CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 12327|Reply: 78

Benarkah tender terbuka perolehan senjata akan merugikan pertahanan negara?

 Close [Copy link]
Post time 22-11-2009 12:30 AM | Show all posts |Read mode
scorpene - apa yang rahsia

“Had we called for an open tender, we would have exposed our defence secret to the enemies…”

Ketika terbaca jawapan  timbalan menteri pertahanan kepada soalan yang diajukan wakil DAP di Parlimen pada hari Khamis 22hb Oktober, saya menyangka penyelenggara berita online tersilap. Mustahil seorang timbalan menteri yang ada gelaran ’Dr’ di hadapan namanya memberi jawapan sedemikian. Atau alasan.

Pagi hari berikutnya, saya bergegas ke kedai 7 Eleven berhampiran untuk mencari kepastian. Akhbar Star dan the Sun pun membawa ungkapan serupa. Apalah agaknya ayat yang diguna oleh akhbar berbahasa Melayu. Mungkin berbeza mungkin sama. Sejak kedua-dua kumpulan akhbar ini terpaksa menukar kiblat ke Menara Dato Onn, saya sudah tidak lagi mengikuti omongan pemberita, penulis dan pengarangnya.

“Sekiranya kita menawarkan tender terbuka, kita akan mendedahkan rahsia pertahanan kepada musuh”. Mungkin begitulah lebih kurang maknanya jika diterjemah ke Bahasa Melayu.

Mujurlah wakil DAP yang mengajukan soalan sekadar melepas batuk di tangga. Ataupun macam robot yang telah diprogramkan. Asalkan ada soalan sudah memadai. Ketepatan dan kesahihan jawapannya tidak perlu dipersoal. Maka yang menjawab pun yakin ‘dalam kelompok orang-orang buta, yang celik sebelah mata menjadi raja’.

Musuh ? Malaysia bermusuh dengan negara mana agaknya. Tak mungkin. Rasanya beliau tersalah ungkap. Atau memang ketika ini Malaysia sedang bermusuhan dengan negara lain.

Israel ? Atau negara jiran yang mempunyai hubungan rapat dengan Israel ? Kalaulah itu yang dimaksudkan, bukan setakat spesifikasi scorpene, kekuatan dan kelemahan kapal selam itu sendiri pun bukan lagi rahsia. Lihat sahajalah bagaimana mereka memusnahkan hampir keseluruhan kekuatan pertahanan udara Mesir pada bulan Jun 1967 dalam apa yang dinamakan sebagai ‘peperangan enam hari’.
Single Polls, Total 17 Users voted
Your User group have no permission to vote
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-11-2009 12:33 AM | Show all posts
Atau, apa yang dimaksudkan sebagai musuh itu sebenarnya lebih merupakan ‘musuh kepada syarikat yang mendapat durian runtuh’. Kalau dibuat tender terbuka, tentunya ada yang boleh menawarkan pakej yang lebih kompetitif. Dan bila mana tender diberikan kepada syarikat yang menawarkan sebut-harga yang lebih tinggi dengan pakej serupa, maka terjadilah seperti mana yang berlaku dengan cadangan pembelian Eurocopter.   Kerana tender terbuka, semuanya terbuka. Dan syarikat yang gagal, yang merasa mereka tidak diberi peluang beraksi di gelanggang yang sama rata, tidak teragak-agak mendedahkan apa yang kononnya rahsia. ‘Siapa yang anda kenal lebih bermakna dari apa yang anda tahu’. (Whom you know is more important than what you know).

“mendedahkan rahsia pertahanan kepada musuh”

Sebelum adanya kemudahan internet, ‘Jane’s Fighting Ships’, sebuah terbitan tahunan (annual publications) menerbitkan senarai komprehensif kapal dan spesifikasi tentera laut lebih seratus enam puluh negara. Termasuklah TLDM. Kini, diera dunia tanpa sempadan, siapa yang berminat boleh melayari laman web ‘Jane’s Fighting Ships’ asalkan sanggup membayar yuran langganan. Apa yang dianggap rahsia sebenarnya sudah lama menjadi rahsia terbuka atau open secret.

