CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2906|Reply: 11

Balik kampung: Tips servis Motokar

[Copy link]
Post time 11-9-2009 06:20 AM | Show all posts |Read mode
Bahagian Penting Kereta Perlu Dijaga

Service Setiap 5,000 / 10,000 Km
Banyak panduan penjagaan kereta boleh diperoleh menerusi Internet, penjual kereta, ejen insuran dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM). Bahagian komponen penting yang perlu diberi perhatian ialah enjin, aci pemacu, belt, penjajaran dan pengimbangan roda, pengalih haba, clutch, stering, sistem transmisi dan sistem bahan api.

Steering
Periksa setiap sambungan dan komponennya setiap 5,000 /10,000 km. Periksa paras minyak stering setiap minggu.

Hawa dingin
Periksa sistem penghaus dingin, saluran getah, penyambung dan kebocoran pada sistem penyejuk setiap 20,000 km.

Klac
Periksa sistem cluth bagi memastikan `free plag' kehausan penggunaannya bagi setiap 5,000 km.

Sistem transmisi/kotak gear
Periksa keadaan/paras minyaknya bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak pada setiap 40,000 km. Bagi sistem pembakaraan/ minyak, karburator perlu dibersih dan servis setiap 20,000 km. Periksa pam minyak dan kebocoran bagi setiap 20,000 km.

Tekanan angin tayar
Perlu diperiksa setiap 3,000 km. Seimbang dan tukar-alih tayar bagi setiap 10,000 km. Perbezaan paras. Periksa kebocoran, keretakan dan paras minyak bagi setiap 10,000 km. Tukar minyak bagi setiap 40,000 km.

Suspensi
Periksa sistem gantungan, bahagian bawah, mounting penghentak berat, penyambung bebola yang longgar, bocor dan haus setiap 20,000 km.

Drive shafts/propeller shaft
Periksa penyambung yang tidak ketat dan semakin haus bagi setiap 10,000 km.

Sistem elektrik
Periksa penyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalannan bagi setiap 10,000 km. Periksa peyambung elektrik, swith, lampu, hos, wiper, sistem caj, perjalanan bagi setiap 10,000 km.

Timing/drive belt
Ditukar bagi setiap 70,000 km atau empat tahun yang mana lebih awal. Periksa `belt' penghawa dingin, stering kuasa dan lain-lain setiap 5,000 km.

Enjin:
Enjin - tune up bagi setiap 10,000 km
Ujian tekanan (compression) setiap 40,000 km
Tukar pelincir bagi setiap 5,000 km
Tukar penapis minyak pelincir bagi setiap 10,000 km
Tukar penapis angin/minyak bagi setiap 40,000 km
Tukar palam pencucuh bagi setiap 20,000 km
Tukar `contact point' setiap 10,000 km

Radiator/sistem penyejuk
Periksa lebih kerap paras penyejuk dan saluran paip. Cuci dan ganti bahan penyejuk bagi setiap 40,000 km. Digalakkan menggunakan `coolant bagi memastikan enjin tidak terlalu panas dan membentuk karat terlalu cepat.

Sistem ekzos
Periksa kebocoran/karat bagi setiap 10,000 km, manakala pengimbangan tayar/alignment dibuat untuk keempat-empat tayar setiap 10,000 km atau enam bulan sekali, yang mana lebih awal.





-DISEDUT-
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2009 07:02 AM | Show all posts
Post Last Edit by danedzya at 11-9-2009 07:06

Benda nie normal maintenance...tak yah tunggu nak balik kampung baru nak buat bagi aku ler..

Anyway thanx for sharing...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 07:17 AM | Show all posts
bagus gak tuh ada yg luper nak servis kete...kan merajuk keter tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 05:20 PM | Show all posts
Satu peringatan yang baik.

Preventive maintenance is better than corrective maintaince!
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 05:23 PM | Show all posts
waduh, sejak bile hero TEKKEN jadi pomen nih,
korang jangan maen2,
dia nih kuat wu..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 09:03 PM | Show all posts
1# nascimento Service Setiap 5,000 / 10,000 Km
Banyak panduan penjagaan kereta boleh diperoleh menerusi Internet,penjual kereta, ejen insuran dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM).Bahagian komponen penting yang perlu diberi perhatian ialah enjin, acipemacu, belt, penjajaran dan pengimbangan roda, pengalih haba, clutch,stering, sistem transmisi dan sistem bahan api.

DEAR BRO....., SEKADAR NAK CONFORMATION.., AKU DIFAHAMKAN JUGA SERVIS PELINCIRAN SETIAP 3 BULAN ATAU  5, 000KM (YG MANA DAHULU). JD PERSOALANNYA, TERM YG MANA PALING AFDAL?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2009 09:10 PM | Show all posts
1# nascimento Service Setiap 5,000 / 10,000 Km
Banyak panduan penjagaan kereta boleh diperoleh menerusi Internet,penjual kereta, ejen insuran dan Persatuan Automobil Malaysia (AAM).Bahagian komponen ...
sinarkota Post at 11-9-2009 09:03 PM


kalau selalu memandu kenderaan,
tiap2 hari kereta itu bergerak,
dan terlebih dahulu menyentuh 5000KM,
maka haruslah servis mengikut perkadaran ini.

seandainya jarang memandu,
sekali-sekala kereta itu bergerak,
dan terlebih dahulu mendahului 3 bulan,
maka haruslah servis mengikut perkadaran ini.

tapi clock 5000KM hanya utk minyak jenis mineral,
kalau semi-synthetic 10000KM,
Full-synthetic 15000KM,
ada brand leh lebih jauh tapi berpada-padalah,
faham2 akan kenderaan kita,
itu sahaja dari saya.
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2009 09:59 PM | Show all posts
6# sinarkota

Aku ikut setiap 5000KM walaupun kenkadang cecah 7 bulan baru nak sampai 5K..okey jer enjin takde hal...aku pakai semi synthtetic...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2009 10:36 PM | Show all posts
8# danedzya

Aku pn ikut 5000 km walaupun dh lebih 3 bln...
Reply

Use magic Report

Post time 12-9-2009 07:18 AM | Show all posts
teman ada motor kriss 100,
teman every 2000KM teman tukar minyak pelincir,
teman pakai minyak Castrol Semi-Synthetic,
teman pakai konsep minyak mineral,
teman nak jaga performance dan fuel consumption,
sebab minyak pelincir pada motor memang akan rasa berat bile dah over 2000KM,
itu yang teman rasa pada motor teman...
Reply

Use magic Report

Post time 13-9-2009 01:57 AM | Show all posts
8# danedzya
tks q atas info. bkn apa kekadang jd konpius.......
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2009 11:19 PM | Show all posts
rajin2 la buat ye sblm poket rabak!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-11-2024 02:40 PM GMT+8 , Processed in 0.879865 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list