CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4037|Reply: 16

Keluhan Ibu Tunggal...

[Copy link]
Post time 29-11-2009 07:52 AM | Show all posts |Read mode
Cuti raya haji ni aku berkesempatan pergi ke Pasir Gudang menziarahi famili kawan aku. Kawan aku ni anak sulung pelajar cemerlang masih di luar negara belajar. Adik beradik nya 8 org kecil2 lagi tetapi kerana bapa gila kan perempuan lain tinggal kan isteri yg hanya suri rumah tangga. Kesihan aku tengok anak bijak2. Adik yg kedua dapat keputusan baik tahun lepas sebab kesimpitan duit kena kerja...dengan duit gaji tu membantu ibu dan adik2... kawan aku ni dgn duit biasiswa kerajaan jimat dan ikat perut menghantar duit kepada ibu. Rumah sewa milik cina yg kesihan dgn keluarga ni hanya bagi sewa murah. Cina yg membantu.. entah mana kawan sebangsa dan seagama... Adik2 yg masih sekolah rendah kerumuni aku..mungkin dahagakan kasih sayang bapa... cerita tentang sekolah .. yg darjah satu..bila ditanya dapat nombor berapa sekolah..dengan senyum comel nya kata ..nombor satu.. dapat hadiah buku...tapi ibu janji beli BARBIE tak dapat lagi ... sebak dada aku dengo... aku hanya nasihat..mahal patong barbie ... minta le hadiah yg murah sikit... yg emapt tahun pelok dan mahu aku dukung dia... hanya sebut rindu along dia... yg masih di luar negara.. kesihan betul anak2 ..bapa gila pompuan anak jadi mangsa... anak lelaki darjah lima...dapat nombor lima...dan janji nak pandai dan belajar keluar negara macam along dia... Dalam rumah walau tak ada banyak barang tetapi semua tersusun rapi... ruang tamu hanya ada karpet tanpa kerusi ... dapor peti ais ada.. tapi dah rosak ... kalau sesiapa ada peti ais yg lama yg masih ok dan nak tukar baru...boleh le sedekah kat keluarga ni..... nak breakfast jap...nanti sambung lagi
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2009 08:48 AM | Show all posts
this is reality...

our world is cruel...
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2009 09:24 AM | Show all posts
sedihnye
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2009 09:57 AM | Show all posts
pergh...sadis siut..
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2009 08:15 PM | Show all posts
rumah dia kat mana beb?
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2009 09:05 PM | Show all posts


1. cuba check kalau dia ada dapat bantuan zakat/JKM

2. lokasi kat mana?

3. kwn along dia? pakwe ek



Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 29-11-2009 09:11 PM | Show all posts
sambungan... Tuan rumah Cina ni punya baik di install tiap bilik  dengan aircond dan dicat rumah seperti baru ... tapi sebab tak mampu bayar elektrik jadi perhiasan je aircon tu...  aku pun tak tahu ejensi kerajaan apa yg boleh membantu keluarga ini... aku harap belas ehsan org Johor terutama di Pasir Gudang membantu keluarga ini terutama untuk persiapan buka sekolah nanti ... aku duk KL...sekarang tengah cari kawan2 yg berada untuk sedeqah apa yg patut
Reply

Use magic Report

Post time 29-11-2009 09:15 PM | Show all posts


PG tu besar, rumah kat area mana? taman cendana? masai? tmn air biru? kg pasir putih?



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 29-11-2009 09:27 PM | Show all posts
true... PG besar... tang mana tu...
mungkin orang2 umno bleh tolong... khaled nordin sure suka nak tolong
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2009 09:56 PM | Show all posts
true... PG besar... tang mana tu...
mungkin orang2 umno bleh tolong... khaled nordin sure suka nak tolong
nazurah Post at 29-11-2009 21:27

check u PM...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-11-2009 10:05 PM | Show all posts

1. cuba check kalau dia ada dapat bantuan zakat/JKM

2. lokasi kat mana?

3. kwn along dia? pakwe ek




buDak_gaTaL Post at 29-11-2009 21:05

tak dapat bantuan mana2 sebab takde kenderaan nak berurusan... maybe kena dibantu oleh org lain untuk berusan dgn agensi tersebut.... lokasi ..check u PM......... kawan along nye saja ...
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 06:00 PM | Show all posts
http://www.hmetro.com.my/Monday/ ... 91130001329/Article

JOHOR BAHRU: Disebabkan kedaifan hidup, sepasang suami isteri mualaf yang mempunyai 12 anak terpaksa bergantung pada sumber air parit dicemari sisa baja dan bangkai untuk kegunaan seharian, termasuk membancuh susu bayi mereka yang baru berusia sebulan.

Akibatnya, 14 beranak itu kini digelar ‘keluarga jijik’ oleh segelintir penduduk di sekitar penempatan setinggan Kampung Sungai Plentong di sini, semata-mata kerana mereka sanggup menggunakan sumber air kotor untuk kegunaan harian sejak lebih 16 tahun lalu.

Ketua keluarga berkenaan, Mohamad Jeeva Abdullah, 43, berkata meskipun menyedari penggunaan air parit boleh memudaratkan kesihatan dirinya dan anak-anak, keluarganya tidak mempunyai pilihan kerana tidak berkemampuan mendapatkan bekalan air bersih dari luar.

Menurutnya, penduduk lain berkeupayaan mendapatkan air bersih bagi kegunaan seharian biarpun kampung berkenaan tidak disalurkan bekalan air bersih oleh pihak berkuasa, sedangkan keluarganya bergantung pada air parit berhampiran termasuk untuk mandi, mencuci pakaian, memasak serta minuman.