KD Rahmat, Jebat dan Lekiu, tiga buah frigate yang ditempah khusus mengikut spesifikasi TLDM mungkin, diawal pembinaan, boleh dikategorikan sebagai rahsia kerana ketiga-tiga buah kapal perang tersebut adalah prototype. Kerana keprotoan itulah, ia mengambil masa enam tahun untuk disiapkan. Tiga tahun lewat dari jadual. Pun begitu, negara mana atau ‘musuh’ mana yang tidak tahu KD Rahmat adalah kapal pertama di Tenggara Asia yang dilengkapi peluru berpandu ‘Seacat’ laut ke udara (SAM). Apa yang masih menjadi rahsia hanyalah jumlah ‘sasaran’ yang dimusnahkan peluru berpandu KD Rahmat, Jebat dan Lekiu.  RTM yang membuat liputan ketika pertama kalinya (dan mungkin terakhir) KD Rahmat menguji peluru berpandu pada tahun 1976 tentu masih menyimpan rakaman yang begitu gah bunyinya “TLDM Berjaya melancarkan peluru berpandu laut ke udara…”
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-11-2009 12:37 AM | Show all posts
Kerana kejayaan itulah agaknya, maka enam tahun selepas peristiwa itu, pelancar kembar empat (quadruple launcher) KD Rahmat berpindah ke muzium.

Berbeza dengan scorpene. Siapa pun yang melayari internet akan dapat mengetahui bahawa syarikat pembuat kapal selam tersebut mengeluarkan tiga versi. Basic, basic-AIP dan compact. Malaysia pula bukan negara tunggal yang memiliki kapal selam jenis ini. Yang membezakan antara scorpene milik Malaysia dengan yang dimiliki negara lain cuma kecekapan crew mengendali kapal itu sendiri. Harap-harap, janganlah ada kejadian lawak seperti dalam filem ‘Run Silent, Run Deep’ yang hampir memusnahkan kapal selam mereka sendiri.   

Selepas kebakaran yang memusnahkan KD Seri Inderapura, tidak mustahil yang mustahil menjadi kenyataan.

“mendedahkan rahsia pertahanan kepada musuh”?

Skandal John Profumo dan Chritine Keeler di Britain pada tahun 1963 sepatutnya dijadikan iktibar betapa pentingnya pengasingan mereka yang terlibat dibidang pertahanan dengan wanita ‘asing’. Ketika kewarasan fikiran dikuasai nafsu, pandangan jadi kelabu. Profumo hilang pertimbangan. Dia tidak terfikir untuk mengetahui latar belakang Christine Keeler. Fikirannya hanya tertumpu pada tubuh perempuan itu. Walaupun warga Britain, tapi CK juga ada hubungan rapat denga Ivanov, seorang attaché tentera laut Rusia (ketika itu Soviet Union) di London.

Malang bagi Profumo kerana orang Inggeris tidak pemaaf seperti orang Melayu. Jawatan sebagai setiausaha pertahanan terpaksa dilepaskan. Kalau di Malaysia tidak jadi masalah untuk dia mengekalkan jawatan kerana orang Malaysia mengamalkan (secara terpilih) budaya ‘maaf dan lupakan’ atau forgive and forget.   

Kalau benar kementerian pertahanan menganggap pembelian scorpene perlu dirahsiakan demi keselamatan negara, kenapa pula syarikat yang dianugerahkan tender mengguna khidmat juru bahasa perempuan dari negara luar. Tidak adakah orang Malaysia sendiri yang fasih bertutur dalam Bahasa Perancis. Tidakkah terfikir kemungkinan orang luar itu adalah klon  wanita yang ditiduri Profumo. Ataupun mempunyai DNA yang hampir sama.

Kita boleh perbodoh sekelompok manusia setiap masa, dan semua orang  pada satu-satu ketika, tapi jangan lupa ada masanya kita pula yang memperbodoh diri sendiri.

http://utuhpaloi.xbrain.biz/scorpene-apa-yang-rahsia/


selamat mengundi....! :pompom:
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 01:00 AM | Show all posts
dah masuk dah koresponden ni......
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 10:24 AM | Show all posts
Ade benarnya~
Reply

Use magic Report

Post time 22-11-2009 10:29 AM | Show all posts
Tapi kan takde pulak pompuan tu disenarai boleh cakap Perancis...camne tu? Dah la tu bukan kali pertama kita beli senjata Perancis...dah berbiji MM38, MM40..tak campur 4 biji Combattante II, at least 4 biji meriam Creuseot Loire 100mm, sistem penyapu ranjau kat Mahamiru pod Damocles.......
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 23-11-2009 01:11 AM | Show all posts
rahsia bocor pd musuh? serahsia mana kah pembelian kita? atau sekadar takut pada bayang sendiri?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 01:42 AM | Show all posts
biar gah mana pung senjata itu, bukankah kehebatannya hanya dpt dibuktikan melalui keberkesanan latihan?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2009 02:01 AM | Show all posts
yang penting the man behind the gun .. ada senjata canggih tapi penggunaan tak berkesan dan kualiti pengedali nya ampes pun tak guna jgk. nak berahsia2 pun intel asing pun leh tau gak .. yg nak berahsia nie jerung perkasa jek
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 02:23 AM | Show all posts
Post Last Edit by bravotwozero at 23-11-2009 02:32

i do agree dengan statement Timb Men Pertahanan itu....kenape?....sebab benda ni sebenarnya common sense...

