi yang bermaksud:

"Dari Abu Hurairah, berkata bahawa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam bersabda: "Sebaik-baik makanan sahur bagi orang mukmin adalah kurma."

Jelasnya bahawa buah kurma mempunyai khasiat yang tertentu dan besar berkahnya. Buah kurma tidak hanya khusus untuk berbuka tetapi ianya baik untuk dimakan ketika bersahur. Sahur dengan buah kurma merupakan sunnah nabi dan jika diamalkan akan mendapat pahala.

Perlu juga kita mengamat-amati hadis Rasulullah sallallahu alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh al-Imam bukhari yang bermaksud:

"Turun Tuhan kita ke langit dunia pada tiap-tiap malam, ketika tinggal sepertiga malam yang akhir. Berfirmanlah Allah: Siapa-siapa yang berdoa kepada-Ku, Aku perkenankan doanya itu, siapa-siapa yang meminta pada-Ku, Aku berilah permintaannya itu, sesiapa memohon keampunan kepada-Ku, Aku beri keampunan baginya."

Begitu juga halnya ketika berbuka puasa, kegembiraan dan kemeriahan suasana berbuka dapat kita rasai bersama. Kita dapat mendisplinkan diri dengan mengikut cara-cara yang betul dan tertib dalam bersungkai dengan mendahulukan niat berbuka puasa dan kemudiannya menjamu selera dengan juadah puasa yang sederhana tetapi memberi manfaat kepada kita. Kita perlu bersyukur dan berdoa kepada-Nya kerana telah mengurniakan segala daya usaha di setiap malam dan siang kita dapat menunaikan keperluan menyempurnakan ibadah puasa pada bulan Ramadan tahun ini.

Bersederhana dalam perbelanjaan adalah suatu yang baik untuk kita amalkan supaya kita terhindar dari pemborosan yang boleh mengakibatkan kesempit kewangan rumah tangga kerana bila pemborosan mendampingi, kehidupan kita akan menjadi semakin susah dan ibadah puasa yang kita kerjakan akan turut terjejas akibat kecuaian dalam mengawal kestabilan ekonomi rumah tangga. Kesederhanaan dalam hidup merupakan matlamat yang dituntut dalam Islam kerana selain daripada menahan diri daripada makan dan minum, kita juga dapat membatasi perbelanjaan setiap hari demi untuk kesejahteraan dalam hidup berkeluarga.

Rasulullah sallallahu alaihi wasallam telah pun memberi contoh kepada umatnya bagaimana cara sewaktu berbuka puasa. Baginda tidak banyak kerenah kerana baginda berbuka puasa hanya dengan tiga biji tamar dan jika tidak ada tamar, hanya berbuka dengan air sejuk sahaja. Di waktu hendak berbuka pula, baginda membaca doa' yang bermaksud:

"Ya Allah, kerana Engkaulah aku berpuasa, dan di atas rezeki Engkaulah aku berbuka"

Keadaan ini terjelas dalam hadis baginda yang diriwayatkan oleh Abu Daud yang bermaksud:

"Apabila berbuka salah seorang kamu, maka hendaklah ia berbuka dengan tamar, sesungguhnya tamar itu ada keberkataannya. Dan kalau tamar tidak ada, maka berbukalah dengan air sejuk saja, sesungguhnya ia ada kesuciannya."

Dalam hal berbuka puasa Rasulullah sallallahu alaihi wasallam menganjurkan supaya menyegerakannya, sebagaimana dalam hadisnya yang diriwayatkan oleh Al-Imam Bukhari yang bermaksud:

"Sentiasalah manusia itu dalam kebaikan selama mereka bersegera berbuka."

Adapun yang dimaksudkan segera berbuka itu ialah jikalau sudah sampai masa berbuka maka berbukalah dengan tamar atau air sejuk barang satu gelas, kemudian barulah kita sembahyang Maghrib.

Selain itu terdapat juga amal-amal yang lain dalam bulan puasa seperti memberi atau menyediakan makanan dan minuman dengan tujuan untuk disedekahkan kepada orang berpuasa. Perkara ini ada jelaskan dalam hadis Rasulullah sallalahu alaihi wasallam yang diriwayatkan oleh At-Tirmizi yang bermaksud:

"Siapa-siapa yang membawa orang berbuka puasa, adalah baginya pahala seumpama pahala puasa orang yang dibawa itu, dengan tidak kurang-kurang pahala puasanya sedikit jua."

Makanya di tahun ini sama-samalah kita memperkuatkan azam dan tekad untuk berjaya melaksanakan ibadat puasa Ramadan dengan bersungguh-sungguh supaya memperolehi ganjaran pahala yang besar. Semoga segala amal ibadat yang kita laksanakan mendapat keredaan Allah subhanahu wata'ala.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-12-2024 06:47 PM GMT+8 , Processed in 0.452084 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list