CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 43696|Reply: 114

[Merged] Segala-galanya tentang zapin Johor

[Copy link]
Post time 11-10-2009 06:06 PM | Show all posts |Read mode
Post Last Edit by blackpurple at 17-1-2011 22:01

tadi tertengok la cerita kat tv 1.. festival tari malaysia.. tetibe jerk tertengok la uncle2 daru batu pahat menari zapin... syok giler... pe pendapat korang ngan tarian zapin dari johor nie...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-2-2007 10:00 PM | Show all posts

Segala-galanya Tentang Zapin Johor

Zapin merupakkan tarian tradisional masyarakat Johor. Selain Kuda Kepang yang diperkenalkan oleh masyarakat Jawa di Johor, Zapin juga mempunyai nilai-nilai estetika tersendiri. Jika sekumpulan penari Zapin dapat membuat persembahan yang baik dan teratur ia mampu menarik perhatian orang ramai di sesebuah majlis. Bayangkan kalau satu majlis perkahwinan yang mempersembahkan tarian Zapin dengan sempurna, ia mampu mempersonakan tetamu-tetamu yang hadir hingga mereka terlupa tentang kehadiran pengantin! Begitulah hebat dan asyiknya tarian Zapin nie.

SEJARAH ZAPIN DAN ASASNYA

Zapin dipercayai dibawa oleh mubaligh-mubaligh dari Timur Tengah kira-kira pada abad ke-15. Kebanyakan mubaligh-mubaligh dan pedagang-pedagang ini datang dari Tanah Arab dan Parsi. Di dalam dialek Yamen ia dikenali sebagai Zaffana (kalau silap tolong betulkan...)

Pada permulaan hanya golongan lelaki yang menyertai tarian ini. Tapi kini ia telah dimodifikasi dengan penyertaan golongan wanita.

Versi paling asas ialah gerakan mengikut alunan muzik dan kiraan 1 2 3 dan 4. Pada kiraan ke-4 kaki dilunjurkan ke belah kiraan terakhir dibuat. Ia boleh dilakukan setempat atau gerakan ke depan atau ke belakang. Semasa melakukan gerakan, kondisi tubuh penari biasanya dalam keadaan tegak dan agak mendada.

Zapin biasanya diiringi oleh beberapa instrumen muzik tradisional dan genre lagunya biasanya genre Samrah. Instrumen yang terlibat pula ialah Biola, Marwas dan Gambus.

Dalam Zapin tiada peraturan yang tetap dalam menentukan berapa orang penari yang diperlukan untuk membuat persembahan. Namun, oleh kerana penari perlu berinteraksi antara satu sama lain tarian Zapin digalakkan untuk dilakukan secara berpasangan dalam gandaan 2.

Penari-penari kemudian boleh berinteraksi dengan pasangan masing-masing dengan bergurau, mencabar atau menikmati alunan muzik dan lenggok tarian pasangan masing-masing.

Terdapat banyak bentuk tarian Zapin dan semuanya telah berevoulusi daripada ragam yang asal. Antara variasi tarian yang popular ialah Zapin Tengliu yang berasal dari Mersing. Variasi Tengliu telah diilhamkan dari para nelayan yang sering turun ke laut dan mereka manari diatas kapal dengan mengikut arus ombak laut. Kalau kita melihat variasi ini penari seolah-olah sedang menari sambil badannya terhuyung-hayang ke kiri dan kanan sambil tangannya memegang tali kapal. Gerakan variasi Tengliu banyak melakukan gerakan yang tidak disangka-sangka seperti pusingan badan dan pinggang diikuti dengan hentian mengejut dengan kaki, tangan dan bahu.

Variasi gerakan Tengliu





khazanah tarian rumpun Melayu yang mendapat pengaruh dari Arab. Tarian tradisional ini bersifat edukatif dan sekaligus menghibur, digunakan sebagai media dakwah Islamiyah melalui syair lagu-lagu zapin yang didendangkan. Musik pengiringnya terdiri dari dua alat yang utama yaitu alat musik petik gambus dan tiga buah alat musik tabuh gendang kecil yang disebut marwas. Sebelum tahun 1960, zapin hanya ditarikan oleh penari laki-laki namun kini sudah biasa ditarikan oleh penari perempuan bahkan penari campuran laki-laki dengan perempuan.

Tari Zapin sangat banyak ragam gerak tarinya, walaupun pada dasarnya gerak dasar zapin-nya sama, ditarikan oleh rakyat di pesisir timur dan barat Sumatera, Semenanjung Malaysia, kepulauan Riau, pesisir Kalimantan dan Brunei DarussalamAsal usul zapin ni dari tanah arab, hadralmut.

Pengaruh seni muzik seni tari, senimuzik dan gurindam arab telah menyibar ke johor melalui kawasan pesisir pantai barat johor dan ke pendalaman melalui sungai sungai bersama sama penempatan arab di kampung kampung melayu.

