CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11169|Reply: 58

SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

[Copy link]
Post time 19-11-2009 08:58 AM | Show all posts |Read mode


Buat semua warga bod Perak

Raya Haji ke mana weh

Buat ibadah Korban tak atau dtg tlg & tenguk2 je
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2009 09:05 AM | Show all posts
Hari Raya Aidiladha

Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas.


Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: عيد الأضحى 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.

Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.



Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.

Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 09:34 AM | Show all posts
kepada semua forumer saya ucapkan selamat menyambut hari raya aidil adha....hati2 di jln raya....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 09:46 AM | Show all posts
Selamat Hari Raya Aidiladha, kak pah ucapkan kepada semua forumer.....
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 09:50 AM | Show all posts
selamat hari raya aidiladha kepada semua forumer...
ada sapa2 buat korban ker..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-11-2009 10:23 AM | Show all posts
tempat teman buat yg pertama kalinya

2 ekor lembu dikorbankan

idak tahu lah cam mana gayanya, sbb semua muda2 nasib ada ustaz sorang

tp masa time tu teman balik kg raya , x dpt merasalah suasananya

sat lg teman tepek poster dia yg teman sempat buat & sumbangkan
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 19-11-2009 10:24 AM | Show all posts
selamat hari raya aidiladha..
mg raya kali memberi makna dalam diri kita semua.aminn.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 10:25 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-11-2009 11:21 AM | Show all posts
Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada semua. Teman balik tpg raya ni.
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 11:48 AM | Show all posts
Kak pah name je orang perak tapi beraya di kole lumpor...huhuhu...nampak gayenye ke kole lumpor le lagi raya haji ni........
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 12:59 PM | Show all posts
raya puasa pun kl...raya aji pun ke kl ke akak..
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 03:32 PM | Show all posts
selamat menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua warga bod perak...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 10:53 AM | Show all posts
Selamat hari raya haji..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 01:31 PM | Show all posts
slmt hari raye aidil adha buat semua yg baca topik ni
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 06:36 PM | Show all posts
selamat hari raya aidiladha buat semua warga perak...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 09:45 AM | Show all posts
selamat hariiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii...........rayaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa........... teng teng teng teng ,.... teng teng
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2009 02:35 PM | Show all posts
selamat hari raya aidiladha kepada semua yang membaca.  harap maafkan salah silap saya dan halalkanlah apa yang ter ter ter, jika ada.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-11-2009 08:48 AM | Show all posts
selamat hari raya aidiladha kepada semua yang membaca.  harap maafkan salah silap saya dan halalkanlah apa yang ter ter ter, jika ada.
Gemukkkkkkk Post at 22-11-2009 14:35
sama2 lah kita bermaafan

tahun ni brp ekor dikorbankan MUKKKKKK
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 09:07 AM | Show all posts
Selamat hari raya aidiladha buat semua....

Mohon ampun dan maaf jika ada salah dan silap......
Reply

Use magic Report

Post time 24-11-2009 11:29 AM | Show all posts
selamat hari raya aidil adha utk semua forumer bod perak juga
tahun ni kita  balik raya aji di teluk intan
sesiapa yg dok sekitar teluk intan jom jumpa ... seribulan, naziee .. fluerzsa, yaneng jom kita jumpa di mana2 nanti ...

mok nik kat teluk intan sehingga hari isnin 30/11
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-1-2025 01:24 AM GMT+8 , Processed in 0.168715 second(s), 32 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list