CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 10495|Reply: 53

Duhai Si Pari-Pari - Tayangan 31 Disember 2009

[Copy link]
Post time 19-11-2009 11:16 PM | Show all posts |Read mode
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-11-2009 11:21 PM | Show all posts
Post Last Edit by kekure at 19-11-2009 23:23

Pembikinan filem berbeza dengan drama, cabaran dalam mencapaiobjektif jalan cerita, watak dan perwatakan untuk disesuaikan denganlatar suasana dan karakter cukup mencabar, seterusnya memberi kesanterhadap penghasilan filem ini

UMPAMA langit dengan bumi, dari kancah drama televisyenberunsur berat dan serius, pengarah muda, Azmi Mohd Hata beralih kegelanggang filem, sekali gus menyaksikan peralihan bakal mengujikemampuan lepasan Akademi Filem Malaysia (kini Akademi Seni dan WarisanKebangsaan) ini di layar perak.

“Mana-mana pengarah pun akan melalui pengalaman ini, soalnyacepat atau lambat saja. Tiba juga peluang saya akhirnya dan memangtidak sangka, ujian pertama saya adalah dengan mengarahkan filembergenre komedi romantik ini.
        “Filem Duhai Si Pari Pari (judul masih padaperingkat perbincangan) ini sesuai untuk remaja. Ia memang berbezasedikit dengan kebanyakan filem komedi romantik tempatan sebelum inikerana turut diserapkan elemen khayalan seperti kebanyakan filem klasikterbitan Disney (Pictures),” katanya.

Memandangkan sebelum ini beliau lebih cenderung dengan skrip dan arahan drama TV dan Telemovie bergenre berat untuk terbitan Radio Televisyen Malaysia (RTM), perbezaan mengendalikan genre yang cukup berbeza terasa, malah tekanan dan cabaran yang harus dilalui juga berat.

Pembikinan filem berbeza dengan drama, cabaran dalam mencapai objektif jalan cerita, watak dan perwatakan untuk disesuaikan dengan latar suasana dan karakter cukup mencabar, seterusnya memberi kesan terhadap penghasilan filem ini.

Bagaimanapun, Azmi dalam pertemuan bersama B*Pop baru-baru ini, berkata cabaran dan kesukaran yang dihadapi itu memberikan beliau kepuasan, sekali gus menyuntik semangat untuk memeriahkan lagi industri perfileman tempatan dengan menawarkan genre filem yang pelbagai.

“Cabaran paling besar semestinya bagaimana untuk mencipta watak yang tidak pernah wujud kepada sesuatu yang hadir dan boleh dipercayai kehadirannya.

Bagaimana mahu menghidupkan sesuatu watak daripada sifar kepada sesuatu yang benar-benar hidup.

“Untuk mencapai semua ini pujian harus saya lanjutkan kepada barisan pelakon muda yang cukup berbakat dan kreatif,” akurnya yang begitu meminati koleksi filem komedi romantik klasik dari Hollywood, terutama terbitan Disney Pictures.
Que sebagai Syadon begitu menonjol.

Pada masa yang sama, beliau mengagumi keupayaan barisan pelakon utama filemnya termasuk Que Haidar, Liyana Jasmay, Nabila Huda dan Remy Ishak[/code], dengan menganggap mereka bukan saja muda dan berbakat besar, malah komited serta memandang serius kualiti lakonan masing-masing.

“Saya sendiri tidak menyangka, akhirnya mereka berjaya memberikan apa yang saya dan filem ini perlukan,” katanya yang pernah menghasilkan drama bersiri dan telefilem seperti Relakan Cinta, Cinta Bukan Di Atas Kertas, Puasa Terakhir dan Andai Itu Takdir Cinta yang pernah disiarkan di RTM.

Dari segi teknikal, filem komedi romantik dengan elemen khayalan yang berlatarkan sekitar Lembah Klang ini banyak menggunakan kesan khas imej janaan komputer.