Sebelum kita boleh membuka tender, kerajaan atau department yang berkaitan perlu mengeluarkan senarai keperluan yang kita panggil sebagai General Staff Requirement (GSR). Senarai ini akan memperincikan kesemua keperluan keperluan yang kita mahukan untuk perkhidmatan atau barangan yang bakal kita beli nanti. samalah jugak kalau kita nak beli kereta, pastinya kita akan menyenaraikan apa kelengkapan yang kita nak dengan kereta yang bakal kita beli nanti seperti mempunyai ABS, Airbag, Rear Blower ke dsb....jadi dalam kes pembelian barangan ketenteraan pula ATM akan menyenaraikan kelengkapan kelengkapan yang perlu ada pada barangan yang bakal dibeli melalui kajian dan survey...dan pastinya mestilah state of the art equipments....

Dalam Kes Kapal Selam Scorpene ni pulak ianya merupakan satu situasi yang unik kerana Kerajaan Malaysia tidak pernah memiliki sebarang kapal selam jadi pengetahuan mengenai kapal selam adalah amat cetek...pengetahuan yang amat cetek ini kebanyakkannya disumbang oleh beberapa warga TLDM yang telah dihantar untuk berkursus di kapal selam negara asing ......maka pihak kerajaan perlu menubuhkan pasukan projek yang bertanggungjawab untuk mengeluarkan GSR melalui kajian dan perbincangan dengan bakal kontraktor mengenai kelengkapan yang perlu ada bagi ketumbukan kapal selam....

Kelengkapan kelengkapan ini perlulah disenaraikan dengan terperinci supaya ianya tidak menimbulkan masalah pada kemudian hari setelah kontrak pembuatan dan pembekalan ditandatangani...didalam senarai ini jugaklah tercatatnya jenis jenis sistem persenjataan, sistem penjanaan kuasa, dan sistem sistem lain yang kita perlukan utk kapal selam beroperasi ....selain itu peralatan peralatan yang ada didalam kapal selam ini berkemungkinan disesuaikan dengan konflik semasa/terkini berdasarkan maklumat perisikan yang diperolehi contohnya ESM dan Sonar Freq BAndwidth .selain itu juga kita akan mennyatakan kemahuan kita berkenaan autonomi kapal selam (jangkamasa menyelam sehingga ke next battery charging period, jangkamasa AIP (sekiranya ada), jangkamasa belayar dengan menggunakan janakuasa diesel dsb...)....senarai kelengkapan ini adalah senarai yang sensitif kerana ianya berkaitan dengan keselamatan negara....jadi sebab itulah ianya dikategorikan sebagai RAHSIA.....

So kalau semua benda ni kita bincangkan secara terbuka dengan beratus ratus kontraktor yang x tentu hala x ke itu mengundang kepada kebocoran rahsia negara namanya....kan logik tu

Berkenaan dengan Janes Fighting Ship dan Janes yang sewaktu dengannya pulak...tidak dinafikan terdapat maklumat maklumat mengenai kelengkapan yang di lengkapkan didalam kapal selam kita, tetapi ianya terlalu dangkal dan x da siapa yang bebal nak mengesahkan atau membuat pembetulan terhadap segala maklumat yang ada didalam tu...kesemua anggota tentera sedia maklum yang benda tu adalah rahsia negara dan depa  juga tertakluk kepada Akta Angkatan Tentera 1972 yang mana salah satu akta yang termaktub adalah pembocoran rahsia negara....dalam janes tu mana ada cerita berapa banyak kapasiti bateri kita, berapa lama kita boleh stay submerged without snorting, apa doktrin dan taktik yang kita pakai...dsb..

sekian....again this is just my dueposen....tq

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 02:45 AM | Show all posts
pe yg rahsianya bila dah beli dgn negara asing?
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 03:01 AM | Show all posts
11# Acong

so!, kalau dah beli dengan negara asing x payah nak berahsia berahsia dah....even amerika pun ada beli teknologi negara asing....ape punye statement la ko ni....