Namun begitu zapin melayu johor unik kerana telah menyaring kesenian arab sambil mencipa kesenian melayu dan falasafah kesenian islam.Pada zaman dahulu kesenian zapin melayu bukan hanya di persembahkan halaman atau di anjung rumah ianya juga di persekitaran masjid juga surau untuk menyambut perayaan mauliurassul s.a.w dan lain lain.

terdapat beberapa jenis zapin johor diantaranya zapin pekajang, zapin tengelu, zapin lenga dll.Zapin melayu johor pada kebiasaannya dimulakan dengan pemainan gambus permulaaan di namakan Taksim,terdapat beberapa ragam di dalam tarian zapin diantaranya ragam pusau belanak besar , ragam lompat injut, ragam kopak,ragam titi batang,ragam ayam patah, ragam pusau belanak kecil dan akhir sekali ragam wainap.

P.S: Saya sendiri pernah menyaksikan persembahan Zapin semasa melawat kenduri kawin sepupu di Batu Pahat dan memang mengasyikan..sampai Nasi Beriyani Gam yang ade kat jari tak tersuap ke mulut sebab terlalu asyik tengok tarian yang sedang dipersembahkan.

[ Last edited by  rurouni_khairul at 23-2-2007 10:07 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 22-2-2007 10:07 PM | Show all posts

Jenis-jenis variasi tarian Zapin

Zapin Tengliu sendiri mempunyai 2 sub-variase berbeza iaitu Tengliu 1 dan 2. Selain Zapin Tengliu ada terdapat berbagai-bagai lagi variasi tarian Zapin. Jika ade sesiape tahu tarian Zapin lain yang saya tak senaraikan tolong bagitau okay!

1. Zapin Melayu Johor
2. Zapin Pulau
3. Zapin Lenga
4. Zapin Pekajang
5. Zapin Arab
6. Zapin Jambi
7. Zapin Singapura

Berikut nanti ada sedikit coretan mengenai Zapin Melayu Johor.

P.S: Malah, saya ade dengar yang ada satu lagi variasi yang dinamakan Zapin Terengganu. Possibly Zapin Terengganu ini juga berasal dari Johor kerana kerajaan Terengganu memang ade hubungan yang rapat dengan kerajaan Johor Lama satu ketika dulu.

[ Last edited by  rurouni_khairul at 23-2-2007 11:15 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 10:04 AM | Show all posts

Pembahagian Zapin mengikut daerah di Johor.

Jenis jenis zapin mengikut daerah di negeri Johor

1.Daerah muar- dikenali dengan zapin Lenga dan zapin putar alam
2.Daerah batu pahat- zapin kores, zapin tanjung labuh dan zapin sari
3.Derah pontian-zapin seri bunian dan zapin parit mustar
4.Daerah mersing-zapin tenglu dan zapin pulau
5.Johor baharu-zapin melayu johor dan zapin pekajang

Kalau ade sesiape ade info berkenaan Zapin di daerah korang leh tambah..aku rase cam tak complete ajer nie.

P.S: Ade dapat tau pasal Zapin Ayam Patah dengan Zapin Sarawak..camner origin dan variasi jenis nie lak?

[ Last edited by  rurouni_khairul at 23-2-2007 10:22 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 10:33 AM | Show all posts

Reply #3 rurouni_khairul's post

zapin is samrah
1.Daerah muar- dikenali dengan zapin Lenga dan zapin putar alam
founder - zainal alam kadir

2.Daerah batu pahat- zapin kores, zapin tanjung labuh dan zapin sari
founder - noorali a.k.a peLABOHan (jaga2 masa flush kt jamban duduk)

3.Derah pontian-zapin seri bunian dan zapin parit mustar
founder- pendekar mustar (ini bkn cobaan,ini betul2)

4.Daerah mersing-zapin tenglu dan zapin pulau
founder zapin ni Cikgu Ali
tenglu...here we come :cak:

[ Last edited by  AhmadNasa at 23-2-2007 10:38 AM ]

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 10:41 AM | Show all posts

Reply #4 AhmadNasa's post

Pasir Gudang takde Zapin ker?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-2-2007 10:48 AM | Show all posts

Reply #5 rurouni_khairul's post

mana wa taw,wa bkn org pasir gudang
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 10:58 AM | Show all posts
Info berkenaan Zapin Bunian dari daerah Pontian. Zapin Bunian mendapat nama dari tempat asalnya iaitu dari Kampung Sri Bunian, Pontian. Kalau kita dari Skudai menghala ke Pekan Nenas, kita bole nampak satu junction untuk pergi ke Kampung Sri Bunian.

Mase buat research tadi ade terjumpa satu lagi variasi Zapin yang dinamakan Zapin Hanuman. Zapin Hanuman nie diasaskan oleh kareografer Syed Hanasuddin dan Yahya Abd Hamid pada tahun 1970 an. Zapin Hanuman diinspirasikan oleh Ramayana dan digabungkan dengan kelincahan tarian dari Timur Tengah.

