View: 34518|Reply: 59
|
Istiadat Pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11
[Copy link]
|
|
Post Last Edit by Syd at 21-10-2009 15:59
Bandar Diraja Seri Menanti Bakal Saksi Kegemilangan Istiadat Pertabalan Yamtuan
Oleh Razali Pilus
KUALA PILAH, 20 Okt (Bernama) -- Negeri Sembilan bakal menyaksikan pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, yang akan berlangsung penuh istiadat di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti pada 26 Okt.
Istiadat pertabalan ini akan berlangsung di Bandar Diraja Seri Menanti dari 22 hingga 28 Okt 2009, menurut Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.
Istiadat ini bakal mengulangi sejarah lebih 40 tahun lalu, upacara pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-10 Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman pada 18 April 1967.
Istiadat pertabalan pada 26 Okt ini merupakan istiadat kemuncak selepas hampir setahun bermula dengan pemasyhuran Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 29 Dis 2008 berikutan kemangkatan Tuanku Ja'afar dua hari sebelumnya.
Proses pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan merupakan suatu yang unik kerana dilakukan oleh Undang Yang Empat -- Undang Luak Sungai Ujong, Undang Luak Jelebu, Undang Luak Johol dan Undang Luak Rembau --setelah dilantik daripada putera-putera yang layak dicalonkan.
PERJALANAN PERTABALAN
Tuanku Muhriz berkata istiadat pertabalan dimulakan dengan istiadat mengeluarkan dan memasang alat-alat kebesaran di halaman Istana Besar Seri Menanti pada 22 Okt oleh Pegawai 99 yang diketuai Datuk Seri Amar Diraja.
Alat-alat kebesaran ini terdiri daripada lapan kaki payung kuning, lapan bilah tombak berambu, lapan bilah keris panjang, lapan bilah pedang panjang dan lapan tonggol kuning, hitam dan merah.
Alat-alat ini akan kekal terpasang di halaman Istana selama tujuh hari sehingga istiadat menyimpan dilakukan pada 28 Okt.
Ini akan diikuti dengan tembakan dua das meriam.
Istiadat seterusnya ialah istiadat bersiram pada 25 Okt melibatkan Tuanku Muhriz dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud.
Baginda berdua akan bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri Menanti ke Panca Persada, disusuli dengan lapan das tembakan meriam.
Orang Empat Istana akan menyempurnakan istiadat bersiram dengan menyembahkan bedak limau setelah mengelilingi baginda berdua sebanyak 7 kali. Baginda berdua akan bersemayam semula di atas Takhta Rencana dan diarak kembali ke Istana Besar Seri Menanti dengan disusuli lapan das tembakan meriam lagi.
ISTIADAT PERTABALAN
Istiadat pertabalan akan berlangsung pada 26 Okt di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti. Istiadat itu bermula dengan ketibaan Menteri Besar Negeri Sembilan dan Tunku Besar Tampin di sebelah pagi diperkarangan Istana.
Setelah bermalam di rumah telapak (rumah persinggahan) masing-masing,Undang Yang Empat akan berehat di balai-balai sementara yang disediakan khas di luar perkarangan Istana Besar Seri Menanti sebelum berjalan kaki memasuki perkarangan Istana Besar Seri Menanti diiringi oleh Datuk-Datuk Lembaga masing-masing. Lima belas das tembakan meriam akan dilepaskan.
Undang Luak Sungai Ujong akan berjalan dari Balai Melintang, UndangLuak Jelebu dari Balai Serong, Undang Luak Johol dari Balai Bertingkat manakala Undang Luak Rembau dari Balai Panjang.
Pada ketika ini jemputan lain akan tiba di Istana termasuk Raja Muda atau Tengku Mahkota yang mewakili Raja-Raja Melayu serta Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak dan Perdana Menteri serta Timbalan Perdana Menteri.
BARISAN KEHORMATAN
Setelah semua mengambil tempat masing-masing di perkarangan Istana Besar Seri Menanti, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan diiringi oleh Orang Empat Istana akan berangkat memeriksa barisan kehormatan.
Para tetamu kemudian mengambil tempat di Balairong Seri. Yang DiPertuanBesar Negeri Sembilan dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan kemudian berangkat bersemayam di atas singgahsana dengan diapit oleh Putera YangEmpat.
