CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 31743|Reply: 20

Patutlah cantik, suami Siti Saleha yang design sendiri baju nikah

[Copy link]
Post time 19-2-2025 09:36 PM | Show all posts |Read mode
Busana putih digayakan pelakon Siti Saleha ketika majlis pernikahannya pada 15 Februari lalu rupanya adalah hasil rekaan suaminya yang juga pereka fesyen iaitu Joshua Fitton.

Siti Saleha Mohd Baharum, 35, memberitahu rekaan tersebut mengambil pelbagai inspirasi yang juga menepati jenama milik Joshua iaitu Atelier Fitton.

Apa lebih menarik, pakaian itu menggabungkan beberapa rekaan tradisional dan moden menggunakan benang sutera.



"Suami saya yang mereka baju pernikahan kami.

"Diperbuat daripada tenunan benang sutera, pakaian saya merupakan gabungan baju kurung, baju Melayu dan kemeja klasik yang cukup dikenali dengan jenama Atelier Fitton.

"Untuk kain pula, pario yang diperbuat daripada sutera Thailand," katanya.

Saleha berkongsi perkara tersebut di laman Instagram miliknya pada Selesa sebagai tanda penghargaan buat suami atas rekaan tersebut.

Bercerita lanjut, baju Melayu yang dipakai oleh Joshua pula merupakan inspirasi pakaian lelaki masyarakat Jawa.

  


"Bajunya pula adalah interpretasi pakaian tradisional Jawa diperbuat daripada sutera dan digandingkan dengan samping yang juga menggunakan sutera sama seperti kain saya.

"Terima kasih suamiku, saya cinta kamu," luahnya.

  


Pasangan ini bernikah pada 15 Februari lalu bertempat di Janda Baik, Pahang.

Ini merupakan perkahwinan kedua buat Saleha selepas bercerai dengan Ahmad Lutfi Azhar pada Januari 2022.

Sumber: mStar

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 19-2-2025 09:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Baju dia macam chef kedai mi tarik
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 10:32 PM From the mobile phone | Show all posts
Dia kata suami kain sutera juga.. Bukan laki tak boleh pakai sutera hmm
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 10:50 PM From the mobile phone | Show all posts
Tah biasa jur takde yg menarik. Tarap2 baju raya je nengoknya.
Reply

Use magic Report

Post time 19-2-2025 10:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Tapi Deco venuenya herlok la, nampak cantik dan inviting.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 08:31 AM | Show all posts
MissVixen replied at 19-2-2025 09:38 PM
Baju dia macam chef kedai mi tarik

yaaa Tuhan baru nk luahkan benda yg samaaa
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-2-2025 08:40 AM | Show all posts
sutera???
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 09:13 AM | Show all posts
kann
baju lakinya mcm baju chef mix with chinese traditional attire
sgt tak masuk utk set baju melayu

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2025 09:14 AM | Show all posts
kann
baju lakinya mcm baju chef mix with chinese traditional attire
sgt tak masuk utk set baju melayu
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 09:33 AM | Show all posts
MissVixen replied at 19-2-2025 09:38 PM
Baju dia macam chef kedai mi tarik

begitulah sekali imbas
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 12:20 PM | Show all posts
mujurlah suami pereka fesyen. mungkin lain ceritanya jika suami cuma ternak kambing atau ada kebun pisang.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 01:01 PM | Show all posts
Lelaki Muslim boleh pakai sutera kah?
Hmmm ..

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 01:53 PM | Show all posts
dah designer mesti la tok laki yg design
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 02:00 PM | Show all posts
lawo betul sally ni kan skrng
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 02:12 PM | Show all posts
i think baju dia kemas dan simple macam baju tujoh kuntum. takde la outstanding, tapi since this is the second marriage , simple is the way to go kot.

Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 02:57 PM | Show all posts
sorry, mata kg mek masih nampak itu baju chep...
agaknya tgh masak2, lari.. p nikah xdan tuko.. asal putih gituuu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-2-2025 03:41 PM From the mobile phone | Show all posts
MissVixen replied at 19-2-2025 09:38 PM
Baju dia macam chef kedai mi tarik

Hahaha.lepas kenduri terus gi tarik mee.
Reply

Use magic Report

Post time 20-2-2025 05:20 PM From the mobile phone | Show all posts
Sorry leha, baju tu tak cantik.
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2025 04:29 PM | Show all posts
bapa mertua sheols dah lepas dari tahanan Iraq ye... Jim Fitton, geologist.
Tapi pekat betul genetik mak heols kan, sikit je muka mix omputih...kakak heols pun muka melayu. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 21-2-2025 08:48 PM From the mobile phone | Show all posts
While everyone comment pasal baju kawen theyolss. Iols nak comment pasal baju baju raya depa jual. Amenda jual baju raya terdedah sana sini jarang gitu.. hahah kalau rakyat marhaen lambett lagi nak pakai baju gitu. Harap member hangpa je lah borong semua stock no
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-2-2025 09:18 PM GMT+8 , Processed in 0.078470 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list