Panji Sumandak merupakkan asas irama Zapin Hanuman. Zapin Hanuman punya gerakan lebih tangkas berbanding Zapin Melayu yang agak lemah gemalai. Tariannya disertain dengan putaran pantas, lompatan dan menendang (tapi bukan tendang partner.. ) Dikatakan bahawa penari mesti mempunyai stamina yang tinggi ketika menari sebab gerakan die memang pantas dan takde rehat.

[ Last edited by  rurouni_khairul at 23-2-2007 11:09 AM ]
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2007 11:18 AM | Show all posts

Zapin Melayu Johor in a nutshell.

ZAPIN MELAYU JOHOR

Idea penciptaan dan kreativiti pengubahsuaian motif tari dan gerak dalam tari Zapin telah dilahirkan daripada genre Zapin yang lebih tradisional. Banyak antara genre Zapin tradisional ini cuma terdapat pada kawasan-kawasan atau daerah-daerah tertentu sahaja di negara tanpa tersebar luas ke daerah-daerah lain. Salah satu daripada genre Zapin tradisional yang dinamik dan anggun ialah Zapin Melayu yang wujud di negeri Johor.

Di Johor, Zapin dikenali dalam dua bentuk yang masing-masing mempunyai struktur gerak dan sifat tari yang khusus. Satu dikenali sebagai Zapin Melayu manakala yang satu lagi dikenali sebagai Zapin Arab. Zapin Melayu umumnya ditarikan oleh orang-orang Melayu manakala Zapin Arab ditarikan oleh masyarakat keturunan Arab. Zapin Melayu berkembang hasil dari pengadaptasian dari unsur-unsur Zapin Arab. Gerak tari dalam Zapin Melayu lebih halus dan santun berbanding dengan Zapin Arab yang gagah dengan ayunan langkah dan lenggangan yang lebih luas dan tinggi. Walaupun demikian, kedua-dua genre Zapin yang terdapat di Johor hari ini berasal dari satu tradisi kesenian masyarakat Arab yang dibawa dari Hadhramaut.

Keunikan tradisi Zapin Melayu ini terletak pada kesatuan muzik dan peralatannya yang dipengaruhi oleh kesenian Arab. Gambus (alat bunyian bertali), marwas (gendang tangan), dan dok (gendang panjang) memberi kesan bunyi dan irama yang berhubung kait dengan kesenian semenanjung Arab. Begitu juga keistimewaan tari Zapin terletak pada sifat segregasi antara penari dan penonton. Zapin Melayu secara tradisional ditarikan oleh penari lelaki sahaja dan mereka dipisahkan dari tari penonton apabila mereka menarikan tarian tersebut di tengah-tengah ruang khas di dalam rumah, di anjung balai ataupun di pelantaran khas semasa acara kenduri perkahwinan. Pada masyarakat Melayu Johor, Zapin adalah kesenian yang wajar untuk acara-acara sambutan sosial dan juga keagamaan. Tradisi tersebut bukan sahaja bersifat Melayu tetapi juga mempunyai hubungan dengan kesenian Islam yang dibawa oleh orang-orang Arab.

Tari Zapin dan Orang Melayu Johor

Zapin sebagai tradisi tari di Johor bukan sahaja berfungsi sebagai hiburan pada acara-acara sekular tetapi juga sebagai acara sambutan hari-hari kebesaran agama Islam. Sambutan dan perayaan hari-hari besar seperti Maulud Nabi, Hari Raya dan Awal Muharam disambut dengan bacaan ayat-ayat suci al-Quran atau kitab berzanji juga disambut dengan persembahan zapin. Oleh kerana Zapin di Johor, sama ada Zapin Arab atau Zapin Melayu, telah dianggap sebagai seni yang mempunyai ikatan kuat dengan tradisi kesenian Arab, tradisi tersebut juga diterima secara meluas sebagai seni yang berunsurkan kesenian Islam. Tradisi Zapin diterima secara terbuka sebagai seni yang bukan sahaja melambangkan ketinggian budaya Melayu tetapi juga kemantapan budaya Arab-Islamnya dalam seni budaya Melayu. Mungkin juga kesahihan tradisi Zapin sebagai seni yang mempunyai unsur-unsur ke-Islaman didasarkan kepada status orang-orang Arab yang dimuliakan sebagai penghubung kepada dunia Islam yang lebih besar.

Walaupun terdapat Zapin Arab dan Zapin Melayu di Johor, Zapin Melayu dianggap lebih intim dengan budaya orang-orang Melayu berbanding Zapin Arab. Pada orang-orang Melayu Johor, Zapin Arab lebih kasar, keras dan terlalu bertenaga tinggi berbanding dengan Zapin Melayu yang lebih halus lembut dan ayu. Penari-penari Zapin Arab yang terdiri daripada masyarakat keturunan Arab di Johor menarikan tari tersebut dengan langkah-langkah luas, hayunan tangan yang tinggi dan hinjutan kaki yang keras. Penari-penari Melayu pula yang rata-rata terdiri daripada orang-orang Melayu menarikan Zapin Melayu dengan hayunan tangan yang lebih kecil atau sempit, langkah kaki yang tidak terlalu luas dan tinggi serta hinjutan tapak kaki yang lembut. Penari-penari Zapin Melayu dimestikan menari tanpa menyebabkan lantai rumah atau balai bergoyang dan membuai.

