CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4188|Reply: 19

kekasih janji bagi rm2.9juta jika CERAIKAN laki!!!

[Copy link]
Post time 8-9-2009 03:38 AM | Show all posts |Read mode
Wanita ditawar RM2.93j tinggalkan suami


SAMUELIDES dan Holmokova tiba di sebuah
mahkamah di London semalam.


LONDON - Seorang jutawan, Yann Samuelides menawarkan wang sebanyak £500,000 (RM2.93 juta) kepada seorang wanita Slovakia berusia 28 tahun, Alzbeta Holmokova supaya meninggalkan suaminya yang merupakan seorang pesara warga emas, lapor sebuah akhbar semalam.

Samuelides yang merupakan pengarah urusan bank pelaburan Goldman Sachs didakwa menjanjikan wang itu kepada Holmokova jika dia menceraikan suaminya, Denis Morley yang berumur 67 tahun.

Menurut Morley semasa memberi keterangan di sebuah mahkamah, Samuelides yang berusia 35 tahun itu turut mengancam untuk membunuh diri jika wanita tersebut berhenti daripada menemuinya.

"Dia merasuah isteri saya supaya meninggalkan saya sedangkan isteri saya pernah memberitahu lelaki itu bahawa dia mencintai dan menghormati suaminya.

"Lelaki itu (Samuelides) mengugut membunuh diri jika isteri saya tidak bertemu dengan dia," kata Morley.

Morley berkata, Samuelides turut menawarkan sebentuk cincin berlian bernilai £5,000 (RM29,300), sebuah beg tangan mewah berharga £1,500 (RM8,800) dan wang tunai £3,500 (RM20,500) kepada isterinya.

Menurutnya, Samuelides membuat permintaan supaya Holmokova tinggal bersamanya dan dia akan mendapat wang sebanyak £500,000.

Morley berkata, isterinya menyatakan dia tidak akan mendapat wang sebanyak itu jika tidak berkahwin dengan lelaki tersebut.
Menurutnya, dia pernah mengancam untuk membunuh Samuelides.

Isteri Morley itu memfailkan perceraian kerana kelakuan suaminya yang tidak bertimbang rasa.

Kes itu ditangguhkan sehingga 31 Oktober depan. - Agensi




hah...mana pompuan yg tak berpinar mata bila kekasih janji jota jotaan camnih... MOSTI ramai yg nak ceraikan laki nih....  

p/s  ramai..... tapi tak sumer  hah!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-9-2009 06:26 AM | Show all posts
Macam ada satu movie cerita omputih tu jer kes dia nie...apa tajuk movie tu aku tak ingat pulok...bayor hutang laki dia,pastu jadi bini dia...
Tapi nie lain sket laaa....
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 06:26 AM | Show all posts
mudanya binik...!
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 07:20 AM | Show all posts
Wanita ditawar RM2.93j tinggalkan suami


SAMUELIDES dan Holmokova tiba di sebuah
mahkamah di London semalam.

LONDON - Seora ...
amazed Post at 8-9-2009 03:38


Siapa yang tak nak.. dapat suami muda dan dapat duit lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 07:27 AM | Show all posts
org lain berhempas pulas cari duit, yg ni siap dapat offer lagi.
hai la badan....  
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 07:46 AM | Show all posts
hai la la la..........
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-9-2009 05:44 PM | Show all posts
untungnye dia nie..org lain nk dpt duit peluh smpai ke lutut br dpt..
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2009 08:00 PM | Show all posts
huhu
nk gak rezeki tergolek camnih
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-9-2009 11:54 AM | Show all posts
giler...  buatnya laki tuh psycho tak pepasal je nayaa.... hisskk
laki siap offer2 nak bayar jadik bini nih cam kurang normal jee.... cam desperate ....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 12:09 PM | Show all posts
cinta bley diberi dgn wang dahhh skang ni...
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 11:05 AM | Show all posts
mcm cerita indicent proposal yang demi moore dgn robert redfort berlakon tu tapi yang tu laki bini about same age, lelaki yg kaya tu tua sikit. Kalau aku, cerai je laki tu heheeheh kawin dgn yg muda n kaya.
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 03:21 PM | Show all posts
kut ye pun!  laki tu dah 67 thn.... tak agak-agak ke masa nak kawin dulu?
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2009 11:54 PM | Show all posts
mcm movie demi moore...ada jutawan nak main dgn dia, bayar 1juta... dia n laki dia setuju...last2 demi moore tgg laki dia..
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2009 12:22 AM | Show all posts
kat msia ni,
menteri mana yg bayar duit kat laki ni supaya ceraikan bini dia................
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 10:12 AM | Show all posts
kalo dah takde iman, inilah jadinya..
jangan kita yg rata2 muslim mukmin ni jadi mcm ni udah lerrr
Reply

Use magic Report

Post time 5-10-2009 09:15 PM | Show all posts
kat msia ni,
menteri mana yg bayar duit kat laki ni supaya ceraikan bini dia................
faraway1 Post at 1-10-2009 00:22


ader ader .... arwah dah pun x siputeri gunung ledang tu ........
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-10-2009 03:25 PM | Show all posts
Tak baik cerita hal orang yang dah mati nie...

tak apalah..biarlah si isteri tu fikir sendiri... kalau aku...aku pun tak tolak.. siapa tak nak hidup senang wei..
Reply

Use magic Report

Post time 23-10-2009 11:18 PM | Show all posts
ada gak kes cam ni berlaku kat kawan.. now dah kawin dgn mamat yg ofer dia. x hub dia tak terima ofer tu tapi bini dia dah mabuk cinta dia lepas kan dgn berat.. x laki dia kata dia ada maruah dan cinta dia pada bekas isteri dia tak ternilai., tapi jadi tak bernilai setelah dia berpaling arah...
kesian dia.. tapi rugi gak dia tak ambil duit tu.. boleh wat business ke apa ke.. hem.. ego lelaki.
Reply

Use magic Report

Post time 27-10-2009 03:32 PM | Show all posts
ahaks!!aku pulak yg terasa mkn cili plak!!
Reply

Use magic Report

Post time 28-10-2009 11:15 AM | Show all posts
kat msia ni,
menteri mana yg bayar duit kat laki ni supaya ceraikan bini dia................
faraway1 Post at 1-10-2009 12:22 AM


ada lg kot yg lain? hehehehe.....  idop lg.....
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-2-2025 12:51 PM GMT+8 , Processed in 0.308648 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list