itulah gunanya LOI , LOA dan MOU.....dalam MOU tu mestilah kerajaan dan kontraktor bersama sama setuju untuk merahsiakan perkara apa yang perlu dirahsiakan.....off course la kontraktor tahu semua sebab dia yang buat...tapi adalah menjadi tanggungjawab dia untuk merahsiakan apa yang termaktub dalam perjanjian....dan kontraktor kontraktor yang terlibat dalam industri pertahanan ni adalh kontraktor yang berintegriti dan off course DCNS, NAVANTIA, THALES, SAGEM semua adalah kontraktor pertahanan yang berpengalaman dan mempunyai kredibiliti dan integriti tinggi...kalu x bersepah dah rahsia tentera lain yang sudah menjadi open source kat media massa.....
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 08:25 AM | Show all posts
12# bravotwozero

bravo...bravo...hang mmg bravo two zero.. sure iq not zero....must be much higher, mmg patut hang jadi mlitary officer...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 09:11 AM | Show all posts
3# Acong

penulis blog noih mmg tatau paperpon. ilmu singkat tapi suda mau tunjuk pandai...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 11:14 AM | Show all posts
tender terbuka ni akan lebih memudahkan musuh mendptkan info tentang aset2 military kita..
kalo bleh bg aku..setiap pembelian yg mempunyai nilai tempur yg tinggi patut dirahsiakan sepenuhnyer..
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2009 12:43 PM | Show all posts
12# bravotwozero

Seronok pulak baca forum ni. Nak tumpang semangkuk boleh?

Aku dah baca kedua-dua posting dalam BM dan BI penulis. Sebenarnya bukan aku nak sebelah mana-mana pun cuma nak kongsi pendapat hampeh saya ni.

Kalau nak benar rahsia, kenapa amik jurubahasa warga asing. Pompuan pulak tu. Aku rasa kan, suma rahsia ada kat celah kelengkang dia.

Yang kedua, ada yang cuba disebutkan penulis, tapi dia sebut secara berlapik, Atau kata pepatah, cari makna yang tersirat disebalik yang tersurat. Musuh yang dimaksudkan tu sebenarnya negara yang rapat dgn Israel. Negara mana? Negaranya kecil tapi jumlah kapal selam dan kapal permukaannya lebih dari kita. Dah tu modern pulak.

Dia pun siap bagi contoh sekali. Tahun 1967 perang enam hari. Belum lagi tentera udara Mesir sempat terbangkan jet2 pejuang, Israel dah tahu rancangan dia orang. Punah semua jet pejuang kat landasan.

Rasa aku kan, negara ni pun dah dapat 'hack' website pertahanan kita.

Kalau setakat LOI, LOA, LOU dan MOU, tu cerita masa nak peperiksaan SPM subjek prinsip akaun.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 23-11-2009 03:06 PM | Show all posts
Tahun 1967 perang enam hari. Belum lagi tentera udara Mesir sempat terbangkan jet2 pejuang, Israel dah tahu rancangan dia orang. Punah semua jet pejuang kat landasan.


Cuba semak perang Yom Kippur / Perang Ramadhan 1973 antara Mesir & Israel.

Tahap kerahsiaan Mesir memastikan operasi berkenaan beralngsung dgn jayanya. Mekasih.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 06:58 PM | Show all posts
11# Acong

so!, kalau dah beli dengan negara asing x payah nak berahsia berahsia dah....even amerika pun ada beli teknologi negara asing....ape punye statement la ko ni....

itulah gunanya LOI , ...
bravotwozero Post at 23-11-2009 03:01
pe US beli dari negara asing? negara mana tu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 07:00 PM | Show all posts
3# Acong

penulis blog noih mmg tatau paperpon. ilmu singkat tapi suda mau tunjuk pandai...
cmf_tin Post at 23-11-2009 09:11
ko yg pakar nie ada blog dah?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 23-11-2009 07:01 PM | Show all posts
tender terbuka ni akan lebih memudahkan musuh mendptkan info tentang aset2 military kita..
kalo bleh bg aku..setiap pembelian yg mempunyai nilai tempur yg tinggi patut dirahsiakan sepenuhnyer..
asher Post at 23-11-2009 11:14

takat beli kat org lain, rahsia tahap mana tu? lain laa kalu develop sendiri.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

2-10-2024 07:19 PM GMT+8 , Processed in 0.261140 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list