Istiadat bermula apabila Datuk Bentara Kanan menghadap memohon perkenan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan untuk memulakan istiadat dan kemudian meminta Datuk Undang Luak Sungai Ujong bagi pihak Undang Yang Empat, bangun mengisytiharkan bermulanya istiadat pertabalan.
Ini akan diikuti dengan teriakan "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku", "Daulat Tuanku.
Datuk Bentara Kanan kemudian akan mengisytiharkan kepada hadirin bahawa pertabalan selesai dilakukan dan melafazkan Daulat Tuanku sebanyak tiga kali, diikuti oleh para hadirin.
Lagu kebesaran Negeri Sembilan dimainkan dan disusuli oleh tembakan meriam sebanyak 32 das.
Upacara seterusnya ialah istiadat menghadap dan menjunjung kasih Yang Dipertuan Besar yang dimulakan oleh Undang Yang Empat, diikuti Datuk Shahbandar Sungai Ujong, Penghulu Luak Tanah Mengandung dan Datuk Lembaga Tiang Balai masing-masing.
Menteri Besar Negeri Sembilan kemudian akan menghadap menjunjung kasih serta melafazkan ucapan taat setia.
Tuanku Muhriz kemudian melafazkan titah pertabalan dan diikuti bacaan doa oleh Mufti Kerajaan Negeri Sembilan.
Akhirnya Datuk Seri Amar Diraja membuat aluan sembah dan memaklumkan bahawa istiadat pertabalan selesai disempurnakan.
ISTIADAT LAIN SEBELUMNYA
Keunikan istiadat pertabalan di Negeri Sembilan ini melibatkan beberapa istiadat lain sebelumnya dan yang berlangsung di Istana-istana lain.
Antaranya istiadat menghadap Undang Yang Empat yang dilaksanakan oleh Orang Empat Istana manakala yang terpakai di Istana-istana lain ialah menyembahsilakan Raja-Raja Melayu termasuk Yang di-Pertuan Agong,Sultan Brunei dan Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.
Jemputan disempurnakan oleh rombongan Diraja diketuai oleh Tunku Besar Seri Menanti dan disertai Tunku Zain Al-Abidin Tuanku Muhriz, Tunku Alang Tunku Datuk Seri Iskandar, Tunku Panglima Besar Tunku Abdullah dan Tunku Imam Tunku Datuk Seri Mahmud Tunku Besar Burhanuddin, yang diiringi Setiausaha Kerajaan Negeri Sembilan, anggota Exco dan Setiausaha Dewan Keadilan dan Undang Negeri Sembilan.
Istiadat pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 ini merupakan satu daripada tiga istiadat bersejarah di Negeri Sembilan pada tahun ini.
Istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani Tengku Besar Mahmud diadakan terlebih dahulu pada 14 April 2009.
Sebelum itu diadakan istiadat pelantikan dan pertabalan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz iaitu Putera Yang Empat terkanan, pada 22 Feb 2009, bagi menggantikan tempat ayahanda baginda.
SALASILAH YAMTUAN
Tuanku Muhriz merupakan keturunan langsung daripada salasilah lebih 200 tahun keturunan Raja Lenggang dan juga Raja Alam Pagaruyung, Sumatera.
Tuanku Muhriz diputerakan pada 14 Jan 1948. Baginda merupakan satu-satunya anak lelaki Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dengan Tunku Ampuan Durah Tuanku Besar Burhanuddin.
Baginda dilantik dan ditabalkan sebagai Tunku Laksamana (kedudukan kedua di antara Putera Yang Empat) pada tahun 1960 dan Tunku Besar Seri Menanti (kedudukan tertinggi di antara Putera Yang Empat) pada tahun1961. Baginda kekal memegang gelaran itu selama 47 tahun.
Dibesarkan di Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz menerima pendidikan awal di Sekolah Tuanku Muhammad Kuala Pilah dan Sekolah Tunku Besar Tampin serta Sekolah Menengah King George V, di Seremban.
BELAJAR UNDANG-UNDANG
Tuanku Muhriz meneruskan pelajaran di Aldenhem School, United Kingdom ke peringkat O-Levels dan A-Leves. Baginda kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang di University of Wales, Aberystwyth, United Kingdom dan dianugerahkan LLB pada tahun 1970.
