View: 10379|Reply: 3
|
Keturunan Tok Gajah Dan Mat Kilau Bakal Terbit Buku
[Copy link]
|
|
KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- Persatuan Waris dan Keturunan Tok Shahrom-Tok Gajah-Mat Kilau (PWKTSTGMK) merancang untuk menerbitkan buku sejarah perjuangan Mat Kilau dan bapanya Tok Gajah, yang menentang campur tangan Inggeris di Pahang.
Penerbitan buku itu adalah selaras dengan matlamat Visi 2015 persatuan itu ke arah menyemarakkan semangat perjuangan dua beranak itu dalam jiwa anak bangsa.
Pengerusinya Datuk Zulkifli Mohamad berkata buat masa ini, penulis buku itu bekas Ketua Jabatan Fakulti Sejarah Universiti Malaya, Prof. Abdullah Zakaria sedang meneliti bahan sejarah Tok Gajah dan Mat Kilau untuk disatukan menjadi sebuah buku khas mengenai pejuang berkenaan.
"Kita menjangkakan buku itu akan dipasarkan pada tahun hadapan dan hasil penjualan akan kita jadikan dana bagi membiayai aktiviti persatuan seperti yang ditetapkan dalam visi 2015 PWKTSTGMK.
"Kita mengharapkan dengan terbitnya buku itu nanti, persepsi sesetengah masyarakat yang menganggap bahawa Tok Gajah atau Mat Kilau itu pemberontak dan penderhaka oleh Inggeris ketika itu, dapat diubah," katanya kepada Bernama selepas meraikan majlis peringatan 40 tahun kemunculan Mat Kilau di sini, hari Sabtu.
Menurutnya objektif penerbitan buku itu juga boleh diklasifikasikan sebagai satu medium bagi sumber fakta yang sah mengenai kewujudan sebenar Tok Gajah dan Mat Kilau, yang selama ini banyak disamarkan oleh beberapa maklumat yang mengelirukan.
"Kita agak ralat dengan situasi di mana kebanyakan maklumat mengenai Tok Gajah atau Mat Kilau diputar-belitkan sebagai contoh kontroversi mengenai makam Mat Kilau di Bunut Payong, Kelantan sedangkan kerajaan Pahang pula mengiktiraf makam Mat Kilau di Pulau Tawar," katanya.
Selain itu, Zulkifli yang juga keturunan keempat Tok Gajah, berkata bagi terus menyemai semangat perjuangan Tok Gajah dan Mat Kilau di kalangan keturunan mereka, persatuan itu merancang menerbitkan Indeks Salasilah Keturunan pejuang itu sehingga kini.
"Walaupun kita sudah melewati keturunan keempat atau kelima, namun kita tidak boleh nafikan bahawa semangat Tok Gajah dan Mat Kilau masih mengalir dalam darah kita, jadi kita dalam persatuan ini berbangga menjadi cucu-cicit pejuang bangsa itu.
"Ini juga membuktikan bahawa kita ini sebagai keturunan Tok Gajah dan Mat Kilau tidak pernah berkubur begitu sahaja ditelan zaman," katanya.
Selain itu, persatuan itu mahu mewujudkan jawatankuasa khas bagi menyelidik dan mengenal pasti tanah pemakaman dan siasatan mengenai sejarah datuk kepada Mat Kilau yang juga pejuang, Tok Shahrom.
"Usaha ini semua merangkumi 14 visi yang sudah ditetapkan dan dijangka selesai dalam jangka masa enam tahun akan datang," katanya.
Beliau berkata bagi terus menyemarakkan ikatan silaturahim di antara mereka, suatu perjumpaan waris dan keturunan pejuang itu akan diadakan di Dewan Konvensyen Pekan, Pahang pada 28 Nov ini.
Persatuan itu setakat ini mempunyai 300 anggota berdaftar dengan jumlah keseluruhan waris dan keturunan pejuang itu adalah kira-kira 3,000 orang di Selangor dan Wilayah Persekutuan. - BERNAMA
* Susur galur Mat Kilau perlu diketengahkan untuk generasi baru. |
|
|
|
|
|
|
|
di johor ade jgk keturunan mat kilau ni
di pengerang, johor.. |
|
|
|
|
|
|
|
hihih saya lah tu antara cucu cicit dia.. tapi kami tak aktif sgt la. tak dijemput pun. kami yang tertinggal kat pulau tawar ni,, orang kuantan ler aktif, |
|
|
|
|
|
|
|
oic, mksdnyer awk berasal dr pengerang ke? |
|
|
|
|
|
|
| |
Category: Negeri & Negara
|