CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2330|Reply: 5

Nissan 370Z

[Copy link]
Post time 5-9-2009 06:29 AM | Show all posts |Read mode
Nissan 370Z

Oleh AHMAD SYUKRAN ZAINUDDIN


Kurang setahun sejak pengenalannya kepada dunia, Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. kini memperkenalkan model kebanggaan Nissan, Nissan 370Z ke pasaran tempatan.





PENGARAH Eksekutif Edaran Tan Chong Motor Sdn. Bhd. (ETCM), Datuk Dr. Ang Bon Bang menyimpan satu rasa sentimental yang cukup tinggi terhadap model sport keluaran Nissan ini. Sebabnya, pada tahun 1960, Ang yang ketika itu seorang jurujual kenderaan Nissan berjaya menjual model sport 240Z yang pertama.

Sejak itu, memiliki jentera berkuasa tinggi siri Z menjadi impian semua peminat tegarnya. Biarpun tiada satu pun model daripada variannya dibawa masuk bermula dari tahun 1970 hingga 2003, popularitinya tidak pernah luntur.

Memahami masih wujud keghairahan terhadap model Z, pihak ETCM mengambil keputusan untuk kembali membawa masuk jentera tersebut pada 2004. Menjadi antara model pilihan para drifter, dalam tempoh lima tahun (sehingga 2009), sebanyak 11 unit 350Z Coupe telah terjual.



ANG di samping model terbaru yang ditawarkan oleh ETCM.

Saya tidak berkesempatan untuk memandu uji 350Z Coupe. Lebih membuatkan saya berasa sayu ialah apabila mendapat tahu dua orang rakan telah dijemput ke Jepun untuk memandu uji model terbarunya, 370Z. Namun, perasaan itu sedikit terubat apabila pada majlis pelancaran 370Z dan Nissan Murano baru-baru ini, pihak ETCM memberitahu bahawa mereka ada menyediakan kedua-dua unit tersebut untuk dipandu uji.

Untuk makluman, 370Z dikenali sebagai Fairlady Z di Jepun. Tidak dapat dinafikan bahawa generasi keenam itu sememangnya antara model yang menjadi indikator kepada kemajuan teknologi automotif Nissan.



RUANG kokpit 370Z kemas dengan deretan meter yang berfungsi
bagi memberi panduan kepada pemandu.

Menjangkau usia 40 tahun, model Z sememangnya sudah menjadi ikon para peminat jentera berkuasa tinggi di seluruh dunia. Ini terbukti apabila 1.7 juta unit telah terjual sejak generasi pertamanya, model S30 membuat debut pada tahun 1969.

Justeru, penampilan Nissan 370Z serba baru itu meneruskan falsafah reka bentuk, prestasi, inovasi teknikal dan pengendalian yang optimum. Model itu juga dikatakan dibina daripada ciri-ciri terbaik yang diambil daripada generasi pertama dan terakhir model Z.



REKA bentuk luaran jentera ini tidak menerima perubahan yang terlalu ketara.




"Jentera ini diadun dengan elemen retro, ringkas tetapi sofistikated. Ia pastinya sebuah Z," kata Ang.

Karekteristik prestasi 370Z terhasil daripada titik roda (wheelbase) yang telah dipendekkan, dikurangkan berat fizikalnya (32 kilogram lebih ringan berbanding model sebelumnya), di samping penggunaan enjin lebih berkuasa berkod VQ37VHR.

Enjin V6 bersesaran 3.7 liter dengan aplikasi sistem VVEL (Variable Valve Event and Lift) itu merupakan manifestasi terbaru daripada siri enjin VQ yang telah banyak mendapat pengiktirafan.

Diletakkan dalam kelompok 10 enjin terbaik di dunia, VQ37VHR didakwa mampu menjana sehingga 333PS dan tork maksimum 363Nm. Penghantaran kuasa menerusi kotak gear automatik tujuh kelajuan atau manual enam kelajuan dikatakan amat lancar.

Enjin itu juga menjanjikan tindak balas pendikit (throttle response) yang lebih baik, penjimatan penggunaan bahan api dan kurang emisi.

Bagi yang lebih gemar memandu jentera itu dengan transmisi manual, mereka pasti tersenyum apabila menyedari 370Z dilengkapi dengan sistem kawalan SyncroRev Match.

Sistem itu membolehkan putaran enjin (rpm revving) kekal tinggi secara automatik walaupun ketika klac ditekan untuk menukar gear. Bagi kumpulan pertama, hanya tiga buah 370Z dibawa masuk dan semuanya telah pun dimiliki. Jadi, jika anda teringin memakir jentera tersebut di dalam garaj dan tidak mahu menunggu terlalu lama, silalah berkunjung ke bilik pameran Nissan terdekat.

Kereta sport itu ditawarkan pada harga RM354,400 seunit tanpa insurans. Ia didatangkan dalam tiga warna pilihan iaitu kelabu, hitam dan putih. Anda juga boleh memilih warna material kulit dalamannya sama ada oren atau hitam.




sport cars dari nissan mmg ada class ekkkk....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-9-2009 06:55 AM | Show all posts
fuhhh.. cuti mata jer la..
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 07:00 AM | Show all posts
tengok gambar jer arh
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 07:41 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-9-2009 12:39 PM | Show all posts
Post Last Edit by geng_tx at 5-9-2009 12:40

pernah tanya pada sutan ...

apsal keta sport org tak wat masuk rally.........?

dia leh jawab.... "ada maa.......... porsche!!!!!"

wa ka ka....
Reply

Use magic Report

Post time 6-9-2009 11:36 PM | Show all posts
pehhh!! berdarah idung!
Reply

Use magic Report

Follow Us
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:50 PM GMT+8 , Processed in 0.052589 second(s), 18 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list