Sekembali ke Malaysia, baginda memulakan kerjaya dalam pelbagai bidang termasuk bekerja di bank, syarikat kewangan dan pengiklanan.
Tuanku Muhriz banyak menyumbang kepada badan-badan kebajikan terutama dalam meningkatkan peluang pendidikan dengan menjadi anggota lembaga pengarah sebuah syarikat senaraian awam dan beberapa syarikat yang mempunyai kepentingan di luar negara yang beroperasi di Malaysia.
Sebelum dilantik sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan yangke-11, baginda merupakan anggota lembaga pengarah sebuah bank.
Tuanku Muhriz melangsungkan perkahwinan dengan Tuanku Aishah Rohani pada 25 April 1974 dengan mengadakan istiadat di Istana Maziah KualaTerengganu, Istana Lama Seri Menanti dan Istana Munarah Seremban.
Pasangan Diraja itu mempunyai tiga orang putera -- Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin, Tunku Zain Al-Abidin dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
apsal buat kat seri menanti heh..yg kat seremban tu istana ape? istana hinggap je ke? |
|
|
|
|
|
|
|
yelah. hinggap jerk.
rakyat dikampung didahulukan
katanya... |
|
|
|
|
|
|
|
Rakyat di dahulukan, pencapaian di utamakan..
Daulat Tuanku |
|
|
|
|
|
|
|
Istiadat pertabalan dapat liputan Discovery Channel
SEREMBAN; Istiadat pertabalan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 26 Oktober ini turut mendapat liputan Discovery Channel.
Pengarah Penerangan Negeri Sembilan, Ahmad Iqbal Zainal Azim, berkata penggambaran filem dokumentari dilakukan mengenai adat istiadat sistem beraja di Negeri Sembilan khususnya pertabalan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
"Ini adalah peluang kita mendedahkan Negeri Sembilan sebagai salah satu negeri yang kaya dengan ciri dan adat beristiadat sistem beraja Melayu yang masih kekal dan perlu diberi kefahaman ke peringkat antarabangsa," katanya kepada Bernama di sini hari ini. |
|
|
|
|
|
|
|
oh ayahanda mertuaku muahahahhaha untung ler waghih kat N9 dapat coti |
|
|
|
|
|
|
|
Hotel Kuala Pilah Penuh Sempena Pertabalan Yamtuan
KUALA PILAH, 22 Okt (Bernama) -- Hotel di Kuala Pilah, iaitu Hotel Desa Inn dan Rumah Rehat Kuala Pilah, telah penuh ditempah sempena istiadat pertabalan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 26 Okt ini.
Pengurus Hotel Desa Inn, Lee Pit Chen berkata kesemua 29 bilik hotelnya telah habis ditempah dari 22 hingga 28 Okt.
"Tempahan tersebut untuk krew Forum Perdana, Orkestra Universiti Kebangsaan Malaysia dan Polis Diraja Malaysia," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.
Sementara itu, Pengurus Rumah Rehat Kuala Pilah, Azman Samad pula berkata semua 10 bilik dan lapan bilik chalet rumah rehat itu juga telah habis ditempah.
Begitu juga Seri Menanti Resort yang terletak berhampiran Istana Lama Seri Menanti, dekat sini, semua 29 biliknya habis ditempah.
Jurucakap Hotel Era di Bahau yang mempunyai 70 bilik berkata 40 bilik telah habis ditempah dari 22 hingga 28 Okt manakala 30 bilik lagi masih kosong.
Di Seremban pula, kebanyakan hotel seperti Hotel Royale Bintang (345 bilik), Klana Resort (lebih 200 bilik) dan Hotel Seri Malaysia (50 bilik) masih menerima tempahan.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
sapa2 nak gie kena carik umah sedaro lah yo...
hotel dah ponoh.. |
|
|
|
|
|
|
|
Istiadat Menurun Dan Memasang Alat Kebesaran Diraja Hari Ini
KUALA PILAH, 22 Okt (Bernama) -- Upacara sambutan pertabalan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 26 Okt ini dimulakan dengan istiadat menurunkan dan memasang alat kebesaran diraja di halaman Istana Besar Seri Menanti dekat sini Khamis.