Kewujudan Pari Pari dan Para Para (bapa Pari Pari) dengan kuasa luar biasa dan sakti banyak memerlukan penggunaan kesan khas.

“Begitupun, saya cukup bersyukur dan sangat selesa dengan penerbit, Tayangan Unggul yang bukan saja memberi ruang untuk berkarya, malah kepercayaan mengarahkan filem pertama sekali gus melangkah setapak lagi dalam memperkembangkan kerjaya seni saya secara peribadi,” katanya.

Berdasarkan skrip yang dipersembahkan, Tayangan Unggul percaya dengan kekuatan cerita yang membuatkan ia istimewa dan punya potensi untuk difilemkan.

Filem yang mengambil masa 38 hari penggambaran sekitar Jun lalu menampilkan karakter barisan pelakon dicabar dengan watak yang tidak pernah mereka bawa sebelum ini.

Katanya, masih dalam peringkat suntingan, diikuti proses menyiapkan CGI tidak lama lagi, filem pertama seumpamanya diterbitkan di negara ini bakal menemui penonton menjelang hujung tahun depan.

“Saya cuma berharap penonton Malaysia akan lebih terbuka untuk menerima sesuatu yang berbeza buatan orang sendiri dan memberikan maklum balas yang membina,” katanya yang sudah merancang satu lagi filem dan menanti masa sesuai untuk mempersembahkan skripnya.

Secara ringkasnya, Duhai Si Pari Pari mengisahkan Syadon (Que Haidar) seorang pemuda lurus bendul yang tidak pernah dilamun cinta.

Ditakdirkan dia terjatuh cinta dengan Mala (Nabila Huda), namun tanpa pengetahuan Syadon, Mala punya agenda jahat bersama rakannya Budi (Remy Ishak) untuk wang simpanan Syadon.

Walaupun Syadon hanya pekerja di stesen minyak tapi dia cukup cermat dan pandai menyimpan. Selepas ditipu Mala, Syadon masih tidak percaya Mala bersekongkol dengan Budi. Selepas dibelasah dan dibuang ke lorong gelap oleh Budi, Syadon terjumpa teko ajaib yang dihuni si Pari Pari (Liyana Jasmay).

Pari Pari kemudian mengharapkan cinta dari Syadon. Pada masa yang sama, bapa Pari Pari, Para Para (Harun Salim Bachik) mengesan anaknya yang lama menghilangkan diri. Kerana percaya Syadon adalah cinta sejatinya, Pari Pari enggan pulang dan menerima sumpahan dari para para iaitu lenyap dari dunia ini sekiranya cintanya gagal lagi.

http://www.bharian.com.my/sisipan/bintangpopular/Sunday/Klik/20080907134358/Article/index_html
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 11:52 PM | Show all posts
filem penutup tahun 2009.
insyaallah, akan tonton pada 1/1/2010...
Reply

Use magic Report

Post time 19-11-2009 11:52 PM | Show all posts
filem penutup tahun 2009.
insyaallah, akan tonton pada 1/1/2010...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2009 12:01 AM | Show all posts
Jom serbu beramai-ramai
Ada Harun Salim Bachik I likeeeeeee
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2009 12:12 AM | Show all posts
:pompom:jom READER's:pompom:
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 20-11-2009 12:18 AM | Show all posts
Wajib buat rombongan Cik Kiah ni
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2009 12:18 AM | Show all posts
Wajib buat rombongan Cik Kiah ni
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2009 08:28 PM | Show all posts
msti tgk.ade hsbc
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2009 01:33 PM | Show all posts
9# radzi
wah peminat HSBC ke?
Jom kita serbu wayang
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 03:07 PM | Show all posts
serbu jangan x serbu..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2009 03:44 PM | Show all posts
Film sampah penutup tirai tahun 2009
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 01:40 AM | Show all posts
12# nashrudean

don't judge the book by it's cover..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2009 02:26 AM | Show all posts
Bila tayang filem bagus cam karya Yasmin Ahmad cakap tak paham
Kalau betul tak suka tonton filem sampah, silalah tonton filem Karaoke yang bakal ditayangkan minggu depan
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 09:49 PM | Show all posts
nak tengok ke tak ye hmmm...