Penari Zapin Melayu yang baik akan menarikan Zapin tanpa mengubah atau menggulung bucu-bucu tikar atau permaidani yang terhampar. Ketentuan seperti ini dianggap sebagai penunjuk kepada kemurnian dan kehalusan tari Zapin Melayu berbanding dengan Zapin Arab. Orang-orang Melayu cuma memilih dan menyesuaikan ciri-ciri kesenian yang dianggap mencerminkan kesinambungan resam budaya yang halus dan murni. Adaptasi yang dilakukan ke atas Zapin Arab secara selektif sama ada sedar atau tidak, dalam menghasilkan seni Zapin Melayu menunjukkan kemampuan orang-orang Melayu Johor memilih unsur-unsur pertunjukan yang tidak bercanggah dengan naluri dan citarasa estetik orang-orang Melayu.

Walaupun Zapin Arab jika dibandingkan dengan Zapin Melayu nyata lebih gagah, besar dan luas perlakuannya, Zapin Arab dan Zapin Melayu tidak pula dipandang sebagai seni yang terpisah. Hubungan simbiotik antara kedua-dua genre itu tercermin apabila kedua-dua bentuk Zapin tersebut saling dipertontonkan pada upacara sambutan dan keramaian yang sama di tempat yang sama. Kedua-dua bentuk Zapin itu diterima sebagai kesenian yang mempunyai pertalian rapat dan berasal dari sumber kreativiti kesenian yang sama. Ketiadaan konflik di antara seniman kedua-dua genre ini membolehkan seniman-seniman daripada kedua-dua genre itu khususnya pemuzik dipinjamkan ke mana-mana genre apabila keadaan mendesak. Justeru itu, sudah menjadi kebiasaan di Johor, pemuzik-pemuzik yang bermain gendang peningkah seperti marwas, pemain gambus, biola ataupun akordian berpindah-pindah dari satu genre Zapin ke genre Zapin yang lain apabila diperlukan.

Di kampung-kampung di kawasan timur laut negeri Johor, Zapin merupakan acara sosial yang berkesempatan memberi peluang kepada peminat-peminat genre tersebut keluar menari atau bermain muzik secara berkumpulan tanpa rasa malu dan segan. Rasa persaudaraan antara penari dan pemuzik dan sifat esprit de corps di kalangan mereka mematahkan rasa malu atau kurang percaya pada diri apabila beraksi di depan khalayak ramai. Setiap pertunjukan itu dianggap sebagai usaha bersama kelompok seniman di kampung dan bukannya suatu usaha peribadi untuk menunjukkan lagak diri sendiriutk kepentingan ego semata-mata. Sifat takbur tidak pernah ada di kalangan orang-orang Melayu walaupun pada peringkat pertunjukan kesenian. Dalam tradisi Zapin Melayu, tumpuan kepada bintang atau jaguh seperti sifat primadona tidak pernah ada. Malahan sifat demikian yang dianggap sombong dan bongkak merupakan pemisah kepada keharmonian hubungan masyarakat di kampung. Zapin adalah kesenian yang memerlukan usaha bersama dan bukannya usaha individu.

Pada perayaan acara sambutan perkahwinan dan sebagainya, masyarakat kampung diberi kesempatan bukan sahaja menonton Zapin tetapi juga mengambil bahagian dalam persembahan tersebut. Setiap ahli masyarakat yang sudah tahu dan hafaz bunga tari yang ditarikan oleh satu-satu kumpulan Zapin dibolehkan menari bersama apabila ada kesempatan. Seringkali kesempatan tersebut terbuka apabila salah seorang atau kedua pasangan penari Zapin ingin mengundur diri kerana keletihan atau kerana ingin memberi kesempatan orang lain menari. Oleh kerana pusingan ragam tari tersebut diulang-ulang untuk beberapa pusingan dalam satu-satu persembahan, kesempatan untuk meniru ragam tari tersebut dengan cepat memudahkan lagi sesiapa sahaja antara penonton lelaki untuk ikut serta dalam persembahan tersebut. Begitu juga bagi penari-penari yang lain. Mereka juga boleh berhenti atau menyambung menari apabila setiap pusingan ragam tari selesai dilakukan. Demikian juga halnya dengan pemain muzik gendang peningkah yang memainkan marwas. Oleh kerana pola rithma pukulan marwas mendatar sewaktu nyanyian lagu masih dalam pola pantun yang belum lengkap baitnya, pemain marwas boleh mengambil alat dan bermain alat tersebut. Ketangkasan pemain-pemain marwas cuma kelihatan apabila pola rithma marwas meningkat dengan mendadak dengan tingkahan yang berlapis dan berselang-seli dalam bentuk pola interlok.