Tugas membawa keluar alat kebesaran diraja itu dari Balairong Seri ke dalam Istana Besar Seri Menanti bermula pada 9 pagi dan dilaksanakan oleh Pegawai 99 yang diketuai oleh Datuk Seri Amar Diraja Ahmad Minar, setelah mendapat perkenan Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin ibni Tuanku Muhriz.
Alat-alat kebesaran itu yang terdiri daripada lapan kaki payung kuning, lapan bilah tombak berambu, lapan bilah keris panjang, lapan bilah pedang panjang dan lapan tonggol kuning, hitam dan merah, kemudian diletakkan di atas meja khas sebelum ditepung tawar diikuti bacaan doa oleh Datuk Johan Abdullah Yusof.
Alat-alat kebesaran itu kemudian dibawa keluar dari Istana Besar Seri Menanti dan dipasang di tempat khas di halaman Istana Besar Seri Menanti.
Istiadat diakhiri dengan tembakan dua das meriam.
Alat-alat kebesaran diraja ini akan kekal terpasang di halaman Istana selama tujuh hari sehingga istiadat menyimpan dilakukan pada 28 Okt.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Istiadat pertabalan dapat liputan Discovery Channel
SEREMBAN; Istiadat pertabalan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 pada 26 Oktober ini t ...
Syd Post at 22-10-2009 13:31
pemes la pilah tompek lahir den dan rajo den ... |
|
|
|
|
|
|
|
Istiadat bermula
Oleh MOHAMMAD YASIR JAAFAR
[email protected]
Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz memeriksa alat kebesaran diraja selepas upacara tepung tawar bagi menandakan bermulanya istiadat pertabalan ayahanda baginda, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 di Seri Menanti, Kuala Pilah, semalam. - Bernama
KUALA PILAH 22 Okt. - Istiadat pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir pada 26 Oktober ini dimulakan dengan upacara mengeluar serta memasang alat-alat kebesaran di halaman Istana Besar Seri Menanti di sini hari ini.
Istiadat dimulakan dengan membawa keluar alat-alat kebesaran itu dari Balairong Seri ke dalam Istana Besar Seri Menanti untuk ditepung tawar disusuli dengan bacaan doa dan seterusnya dipasang di halaman istana tersebut.
Proses pemasangan alat kebesaran itu dilaksanakan oleh Pegawai 99 yang dipimpin oleh Datuk Seri Amar Diraja, Ahmad Minar setelah mendapat perkenan Tunku Besar Seri Menanti, Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz.
Turut berkenan menghadiri upacara tersebut ialah putera kedua baginda, Tunku Zain Al-Abidin.
Ketua Pegawai 99, Datuk Setia Bijaya, Zulkeply Mansor ketika ditemui selepas upacara itu selesai berkata, bermulanya kerja pemasangan alat kebesaran itu menandakan bahawa istiadat pertabalan Tuanku Muhriz sudah bermula.
''Upacara pemasangan alat-alat kebesaran ini merupakan satu istiadat istana yang telah diamalkan sejak dulu lagi sempena pertabalan, pengurniaan pingat dan sambutan hari raya.
''Alat-alat kebesaran yang dipasang termasuk lapan kaki payung kuning, lapan bilah tombak berambu, lapan bilah keris panjang, lapan bilah pedang panjang dan lapan tonggol kuning, hitam dan merah," jelasnya.
Menurut beliau, seramai 40 orang Pegawai 99 terlibat dalam menjalankan kerja-kerja pemasangan alat kebesaran itu.
''Selepas itu dua das tembakan meriam dilepaskan bagi memberi isyarat bahawa kerja pemasangan alat ini selesai dijalankan," ujar beliau.
Dalam pada itu Zulkeply berkata, alat-alat kebesaran diraja itu akan kekal terpasang di halaman istana selama tujuh hari sehingga tiba upacara menyimpan pada 28 Oktober ini. |
|
|
|
|
|
|
|
diorang ramai2 tu boleh masuk ke?ke ada senarai khas yg boleh masuk tgk istiadat? sapa tau? |
|
|
|
|
|
|
|
Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti Siap Digunakan Isnin Ini
KUALA PILAH, 23 Okt (Bernama) -- Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti dekat sini yang telah siap dinaik taraf akan mula digunakan bagi istiadat pertabalan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 Isnin ini.