trailer nampak klako, tp jalan cerita belum tentu...
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 10:03 PM | Show all posts
Sampah sekali ngan film JALANG tu...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 23-11-2009 03:14 AM | Show all posts
16# nashrudean
Dek Non,
nanti jangan lupa tengok filem Karaoke tau?
filem tu tak sampah dan dah ditayangkan kat Cannes pun
dah tengok nanti jangan lupa tulis review kat thread Karaoke ye?
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 01:52 PM | Show all posts

Duhai Si Pari-pari (13PG)



Sinopsis:
Syadonmerasakan hidupnya sempurna apabila Mala, seorang gadis cantikmenganggapnya sebagai seorang ‘kekasih’. Pada suatu hari Syadon menemuiMala cedera dipukul dan diugut oleh orang jahat (Budi). Untukmenyelamatkan Mala, Syadon dipaksa menyerahkan semua simpanannya danselepas menyerahkan wang Syadon dipukul dan ditinggalkan di loronggelap. Setelah tersedar, didapati Mala, kereta dan duitnya telah hilangyang ada di depan mata ialah teko keemasan yang, lalu dibawanya pulang.Keesokan pagi, Syadon terkejut apabila mendapati seorang gadis (Pari)tidur di sebelahnya.

Pari menerangkan yang beliau sedang mencari‘kekasih’, terus sahaja Syadon menunjukkan rumah jirannya yang ada anakbujang. Disangkanya Pari tersalah rumah. Bapa Pari (Para) kurangbersetuju dengan pilihan anaknya. Syadon tidak kelihatan seperti jejakaidaman wanita. Tetapi Pari berkeras mahukan Syadon dan enggan pulang kedunia kayangannya. Para kemudiannya memberikan sekuntum mawar kepadaPari. Setiap kali kelopaknya gugur, bererti semakin suntuk waktu yangPari ada untuk mengahwini jejaka idamannya.

Syadon bertanyasiapa Pari sebenarnya. Setelah diterangkan, Syadon sukarmempercayainya. Pari terpaksa membuktikan kata-katanya denganmenunaikan permintaan Syadon yang mahukan dua guni duit… barulah Syadonpercaya dengan kata-kata Pari dan dengan duit tersebut, Syadon mahumembeli sebuat kereta sports. Tiba-tiba Syadon ternampak Volkswagennya.Dia mendekati tetapi terserempak pula dengan Mala. Mala yang pura-puraterkena penyakit hilang ingatan, terus sahaja sembuh apabila ternampakduit Syadon yang begitu banyak. Syadon kembali mabuk cinta.

Parikecewa… tambahan pula Pari kini sudah mengetahui siapa Mala dan Budisebenarnya. Maka bermulalah usaha Para dan Pari melumpuhkan kegiatanMala dan Budi. Dengan usaha Para dan Pari, Syadon akhinya mengetahuisiapa Mala sebenarnya. Tetapi dapatkah Syadon melihat rupa Pari yangsebenarnya? Sementara itu, Pari pula semakin kesuntukan waktu… apakahcinta yang dicarinya akan hilang bersama dengan kelopak bunga yangterakhir….

Klasifikasi :   PG-13 - Bimbingan ibubapa atau orang dewasa disyorkan untuk kanak-kanak di bawah umur 13 tahun
Tarikh Tayangan :  31 Disember 2009

SUMBER: http://ceritadimataku.blogspot.com
Reply

Use magic Report

Post time 13-12-2009 01:59 PM | Show all posts
lum kuar lagi citer nie mcm menarik
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-12-2009 05:11 PM | Show all posts
Adeh dah ada la thread ni
lain kali search dulu ye sebelum bukak thread
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-1-2025 10:52 AM GMT+8 , Processed in 0.091934 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list