Rasa persaudaraan antara pemain muzik dan penari adalah sebahagian daripada sifat keluarga besar masyarakat di kampung. Pemain muzik dan penari Zapin umumnya lebih senang mempersembahkan Zapin secara kelompok sosial yang mempunyai hubungan dari segi pekerjaan atau aktiviti riadah. Di kawasan timur laut negeri Johor, pemain Zapin terdiri daripada perkumpulan yang mempunyai profesion yang sama seperti penarik beca, penjual kecil-kecilan atau penambang. Aktiviti riadah yang menjadi penghubung sosial pemain-pemain Zapin adalah seperti aktiviti memikat burung, kelab bola, persatuan belia dan lain-lain persatuan. Zapin menjadi penarik atau pendorong kepada individu-individu yang mempunyai kesamaan aktiviti atau pekerjaan untuk bersatu berlatih sambil menganggapkannya sebagai suatu aktiviti sosial di kampung. Mereka akan belajar ragam tari yang terdiri daripada rangkaian bunga tari yang diperturunkan daripada pemain-pemain yang lebih arif dalam seni tersebut. Ragam wainab yang merupakan ragam gerak cepat yang ditandai oleh tingkahan beberapa buah marwas dipelajari berulang-ulang supaya berlaku kesinambungan antara ragam tari biasa dan ragam wainab apabila koda muzik dimulakan dengan pukulan marwas yang tingkah meningkah.

Begitu juga pemain muzik yang memainkan alat-alat muzik seperti marwas, dok, gambus, akordian atau biola, memanfaatkan waktu tersebut untuk sama-sama berlatih mengasah kesepaduan permainan dan kelicinan persembahan. Kebiasaan berlatih secara berkumpulan ini juga merupakan faktor utama terhindarnya rasa takut atau malu di kalangan penari dan pemuzik apabila mempersembahkan tari zapin di khalayak ramai. Oleh kerana zapin tidak menggalakkan persaingan antara pemain baik dalam kumpulan mahupun antara kumpulan, ketertiban persembahan sentiasa menjadi asas utama persembahan Zapin Melayu.

Sumber: Zapin.cjb.net


[ Last edited by  rurouni_khairul at 23-2-2007 11:27 AM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 11:26 AM | Show all posts

Sejarah dan latar belakang Zapin Pulau.

zapin pulau nie  pulak diasaskan Pak Othman Mat Hussin, 55 tahun, merupakan pengasas dan penggiat tari zapin yang telah mengasaskan Kumpulan Zapin Warisan Pulau-pulau Mersing di Mersing. Beliau mula berkecimpung dalam seni Tari Zapin Pulau ini sejak tahun 1952 iaitu ketika beliau masih di bangku sekolah lagi.

Guru tari zapin beliau pada masa itu adalah Allahyarham Pak Ali Bakri, Allahyarham Pak Harun, Allahyarham Pak Ali Awang dan Allahyarham Pak Yahya. Atas tunjuk ajar guru-guru tari tersebutlah Pak Othman berjaya mengetengahkan dan mengekalkan seni tari zapin hingga ke hari ini. Menurut Pak Othman, tarian Zapin Pulau (Mersing) telah dibawa oleh Raden Salleh dari Sambas, Indonesia yang telah berhijrah ke negeri Pahang. Pada tahun 1962, Raden Salleh telah bermastautin di Pulau, Mersing dan mendirikan rumah tangga di Pulau. Sempena asal Raden Salleh dari Sambas jugalah, telah diciptakan satu gerak yang disebut langkah sambas dalam Tarian Zapin Pulau yang sehingga kini masih utuh diamalkan.

Pak Othman juga menjelaskan gerak asal Tari Zapin Pulau ini berpandukan daripada aktiviti harian dan pengamatan terhadap alam sekitar. Kebiasaanya, beliau memulakan tarian dengan membuat olah tubuh atau 'warm- up'. Menurut beliau lagi, pada mulanya tarian zapin hanya ditarikan oleh golongan lelaki, tetapi pada tahun 1970-an tari zapin ini telah mula ditarikan juga penari-penari wanita. Busana yang digunakan oleh penari lelaki dalam tarian ini ialah baju Melayu, songkok dan samping; manakala penari wanita mengenakan baju kurung, kain samping dan tudung.

Alat muzik yang digunakan oleh Kumpulan Zapin Pulau ini antara lain ialah gendang (jidur) yang di pukul dengan 2 batang rotan, biola, marwas dan gambus. Menurut Pak Othman, gerak Tari Zapin Pulau ini terdiri daripada langkah lurus, langkah empat, langkah berulang (langkah tak jadi), langkah basrah, langkah udang, langkah dolmat, langkah serong, langkah Johor dan langkah sambas.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 11:31 AM | Show all posts

Sejarah dan latar belakang Zapin Tenglu 1

Zapin Tenglu 1 nie pulak diasaskan oleh Encik Yakop Bin Amir Hamzah penggiat Tari Zapin Tenglu ini lebih dikenali sebagai Pak Akop. Berusia 53 tahun, Pak Akop bekerja dalam sektor swasta di Mersing. Pak Akop mula melibatkan diri dalam dunia Tari Zapin Tenglu sejak beliau berusia 18 tahun. Selain boleh menari zapin, beliau juga seorang yang berkebolehan bermain alat-alat muzik seperti marwas, bonggo dan marakas.