Pengarah Jabatan Kerja Raya (JKR) Negeri Sembilan Ir. Dr Roslan Md Taha berkata kerja-kerja menaik taraf Balairong Seri menggunakan konsep reka bentuk kolonial.
Balairong Seri kini berkeupayaan menampung sehingga 1,000 orang tetamu dan VVIP, berbanding 532 sahaja tetamu sebelumnya. Keluasan lantai Balairong Seri yang baru adalah 1,064 meter persegi berbanding sebelumnya 500 meter persegi.
Reka bentuk Balairong Seri yang baru tidak mempunyai tiang di tengahnya yang menjadikan keluasannya lebih besar berbanding sebelumnya manakala keluasan singgahsana yang baru pula berukuran 10 meter x 3.4 meter, berbanding sebelumnya 5.8 meter x 2.8 meter, katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau berkata turut disediakan kerusi untuk Putera Yang Empat di singgahsana tersebut.
Roslan berkata di sebelah kiri singgahsana terdapat tiga barisan iaitu untuk raja dan kerabat diraja manakala di sebelah kanan pula untuk Undang Yang Empat dan Tunku Besar Tampin.
"Sempena dengan istiadat pertabalan Isnin ini, kawasan aturan tempat duduk dibahagikan kepada dua bahagian iaitu di sebelah kiri singgahsana untuk tetamu diraja dan istana manakala sebelah kanan untuk Menteri Besar, Exco dan ketua-ketua jabatan. Terdapat juga ruang untuk Raja Dimuda dan pegawai berkaitan," katanya.
Di samping itu, katanya kerja-kerja menaik taraf Balairong Seri turut melibatkan menaik taraf tandas dan surau untuk tetamu serta sistem lampu, sistem pendingin hawa dan sistem pembesar suara.
"Kita sediakan dua bilik untuk media dan elektronik audio visual di bahagian atas manakala laluan media dan jurugambar diasingkan iaitu di luar bangunan di mana ruang khas untuk media dan jurugambar disediakan, begitu juga ruang untuk juruacara," katanya.
Beliau berkata projek menaik taraf Balairong Seri ini dilaksanakan oleh JKR yang dimulakan pada 13 Julai lepas.
-- BERNAMA |
|
|
|
|
|
|
|
Pameran Raja Kita di Istana lama Seri Menanti
KUALA PILAH: Rakyat Negeri Sembilan berpeluang mengenali dengan lebih dekat institusi diraja dan keluarga diraja negeri itu dengan mengunjungi "Pameran Raja Kita" di Istana Lama Seri Menanti dekat sini.
Pameran itu diadakan sempena pertabalan Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 esok.
Tuanku Muhriz telah berkenan merasmikan pameran itu semalam.
Pameran secara percuma itu diadakan bertujuan menyalurkan maklumat dan pengetahuan kepada orang ramai mengenai peranan dan sumbangan Tuanku Muhriz sebagai pemerintah, meliputi pelbagai aspek yang tinggi nilai warisan sejarah dan estetikanya.
Pameran itu adalah usaha murni untuk mengumpul, memelihara dan menyebarkan maklumat kepada masyarakat berkaitan sejarah institusi diraja Negeri Sembilan sejak dari zaman pemerintahan Raja Melewar yang berasal dari Pagar Ruyung, Sumatera.
Antara yang dipamerkan ialah potret baginda dan keluarga, persalinan diraja, salasilah diraja dan replika alat kebesaran diraja seperti payung kuning, tombak berambu, keris panjang, pedang panjang dan tonggol.
Pameran yang memaparkan institusi diraja Negeri Sembilan, biografi, peranan dan sumbangan baginda kepada rakyat Negeri Sembilan, terbuka kepada semua termasuk pengkaji artifak.
Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pelancongan, Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian, Warisan dan Adat Istiadat Melayu negeri, Datuk Mohammad Razi Kail, berkata pameran itu yang bermula semalam akan kekal untuk tempoh yang belum diputuskan.
"Pameran Raja Kita adalah suatu medium yang memberi pendedahan serta merapatkan jurang antara institusi diraja negeri ini dengan rakyat," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.
