View: 15856|Reply: 8
|
Jualan Lelong utk kaki pancing
[Copy link]
|
|
Buat kaki pancing semua, time buat istri2 tak senang duduk.......... offer from 1 Dec 09 - 3 Jan 10
 |
|
|
|
|
|
|
|
THE MALAYSIA SAVINGS SALE
Jualan Penjimatan Malaysia (MSS) 2009
Sedang merancang untuk membawa seisi keluarga bersantai dan memancing di suatu tempat yang tenang pada hujung tahun ini setelah berpenat-lelah berkerja sepanjang tahun dan kepada mereka yang ingin menambah koleksinya atau masih tercari-cari hadiah Christmas, inilah masa yang sesuai.
TCE Tacklessalah sebuah syarikat pengimport, pengeksport, pemborong dan peruncit peralatan memancing yang utama di Malaysia sedang menganjurkan jualan hebat tahunan yang dikenali sebagai Jualan Jimat Malaysia (MSS) 2009. Bermula pada 1 Disember ini hingga 3 Januari 2010, semua pelanggan boleh menikmati potongan harga yang hebat dan merasai suasana beli-belah acara tahunan Malaysia ini di setiap cawangan TCE Tackles.
Rangkaian cawangan TCE Tackles yang luas dan serba lengkap dengan pelbagai aneka jenis peralatan dan aksesori memancing air tawar mahupun air masin bagaikan syurga membeli-belah bagi semua kaki pancing. Sempena jualan hebat ini, potongan harga yang hebat pada produk-produk jenama terkemuka seperti Tomman, Fire Eagle, Xpuyu, Ajiking, Bakau, Lemax, Figo, Tcamp, Ikan Toman, BJ.Dive dan GL pasti memukau hati anda. Produk-produk daripada jenama antarabangsa seperti Banax, Strike Pro, St.Croix dan Flambeau yang kebiasaannya dijual pada harga tetap akan ditawarkan pada harga yang tidak dapat dijangkakan. Inilah masa yang dinanti-nantikan anda mendapatkan barang yang diidamkan dengan nilai yang tehebat.
Antara produk-produk promosi seperti kekili mendatar dari hanya RM8, joran dari hanya RM14 dan banyak lagi. Disamping itu, lebih daripada 20 jenis set combo pancingan udang hingga pancingan big game ditawarkan pada harga menarik dan seiringan dengan hadiah percuma hebat untuk pilihan anda. Pakej-pakej penjimatan hebat yang lain seperti beli dan belian, beli 1 percuma 1 dan sebagainya.
Untuk memeriahkan lagi suasana, cabutan bertuah “Bonanza” akan dibuat pada 13 Disember 2009 di cawangan TCE Tackles Lunas, Kedah. Sebanyak 15 hadiah yang jumlah keseluruhannya bernilai RM 109,000 bakal mendapat pemiliknya. Sehubungan itu, produk-produk terpilih dengan diskaun hebat dan permainan menarik yang menawarkan hadiah hebat akan diadakan khas pada hari cabutan tersebut.
Sebagai ahli kad Platinum Royal TCE Tackles anda boleh menikmati keistimewaan seperti menikmati potongan harga ahli, pengumpulan mata ganjaran untuk menebus SUPERB baucer tunai, menikmati diskaun yang lebih pada bulan harijadi ahli dan sebagainya. Kepada mereka yang ingin memohon kad tersebut, pendaftaran boleh dibuat terus di cawangan TCE Tackles yang berhampiran atau di laman web kami www.tcetackles.com.my. Anda juga boleh mendapat segala maklumat yang ingini melalui laman web kami seperti promosi yang sedang berlangsung, informasi produk yang terbaru, status mata ganjaran, lokasi cawangan kami dan sebagainya.
Sebarang pertanyaan boleh dibuat dengan menghubungi talian telefon: 604-484 1628 / 484 4524 atau Emel: [email protected] |
|
|
|
|
|
|
|
3# talib.kweli
semua cawangan TCE Tackles |
|
|
|
|
|
|
|
iskh nak kena cuti nih !! banyak aksesori dah surut kena buat tambahan stok baru nih  |
|
|
|
|
|
|
|
More info gikat sini....
http://www.tcetackles.com.my/home.htm
Aku dulu dah beli masa tu promosi di P.Jaya kat Malaysian Acid Works dan kali ni nak beli lagi.
Jangan lupa bawak duit lebih sikit...okay... |
|
|
|
|
|
|
|
Kat Shah Alam kedai Tce ni x byk brg lee...bek aku g kepong atau serdang...
Kat PJ tu x tau kt area mana...klau ade yg bleh bg plan, nk g survey gak!! |
|
|
|
|
|
|
|
kat TCe nih ada jual jala x?
hubby aku tgh cari jala yg murah2...
kat tempat aku nih, mahal bebeno le cine nih jual :kant:
dah la mahal, tadak kualiti plak tu...sekali dua pakai dah rabak |
|
|
|
|
|
|
|
TCE seremban barang tak bayak lah.. |
|
|
|
|
|
|
| |
|