Berbeza dengan Pak Othman dan Mak Usu, Pak Akop belajar menari dengan seorang berketurunan Arab yang sudah menetap di Kampung Tenglu, Mersing yang dikenali sebagai Pak Syed Ali. Menurut Pak Akop, beliau terpaksa menjalani latihan tari dengan latihan berubah-ubah dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain. Latihan dilakukan selepas solat Isyak. Sebelum latihan menari dilakukan, penari-penari akan berzanji dan berqasidah. Kemudian, tarian zapin ditarikan sehinggalah larut malam.

Sesuatu yang menarik tentang Pak Akop ini ialah apabila beliau dan tiga orang lagi rakannya melakukan tarian zapin di atas sehelai tikar purun. Mereka menari di atas tikar purun dengan keadaan tikar ini tidak berubah daripada kedudukan asal dan tidak akan terlipat -lipat. Pergerakan tari atas tikar ini akan dapat mengukur kemahiran penari dalam menggerakkan tari zapinnya. Apabila tikar purun tidak berubah, maka penari itu bolehlah dikatakan penari yang handal...  

Ada pandangan mengatakan sesiapa sahaja yang menyaksikan tarian Zapin Tegelu Johor pasti akan menghentikan seketika segala perbuatan yang sedang dilakukan baik makan, minum, berjalan mahupun berbual...

Pandangan ini ada kebenarannya kerana aksi tari Zapin Tegelu jauh berbeza jika dibandingkan daripada tarian-tarian tradisional Melayu lain yang kebanyakannya berentak perlahan dengan gerakan lemah gemalai...

Tarian Zapin Tegelu bercorak agresif, sedikit akrobatik dan mempunyai unsur-unsur luar jangkaan tapi penuh keceriaan. Dengan berbaju Melayu Teluk Belanga, bersampin dagang dalam dan bersongkok tinggi, penari-penari Zapin Tegelu rancak menggegarkan pentas dengan aksi pusingan dan lenggokan kepala yang sungguh mengasyikkan mengikut rentak irama lagu Salatollah.

Oleh kerana tarian ini bercorak agresif tidak hairanlah ada pihak-pihak yang mempertikaikannya dengan mengatakan Zapin Tegelu kasar dan tidak melambangkan seni tari asli Zapin yang penuh kesopanan dan kelembutannya yang tersendiri.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 11:34 AM | Show all posts

Tak abis lagi...Zapin Tenglu 2 lak..

Zapin Tenglu 2 diasaskan oleh Puan Habsah Binti Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mak Usu, kini berusia 62 tahun, merupakan penggiat aktif seni tari zapin di daerah Mersing. Beliau mula meminati dan mendalam seni tari zapin sejak berusia 14 tahun di Kampung Tenglu, Jalan Haji Omar, Mersing.

Menurut Mak Usu, beliau belajar dengan seorang guru tari yang berasal dari Banjarmasin, Indonesia yang biasa dipanggil Pak Cik. Semasa remajanya, beliau telah dilarang oleh keluarganya daripada kegiatan menari zapin ini. Keluarga Mak Usu bertegas pendapat bahawa kaum wanita tidak boleh menari dan tidak dibenarkan keluar rumah. Namun, itu bukanlah halangan bagi Mak Usu untuk mempelajari seni Tari Zapin ini daripada guru tarinya. Beliau secara senyap-senyap berusaha sehingga dapat mempelajari teknik-teknik pergerakan tarian zapin ini sehingga berjaya.

Pada tahun 1962, Mak Usu dan suaminya telah menubuhkan satu kumpulan tarian yang kebanyakan ahlinya terdiri daripada ahli keluarganya yang terdekat. Selain menguasai tari zapin, Mak Usu juga menguasai tarian joget, tarian inang dan tarian asli.

Menurut Mak Usu menari zapin disebut "bermain" yang terdiri daripada taksim, langkah tari kopak dan wainab. Wainab dilakukan tiga kali duduk bertinggung. Tari Zapin Tenglu ini menurut Mak Usu mempunyai asas gerak tari pada langkah 3, dari langkah 3 kepada langkah 1, langkah 2, langkah 4 dan sebagainya.

Keunikan Tari Zapin Tenglu ini terletak pada gaya Mak Usu sewaktu menari, iaitu tangan kiri menyingsing kain dan tangan kanan berkayuh, sementara itu kedua-dua bahu Mak Usu digerak-gerakkan sekali-sekali. Ini menambah variasi dan keindahan gerak tari tersebut. Selanjutnya, Mak Usu terus-terang mengatakan bahawa setiap kali beliau selesai menarikan sesebuah Tari Zapin Tenglu ini, beliau merasakan suatu kepuasan yang dalam dan mendamaikan.  

Usia yang telah lanjut tidak pernah dijadikan alasan bagi Mak Usu, untuk tidak terus bergiat dan menunjuk ajar seni tari zapin kepada generasi muda. Sehingga kini, beliau masih aktif dalam seni Tari Zapin Tenglu ini..  
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 11:36 AM | Show all posts

Sejarah dan latar belakang Zapin Lenga.