Beliau yang juga pengerusi jawatankuasa induk pameran itu berkata inisiatif seperti itu diambil bagi memelihara dan memartabatkan lagi warisan sejarah yang tinggi nilainya.
Beliau berharap pameran itu akan dapat menarik lebih ramai pelancong datang ke Negeri Sembilan. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Tuanku Muhriz keturunan Raja Lenggang
KUALA PILAH: Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir yang akan ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 esok adalah keturunan langsung daripada salasilah lebih 200 tahun keturunan Raja Lenggang dan juga Raja Alam Pagaruyung, Sumatera.
Tuanku Muhriz diputerakan pada 14 Januari 1948. Baginda adalah satu-satunya anak lelaki Almarhum Tuanku Munawir Tuanku Abdul Rahman dengan Tunku Ampuan Durah Tuanku Besar Burhanuddin.
Baginda dilantik sebagai Tunku Laksamana (kedudukan kedua di antara Putera Yang Empat) pada tahun 1960, dan setahun kemudian, baginda ditabalkan sebagai Tunku Besar Seri Menanti (kedudukan tertinggi di antara Putera Yang Empat), gelaran yang disandang selama 47 tahun.
Dibesarkan di Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz bersekolah di Sekolah Tuanku Muhammad Kuala Pilah dan Sekolah Tunku Besar Tampin, sebelum ke Sekolah Menengah King George V, di Seremban.
Baginda melanjutkan pengajian di Aldenham School, Elstree, England, di mana baginda menduduki O-Levels dan A-Levels.
Baginda kemudian melanjutkan pengajian dalam bidang perundangan di University of Wales, Aberystwyth, United Kingdom dan mendapat ijazah LLB pada tahun 1970.
Sekembali baginda ke Malaysia, Tuanku Muhriz memulakan kerjaya baginda dalam pelbagai bidang seperti kewangan dan pengiklanan. Pengalaman ini memberi pendedahan kepada baginda dalam pelbagai industri di rantau ini.
Pada masa yang sama, Tuanku Muhriz telah menyumbang bakti baginda kepada pelbagai badan amal dan kebajikan melalui penglibatan baginda sebagai ahli yang aktif dalam Kelab Rotary, Kuala Lumpur.
Tuanku Muhriz juga telah menunjukkan minat baginda dalam memberi peluang meningkatkan pelajaran kepada anak bangsa dengan menjadi ahli dalam Lembaga Pemegang Amanah bagi Tinggi Foundation, yang memberi biasiswa kepada pelajar Malaysia yang cemerlang tetapi tidak berkemampuan untuk meneruskan pengajian mereka ke peringkat ijazah sarjana muda.
Tuanku Muhriz juga dilantik sebagai ahli Lembaga sebuah syarikat awam di Malaysia dan syarikat-syarikat berkepentingan asing yang beroperasi di Malaysia.
Sebelum dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan pada 29 Disember 2008, Tuanku Muhriz adalah Ahli Lembaga sebuah bank serantau, sejak 2006.
Tuanku Muhriz berminat terhadap muzik bermula sejak kecil di mana ketika zaman persekolahan baginda, Tuanku Muhriz membentuk beberapa kumpulan muzik dan sejak itu mempunyai beberapa koleksi gitar yang ditempatkan di beberapa istana untuk membolehkan baginda memetik irama jazz, samba, Beatles dan irama klasik lain yang menjadi kegemaran baginda.
Dalam bidang sukan pula, skuasy merupakan sukan kegemaran Tuanku Muhriz. Baginda telah lama bermain sukan kegemaran baginda itu dan sehingga kini masih aktif bermain sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Baginda juga gemar menonton acara-acara sukan lain.
Baginda meminati kelab bolasepak Arsenal dan gemar menonton pertandingan tenis Grand Slam.
Tuanku Muhriz melangsungkan perkahwinan dengan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan Tuanku Aishah Rohani binti Almarhum Tengku Besar Mahmud pada 25 April 1974 dengan mengadakan istiadat di Istana Maziah Kuala Terengganu, Istana Lama Seri Menanti dan Istana Munarah, Seremban.
