CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3339|Reply: 4

laki curang kena hukum tempat awam, poster gantung kat leher!!

[Copy link]
Post time 29-8-2009 06:50 AM | Show all posts |Read mode
Suami buat hubungan sulit dihukum


TAYLOR memakai poster yang mengandungi penjelasan dia menipu isterinya.



CENTREVILLE, Amerika Syarikat (AS) - Seorang suami di Virginia, William Taylor diarahkan berdiri oleh isterinya di tempat awam sebagai satu bentuk hukuman kerana dia melakukan hubungan sulit, lapor sebuah akhbar semalam.

Taylor turut memakai poster yang mengandungi ayat: "Saya menipu. Inilah hukuman saya."

Dia berdiri di tepi sebuah simpang di sini manakala poster itu digantung pada lehernya baru-baru ini.

Taylor memberitahu, isterinya mendapat idea untuk membuat hukuman itu selepas mendapati dia ditipu.

Isterinya menemui bukti hubungan sulit suaminya menerusi telefon bimbitnya.

" Pada mulanya saya beranggapan hukuman itu merupakan satu gurauan tetapi isteri saya serius," kata Taylor kepada sebuah stesen televisyen.

Taylor diminta memakai poster itu selama seminggu tetapi selepas dia berdiri selama beberapa jam, isterinya menelefonnya untuk memberitahu bahawa hukuman itu berakhir.

Berpuluh-puluh pemandu membunyikan hon apabila mereka melihat Taylor berdiri di simpang itu pada waktu pagi. - Agensi






hah!!! ada kalu undang2 camnih kat mesia.........  ada mana2 laki nak pasang pompuan lain  ekkkkk??  pshawwwwww.....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-8-2009 07:41 AM | Show all posts
adoi..ni mcm undang2 zaman skolah rendah jer..
Reply

Use magic Report

Post time 29-8-2009 08:42 AM | Show all posts
Bodohnyer somi.....
Reply

Use magic Report

Post time 31-8-2009 12:37 PM | Show all posts
lembutnya hati isteri dia,
hukuman sampai seminggu kunun
Reply

Use magic Report

Post time 2-9-2009 02:32 PM | Show all posts
bodo punya laki .. bini dia campak maruah dia kat tengah simpang pun masih tunduk menagih simpati .. nak mintak ampun pun berpada-pada la .. bini yg sanggup aibkan laki sampai macam nih pun nak simpan lagi ka .. bodo darab sejuta ..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:46 PM GMT+8 , Processed in 0.130061 second(s), 17 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list