CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5606|Reply: 11

Mencari Kad Medikal Keluarga? Ada tak?

[Copy link]
Post time 21-12-2009 11:41 AM | Show all posts |Read mode
Saya nak cari kad medikal keluarga.... ada tak dalam pasaran. Tak nak yang satu kad untuk satu orang macam PRUBSN tu... mahal lah. Nak keluar Rm100 setiap orang, pengsan den... aku 5 orang ahli keluarga. Jadi kalau 5 x RM100, RM500 sebulan, pening sikit.

Paling senang satu plan satu keluarga. ada ke? Pendapat sikit....

10Q
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2009 11:53 AM | Show all posts
cuba you check dengan takaful prudential, kalau you nak contact number i boleh beri
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2009 11:58 AM | Show all posts
Dah check dah, tak ada. Agent takaful PruBSN yang suggest satu plan satu orang tu... 5 org x Rm100 sebulan. Berat sikit.... sebab akau hanya nak medikal plan aje... tak nak life atau apa apa lain. Yang PruBSN suggest ada life insuran sekali. Sebab aku dan family dah ada life coverage yang aku ambil melalui potongan gaji majikan.

Nak medikal aje...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 11:59 AM | Show all posts
ASN? TAKAFUL PON HOKKAY JUGER
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 12:08 PM | Show all posts
1# madman

Bro... dulu aku pun cari plan seperti tu... lepas tu aku terjumpa plan dari AIA. Ianya medikal kad aje. Tak perlu beli life insurance sekali. ING pun ada, tapi ING tak ada plan family. Jadi option aku dengan AIA sebab dia ada family plan.

KAD MEDIKAL FAMILY AKU...
Satu plan satu keluarga - tiada limit jumlah anak. Isteri sorang aje
Tidak berkongsi limit perlindungan. Keluarga aku cuma 4 orang, jadi aku ambik yang minima cover RM200K seorang. Premium RM1535 setahn... kira okaylah... Minggu lepas agent aku call, kata AIA ada upgrade plan dimana tiada limit sepanjang hayat.

Tapi kalau ko nak tengok tengok, PM aku nanti aku berikan no dia...
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2009 12:09 PM | Show all posts
cuba you survey ING Medical Card pula... my company guna yang ini, memang bagus, tak ada masalah so far.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-12-2009 01:23 PM | Show all posts
5# rahmanalwi

ALamak... banyak sangat PM pulak tanya pasal medikal family... ok geng... ini email agent tu. Email sendiri aje ya untuk tahu mengenai AIa family medikal plan tu...   

[email protected]   En. Mohamed
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-1-2010 01:47 PM | Show all posts
10Q semua.... settle sudah masalah medical insuran keluarga aku. Akhisnya dapat juga plan satu family yang aku nak cari....
bro rahmanalwi... thank you
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-1-2010 02:32 PM | Show all posts
practical kea medical kad satu family nih?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2010 12:52 PM | Show all posts
prubsn 2 mahal, tapi aper yg anda bayar akn jadi saving. lagi satu ia comprehensive.
Reply

Use magic Report

Post time 16-2-2010 10:00 AM | Show all posts
Boleh berkongsi maklumat dlm ni, tapi jgn buat IKLAN ya.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2012 11:06 AM | Show all posts
Roy nak bagi info apa yg bezanya ttg insuran family vs plan perseorangan.

Kenapa pentingnya ada unsur2 "cash value" dalam pelan insuran kita.

Katakanlah seseorong itu berumur 30an, pekerja swasta, satu hari nanti dia akan bersara dari arena pekerjaan.

Cash value yg terkumpul selama 30tahun itu bila bersara nanti boleh dijadikan bekal utk menjaga keperluan medikal kita kerana bila sudah bersara, dan company dah tak da cover.

Utk pengetahuan tuan2/puan2, caj insuran akan naik bila kita dah berumur tak kira insuran apa pun, sama macam insuran kereta, ada yg loading (tambah premium) sehingga 100%.

Misalnya caj insuran utk seseorang yg berumur 30an, insuran caj dia RM 1500 setahun, kalau bayar bulan2 RM150, bolehlah cover insuran caj itu. Akan tetapi bila seseorong itu sudah berumur 65an, insuran caj akan jadi setinggi RM 3000 setahun.

Apabila ini berlaku, premium yg dibayar bulan2 pun tak cukup utk cover caj insuran. Insuran yg tak ada unsur saving/cash value, pemegang polisi akan dikehendaki membayar RM 250 sebulan sekarang. Bila sudah berumur 70, polisi naik lagi setinggi RM 4K-5K setahun.

Caj insuran diatas adalah untuk pengetahuan tuan2/puan2 shj. Untuk yg actual, sila semak risalah insuran itu. Lagipun bila kita dah bersara, mana nak cari duit utk membayar premium itu. Takkan nak ambik dari KWSP wang persaraan kita?

Kita sebagai penyara tunggal (breadwinner) buat insuran ini utk anak2/isteri tersayang. Bayangkanlah apa yg akan berlaku jika sesuatu kemalangan/penyakit serius menimpa kita. Adakah plan insuran itu akan continue, dan tak payah bayar premium lagi? Pastikan plan insuran anda akan melindungi anda/keluarga anda di-saat2 yg genting.

Ini nak kongsi info lagi:

2 minggu lalu Roy ada berborak dgn seorang abang yg adiknya yg berumur 55 thn kena Stroke. Adiknya tak pernah sakit, dan 21 hari di ICU kerana stroke, hospital swasta sudah meminta abangnya menjelaskan bill RM 80K. Duit KWSP adiknya yg terkumpul selama 37 tahun dia bekerja lesap sekelip mata.

Akan tetapi, mereka tetap gembira melihat adiknya membuka mata dan melihat mereka sekeluarga.

Utk mereka yg fobia mendekati agen insuran, bolehlah pergi sendiri ke kaunter minta kaunter recommend agen. Diharap tuan2/puan2 melihat insuran ini sebagai payung sebelum hujan.

Kalau tersilap cakap, tolong maafkan. Bahasa Melayu Roy tak berapa bagus.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-1-2025 01:33 PM GMT+8 , Processed in 0.187963 second(s), 25 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list