Pasangan Diraja itu mempunyai tiga orang putera - Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin, Tunku Zain Al-'Abidin dan Tunku Alif Hussein Saifuddin Al-Amin.
Pada 29 Disember 2008, Tuanku Muhriz dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan oleh Undang Yang Empat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, selepas kemangkatan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman dua hari sebelumnya. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
Tuanku Muhriz jalani istiadat bersiram hari ini
KUALA PILAH: Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz ibni Almarhum Tuanku Munawir, dan Tunku Ampuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Aishah Rohani binti Tengku Besar Mahmud hari ini menjalani istiadat bersiram dengan penuh tradisi yang diwarisi turun-temurun di Istana Besar Seri Menanti dekat sini.
Istiadat bersiram ini diadakan selepas istiadat menurunkan dan memasang alat kebesaran diraja di halaman Istana Besar Seri Menanti pada Khamis lalu.
Negeri Sembilan bakal menyaksikan pertabalan Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan ke-11 Tuanku Muhriz Ibni Almarhum Tuanku Munawir, yang akan berlangsung penuh istiadat di Balairong Seri Istana Besar Seri Menanti pagi esok.
Istiadat pertabalan ini akan disempurnakan oleh Undang Luak Sungai Ujong Datuk Mubarak Dohak sebagai imam Undang Yang Empat.
Pada istiadat bersiram bermula pukul 10.35 pagi ini, Tuanku Muhriz dan Tuanku Aishah Rohani bersemayam di atas Takhta Rencana dan diarak dari Istana Besar Seri Menanti ke Panca Persada (kira-kira 500 meter) disusuli dengan empat das tembakan meriam.
Perarakan Takhta Rencana yang ditarik Pegawai 99 didahului kumpulan Rebana, diikuti pembawa alat kebesaran diraja, pembawa Cepu Bedak Limau dengan diiringi Tunku Besar Seri Menanti Tunku Ali Redhauddin Tuanku Muhriz dan kerabat diraja.
Setelah sampai dan bersemayam di Panca Persada, Orang Empat Istana menyempurnakan istiadat bersiram dengan menyembahkan bedak limau setelah mengelilingi baginda berdua sebanyak 7 kali.
Selesai pusingan ketujuh Datuk Seri Amar Diraja Ahmad Minal menyembahkan Cepu Bedak Limau untuk istiadat bersiram. Tuanku Muhriz kemudian mencelupkan kedua belah tangan baginda ke dalam Cepu Bedak Limau.
Selepas itu Datuk Seri Amar Diraja menjunjung duli kepada Tuanku Aishah Rohani. Setelah selesai upacara itu, diadakan persembahan pencak silat, tarian piring dan caklempong lagu "Raja Bersiram".
Majlis diakhiri bacaan doa oleh mufti kerajaan negeri Datuk Mohd Yusof Ahmad.
Baginda berdua kemudian bersemayam semula di atas Takhta Rencana dan diarak kembali ke Istana Besar Seri Menanti dengan disusuli empat das tembakan meriam lagi.
Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan dan isteri Raja Datin Seri Salbiah Tengku Nujumudin, Speaker Dewan Undangan Negeri Datuk Razak Mansor, anggota Exco, wakil rakyat dan ketua-ketua jabatan adalah di antara 5,000 orang yang menyaksikan istiadat tersebut.
Istiadat bersiram yang selesai pada jam 12 tengah hari itu diakhiri dengan majlis santapan tengah hari di Dewan Banquet, Istana Besar Seri Menanti manakala rakyat menikmati hidangan tengah hari di dua tempat berasingan iaitu di padang Sekolah Kebangsaan Tunku Laksamana Nasir dan kawasan lapang berhampiran Istana Tasek.
Pada 29 Disember 2008, Tuanku Muhriz dimasyhurkan sebagai Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan oleh Undang Yang Empat di Balairong Seri, Istana Besar Seri Menanti, selepas kemangkatan Tuanku Ja'afar Tuanku Abdul Rahman dua hari sebelumnya. - Bernama |
|
|
|
|
|
|
|
daulat tuanku///// takde gambo lain ke |
|
|
|
|
|
|
|
akhirnya pulang juo ko tompek yg patut
daulat tuanku
sayang ahh tableh tgk...bukan selalu ni |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|