Tarian Zapin Lenga adalah satu-satunya repertoire Zapin Melayu Johor yang paling tua berjaya dikesan di Negeri Johor. Bentuk persembahan Zapin Lenga juga dianggap sebagai prototaip kepada Zapin Melayu Johor, sifat ' Archaic ' dari sudut pergerakan tari dan muzik jelas kelihatan pada gaya penari lelaki dan melodi muzik pengiring.

Keistimewaan Zapin Lenga dari sudut sejarah perkembangan seni Zapin Melayu di Johor ialah kemungkinan besar tradisi tersebut telah diwarisi dari Kerajaan Melayu Melaka setelah Melaka ditawan oleh Portugis pada tahun 1511.

Lenga dan kawasan Pagoh merupakan daerah berburu Raja-raja Melaka dan di sana juga tempatnya Sultan Melaka melarikan diri sewaktu Melaka diserang Portugis.

Pada hari ini, tarian Zapin Lenga tidak lagi menjadi tradisi kesenian yang popular seperti pada zaman dahulu kerana kebanyakkan daripada pewaris-pewaris tua telah pun kembali ke rahmatullah. Tradisi ini juga telah berubah dan bentuknya yang asal kerana adanya penglibatan penari-penari wanita yang pada suatu masa dahulu tidak dibolehkan menarikan tarian zapin Lenga di khalayak ramai.

RAGAM-RAGAM ZAPIN LENGA

Zapin Lenga ini mempunyai 6 Langkah atau Ragam iaitu Langkah 1, langkah 2, langkah 3, langkah 4, langkah 5 dan langkah 6.
Zapin lenga ini lebih kepada kelembutan dan kemanisan para penari serta lebih ayu ditarikan oleh penari zapin wanita.




[ Last edited by  rurouni_khairul at 23-2-2007 12:04 PM ]
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 11:39 AM | Show all posts

Sejarah dan latar belakang Zapin Pekajang

Zapin Pekajang yang berasal dari Kampung Pekajang, Gelang Patah Johor Bahru diasaskan oleh Allahyarham Abd Rashid bin Riona yang telah diturunkan kepada tiga orang anaknya iaitu Allahyarham Mohd Zafin bin Abd Rashid, En. Yaakob bin Abd Rasbid dan Allahyarham En. Ali bin Abd Rasbid. Sebelum meninggal dunia En. Mobd Zafin Abd Rasbid telah mengabadikan Zapin Pekajang kepada enam orang anaknya iaitu Hamzah bin Mobd Zafin, Zulkifli bin Mobd Zafin, Zainal Abidin bin Mobd Zafin, Shamsil Bahrin bin Mobd Zafin, Shamsul Kahar bin Mobd Zafin dan Norzahid bin Mobd Zafin.

Kelima-lima orang anak Allahyarham Mobd Zafin masib giat berzapin terutamanya di majlis-majlis keramaian yang diadakan di sekitar Kampung Pekajang. Salah seorang daripada anak Allahyarbam, iaitu Zainal Abidin bin Mobd Zafin berupaya untuk terus menyalakan dan mencerahkan tari Zapin Pekajang ini melalui Yayasan Warisan Johor. Ini kerana Zainal Abidin kini bertugas sebagai salah seorang kakitangan di Yayasan Warisan Johor.

Menurut En. Zainal, Zapin Pekajang yang mengandungi 13 ragam ini kebiasaannya ditarikan di hadapan pasangan pengantin pada malam berinai. Penari-penari zapin ini memegang bunga telur di tangan kanan sambil tangan kiri menyingsing kain samping. Zapin Pekajang ini ditarikan hanya oleh penari lelaki sahaja kerana pergerakan tarian ini agak gagah dan bertenaga. Menurut beliau lagi, Zapin Pekajang ada kemungkinannya juga dibawa dari Kepulauan Riau sekitar tahun 20-an dan diolah semula oleh Allahyarham Abd. Rashid kerana pada ketika itu nendanya sering berulang-alik ke Kepulauan Riau untuk mengunjungi keluarga mereka yang masih berada di sekitar Kepulauan Riau.

Sebagai pendukung seni dan muzik di Yayasan Warisan Johor, En. Zainal Abidin yang dilahirkan pada 13 Disember 1956 seakan-akan mengambil alih peranan mengembangkan Zapin Pekajang ini kepada umum melalui Yayasan Warisan Johor. Justeru, beliau telah menjadi tenaga pengajar Zapin Pekajang kepada Artis Budaya Yayasan Warisan Johor. Selain itu beliau juga telah memperkembangkan zapin ini kepada anak-anaknya dan kepada para belia di Kampung Pekajang dan sekitar mukim Tanjung Kupang.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 11:42 AM | Show all posts
dabkeh dgn zapin sama ke?
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 11:44 AM | Show all posts

Sejarah dan latar belakang Zapin Arab.