“Kami digelar keluarga jijik oleh penduduk kampung dengan alasan kami minum air kotor dan berbau busuk. Namun, bagi saya dan isteri, Salmah Abdullah, 40, serta anak-anak, kami lali dengan keadaan ini kerana hanya air parit dan air hujan saja boleh diperoleh secara percuma.

“Sebelum ini kami menggunakan air perigi, tetapi kini airnya berkeladak dan mengeluarkan bau busuk sehingga tidak boleh digunakan.

“Kebiasaannya kami akan memasak dulu air diambil dari parit kerana warnanya agak keruh dan kadangkala tercemar sehingga mengakibatkan anak-anak mudah mengalami alahan selain demam dan cirit-birit.

“Apa yang mengecewakan, biarpun rata-rata penduduk di perkampungan setinggan ini menyedari keluarga saya bergantung pada bekalan air berkenaan, mereka sanggup membuang sisa baja mahupun bangkai haiwan ke dalam parit,” katanya.

Mohamad Jeeva memeluk Islam sembilan tahun lalu manakala hati Salmah terbuka untuk menerima agama Islam pada Oktober lalu.

Menyingkap sejarah hidupnya memeluk Islam, Jeeva berkata, dia ingin mencari kebenaran dan petunjuk dalam hidupnya.

Menurutnya, dia dan isterinya tabah menghadapi pelbagai dugaan termasuk bagi menyara kehidupan 12 cahaya mata termasuk anak ketiga mengalami masalah lembam.

“Isteri saya juga terpaksa membanting tulang bagi menambah pendapatan keluarga dengan menjadi buruh kontrak mengecat bangunan biarpun dia masih dalam pantang kerana pendapatan bersih saya RM200 yang diperoleh hasil bekerja sebagai buruh ladang tidak mencukupi.

“Manakala bantuan sara hidup daripada Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) RM400 sebulan hanya mampu menampung perbelanjaan dapur selain persekolahan anak,” katanya ketika menerima kunjungan Pergerakan Pemuda Umno bahagian Pasir Gudang, kelmarin.

Hadir menghulurkan sumbangan wang tunai dan barangan keperluan harian kepada keluarga itu, Bendahari Umno bahagian Pasir Gudang, Rosli Mohamad dan Pengerusi Biro Kebajikan Pemuda bahagian itu, Mohd Khalimi Mohd Lia Khad Ali.

Pasangan berkenaan dikurniakan tujuh anak perempuan dan lima lelaki termasuk Raju, 16, Shalini, 11, Sarla, 11, Sakti, 9, Visali, 9, Tavita, 8, Roja, 7, Deevankumar, 6, Uganindran, 4, Priya, 2, Selvakumar, berusia setahun dan Arvind, bayi berusia sebulan.

Akibat kesempitan hidup, Jeeva berkata, dua daripada cahaya matanya terpaksa menumpang di kediaman saudara-mara bagi memudahkan mereka ke sekolah memandangkan dia tidak dapat menghantar mereka kerana tidak berkemampuan memperbaharui cukai jalan dan insurans motosikalnya.

“Sudah lebih empat tahun saya dan isteri tidak membelikan baju baru pada anak dan mereka masih memakai baju terpakai yang disumbangkan kenalan mahupun baju kakak dan abang mereka,” katanya.

Sementara itu, Salmah berkata, dia yang memeluk Islam sehari sebelum melahirkan anak bongsunya juga berhajat mengislamkan semua anaknya dengan secepat mungkin.

Bagaimanapun, katanya dia sekeluarga menghadapi kesulitan hendak ke pejabat agama di pusat bandar raya bagi menyelesaikan urusan kerana tidak mempunyai wang mencukupi untuk tambang pengangkutan awam ke sana.

“Saya boleh mengucap kalimah syahadah dan begitu juga dengan anak-anak yang tidak sabar menjalani kehidupan sebagai umat Islam.

“Kami berharap pihak berkuasa menyediakan bimbingan dan panduan agama selain sayangi kami sebagai saudara Islam.

“Kami berharap mampu menjalani kehidupan yang lebih bermakna pada tahun depan di mana anak-anak turut menunjukkan minat bagi mengikuti kelas Fardu Ain secepat mungkin,” katanya sambil menunjukkan sijil perakuan Islamnya yang dikeluarkan pihak berkuasa agama Islam negeri.
Reply

Use magic Report

Post time 30-11-2009 08:25 PM | Show all posts
Dalam kita menjalani kehidupan, kita kena la selalu2 melihat orang yang berada 'di bawah' daripada kedudukan kita agar kita insaf dan bersyukur...
Jangan selalu duk melihat orang yang 'di atas' kita kerana dengan itu kita akan sentiasa berfikir yang hidup kita belum cukup dan kurang rasa bersyukur...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-11-2009 09:13 PM | Show all posts
13# glider
Alhamdulillah.. hari ni ada kenalan di Pasir Gudang dermakan peti ais ... menangis kakak tu menerima pemberian kawan saya... sekarang cuba mendapatkan bantuan duit untuk persediaan buka sekolah.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 12:56 PM | Show all posts
safwan, blh bagi info pasal kakak ni.
Reply

Use magic Report

Post time 30-5-2010 04:23 PM | Show all posts
yer la safuan.any info on this family?maybe address
or bg acct number bank die.so that klu ade yg sudi
hulurkan bantuan..kan lebih memudahkan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 18-6-2010 11:33 AM | Show all posts
Thank you for yr information
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-12-2024 05:37 AM GMT+8 , Processed in 0.142802 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list