Zapin Arab pulak merupakaan salah satu bentuk tarian kesenian zapin di dunia. Gerak tari Zapin Arab yang gagah gengan ayunan langkah dan lenggangnya yang lebih luas dan tinggi membezakannya dengan genre-genre lain seperti Zapin Melayu Johor. Selain itu, gerak tarinya yang lebih kasar dan keras dan hayunan tangan yang lebih tinggi serta hinjutan kaki yang lebih keras sememangnya memerlukan tenaga penari yang lebih banyak.

Zapin Arab yang juga berasal dari Hadramaut diiringi dengan Gambus (alatan bunyian bertali), marwas (gendang tangan) dan dok (gengang panjang) yang memberikan kesan bunyi dan irama yang berhubung-kait dengan kesenian Zapin Melayu Johor.

Di Johor, seni tari Zapin Arab pada kebiasaannya ditarikan oleh penari-penari yang berketurunan Arab (Syed dan Syarifah). Selain itu, pada kebiasaannya Zapin Arab ditarikan bagi menyambut hari-hari kebesaran agama Islam seperti Maulidur Rasul dan ini menunjukkan seni tari ini saling berkait-rapat dengan kesenian Islam. Zapin Arab bukan hanya sebagai hiburan semata-mata, tetapi ia juga merupakan tarikan utama bagi manarik penduduk di Tanah Melayu (Malaysia) memeluk agama Islam dan sebagai satu cara menyebarkan dakwah Islam. Ini berlaku pada zaman Tanah Melayu dijadikan nadi utama dalam pengembangan agama Islam di dunia. Menurut sejarah, pengaruh seni dan nyanyian Arab-Hadramaut telah berubah menjadi sebuah genre Zapin yang lain seperti Zapin Melayu Johor.


Aku sendiri pernah tengok Zapin Arab nie mase bos bapak aku (dia tuh Syed..) buat kenduri kawin anak pompuan die...memang agak rancak tarian Zapin Arab nie.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-2-2007 11:46 AM | Show all posts

Reply #13 rurouni_khairul's post

kalo zainal lathiam wa kenal la
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 11:47 AM | Show all posts

Sejarah dan latar belakang Zapin Jambi.

Senarai Zapin di Jambi terbahagi kepada:
1.Zapin Dana Bedana
2.Zapin Lambung

ZAPIN DANA BEDANA


Tarian ini merupakan ramuan dari pelbagai zapin dan dana yang diolah manjadi paduan dalam kareografi yang harmonis. Zapin Dana Bedana mengungkapkan berbagai suasana dan pengalaman yang pernah dialami dan dirasakan para penari Zapin dan Dana, seperti menari di atas permaidani dalam ukuran terbatas, menari berpasangan untuk pergaulan, bercanda selepas tugas atau kewajipan dan lainnya.

ZAPIN LAMBUNG

Zapin Lambung mendapat inspirasi dari tarian tradisional Sarah Lambung yang ada di desa Mandi Angin Tou, Jambi. Kemudian dikembangkan menjadi kareografi yang banyak mengambil gerak melambung, atraktif, dan kocak.

Secara personally, aku belum pernah tengok tarian nie..teringin gak nak usya.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 11:50 AM | Show all posts

Sejarah dan latar belakang Zapin Singapura.

Senarai Zapin dari Singapura pulak ialah:
1.Zapin Asli-Tradisional
2.Zapin Warisan
3.Zapin Teluk Belanga

ZAPIN ASLI-TRADISIONAL


Zapin ini mula dikenalkan di Singapura pada awal tahun 1950 dari seorang guru Medan, Indonesia. Tarian Zapin ini menjadi tarian dasar untuk semua pelajar tari melayu dan menrangkumi dalam 5 jenis tarian dasar.

ZAPIN WARISAN

Untuk mempelbagaikan penampilan tarian Zapin, penggunaan props seperti tepak sirih, selendang dan kompang digunakan, secara simbolik dengan maksud tertentu. Dalam Zapin Warisan ini, gerak-geraj dasar tetap terpelihara. Penggunaan ruang dan pelbagai pola lantai ditampilkan.

ZAPIN TELUK BELANGA

Zapin Teluk Belanga baru digarapkan khas untuk persembahan gilang-gemilang warisan seni budaya sempena ulang tahun persatuan rakyat yang ke 40 pada 27-8-2000. Isi gerakan Zapin Teluk Belanga ini adalah bertolak dari ragam pertama hingga akhir ragam yang telah diberikan nafas baru. Gerak-gerak ragam Zapin Arab juga disertakan kareba sejarah tarian Zapin di Singapura bermula dari pendatang Arab iaitu kaum lelaki biasanya menarikan Zapin di majlis keramaian sebagai tanda kegembiraan dan untuk bersuka ria.
Reply

Use magic Report

Post time 23-2-2007 12:57 PM | Show all posts
masa aku pi induksi kat intan kluang diorang buat senamrobik guna tarian zapin.mmg besttt sgt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

20-12-2024 09:44 AM GMT+8 , Processed in 0.083771 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list